Creepy Moment di Hotel Tepi Tasik Shah Alam

7.11.2020

Sreettt....sretttt, bunyi meja ditarik sana sini. Sekali sekala bunyi guli bergolek. Dumm, sekali, dumm!sretttt,

Aii, boleh tahan bilik sebelah ni. Tak pernah masuk hotel meriah cemni pukul 3pagi plak tu. Ada sejam scene dok galak bunyi cemtu. Aku punya seriau jangan cakapla.

Budak dua orang ni plak menyusu punya lamalah plak tengah pagi ni. Adoii, saborr je lerr. Tiba-tiba bunyi galak tadi bertukar sunyi sepi, kedengaran hanya surah Al-Baqarah dari phone.

Cuba lelapkan mata, tak lelap jugak. Sretttt!! Aaa sudah..bunyi pulak. Sambil mulut terkumat-kamit, ku tengok semua dok lena tidur. Tolonglah mata! Sekali terlelap. Tak lama, tersedar balik, tapi surah Al-Baqarah tak habis lagi baca, means sedar dalam jam yang sama. Srett! Sreettt! Bunyi meja ditarik makin mendekat kat dinding sebelah.

"ish, ish dia ni tahu ka aku dok dengar ni? Aku tak takut! Yang aku takut ni kat Allah ni, dah bangun tapi tak solat tahajud. Ya Allah, ampunilah dosaku, dah bangun tapi tak ringankan tubuh gi solat". Ku dok ketar nak bangun pergi bilik, kang bukak bilik air tercongok depan pintu, naya.

Tolonglah! Aku tak nak tengok pun ko, baik kutenung lakiku, dapat gak pahala. Orang kata kalau bunyi macam tu kat sebelah ke, kat atas ke sebenarnya benda tu dah ada dekat kita atau dah ada dalam bilik kita pun, cuma macam trick depa konon dok bunyi jauh dari kita, betul ke? 

Sambil hati dok baca doa gitu gini, "Ya Allah, aku nak solat tahajjud ni", "Ya Allah aku takut terlelap balik ni, kang sedar lewat subuh pulak, aku nak solat awal waktu", boleh tahan kelakar jugak hati bermonolog sendiri, dan disambung berjela-jela lagi dengan doa lain.

Terlelap lagi. Sedar kes sayup-sayup keluar suara jantan dari phone.

I am the architect of my life; I build its foundation and choose its contents.

Today, I am brimming with energy and overflowing with joy.

My body is healthy; my mind is brilliant; my soul is tranquil.

I am superior to negative thoughts and low actions.

Berjela-jela lagilah suara dalam phone dok buat affirm.

Eh, eh buat aku cuak je, terus tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Bangun ambik wudhu, terus solat taubat. Dramatik betul nak bangun awal pagi pun. Ika tak pernah lalui pengalaman seram duduk kat Hotel, kecuali first time merasa bila masa tu balik dari ziarah arwah mak saudara yang sakit kanser, dari hospital Klang, kita orang decide bermalam kat Shah Alam je sebab dah lewat. So memandangkan takde aktiviti hujung minggu kita orang stay jelah hotel. Lagi pun baju overnight pun dah standby, so why not teruskan jelah niat, esoknya boleh jugak pusing-pusing Shah Alam kan?





Nak di jadikan cerita sebelum cari hotel tu kami settlekan bab makan malam dulu, sambil search online hotel yang available, tapi kebanyakannya jauh dari tempat kita orang makan, masa tu dah hampir pukul 10malam pun, nak cari jauh-jauh dah satu hal, anak-anak semua dah mode nak tidur dah, so cari yang terdekat kita orang terus tuju Hotel kat Shah Alam seksyen 7. Alhamdulillah ada biliknya yang family room. So apa lagi terus check in, mandikan anak dan diorang main sekejap hampir pukul 12 jugak diorang lelap. Ika pun terlelap sama, terkejut bangun pun kes anak merengek nak susu.

Masa tulah kejadian seram tu berlaku, seriously memang takut sangat sebab first time alami situasi cemtu, suami yang tidur hujung katil pun ku takut nak berpaling kejut kan kes takut tetiba benda tu dok tepi katil, haha. Masa tu just fokus susukan Haniy je sambil zikir. Bab remang bebulu kat badan tak yah cakap lerr. Masa tu nak bangun kencing memang tak sanggup nak masuk bilik air, kot tetiba buka bilik air kang tercongok benda tu, aduii. Imagine dari 3 pagi sampai ke subuh tahan kencing, power tak power, ngekk sungguh. Apapun benda ngaib ni memang takleh nak elak, sebab wujud, asal jangan kacau kita dah. So pagi tu lepas check out dan bertolak baru berani bagitahu suami. Masa kita orang keluar bilik tu sempat lagilah jenguk sebelah sebab ada staff yang baru kemas bilik yang berbunyi seram tu, tanya lah semalam bilik ni ada orang ke? Dia cakap takde, hari baru ada yang akan masuk tengahari nanti. Fuhhh, moga kali pertama dan terakhir lah dapat pengalaman cemtu, seram dia memang lain macam. Korang pernah tak lalui creepy Moment cemtu?





Apapun hotel tu memang tak dinafikan sangat selesa, kedai makan pun kat bawah je, siap ada self laundry so memang banyak kemudahanlah. So far oklah bab menginap, bab kena kacau tu rezeki diorang lah dapat kacau kita, hehe. So alang-alang dah dekat Shah Alam, kami pergi ziarah mak saudara for second time kat hospital klang masa tu, bukan selalu nak turun KL lagi pun ayah datang dari Kelantan sempat lah bersua mata dengan ayahanda sekejap. Lepas urusan ziarah, kami ke rumah sepupu kat Setia Alam, alang-alang nak balik Perak, laluan sama, singgah lah sambil-sambil kenal rumah. Sempat lah dijamu tuan rumah dengan Nasi Arab. Selesai makan kami berpisah dengan adik yang hantar ayah kat Airport Subang Jaya.


Kenangan Ziarah MokcikYah
3 & 4 Ogos 2019

Review: Birkeshire Slow Juicer Ok tak? Green Juices for Beginners.

7.09.2020

Ok sangatlah. For first timer for us yang guna slow juicer ni, Ika sangat recommended. Selain murah, senang nak guna, cuci dan pasang balik, hasil juice pun bukan main terbaik. Masa nak order ni pun entah berapa lama dok survey kes nak cari yang terbaik. Memang dok berkenan yang Philips Slow Juicer tu, tapi tengok harga pun boleh tahan, pastu dok memikirkan takut dah ada kat depan mata, guna 2 kali setahun memang tak berbaloi lah nak beli. Kena memang memakai bab membeli, kalau takat nak puasan nafsu, keinginan dan kehendak semata, satu kerugian besar pulak kan? So test guna yang murah serta affordable dulu.




Macam biasa Lazada memang antara port belian Ika, bukan tak nak guna Shopee, tapi tiap kali nak membeli kena validate dan verify apemenda tak lepas-lepas, sudahnya tiap kali nak beli online memang Lazada pilihanku. Senang, mudah, cepat dan tak renyah cuma kena pandai pilih sellerlah. Dari tahun lepas lagi kerja dok survey je, last-last order jugaklah satu gajet kat dapur ni. Tunggu punya tunggu dapat hari ke 4 lepas order, nak tunggu test kena beli lah buah dulu. Nak buat mula green juice everyday ke alah mula dulu pelan-pelan, benda nak istiqamah ni kena kait dengan disiplin diri, hihuu. Kalau disiplin out, memang konsisten pun out lah. Tapi memandangkan umur pun dah makin menambah, nak tak nak kena buanglah apa yang tak baik dan tak bagus dalam pemakanan, tak banyak, buat sikit-sikit pun tak ngape asalkan konsisten yang sikit tu macam Ibadah jugaklah. Nak mula tahajud dengan 12 rakaat terus, memang tak dapatlah. Kena naik tangga pelan-pelan jangan gelojoh asal gerak satu step sekali buat.



Orang paling excited dengan Slow juicer ni tak lain tak bukan anak-anak lah, sebab gembira boleh buat juice sendiri. So pertama kali test buat dah bagitahu diorang kena minum juice tu sebab bagus untuk badan sihat dan kuat. Semua mengiyakan saja, kasi puji-puji sikit, haa memang diorang minum green juice yang diorang buat sendiri. So hari pertama dan kali pertama buat puas hati sebab anak-anak pun turut minum sama-sama dan habis.


Basic untuk buat green juice, anyone can do it

Apa yang Ika perasan bila sugar addiction datang balik bila pemakanan sesuka hati, emosi Ika pun sangat teruk untuk di kawal, mudah marah, letih dan rasa badan tak ok. Kita kan boleh rasa sendiri badan kita sometimes wrong somewhere, rasa serba tak kena. Betullah kata 'you are what you eat', otak kedua kita berada di perut, makan benda tak elok, tak bagus memang effectnya akan mempengaruhi fikiran dan emosi kita juga. So memandangkan sejak tahun lepas lagi sebenarnya dah start buat green Juices ni iaitu masa detox dan mengandungkan Si Haniy lagi dan hasilnya sangat positif so why teruskan apa yang baik, cuma masa tu buat masa nak minum je, lepas tu hanya guna blender, so nak try jugalah hasil bergreen juice dengan slow juicer kan? Memang pekat likat dan sedap rasa juice yang dibuat dengan slow juicer ni. Cuma bab serat yang dibuanglah rasa sayang pulak, nampak gaya kena order cacing kompos plak untuk elakkan pembaziran sisa makanan, insyaallah nanti kita usahakan. Quite fun jugaklah buat juicing dengan anak-anak ni, at least diorang ada jugak aktiviti.



So kalau korang nak mula bergreen juice Birkeshire Slow Juice ni antara yang berbaloi korang beli dan guna. Nak guna senang, nak basuh dan pasang balik pun mudah sangat, instructions lengkap diberi. Antara doktor yang bagus promote holistic ways untuk improving our healthy lifestyle adalah Dr. Noordin Darus, follow lah youtube dan page, banyak sangat ilmu kesihatan yang beliau share dan juga antara person yang free cancer selepas ubah lifestyle ke arah pemakanan sihat dan nutrition intake knowledge selepas gagal rawatan dengan perubatan moden. One of the respect doctors yang banyak bagi ilmu bermanfaat buat masyarakat dan bagi awareness tentang kesihatan, bagaimana maintain dan ubah apa yang patut diubah dengan cara lebih alami dan less kesan sampingan. Semuanya tentang pilihan kita so buatlah pilihan yang membahagiakan dan menggembirakan kita. No one can rules our lives, so choose and decide wisely. Happy juicing everyone. Love yourself, love your family and love your lives.


Catatan 8 Julai 2020
1.50pm

7 Tahun Manis Pahit Suka Duka

7.07.2020

29 Jun 2020 cukuplah 7 Tahun umur anakanda kedua. Banyak suka duka membesarkan anak rapat ni, banyak juga pengalaman, pengajaran bila dapat anak-anak rapat. Alhamdulillah ku syukur Allah bagi ujian dan nikmat ni buat ku dan suami, syukur atas anugerah dan amanah yang Allah kurniakan buat kami suami isteri. Sekejap je masa berlalu bila anak dah 5 tahun ke atas, sekejap sekejap dah beralih tahun, tahu-tahu anak dah nak nikah kahwin nanti. Sempena birthday anak Sempena pkpp ni nothing special, konon nak buat sendirilah keknya, tapi faham-faham sendirilah ku bab baking ni seloww dan tak minat sikit, tu yang banyak alasan bila anak ajak buat kek sendiri. Last-last suami decide tapau dari kedai je macam biasa, hehe. Selain tu anak minta ayam goreng tepung tu je Sempena birthday. 




Anak nombor dua ni memang karakter dia lain sikit dari adik beradik yang lain terutama dengan yang sulung tapi mama tak nak banding kan anak-anak sebab setiap anak ada keistimewaan dan kelebihan juga kekurangan masing-masing. Apa yang Ika perasan Haddad ni memang keras luaran tapi dalam hati ada taman, macam mama juga, kena cara treat memang lain macam hasil yang dapat. Nak mintak tolong bagitahu je baik-baik, kurangnya jenis tak sabar-sabar. Yang rajin layan dik-adik dialah, yang senang nak minta tolong pun dia yang paling cepat respond. 



Paling tak tahan peel bila nak sesuatu memang tak sabar menyabar, kalau nak tu memang dan dan tu jugak dia nak, kalau tak kena cara memang berpanjangan drama, sini lah kena bijak pandai pujuk dan divert trick untuk anak kedua ni makan saman. Kalau lagi kau berkeras, lagi dia double triple berkeras, uhuiii boleh terbang lintang pukang kesabaran. Apapun setiap anak ada cabaran masing-masing sebab masing-masing semua berbeza dari dalam rahim lagi diorang berbeza, pengalaman mengandung, kelahiran dan bila membesarkan anak-anak ni, yang penting parents tetap sayang semua anak-anak tiada lebih dan kurang kan? Sebab manusia tu unik, takde yang exactly sama, cara treat anak-anak pastilah doesn't fit one ways, so do the best sajalah kita as parents, everyone want the best to each other especially untuk anak-anaknya. 


Kita sebagai parents Jadi pendorong, penggalak, supportive, complimentary, understanding them. Bunyi macam mudah je kan? Takpe lah sampai masa semua orang akan rasai apa yang dah mak ayah kita lalui dahulu masa besar kan kita, ambil panduan dan pengajaran apa yang telah kita lalui sepanjang membesar dari didikan ibubapa kita. Jika kita rasa kita Jadi the best person dengan cara didikan mak ayah kita, why not kita follow saja apa yang diorang dah terapkan apa yang baik untuk kita sepanjang hidup ni. Tak rugi pun kan. 




So untuk anak-anak mama, nak didik Jadi pejuang Islam rasa macam jauh sangat lagi, tapi as long as niat kita sebagai mak ayah tiada lain dan bukan mama doakan anak-anak mama membesar Jadi orang bermanfaat untuk agama, dunia akhirat. Jadi hamba yang mendirikan solat, amalkan al-Quran sebagai panduan hidup, bukan semata-mata baca tapi amal dan istiqamah, sesungguhnya mama ayah sentiasa ingat pesanan tok ayah dan umi supaya jangan sesekali tinggal solat dan al-Quran sebab tu sajalah bekalan terbaik sebagai hamba Allah kerana matlamat hidup kita semua untuk mengejar syurga Allah. Mama doakan anak mama sentiasa berjaya dalam apa jua urusan hidup, dikurniakan kesihatan yang baik dan tenang bahagia dan gembira dalam menikmati semua anugerah Ilahi, dilindungi dalam apa jua situasi,  happy 7th birthday my son Ahmad Haddad. Your story birth will remain forever in mama's memories. 

Catatan 29 Jun 2020
Sempena ulang tahun hari kelahiran anakanda

Detox dan Kurus dengan Cepat

6.30.2020

Puasa, raya plus PKP baru-baru ni teruk jugaklah berat badan naik, padahal sebelum cantik elok dah maintain beberapa bulan selepas buat full detox, alih-alih Jadi chef kat rumah mak ayah, memang 24jam aje kerja dok fikir menu, tang memakan makanan tu pun sama naik jugaklah. Pakej supper siap, manalah dagu tak berlapis-lapis. Well tak boleh nak salahkan orang lain dan situasi sebab memang salah sendiri pun gagal kawal diri sendiri dan nafsu sendiri, wakaka. Memandangkan sekarang dah half of year dah pun, still target berat belum capai, belum tentu lagi the end result, still masih banyak harapan untuk buang apa yang patut lelemaks  tepu, tak tepu dan segala macam selulit berselirat Sempena kenaikan badan, maka kena lah berinsaf banyak.

Lakiku lagilah, duduk sensorang masa PKP ada masa masak sendiri, tak sempat tapau. Memang naiklah berat badan, tambah lagi berasap, bila bini dah balik, check freezer penuh makanan processed food dan fast food, ya Rabbana nak marah pun takde guna benda dah berlalu, so the best restart balik lah,benda boleh buat kan, hehe. 

Orang lain tak mampu tolong, hanya diri sendiri sajalah yang mampu ubah. So nak tak nak kena istiqamah balik dan kuat kan tekad, teruskan misi buang berat berlebihan tujuan utama adalah untuk mudahkan beribadah. Bila dah too much toksin dalam badan, letih, lemau dan kurang bertenaga dah satu hal, satu hal lagi adalah susah bangun pagi. Yesza, ada sumbangan jugak part payah bangun dari tidur dengan toksin yang ada dalam tubuh badan. Beza sangat bila konsisten buat detox, memang mudah bangkit dari tidur. Mind thinking pun berkait dengan gut, so nak otak cantik kena lah jaga perut bebetul. Betul kan apa yang tak betul.







For me yang dah buat beberapa cycle detox ni, memang Shaklee way sangat cepat pantas dan tuntas buang berat badan, dengan selamat, semulajadi dan pastinya tak berlapar, boleh makan nasi, 7 hari 5kg hilang. Energy tak drain sebab bantuan supplements so much helps me untuk kekal bertenaga uruskan anak-anak dan rumah tangga, perut tak mudah lapar. Hanya kerap minum air kosong bantu badan tak mudah rasa kerap lapar. Nak konsisten minum dan cukup kan liter harian ni bukan mudah jugak kalau bukan habit. Nak bina habit ni lah paling mencabar tambah lagi bukan perkara yang kita biasa buat. Nak cut white sugar bukan perkara mudah, sebab berkat dengan otak kita. Setting otak kalau dah ketagih gula memang sama dengan otak orang yang ketagih kokain. Aduii scary betul gula putih ni, tu sebab macam agak mencabar lah buang gula dalam hidup ni. Gigil tak dapat gula tu memang buat diri tak keruanlah, macam ketagih caffeine gak. Tak cakap orang lain, ni Ika sendiri lah, hahaha.



Orang yang berjaya Kurus sampai buang berpuluh-puluh kilograms tu nampak macam mudahkan, tapi struggling everytime nak habis kan satu hari tu tuan badan je tahu macam mana rasanya. Ika dan suami masa memula buat detox ni, memang boleh nampak rasa serba tak kena nak me ngabiskan sehari, kalau motivasi tak kuat memang tak sampai separuh jalan kau surrender. Nanti-nanti jawabnya. Sadis. Nak buat detox ni if decide buat lone ranger memang kena double triple inner motivation kena kuat. Even kau berpartner, sometimes partner sendiri bagi cabaran. Begitulah, bab turun berat badan ni tak semudah bercakap dan bagitahu. Nak amalan dan tindakan tu yang paling mahal. Apapun Jom Detox satu program sangat berbaloi, detox dalam masa yang sama kita baiki habit sendiri. Alang-alang buat detox, berjemaah lagi best, sebab ada geng, motivasi lain macam gitewww. 




Embun Resort Lake Sahom

6.28.2020

Antara resort yang kami suka sebab scenerynya yang dikelilingi gunung ganang, hijau, sejuk mata memandang. Memang antara port pilihan, sebab anak nak main kolam pun best, agak besar dan bersih. Kali ketiga kami datang sini plan nak sambut birthday ma (mertua) memandangkan ma rancang nak datang sini. So kami laki bini plan sesenyap, tak bagitahu nak bermalam kat Embun Resort. So sempat lah over nite semalaman kat rumah dulu, sebelum esoknya ke Embun Resort Sahom. Siap makan tengahari, kemas-kemas apa yang patut, petang tu kami keluar dan directly pergi sana. sebelum bertolak sempatlah pergi ambik kek tempahan untuk dibawa ke resort sekali. Sedang elok petang gaklah nak sampai kat sana. Terus check in dan masuk bilik, anak-anak kalut dah bertempik nak mandi kolam, biasalah what do you expect bila anak-anak nampak kolam, tak boleh dihalangnya dari mandi kolam, nak dijadikan cerita, siap aje depa salin baju nak mandi, hujan lebat selebatnya turun, suruh diorang tunggu hujan reda sikit baru mandi. Dalam pukul 6 petang jugaklah hujan berhenti, oklah dapat mandi lebih kurang sejam sebelum maghrib, berhenti je hujan kalut diorang terjun mandi dengan ayahnya dan ibu saudara mereka. Tokmanya tak habis-habis lagi puji kawasan cantik, pemandangan cantik tak puas tenung.





So dah siap mandi manda, semua naik mandi sekali lagi, bersiap-siap solat maghrib dan sedia untuk berbeku, memandangkan segala seafood suami dah bawa sesiap, pekerja resort je tolong bakarkan makanan nanti, kitaorang tunggu sampai meja makan je. Makanan sampingan pun siap tempah dengan resort untuk kami sekeluarga makan, takdelah kena keluar dari resort untuk cari makan memalam tu. Sambil layan anak-anak main, uh tu dapatlah berborak santai, sambil berbeku siap. Sedang elok waktu isyak masuk, makanan siap dihidang, kek dipotong. malam tu dah ternampak-nampak durian setompok dekat kaunter cafe, tanya-tanya menager, baik tunggu esok je sebab esok tu ada lagi banyak durian sebab ada pesta makan durian kat Resort Sahom. Yelah malam tu pun macam hape dah semua layan perut kenyang makan makanan tersedia. Nak dijadikan cerita malam tu, Hajjar tak boleh tidur kes kelaparan, sebab masa dinner tu kalut makan kek aje, nasi tak nak makan, sudahnya makpak pun lupa tapau nasi goreng sikit, makanan tambahan macam roti pun lupa nak standby, dia punya nangis tu alahai, bagi minum air mineral terus tidur balik. So pagi tu bangun terus pergi cafe cari makanan, kenyangkan perut anak-anak dulu sebelum depa terjun mandi kolam. Siap mandi kolam bersiap-siap kami ready untuk check out, sebelum check out tu suami dah riki-riki manager resort suruh booking durian awal-awal takut lambat kitaorang keluar nak siapkan anak-anak. So dah siap angkut barang masuk dalam kereta manager resort panggil makan durian, siap tolong kopekkan lagi. Nasib baik jugaklah booking awal-awal durian, sebab pesta durian kononnya boleh makan sepuas hati, tak jadi jamu durian haritu, nak forwardkan ke next day sebab macam tak ramai yang tahu tentang event tu, tapi yang dah datang situ  hari tu memang frustlah sebab tak dapat makan durian. Rezeki kami sekeluarga hantu durian dapat makan durian terus kat situ. 


Pusing tengok event sekejap sambil layan anak main kereta mainan, matahari dah pacak kepala terus keluar dari resort sambil cari tempat makan area Kampar. Satu kedai pun tak menarik nak menyinggah, dan kebanyakannya dah tutup. Singgah jelah mana yang buka. Makan-makan dan terus balik ke rumah. 
Sampai je kat rumah, orang Seng Heng call untuk hantar Dryer. Cerita pasal Dryer ni panjang gak, dan agak-agaklah menyakiti hati, tapi memikirkan rumah sekarang takde tempat jemuran kain dan agak tertutup dari cahaya matahari, keperluan dryer untuk kami sekeluarga ni amat kritikal jugak setanding dengan kegunaan pakaian setiap hari ahli keluarga. Petang tu setelah hampir sebulan menunggu seketul dryer, akhirnya sampai jugaklah depan mata. 


Kenangan mesin controversy tu penutup 2019. Memula ingat nak order online saja sebab yes end sale dah mula, tapi kekangan waktu masa tu nak balik kampung decide nak order lepas acara balik kampung.

Bila dah on mode nak order sekali tengok semua penghantaran order online bermula tahun depan estimated 21hb keatas. Tak boleh jadi ni, kalau tunggu tahun depan maknanya episod pergi dobi tak sudah2, decide cari kat kedai terus. Tuju ke Seng Heng Teluk Intan, pucuk dicita ulam mendatang, ada offer, confirm lah nak ambik, tapi member card pulak takde, kalut telefon mak dengan ma tanya member seng heng, kalau tak jimat banyak sangatlah boleh guna point kad saja. Alhamdulillah ada member, confirm jadik amik, sekali sale person cek sistem rupanya offer tu dah abih limit. Macam gampang saja, geram nak sound dah tu still letak lagi offer kat situ buat apa, bagi harapan palsu saja, point member pun takdak guna dah, offer dah abis.

Pegi kedai kedua, mesin yang nak tak adalah pulak, kena order tapi price range within budget tapi mesin lah pulak bukan yang nak, nak yang 8kg katanya dah discontinued, perghh boleh plak nak konar iols, asyik lah dok offer suruh amik yang 6kg atau 8kg, ni kes nak perabis stok kat kedai lah, tu yang sampai bagitahu cemtu. Ok hold. Pergi Seng Heng balik confirm saja amik yang berkenan, tapi nak boleh ke sampai seketul kat rumah, bercinta a aaa. Sabor jelah. Apapun tq mak n ma layan kekalutan iols di hari kejadian, call sana sini kes nak guna point tapi last2 tak dapat guna gak pointnya, tapi dapat gaklah guna member card  untuk harga member sajalah last2 even tak dapat sebijik macam harga offer di tayang tu,  alhamdulillah settle juga masalah bab kain kat rumah baru, sebab takde space jemur kain directly matahari, jemur kain sekali sesi amik masa 3 hari nak betul-betul kering, stressed issue bab kain settled. Alhamdulillah hampir 7bulan berkhidmat, I'm so happy sebab memang memudahkan kerja sebagai suri rumah. Suami pun tahu dah bab paling bini malas adalah jemur kain, sebab nak kena pakai itu ini, tulah benda paling melecehkan, bukan part jemur kain. Syukur alhamdulillah dengan apa ada ya. 


Catatan 30 Jun 2020
Kenangan family time 
27&28 Disember 2019