Tahun ni memang kami beraya tetap beraya, sakan juga siapkan persiapan raya malam raya, sampai pukul 1 pagi baru settle, punya bersungguh-sungguh gitu, just untuk raikan dan gembirakan keluarga kecil kami diperantauan, sebagaimana inilah kali pertama kami beraya jauh dari family, bukan kita sorang semuanya macam tulah. So redha, sabar dan syukur, ni baru permulaan saja, moga yang mendatang Allah kuatkan lagi hati kita semua. Alang-alang dah kena beraya rumah sendiri, kita buat sehabis daya penat boleh tahan juga beraya kat rumah sendiri ye.
Masak malam rayalah part paling syahdu, sebab kalau kat kampung masa ni lah riuh belaka mulut dok bersembang belaka sambil siapkan juadah pagi Raya yang nak di makan sebelum solat sunat raya. Tahun ni kami buat juadah legend iaitu rendang daging dan ayam je makan dengan nasi himpit. Tak banyak menu sebab malas nak renyah kat dapur, so make it simple, menu lain boleh buat hari lain, raya kan sebulan. Masih di bulan Aidilfitri, baru datang mood nak update tentang raya. Memang kami raya first day je, video call dan gambar-gambar raya, shot in one day je. Yang datang ziarah rumah pun memang takde kecuali budak-budak yang datang minta duit raya, takde jamuan apa, kecuali biskut raya dan air sahaja. Tahun ni memang alhamdulillah laku biskut raya, sebab sendiri yang jamu sendiri yang makan, wakaka. Oklah takde pembaziran berlaku, hatta baju raya pun kami tak beli. Memang mood raya kali ni entah kelaut dalam tapi tetap juga beraya supaya anak-anak ada kenangan raya.
Pagi Raya tu semua on call video raya ramai-ramai tapi semua cakap tak sampai maksud sebab memang beza sangatlah alam maya dan realiti, tapi nak tak nak semua kena terima hakikat abnormal sebegini entah sampai bila. Sampai terbiasa? Sampai bila-bila? Sampai dah Jadi budaya Norma baharu? Entahlah, hidup di Akhir zaman, macam tulah, kita akan hidup discomfort zone yang cuba dinormalisasikan. Redha, syukur, sabar, moga segala yang kita lalui sekarang hanya sementara kerana setiap ujian dan cabaran pasti ada hikmah dan ganjarannya. Kurung lah seberapa lama pun, bahagia kan hidup kita semua. Mana datang bahagia tu? Dari hati kita. So nak hidup bahagia, bahagiakan hati, bahagia tu terletak kat hati.
Biasa kami beraya 3 hari sempena Aidilfitri, tapi tahun ni memang sehari je kami beria masuk hari kedua semua dah malas sarung baju raya, asal boleh mengadap menu raya pun on saja. Asal bab makan, hahah. Kebanyakan menu raya ketupat dan biskut raya kami beli yang frozen dan siap je, senang, selain tu dapat bantu yang memerlukan dikala mendesak semua hilang pendapatan. Sedih memang sedihla beraya gaya cemni, tapi serah kat Allah sajalah semua kesedihan dan kepiluan. Satu persatu yang berkait dengan Ibadah semua umat islam hilang. Apapun syukur dikala ni nikmat nyawa masih ada. Moga-moga segala ujian ni berakhir dengan baik, insyaallah. Selamat Hari Raya Aidilfitri uols. Maaf zahir dan batin.
Top Social