Tak sangka kat Perak ni sawah padi cantik macam kat Kuala Selangor, lagi special kat sini ikut giliran, kalau kat Kg Chui Chak Langkap pokok padi baru nak berbuah, ke jalan Sitiawan area padi kat situ dah nak dituai, dan satu kawasan lagi kat mana dah lupa, situ tanah tengah dibajak untuk proses membenih, kira setiap kawasan lalui proses yang berlainan, maybe untuk elakkan tempat pemprosesan sesak. So setiap kawasan memang berbeza prosesnya. Apapun yang paling best kat Perak ni memang kaya dengan hasil dan banyak tempat pertanian, subur je semua tempat.
Memandangkan nak rentas Kuala Selangor masa tu tak sampai fasa lagi, kita berjalan-jalan kat negeri sendiri jelah, anak bila sampai memang Terujalah. Depa tak sempat rasa suasana rumah tok ayah di keliling sawah padi, sekarang sawah padi kat kampung rumah ayah kebanyakannya dah ditambun tanah untuk buat rumah dah. So dah hilang dah semua suasana childhood, tak sempat cucu-cucu merasa berlarian di celah-celah batas sawah padi, tak sempat merasa masuk dalam lumpur kutip siput sedut, tak sempat merasa memancing kat aloe dan anak sungai. Memang merentas satu zaman lain jauh dari fitrah bila sampai zaman anak-anak ni, kesian bila zaman kanak-kanak mereka tak seindah dulukala. So ku laki bini memang cuba bring semua kenangan dan pengalaman kami lalui masa kecil-kecil dulu, rasa macam mustahil tapi insyaallah takdak pun bila jumpa mak-mak geng homeschooler, depa ni memang truth fighter sungguhla, banyak buat benda lawan arus tapi I really fall in love dengan diorang, too much new knowledge belajar, so kita slow-slow follow apa yang terbaik dan bermanfaat.
Sampai kat Langkap ni, memang view mesmerising sangat sampai anak-anak terdiam, berdiri sambil menikmati angin sawah padi, daku pulak nak menitis air mata tengok gelagat anak-anak, sebab perasaan tu tak boleh digambarkan macam terbentang-bentang memori sendiri yang membahagiakan ketika kanak-kanak dulu, dan daku harap itulah jualah yang anak rasakan. Dari berlarian kat tebing-tebing depa mula berlari gembira dibatas-batas sawah sambil bertanya pelbagai soalan, sambil korek tanah lumpur sawah cari siput. Masa tu pun tak banyak lagi homestay beroperasi, so nak stay homestay memang taklah, lagipun kat sini tak semeriah bab pelancongan macam Kuala Selangor. So nikmati apa adanya, tu pun dah gembira bukan main anak-anak, dapat kenal pokok, dapat kenal asal beras yang depa makan hari-hari tu macam mana ditanam, macam mana rupa bila berbuah, nanti next time kita pergi kedah pula, negeri Jelapang Padi, kat sana boleh belajar lagi details.
Kalau part belajar ni, belajar kat lapangan, anak lagi mudah ingat, dan mereka betul-betul fokus dan faham. Tengok anak-anak kalau bab cakap nak pergi belajar dengan alam ni, bersorak bukan main gembira. Masa PDPR berlangsung anak-anak pun takdelah bosan sangat, tapi bila dah mengadap gadget ni, banyak melencong dari belajar tetiba main game, itu yang buat mak-mak berasap. Mak-mak lain tak tahulah, tapi Ika memang tak boleh,anak pun nasib baik juga ada time depa memang gadget tak nak tengok langsung kes buat depa sakit kepala. Oklah, kadang tak perlu suara singa, harimau depa layan main aktiviti luar dan sepahkan rumah bising tak tentu hala, itu lagi buatkan hati iols lebih lega dari depa senyap mengadap benda skrin tu, oklah tu masing-masing tahu limit masing-masing.
Apapun nikmat sungguh berada di Kg Chui Chak Langkap yang mana kawasan ini adalah sawah padi kedua terbesar selepas Sekinchan yang di pelopori oleh bangsa Cina, bezanya kat sini takdelah cafe hipster, hotel bajet atau hotel kecil macam kat Sekinchan tu, haishh best kalau sebiji macam kat Sekinchan tu, hihi. Apapun pemandangan sawah padi ni always my favourite sebab iols membesar dengan orang-orang yang buat sawah padi, dari seklasik-klasik tools depa guna untuk harvest sampailah upgrade guna mesin padi, awhh, how I miss the good old memories, dah tua ni cemtulah.
Sebulan kami laki bini berselera hadap makan menu ringkas berkuah sambal kering bila makan, cukup lauk pun ringkas, kadang ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng makan dengan nasi panas gaul sambal kering pedas merecik, sengaja buat pedas sebab memang kami suka pedas. Pedas sambal kering ni berbeza dengan sambal gepuk, sambal berlado apa semua tu. Resepi sambal lada kering ni dari nenek belah ayah Ika, dulu-dulu balik sekolah naik rumah nenek kat sebelah cari makan tengahari, lauk simple cemni kami berselera makan, kadang kuah minyak goreng ikan pun kami bantai makan bertambah, sebab memang nikmat pun. Masa mula-mula kahwin buat sambal ni, laki ku tak hadap pun, dia cakap dia tak suka makan nasi kering tak berkuah basah, lekat kat tekak. Katanya, ku buat dekkk je, layan sorang-sorang makan sambal ni pun pedehal, lama-lama bila tengok lain macam bini makan bila ada sambal kering ni, laki ku cuba makan. Haa, jangan sebarang cuba, memang jatuh cinta lah. Ada sambal ni terus angkat kaki sebelah atas kerusi layan makan, bertambah-tambah gitu.
Biasa Ika buat sambal kering ni bila nak masuk bulan Ramadhan standby untuk waktu sahur, biasa jadi pembuka selera lah nak makan nasi bila sahur, lagipun resepi ni memang tak bosan makan, always authentic dan tak muak, juga memang legend (untuk Ikalah, sebab ni menu childhood moment gitu). Memandangkan waktu sahur waktu kritikal untuk mak-mak, ada sambal ni jimatlah masa, ready to eat terus. Memang kesukaan Ika resepi sambal lada kering ni, menu bila takde selera makan, menu bila teringat kampung, menu bila nak makan yang mudah tapi sedap.
Ianya bukan resepi semata tapi bersama kenangan sebab tu namanya sambal legend.
Sambal lada ni kalau kena cara masak, sebulan pun boleh tahan, tak rosak even letak kat luar. Kalau letak dalam chiller memang akan beku lah. Sangat sedap makan dengan nasi panas-panas kombinasi pulak dengan daging goreng ke, ikan kering ke, ikan rebus goreng, telur dadar, ikan goreng pun boleh bertambah-tambah nasi. Nak buat sambal ni kena sabar, sabar mengacau setiap masa, sebab nak bawang dan lada masak dan garing sekata, kalau tak kena cara yang ni, sekejap jelah sambal tu boleh disimpan.
Resepi sambal ringkas sangat uiii, nak share pun tak tergamak rasanya, haha.
*1biji labu bawang besar
*3-4 labu bawang merah
*segenggam lada kering kerinting yg super pedas(kalau tak suka pedas boleh pilih lada yang kurus, lurus tu kurang pedas sikit.
*gula kabung separuh
*garam pink
*2 keping asam keping
(kalau nak buat stok sekali banyak, gandakan semua bahan ok)
Caranya kupas dan bersihkan bawang, dan cili potong dan rendam kasi biji lada tu keluar, lepas tu basuh bersih, tos kan dan blend semua bawang besar juga lada kering. Jangan blend hancur sangat, tapi kalau tak suka sambal jenis bersepah, bolehlah blend sampai hancur halus tapi masa masak makin bertambah lerr. Apapun masukkan minyak dalam 1 senduk, dah panas, masukkan hasil blend tadi, lepas tu masukkan sekali semua bahan lain sekali kecuali garam, mula kacau, biarkan hingga pecah minyak dan bawang betul-betul garing. Guna api sederhana besar, kalau tak cepat hangit, sambal jadi pahit. So dah pecah minyak, tutup api, biarkan sekejap, masukkan garam. Boleh test rasa cukup ke tak lepas tu adjust biar secukup rasa, senang kan? Jangan lupa cuba buat.
Baru perasan dah berbulan-bulan tak menulis, punya sibuk handle hal rumahtangga, anak-anak, dari bulan lapan tahun lepas sampai masuk bulan satu dah tahun baru 2022 pun. Apapun tahun baru bermakna lebih banyak nikmat, ujian, cabaran, manis masam kehidupan bakal dilalui. Apapun kat depan nanti, moga Allah mudahkan segala urusan, yang pasti tahun 2022 ni alhamdulillah ramai dah hilang paranoid dan move on, maybe ada jugaklah in still nak stay dalam fear mongering everysecond, they choose. Adakah episod berkurung bakal berulang? Jeng jeng jeng....lantak pi lah, kita tenang-tenang sajalah, gitu. So sepanjang tempoh hibernate, iyolah sangat, ku fokus kat aktiviti anak-anak je, sebab kesian kat childhood moment mereka sangat sadis jika ikut situasi semasa, nak freekan anak-anak dari minda terkurung, nak tak nak makpak kena join aktiviti depa sekalilah. So they enjoy je sepanjang masa, takde beza kena kurung ke tidak, mereka berjiwa bebas explore everything sekeliling yang ada.
Dua tahun ni banyak ke tersurat dan tersirat yang uols dapat dari apa yang berlaku? Ku banyak sangat, ya ampun kalau nak cerita tak cukup dua tiga hari mengarang ni, hahaha. So chill sudah, apapun paling best bila tengok dah ramai hidup macam normal balik dah, yang nak teruskan new norma pun takde hal, pilihan masing-masing. Seronok tengok semua pakat keluar bercamping, good for them tapi ramai juga lah yang terkesan, tak habis impak pkp, sambung pula bencana alam, tak habis dengan ujian, nama lagi dok atas dunia kan? Moga semua tabah dan terus berjuang, kerana esok mungkin kita lebih kuat hasil dari sabar yang kita hadap hari ni. Jangan tanya azam baru, ku takdak azam, cukup niat to be better person and muslimah everyday. Nak tulis azam menulis kat blog dengan lebih rajin tu, rasa baik tak payah, biasanya kelaut dalam, ku menulis ikut mood ja, hahaha.
Apapun 2021 little bit frust sebab kalah dengan hawa nafsu makan sendiri, alih-alih bukan takat berat badan naik, baju banyak tak muat. Kalau cerita bab berat badan ni memang azam tiap-tiap tahun setiap orang lah. Tambah PKP a big reason untuk dipersalahkan, padahal orang lain elok je fit, kurus, meal routine more healthy hasil PKP ku plak semua main ikut mood, nak menulis ikut mood, nak bergreen juice ikut mood, nak jaga makan ikut mood, tibai makan pun ikut mood. So adakah ia suatu kegagalan? Of course tak lerr, tak guna jugalah torture diri sendiri, kita chill sudah, ni ayat sedapkan hati sendiri. Bila nak insaf? Sampai masa dia insaf dengan sendiri, tak perlu pressure, push tak kena tempat, gituuu. Aaa pandai ku pujuk diri sendiri, alhamdulillah, hahaha.
So back to stories, apa plan tahun 2022?takdak plan proper lagi, yang penting banyak lagi nak kena hadap ni, cuma sekarang just doa je rutin anak pergi sekolah tak terganggu, serius paling membencikan bab koronah ni part anak pergi sekolah, sekali sekolah buka, pastu tutup, pastu tutup balik and the drama goes on, harap takde drama lagi kat nun nanti. Harapnya lah. Dok mikir content apa nak share kat blog ni. Rasa macam nak menulis, tapi banyak tapiiii tapi nya....sekarang memang banyak fokus baiki diri je, jadi kadang nak menulis pun hilang selera. Whatever, moga 2022 menjanjikan kebaikan dan kemanisan walaupun banyak kepahitan dan kekelaman bakal mendatang. Moga Allah kurniakan lebih banyak kemudahan, kesabaran, kekuatan juga lebih tenang dalam menghadapi kehidupan, amin.
Catatan 12.51am
10 Jamadil Akhir 1443H
Dibucu tilam tidur
Wallah lama tak mengarang, syok sangat merentan kat Facebook, wakaka..so sambung balik mengadap alam maya sini, nak share hobi baru akibat kena kurung kat rumah, jeng jeng jeng kumpul sisa dapur dari sayur, buah, kulit bawang, kulit telur. Feeling dia fuhh, dari benci bau sampah, boleh plak ku suka bau alami depa mereput ni, akibat lama tak grounding, punya high level terus dia punya tukar. Kalau kat kampung boleh la layan bau daun kering kena bakar apa semua. So disebabkan dah ting tong tak pijak rumput lama sangat, ada hari tertentu ku buka sliding pintu utama rumah bila lori sampah datang pungut sampah kes nak ambil bau depa bawa, punya heaven tertimbul loceng dalam fikiran nak bela cacing untuk kumpul sisa sampah makanan kat rumah ni. Mula tu ingat nak start buat bokashi, dok memikir macam leceh, tinggg terbanding pula dengan si cacing.
Apapun syukur, dari membuang sisa dapur kini ianya dapat dimanfaatkan hasil membela cacing. Punya lama berfikir nak membela ke dak, ku memang geli sangat dengan cacing, masa dulu-dulu ni serangga favourite kot untuk di pegang buat main, asal nampak orang korek tanah ku join sama kes nak menggentel cacing. Syurga betul masa tu, sekarang tengok pun dah meremang semua bebulus, wakaka. Tapi memikirkan makin banyak sisa buangan sebab sekarang dok on buat greenjuice nak tak nak order jugak sekilo cacing African Night Crawler, cacing yang paling rakus makan.
Dah sampai tu memang ku dah Seram sejuk nak buka bungkusan, kentalkan diri sajalah nak tengok dan pegang. Kalau tak camne nak bela pegang pun tak sanggup, kikiki. Maknya geli, anak lagilah berganda-ganda geli geleman, baru depa tengok kali kedua. Kali pertama depa tengok cacing masa kat kampung tahun lepas masa terkandas kat kampung 3 bulan masa mula-mula buat lockdown. Nak buat bedraise untuk depa senang je, kena ada tanah basah, dan sumber makanan seperti kotak, bekas telur, sisa makan, ku campur-campur bahan yang ada kat rumah je.
So hasil tahi cacing ni akan menghasil tanah vermicompost yang berkualiti dan penuh nutrisi yang bagus untuk tanah dan tanaman. Ku baru belajar tanam-tanam pokok kat rumah ni, almaklum rumah takde tanah, tulah dulu masa ada tanah, tak nak hargai, semak samun juga yang di bela, rumah sekarang takde tanah sekangkang kera baru kalut nak menanam. Adeii, perangai...cemtulah,bila takde baru nak hargai. So sekarang tanam pokok dalam pasu sajalah, try test kerajinan diri dan kes tak nak bazir sumber buangan yang terhasil dari penggunaan isi rumah. The best thing, Vermicomposting menghasilkan produk yang secara semula jadi direka untuk memanfaatkan tumbuhan dalam beberapa cara yang berbeza. Manfaat yang paling penting ialah nutrien dalam kompos cacing tanah sangat mudah diserap oleh akar tumbuhan. Tidak seperti baja kimia, vermicompost tidak mudah dibuang dari tanah kerana cacing lendir yang terkandung di dalamnya. Tumbuhan mempunyai lebih lama untuk mendapatkan nutrien dan mendapat faedah maksimum. Kira 100% organiklah tanaman yang kita tanam nanti, tak perlu racun, baja bagai, cukup letak dia je, banyak tumbuhan dapat manfaat.
Bila tengok hasil cacing ni buat pertama memang happy sangat, nak menanam pokok pun rasa semangat, sebab sebelum ni asyik kena serang aje pokok, terutama pokok lada. Sedih tau newbie yang baru nak belajar tanam pokok bila pokok mati, tak sempat naik tinggi, bila berbuah, buah jadi buruk diserang parasit dan macam-macam lagi. So harap lepas ni upgrade tanaman dengan vermicompost ni moga-moga semua suburlah hendaknya. Doakan iols ye, tanam sawi pun tak dapat merasa hasil lagi takat ni, wakaka. Ku takkan putus asa demi sawi, kobis, terung, gambatee!
Tahun ni memang kami beraya tetap beraya, sakan juga siapkan persiapan raya malam raya, sampai pukul 1 pagi baru settle, punya bersungguh-sungguh gitu, just untuk raikan dan gembirakan keluarga kecil kami diperantauan, sebagaimana inilah kali pertama kami beraya jauh dari family, bukan kita sorang semuanya macam tulah. So redha, sabar dan syukur, ni baru permulaan saja, moga yang mendatang Allah kuatkan lagi hati kita semua. Alang-alang dah kena beraya rumah sendiri, kita buat sehabis daya penat boleh tahan juga beraya kat rumah sendiri ye.
Masak malam rayalah part paling syahdu, sebab kalau kat kampung masa ni lah riuh belaka mulut dok bersembang belaka sambil siapkan juadah pagi Raya yang nak di makan sebelum solat sunat raya. Tahun ni kami buat juadah legend iaitu rendang daging dan ayam je makan dengan nasi himpit. Tak banyak menu sebab malas nak renyah kat dapur, so make it simple, menu lain boleh buat hari lain, raya kan sebulan. Masih di bulan Aidilfitri, baru datang mood nak update tentang raya. Memang kami raya first day je, video call dan gambar-gambar raya, shot in one day je. Yang datang ziarah rumah pun memang takde kecuali budak-budak yang datang minta duit raya, takde jamuan apa, kecuali biskut raya dan air sahaja. Tahun ni memang alhamdulillah laku biskut raya, sebab sendiri yang jamu sendiri yang makan, wakaka. Oklah takde pembaziran berlaku, hatta baju raya pun kami tak beli. Memang mood raya kali ni entah kelaut dalam tapi tetap juga beraya supaya anak-anak ada kenangan raya.
Pagi Raya tu semua on call video raya ramai-ramai tapi semua cakap tak sampai maksud sebab memang beza sangatlah alam maya dan realiti, tapi nak tak nak semua kena terima hakikat abnormal sebegini entah sampai bila. Sampai terbiasa? Sampai bila-bila? Sampai dah Jadi budaya Norma baharu? Entahlah, hidup di Akhir zaman, macam tulah, kita akan hidup discomfort zone yang cuba dinormalisasikan. Redha, syukur, sabar, moga segala yang kita lalui sekarang hanya sementara kerana setiap ujian dan cabaran pasti ada hikmah dan ganjarannya. Kurung lah seberapa lama pun, bahagia kan hidup kita semua. Mana datang bahagia tu? Dari hati kita. So nak hidup bahagia, bahagiakan hati, bahagia tu terletak kat hati.
Biasa kami beraya 3 hari sempena Aidilfitri, tapi tahun ni memang sehari je kami beria masuk hari kedua semua dah malas sarung baju raya, asal boleh mengadap menu raya pun on saja. Asal bab makan, hahah. Kebanyakan menu raya ketupat dan biskut raya kami beli yang frozen dan siap je, senang, selain tu dapat bantu yang memerlukan dikala mendesak semua hilang pendapatan. Sedih memang sedihla beraya gaya cemni, tapi serah kat Allah sajalah semua kesedihan dan kepiluan. Satu persatu yang berkait dengan Ibadah semua umat islam hilang. Apapun syukur dikala ni nikmat nyawa masih ada. Moga-moga segala ujian ni berakhir dengan baik, insyaallah. Selamat Hari Raya Aidilfitri uols. Maaf zahir dan batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)

Top Social