Bila anak-anak batuk dimusim wabak ni, memang risau lah. Tambah lagi ada anak sensitif dan mudah alergik ni. Ahmad Harraz masa kecik-kecik dulu memang pantang dengan habuk, so kalau karpet dan habuk tak dapat dipisahkan. Rumah kami dulu memang takdelah karpet-karpet bagai ni, sadis. Nak rumah berdeco bagai memang haramlerr tak dapat.
Dah besar sikit ni oklah, nak beli karpet. Ingat dulu menyesal tak sudah konon anak dah okay lah kot pergi memborong karpet kat Nilai, sudahnya karpet beli mahal-mahal gulung buat balik kampung letak kat rumah ma je. Tu yang malas nak berdeco-deco ni tapi teringin, begitulah keinginan dan keterhadan kehendak di tapis-tapis. Sekarang Harraz dah ok dah dengan karpet cuma part makan kena memilih salah makan, memang mata merah, gatal, badan tergaru-garu.
Bila dah boleh pasang karpet kat rumah ni lega sikit mata memandang, nak baring sesuka hati atas lantai pun selesa sikit. Tapi part nak handle habuk karpet lah kena rajin sikit. Try jugaklah mop karpet dengan air panas sekali dua, tapi uiii dia punya letih tu macam berlari 4 kali pusing padang bola, kihkih. Walaupun bagus untuk senaman, tapi tak best untuk yang agak pemalas macam Ika ni. Kerja nak senang dan cepat je. So untuk menjimatkan masa mak anak lima ni, kita guna lah kemudahan teknologi yang ada untuk get rid habuk dan pakej sekali dengan hama. Macam biasa laman shopping favourites adalah Lazada, dah lama survey dan baca review yang bagus tentang Dust Mite Vacuum Haier, so masuk dalam wishlist. Alhamdulillah balik dari raya haji dah tengok kotak dah tersadai atas lantai depan rumah.Guna untuk pertama kali agak berpuas hati sebab beza rasa karpet yang di vacuum biasa dengan dust mite ni. Sekali vacuum pun hasil yang dapat banyak.
So seterusnya cuba vacuum kat sofa bed, bantal dan tilam, terus terkujat kau dia punya hasil tu, memang dah berkurun lamanya bela diorang dalam perabot ni. So far sangat puas hati dengan Haier Dust Mite Killer ni, Ika pilih yang ni sebab features nya agak menarik berwarna merah dan senang untuk handle guna, simpan dan bersih kan. Nak pilih Vacuum Dust mite Killer ni tak kisah brand apa, sebab ada pelbagai range harga, tapi tengok reviews, Ika tak jadi order yang Xiaomi Deerma tu sebab ramai yang bagi komen vacuum cepat panas dan off sendiri masa digunakan. Walaupun lebih murah sadis jugak kalau sempat guna 2, 3 kali je.
So alang-alang nak beli, pilih yang berkualiti sikit. Nak pegang pun senang Haier Vacuum Dust Mite ni, biasa Haddad lah suka part nak vacuum ni, abangnya Harraz lebih suka vacuum yang besar tu, vacuum satu rumah, Haddad padan bagi satu karpet pun dah surrender, kihkih. Bila nak basuh part perangkap dust mite kat dalam tu pun mudah je. Ika beli kat Lazada je, tengok reviews ok dan lima bintang, on sajalah order.
Kalau korang ada anak yang kulit sensitif dan tak pernah bersih kan tilam/karpet/bantal vacuum pembunuh Pepijat dan hama ni wajib ada kat rumah. Yelah nak jemur bantal bawah matahari terik pun satu cara yang bagus juga, tapi kena tunggu cuaca betul-betul panas supaya pepijat dan hama betul-betul terhapus. Ingat dulu yang Haddad punya kes kena Hama, seminggu tak hilang kami laki bini punya letih servis satu rumah nak hapuskan hama. Letih uiii. Ada Haier ni, lega banyaklah boleh vacuum tilam/karpet/sofa once a month. Takdelah berangkut bagai jemur depan rumah kihkih.
Honestly dulu rasa macam tak berbaloi je shopping kat Lazada, tapi lama-kelamaan nampak sistem dan seller semakin ok, rasa berbaloi gak lah guna medium Lazada ni. Shopee sampai sekarang tak boleh nak buat validation, tak tahu apa masalahlah, sudahnya satu-satu tempat yang best Shopping sekarang adalah Lazada, kikiki.
Kalau nak pergi pantai kat Perak ni takde tempat pilihan lain melainkan Teluk Senangin tetap yang terbaik. Kami laki bini dah pergi Teluk Batik, seriously tidak memenuhi kehendak kami, pernah cerita sebelum ni kenapa kot, apapun cukup jelah sekali melainkan dah banyak perubahan positif dan pembaharuan barulah boleh consider nak pergi lagi belah sana. Untuk anak-anak yang ramai macam kami ni, that place memang not for us. So tempat yang lebih privacy dan tenang sikit kat Teluk Senangin, tapi tu sebelum ni lah. Hujung minggu baru-baru ni kami repeat lagi sekali lagi entah untuk yang ke berapa kali dah, kami terkejut sebab macam tengok semua dah macam terlepas dari kurungan, padat sesak lain macam. Penangan pkp, bersambung pkpp semua dah tak menahan dah dengan momokan ketakutan semua dah berani keluar dari sarang bawa family dan anak-anak keluar agaknyalah, apapun Syabas rakyat Malaysia, we can doing this, moga kita dapat balik kehidupan normal kita macam dulu dulu, hope this end year semua ni berakhirlah. Ramai orang sayangkan RM1000 dan RM10,000 soon, maka semua peraturan dipatuhi, topeng semua dah pakai, ada juga yang dah rimas memang selamba je tak pakai, its okay jangan dimarah. Semua atas kesedaran masing-masing, kita just ingat mengingatkan antara satu sama lain, yang penting asas paling utama kena sentiasa jaga iaitu jaga dan tingkatkan sistem imun masing-masing dengan jaga pemakanan, kebersihan dan sebagainya. Insyaallah jaga yang tu semua okay.
Panjang pulak mukaddimahku, so sambung ceritanya sampai je kat sana dengan penuh padat orang ramai, kami dah boleh agak memang semua penginapan kat tepi pantai dah penuh. Sepanjang kami datang sini memang Inilah kali pertama tengok betapa ramainya kat Teluk Senangin. Edisi main terjah untuk dua tiga bulan seterusnya tak boleh dibuat-buat dah, sebab sekarang asal cuti hujung minggu semua rakyat Malaysia keluar bercuti agaknya. alangkan Sungai Congkak pun boleh jem teruk apatah lagi tempat lain, kihkih. Masa tu dah pukul 5 petang lebih dah suami singgah tandas settlekan anak-anak dan solat, terus kami cuba cari tempat penginapan berdekatan melainkan dah memang takde akhir pilihan kena pergi cari tempat tidur kat dalam bandar Seri Manjung jugak lah. Terus Google Resort Swiss Damai Laut, sambil kita orang terus tuju ke tempatnya. Tengok kat website Agoda bilik dekat SGI Swiss Damai Laut masih ada yang kosong so kami booking terus, sampai sana dah pelik.
Unfortunately dikala senja hampir menjengah seram pulak ku tengok hotel situ, tambah pula tengok jalan bahagian reception di tutup. Suami pergi jenguk memang resort tu di tutup sementara untuk renovation, fuhh. Patutlah macam takde orang terus. Ku ni memang suka juga baca cerita seram, termasuk cerita seram hotel memang Swiss sini ramai juga yang share kata jangan ambil bilik hujung dekat hutan, siap ku pun dah pesan kalau kata ada bilik satu je, jangan ambil pergi cari tempat lain je, hahha, punya pengaruh seram tu. So nak di jadikan cerita notis satu pun takde kat area reception, nak tanya pun takde orang satu pun yang lalu atau datang. So kami pusing-pusing mencari kat mana tempatnya, bilik dah tempah, rupanya ada satu lagi area dalam Swiss tu yang apartments situ ada reception place khas untuk SGI Swiss Damai Laut. Yang tempat mula-mula kami sampai tu resort yang satu lagi untuk bilik-bilik standard je. Memang jauhlah dari area pantai SGI Villa ni, tapi tak mengapa sebab fokus sekarang nak cari tempat tidur je, kihkih, settle yang tu beres lah.
Haa, ni baru betul tempat ya, kihkih, reception pun lebih kurang je bentuknya, mana tak confuse.
Sampai sana, terus ambil kunci bilik dan pergi tengok bilik dulu sebelum pergi cari makan malam. Masa pusing kat blok-blok tu dah seram dah maklumlah dah nak malam dah pun, orang azan maghrib, dramatic betullah, dapat pulak blok hujung iaitu blok D, ada sebuah kereta je kat blok tu termasuk kami. Kangg tersebut kan, waktu macam tu, ku zip sajalah mulut menahan persoalan nak di tanya kat suami. Sambil tunggu suami check bilik, positif kan balik apa yang tak elok dalam fikiran ni, muahaha. Tengok suami dah tersengih-sengih, masuk dalam kereta "ok tak bilik, macam dalam website betul-betul tak?", suami cakap, ha'ah okay sangat. Nanti tengok lah sendirilah kejap lagi lepas balik makan.
Balik dari makan malam, terus check in masuk bilik, alhamdulillah bilik menginap memuaskan hati, walaupun semalaman je puas hati lah dapat tidur selesa semua ralatnya tak pergi bagitahu terus kat receptionist untuk tambah tilam masa daftar, kita orang pergi lepas makan malam pukul 9malam dah, semua staff bertugas dah balik, so guna sofabed yang ada dalam bilik ajelah. Masa kita orang tempah tu harga dah turun dari hampir RM400++ ke RM200++ untuk Studio. Suami tak ambil pakej breakfast kalau tak just tambah RM8 sekepala je, nanti diorang hantar ke bilik atau makan kat Cafe Hotel, boleh pilih Western atau Malay dish. Sayangnya masa kami pergi tu kolam nak di upgrade, so tak bolehlah anak-anak mandi kolam. Kalau tak dah puas hati boleh mandi kolam even tak dapat mandi pantai, ini dua-dua tak dapat, bukan rezeki kali ni lah nak berendam air pantai juga air kolam. Next time insyaallah boleh datang lagi tapi in proper planlah, hope so wakaka. Dapat tidur bilik selesa pun dah syukur, apa yang best kat sini memang lengkap bilik dengan dapur complete ada peti sejuk dan dapur, nak masak pun boleh sangat. Kita orang pun tak tahu kewujudan Resort ni sebab biasanya yang orang dok share Swiss Resort Damai Laut yang kat tepi pantai tu, kitaorang memang tak ada dalam list nak pergi situ sebab keadaan nak Resort tu agak rumit even menarik, nak turun pergi pantai pun macam curam sikit sebab pinggir pantai tu berbukit-bukit. Tak menyempat nak handle anak-anak kat tempat semacam gitu, kikiki.
Pepagi dah sibuk nak keluar main kat taman.
Apa yang best kat sini ada banyak pilihan bilik dari studio dan untuk dua bilik bedroom, villa semi D pun ada untuk keluarga besar, kami ambil studio je dah cukup, kalau nak lebih selesa memang patut ambil yang dua bilik terus. Yang penting apa yang tunjuk kat websites sama dengan apa yang kami dapat, berbaloi lah sangat.
SGI Vacation Club Villa Damai Laut Holiday Resort Lumut agak menariklah jika semua kerja upgrade dah selesai, sekarang memang nampak tak terurus dan agak seram lah sebab nak ke resort ni pun agak ke dalam hutan sikit jauh juga dari jalan utama. Tapi tempat sangat selesa sebenarnya, cuma bab pengurusan tempat banyak kena baiki terutama dari landskap persekitaran yang nampak agak tak kemas dan tidak terurus mungkin sebab kawasan Swiss Resort ni sangat luas. Apapun untuk tempat tidur kali ni kami bagi 3.5 bintang, kecewa sebab banyak juga servis lain tak dapat dinikmati termasuk tak boleh mandi kolam, kihkih. Next time insyaallah repeat bila semua kerja upgrade dah settle. Korang yang pergi Teluk Senang in kalau penginapan sana dah penuh bolehlah consider bermalam kat sini, kurangnya kat sini jauh dari pantai sikit, takde bunyi ombak, tu je. Yang lain semua okay dan puas hati, juga takde peristiwa seram kat sini, alhamdulillah kihkih.
Catatan 7 September 12.39pm,
SGI Vacation Villa Club @ Damai Laut Lumut
Punya payah nak cari ubi beet, sejauh-jauh tempat pergi baru jumpa. Kalau kat oversea memang diorang tanam depan tangga rumah je, asal nak makan pergi cabut je. Apa yang kurangnya ubi beet ni bau tanah teramat kuat, nak telan minum kalau tak kena cara memang tak tertelan lah. Tapi yang lebihnya sangatlah banyak kerana sumber nutrisi dan seratnya, dari vitamin dan mineral yang terkandung dalam ubi yang berwarna merah yang sangat cantik ni. Kalau nak cari pewarna original tanpa sebarang pengawet tiruan, pewarna tiruan, cari lah ubi beet. Warnanya so bright red, segar biji mata kalau tengok hasil. Sekarang main-main je orang buat sendiri dari lipbalm, sabun homemade, mungkin Li Ziqi pun banyak mempengaruhi, rupanya kaya hasil muka bumi dengan segalanya, tinggal kita put effort tambahan untuk buat. Semua dah pandai amalkan sustainable living dah sekarang, alhamdulillah it's really good move for our society.
So the root of whole detox, pengambilan nutrisi penting dalam pemakanan diutamakan dan ditekankan sebab detox menyeluruh akan menghasilkan detox yang sangat berkesan dalam jangka masa yang panjang sebab ianya melibatkan lifestyle dan pembinaan habit baru dalam kehidupan. Ceritanya suami baru buat bekam baru-baru ni, then to boost his new sels develop perlukan iron yang bagus. Then the beetroot pilihan yang sangat bagus. So at the morning kasilah suami layan juice iron booster ni bersama-sama, ahh dating dipagi hari dengan hirupan green juice so mind blowing. Nak buat juice ni senang sangat, Ika guna slow juicer, hasilnya sangat mengujakan. Ni resepi pertama dari beetroot yang Ika share sini, ada banyak version tengok apa matlamat yang kita mahukan dari juice ni. So tujuan kali ni kita nak tingkatkan zat besi dalam badan supaya dapat hasilkan red blood yang sihat berkualiti. Juice ni bagus sangat untuk ibu mengandung yang alami masalah anemia, kekurangan tenaga harian dan bagus untuk stabilkan emosi diri sepanjang hari.
Bahan mudah iron booster
2 genggam penuh bayam/sawi
1 biji beetroot
1 batang lobak merah
4-5 batang seleri
1 biji lemon/2-3 biji oren sunquick
Basuh dan tos kan semua bahan yang di potong kecil, kalau boleh basuh dengan air tapis an cuckoo/cosway so tak payahlah korang lap-lap sampai kering dah bahan tu. Untuk sayuran bagus kalau dapat rendam air garam sekejap. Kemudian potongan kecil bahan-bahan tu masukkan dalam juicer satu persatu. Minum dan nikmatilah jus dengan gembira! Yummeehh. Nak lagi sedap tambah topping serbuk spirulina, perghh! Power kesannya kaya dengan vitamin C, sangat ideal untuk mengatasi anemia dan tingkatkan penghasilan darah merah yang lebih sihat. Puas hati sekali mesin dapat 2 liter juice yang pekat likat, rasanya juga sangat sedap. Hilang bau tanah ubi tu dek rasa sunquick. Cubalah khasiat dari tumbuh-tumbuhan anugerah Ilahi.
Note: the bonus from benefit beetroot good for slimming process.
Bila hujung minggu ni adalah sejenis panas bontot takleh nak stay rumah, kalau tak laki, bini yang bersuara, kalau tak bini lakinya yang mengajak. Heaven made match gitew, kahkah. So tengah dok stok menaip mengadap skrin siapkan task, suami bagitahu "Jom kita keluar!", jenis tak serik dari perjalanan pergi Fraser Hill hari tu, ku dah boleh agak 2,3 bulan ni tempat percutian semua fullbook sebab geng-geng paranoid dah mula keluar gua, semua dah tak tahan berkurung. So dah boleh agak crowded everywhere anywhere huwehh, huwehh. Tapi layankan jugaklah, kalau tolak ini dikatakan menolak rezeki yang datang. Terus bertukar Flash women siapkan bagasi one night stay entah ada kan tidaknya. Makesure rumah dah bersih, kemas, semua suis tutup, kami keluar dari rumah. Asal gerak ada orang dah mula berzikir lapar.
Halahh, halah, layan budak macam nilah, asal nak pergi berjalan perut pun berjalan sama kelaparan padahal baru je makan ayam panggang seekor dan habiskan baki breakfast. Kira lunch habiskan apa yang ada sajalah sebelum keluar, alih-alih takdan 10 kali tayar bergolek dah mula berzikir. Anak aku nih kalau dah start berzikir memang panas telinga mendengarnya, so pujuk memang diam sekejap, tapi bersambung-sambung episodnya. Alang-alang dah lalu sini, singgah makan terus kat Cendol Laksa kat Masjid At-Taqwa kat Teluk Intan. Dulu pernah jugak nak singgah tapi tutup, kali ni bila takde niat nak menyinggah, elok plak bukanya. Dia memang macam tulah, macam barang nak guna, masa tulah dan dan tak jumpa cari, masa tak nak guna, rilex je duduk depan mata, haihh.
Alhamdulillah masih ada tempat duduk kosong, so duduk tunggu order sekejap je. Kami order makanan petang yang ada kat situ, kecuali mee kicap dan popia tak sempat nak try. Order bukan main, tapi yang tang perabisnya kita jugak, tak padan dengan laparnya. Sabar jelah dengan anakanda nan sorang ni, anak nombor dua memang lah, macam mana makku hadap perangai daku dedulu, lagi teruk agaknya, sabor jelah, sekarang merasa sendiri, kikiki.
Order Laici Kang kat sini, tapi namanya Lao apa dah tang namanya, sedap sangat. Sebanyak kedai, restoren order laici kang ni takde lagi yang menepati rasa lidah ni, kat Cendol Laksa ni boleh bagi 5 bintang penuh, cukup rasa, bahan, sedap sangat. Kebanyakan menu lain pun semua sedap Laksa pekat kuahnya, mee kari Ipoh kaww sangat rasa karinya, mee kicap tak dan rasa sebab nak menghabiskan yang anak pun dah penuh tangki perut. Tapi tengok gaya ramai yang order mee kicap, sedap lah tu. Harga semua menu kat sini pun teramatlah murah dan berpatutan standing dengan kesedapannya, semangkuk mee kari ipoh dan Laksa baru RM5 penuh dengan lauk, cendol pun harga bermula dari RM3.50 untuk yang biasa, ada banyak versi durian, pulut, tapai boleh pilih ikut selera masing-masing. So kalau nak singgah makan tengahari pun okay je kat sini sebab semua menu memang mengenyangkan even charkuew tiow pun ada. Makan panas-panas di petang hari memang heaven.
Punyalah sedap air laici kang tu, on the way balik esoknya kami singgah lagi bungkus air laici kang, gaya dah ada stail Tealive yang femes tu, hehe.
Nak cari menu sedap ni kadang atas untung nasib, nasib baik dapatlah menepati selera, kadang sedap kat tekak kita belum tentu sedap kat tekak orang lain, macam contoh Nasi Bamboo kat Sungkai tu, berpusu orang, tapi kita orang cukuplah sekali pergi, memang tak kena kat selera kita. Part tempat makan viral ni jangan tinggi expectations sebab kadang boleh buat frust tak indah dan sedap seperti yang diviralkan. Begitulah uniknya manusia ni. Cendol Laksa ni memang menunya untuk makan makan petang tapi lengkap, sebab nasi ayam pun ada juga, tu sebab kot selalu je penuh. Zaman sekarang ni pantang viral terus berpusu orang, terus hilang selera nak pergi tempat beratur ramai-ramai ni, wakaka. Part yang beratur tulah yang buat hilang selera. Ada orang cakap tempat sedap jangan sesekali share karang dah viral susah pulak nak repeat lainkali pulak, ada betulnya jugak, tapi tulah kalau dah rezeki tuan kedai kau sorok tak share macam mana pun tetap orang akan tahu. Apapun port Cendol Laksa ni pepandai cari sendirilah nak makan. Bab peta seriously fail nak describe betul-betul, Google insyaallah jumpa, ada jugak spesis yang jenis butthurt dengan Google, sikit-sikit Google, sikit-sikit Google katanya kalau dah macam tu spesis ni eloklah tanam diri sendiri, asyik nak komplen sajalah.
Note: Tengah insaf tengok nombor kat penimbang, huwaa!
Catatan 4.37petang, 5 September 2020,
Cendol Laksa Teluk Intan.
Kadang orang dah bagi motivasi macam-macam, kata semangat macam-macam, tapi macam tak bergerak nothing happen? Why? Pernah terfikir tak? Morning talk dengan husband sambil menikmati breakfast suami bercerita, "ada caller dalam radio semalam share cerita dia keluar dating. Kelakar pun ada, kesian pun ya, tapi bagus, lepas keluar dengan seorang perempuan ni, kira first time jumpa, tapi lepas balik dari dating perempuan tak respond apa-apa, terus diam no whatsaap at all".
"kenapa? Kena reject sebab tak kaya ke sebab tak hensem?" tanya ku kat laki. Perempuan tu bagitahu dia tak boleh go on sebab isu fizikal lelaki tu, berat badan terlebih. "so apa jadi? Terus tekad dan jadi kurus ke?", lakiku ketawa. "ha'ah, tak sampai 3 bulan dia kurus dan jadi hensem, perempuan tu contact balik lepas tengok gambar latest kat instagram. Kami ketawa, then ku cakap" bagus lah tu, kalaulah perempuan tu bagitahu, it's ok I terima you seadanya, agaknya lelaki tu ada effort tak turunkan berat badan, Entah-entah makin obese yelah hati makin bahagia, makan berselera dikala hati berbunga bercinta. Betullah kan bang, manusia ni kadang perlukan kritikan pedas, mendalam in sometimes, kalau tak terus Selesa in comfort zone", lakiku tersengih.
"Patutnya lelaki tu berterima kasih kat perempuan tu sebab menjadi pencetus dia berubah dan jadi lebih baik, maybe harsh word tu melukakan hati, tapi kita boleh pilih untuk maafkan, yang positifnya lelaki tu dapat kesan baik yang mana dia sendiri tak pernah terfikir dapat turunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan je dek kerana pegang Kata-kata perempuan yang pedas tu sebagai ayat motivasi untuk push diri sendiri"."Tapi abang agak-agak kalau orang yang kata kat kita macam saya cakap tu, abang boleh terima tak?". Tersengih tanpa jawapan.
"mesti rasa rugi kan, sebab dah Jadi hensem, kalaulah perempuan accept dengan syarat atau jadi pendorong kat lelaki tu mesti lain hasilnya kan. Tapi tulah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Negatifnya perempuan tu akan di ingat sebagai makhluk mulut jahat yang menyakiti hati orang lain, positifnya lelaki tu dapat berubah ke arah yang lebih baik", ku menyambung.
Kisah ni bukan kisah rare pun sekarang, ramai yang share tak kira lelaki atau perempuan pernah berada didalam cerita ni. Memang dalam hidup kita perlukan kritikan,tapi bukan kritikan yang sememangnya penuh dengki dan dendam, tapi kritikan yang membina. Beza okay kritik yang membina dengan kritik tapi dalam masa memang nak jatuhkan orang lain, menjatuhkan maruah dan kredibiliti serta merendah-rendahkan orang lain. Rasanya tiada orang yang suka dengan kritikan tambah lagi harsh word untuk berubah, ada yang semakin jadi semakin teruk akibat mendapat kata-kata yang menyakiti hati. Kita yang mana? Adakah orang yang suka mengkritik atau suka memberi dorongan? Bab kritik orang lain semua orang pandai, tak payah ajar, tapi yang menerimanya belum tentu lagi tambah-tambah lagi jika yang di kritik itu kita sendiri. Bagaimana respon kita? Terima atau tidak? Oleh itu, bersikaplah dengan sikap rasional, dewasa, matang, berlapang dada dan seumpamanya. Banyak reflect diri dulu sebelum mengkritik orang lain. Selalu ada cara yang terbaik untuk menyampaikan apa yang kita mahu. Kita pilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)













Top Social