Tak sangka kat Perak ni sawah padi cantik macam kat Kuala Selangor, lagi special kat sini ikut giliran, kalau kat Kg Chui Chak Langkap pokok padi baru nak berbuah, ke jalan Sitiawan area padi kat situ dah nak dituai, dan satu kawasan lagi kat mana dah lupa, situ tanah tengah dibajak untuk proses membenih, kira setiap kawasan lalui proses yang berlainan, maybe untuk elakkan tempat pemprosesan sesak. So setiap kawasan memang berbeza prosesnya. Apapun yang paling best kat Perak ni memang kaya dengan hasil dan banyak tempat pertanian, subur je semua tempat.
Memandangkan nak rentas Kuala Selangor masa tu tak sampai fasa lagi, kita berjalan-jalan kat negeri sendiri jelah, anak bila sampai memang Terujalah. Depa tak sempat rasa suasana rumah tok ayah di keliling sawah padi, sekarang sawah padi kat kampung rumah ayah kebanyakannya dah ditambun tanah untuk buat rumah dah. So dah hilang dah semua suasana childhood, tak sempat cucu-cucu merasa berlarian di celah-celah batas sawah padi, tak sempat merasa masuk dalam lumpur kutip siput sedut, tak sempat merasa memancing kat aloe dan anak sungai. Memang merentas satu zaman lain jauh dari fitrah bila sampai zaman anak-anak ni, kesian bila zaman kanak-kanak mereka tak seindah dulukala. So ku laki bini memang cuba bring semua kenangan dan pengalaman kami lalui masa kecil-kecil dulu, rasa macam mustahil tapi insyaallah takdak pun bila jumpa mak-mak geng homeschooler, depa ni memang truth fighter sungguhla, banyak buat benda lawan arus tapi I really fall in love dengan diorang, too much new knowledge belajar, so kita slow-slow follow apa yang terbaik dan bermanfaat.
Sampai kat Langkap ni, memang view mesmerising sangat sampai anak-anak terdiam, berdiri sambil menikmati angin sawah padi, daku pulak nak menitis air mata tengok gelagat anak-anak, sebab perasaan tu tak boleh digambarkan macam terbentang-bentang memori sendiri yang membahagiakan ketika kanak-kanak dulu, dan daku harap itulah jualah yang anak rasakan. Dari berlarian kat tebing-tebing depa mula berlari gembira dibatas-batas sawah sambil bertanya pelbagai soalan, sambil korek tanah lumpur sawah cari siput. Masa tu pun tak banyak lagi homestay beroperasi, so nak stay homestay memang taklah, lagipun kat sini tak semeriah bab pelancongan macam Kuala Selangor. So nikmati apa adanya, tu pun dah gembira bukan main anak-anak, dapat kenal pokok, dapat kenal asal beras yang depa makan hari-hari tu macam mana ditanam, macam mana rupa bila berbuah, nanti next time kita pergi kedah pula, negeri Jelapang Padi, kat sana boleh belajar lagi details.
Kalau part belajar ni, belajar kat lapangan, anak lagi mudah ingat, dan mereka betul-betul fokus dan faham. Tengok anak-anak kalau bab cakap nak pergi belajar dengan alam ni, bersorak bukan main gembira. Masa PDPR berlangsung anak-anak pun takdelah bosan sangat, tapi bila dah mengadap gadget ni, banyak melencong dari belajar tetiba main game, itu yang buat mak-mak berasap. Mak-mak lain tak tahulah, tapi Ika memang tak boleh,anak pun nasib baik juga ada time depa memang gadget tak nak tengok langsung kes buat depa sakit kepala. Oklah, kadang tak perlu suara singa, harimau depa layan main aktiviti luar dan sepahkan rumah bising tak tentu hala, itu lagi buatkan hati iols lebih lega dari depa senyap mengadap benda skrin tu, oklah tu masing-masing tahu limit masing-masing.
Apapun nikmat sungguh berada di Kg Chui Chak Langkap yang mana kawasan ini adalah sawah padi kedua terbesar selepas Sekinchan yang di pelopori oleh bangsa Cina, bezanya kat sini takdelah cafe hipster, hotel bajet atau hotel kecil macam kat Sekinchan tu, haishh best kalau sebiji macam kat Sekinchan tu, hihi. Apapun pemandangan sawah padi ni always my favourite sebab iols membesar dengan orang-orang yang buat sawah padi, dari seklasik-klasik tools depa guna untuk harvest sampailah upgrade guna mesin padi, awhh, how I miss the good old memories, dah tua ni cemtulah.
Top Social