Ada yang rindu aiiolls, ee perasannya kan? Ya Allah tahu-tahu dah hampir penghujung bulan September,seriously jadual ku padat, lebih pada CEO gayanya, padahal kerja oil and gas kat dapur aje,hahaha. Alhamdulillah hari ni baru dikurnia kelapangan nak menaip. Tak tahu nak habaq yang mana satu, bertimbun-timbun cerita dalam kepala otak daku ni, korang doakan daku meh, diberikan ilham, dikurniakan kemudahan dan kelapangan nak menitip apa yang ku nak tulis. Ya, dalam hidup memang kita perlukan doa-doa orang lain juga untuk kita, bukan asbab doa sendiri tak makbul dan mustajab, tapi itulah Sunnah Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w. Sombonglah kita kalau tak nak buat apa yang Nabi buat, dalam Sunnah ada berberkatan dan kemudahan, satu kerugian dah kat situ.
Tinggal beberapa bulan lagi nak habis dah bulan dua belas,tahu-tahu dah bertukar tahun pula. Azam daku nak turun berat badan satu angka pun tak berdegihhh (tak bergerak-gerak turun) lagi uiii, tingtong mikirnya, tapi takpe ku tak putus asa, sebegini pedih dan seksa ye emosi orang yang nak jaga berat badan ni rupanya ekk. Nak turun tak mudah, dah turun lagilah tak mudah untuk istiqamah, bukan takat bab tu je, samatelah dengan bab jaga aurat once decide nak tutup aurat betul-betul, jalan istiqamah itulah yang banyak menguji, dugaan kiri kanan datang. Tapi itulah, jika harapkan kekuatan sendiri dalam semua hal tentu tak dapat tidak, memang kita akan mudah berputus asa, tapi bila kita doa dan minta pertolongan dari Allah pasti ada jalan, dan kemudahan sepanjang apa yang kita niatkan Allah permudahkan, tolong kita.
Cuti sekolah baru-baru ni alhamdulillah sempat menghabiskan masa dengan anakanda juga mak ayah dan adik beradik. Peluang nak berkumpul bersama ni tak mudah melainkan aturan dari Allah belaka nak mempertemukan kami dan meluangkan masa bersama-sama setelah sekian lama masing-masing sibuk menguruskan urusan kehidupan keluarga masing-masing. Jem melekat belaka asbab cuti bersambung-sambung dengan cuti sekolah, yang penting ku happy sangat scroll medsos tengok ramai yang buat family day, family trip sempena cuti sekolah. Yang tak dapat buat macam tu, hanya stay rumah, buat rutin biasa, atau melepak je kat rumah, pun jangan sedih, itulah cara kita mendapat kebahagiaan masing-masing, hati kita terjaga. Macam daku pun memang peel time cuti sekolah orang keluar berjalan, daku dah pulun buat sebelum orang start cuti lagi. Once orang dah balik ke sarang masing-masing, baru kami ambil peluang keluar, kihkih. Lawan arus gitu, jadi takde bersesak-sesak, still boleh tolerate dengan keramaian bila cuti dah hampir berakhir.
Tiga bulan sebelum berakhirnya 2025 ku ingat nak tulis cerita semua trip, staycation yang daku buat, tapi entah sempat ke tidak, korang doakan ye, tengok timeline masa macam takdan, tapi who knows kan asbab doa orang yang tak dikenali, ku dapat selesaikan semua cerita yang ku nak ceritakan, until then. Daaa.
Tulis list siap-siap,
"Eh, Atikah! nanti kalau mu nampak kancil merah, cepat-cepat kunci pintu rumah weii", pesan kakakku.
Masa tu walau sekolah rendah takut orang pakai purdah, kes cerita femes masa tu, dia tengah cari 40 orang anak dara sunti kes nak cantikkan muka. Masa tu memang skip main basikal petang-petang, takpun asal bunyi tayar kereta semua pergi menyorok, bawah rumah, atas pokok, lari masuk dalam rumah, kunci pintu, paling kelakar menyorok belakang perigi, punyalahh, hahaha. Macam main peek a boo plak, padahal dengan orang buat jenayah tu, sabor jelah. Cenggitu kami layan. Tapi nasiblah tu hanya cerita tak tahu benar ke tidak.
Legend kot cerita ni.
Uii takut bukan main masa tu, hahah. Bila dah cerdik sikit, punya lah hai macam manaku percaya benda-benda camtu. Tak seram rupanya.
Lagi seram bila ada kawan mengaku nak cantik sanggup suntik. Bila tanya suntik macam mana? Oo, rupanya suntik cecair dalam botol, order online, lepas tu suntik, tak tahu lah rupa macam mana jarum suntik tu.
Bila difikir-fikir, sanggup pulak ye suntik diri sendiri sebab nak cantik, katanya kulit jadi putih cerah dalam masa 7hari. Uii, yang ni lagi dua kali ganda seram dari cerita kakak purdah naik kancil merah tu. Sekarang bila ada Instagram banyak promise bab cantikkan kulit termasuk bab suntik-suntik, diorang tunjuk procedure buat tu, memang seram sungguhla, makk aiii.
Entah apa bahanla yang disuntik kedalam badan. Dedulukala pun daku sendiri ingat ada antara krim tu pernah singgah kat muka. Nasibla tak terjebak lama dengan benda gitu, kalau tak mukaku terpampang kat artikel kes bahana krim timbang kilo. Bukan apa, yang ku stop pakai lepas habis bekas pertama, kulit ku cantik pelik, orang kalau dah jadi cantik, patut lagi teruskan pakai, tapi takya daku cemtu ye, ku kira dah jadi cantik tu settlelah, buat apa perabis duit pakai lagi, lepas berhenti pakai kulit daku jadi kelam kelabu, naik jerawat lebih teruk dari yang asal. Udah tu pula jadi warna kelabu taik anjing terus dari warna tan, perghh. Kelabu asap tak tahan, macam kelam, tak lena tidur selama kulit warna kelam kelabu tu, sah benda tu rosakkan kulit daku, memang .....betul yang buat duit tapi rosakkan kulit orang ni, terus tak pakai apa sejak dari tu benda yang pelik-pelik, putihkan muka ni.
Kesedaran tentang kulit cantik express semua orang perlu cakna tau, supaya kita tak terperangkap guna bahan cantik dan pemutih segera. Kalau dijamin putih, flawless dalam masa 3-7 hari, segera cek kandungannya.
Kadang-kadang yang dah terguna, masih meneruskan penggunaan krim dan skincare berbahaya. Bukan sebab tak tahu bahaya tapi ketakutan muka breakout bila berhenti pakai tu lebih menebal. Sudahnya bertahun sanggup pakai secara berterusan, betul tak? Sekarang pulak tengah trending kulit macam skin glass ke apa entah, entahla kadang spesis cemni, tak tahu nak kata apa. Tak campur bab masuk benang bawah kulit lagi.
Seram mak nokk bab cantik ni sampai boleh orang buta natijah kedepannya nanti. Ada jugak ku tertengok geng bertatu nak reversed back kulit macam normal, tak dapat dekk non walaupun berlaser bagai, sakit dah satu hal, nak dapat balik yang macam asal, sesal tak berkesudahan. Ku tak tahu lah apa yang drive keinginan depa sampai sanggup mencederakan diri sendiri untuk 'cantik'.
Lagi best dengar podcast Dato' Sheila Majid bab cantik-cantik sampai sanggup bedah situ sini, ubah kejadian original dari Allah, seram sangat. Biasa kes nak cantik extreme cemni sebab fikir validation orang, lepas tu mulalah diri sendiri ragu dengan kecantikan sendiri yang dah azali sememangnya cantik, lepas tu makin banyak toreh situ sini,adjust situ sini, lama lama jadi muka robot, wakaka. Bila takde rasa syukur cemtulah jadinya, mulalah tatap wajah sendiri kurang situ sini, Allah. Nauzubillah.
Ku ni bersyukur dah tertanam sejak kecik definasi cantik bukan dari paras rupa it's reflection of your heart, cantik daku sangat subjektif dan cantik daku lebih kepada peel perangai seseorang. So buruk tara mana muka tapi baik, elok sikapnya, memang nampak cantik sangat kat pandangan mata daku. Ada adab, sopan memang berganda terus cop sirim ku bagi. Cantik cemni mahal sangat. Sebab tu kalau fikir bab hati ni seram sangat, luar boleh tutup dengan jubah bagai, tapi tang hati ni, tutuplerr macam mana pun, pasti terbuka jua akhirnya, hati hitam memang takleh sorok lama-lama.
Sebab ku pegang bagaimana tara mana rupa, ianya tetap ciptaan Allah, tak gamak nak caci hina, kata kat rupa orang ni. Daku memang stick dengan word orang dedulu, tak cantik rupawan tak mengapa, asalkan cantik akhlak adab, kalau diri sendiri rasa rupa dah tak seberapa, cantikkanlah dengan peel perangai. Kalau dak takdelah timbul, dahlerr rupa tak seberapa, perangai pun sama buruk dan hodoh, tak ke tak semenggah bunyinya.
Adeii, ku dah terjebak dengan Japan drama uols, marry my husband, ku tak pernah layan version Korea, sebab macam cukup je tengok short clips yang lintas, yang Japan version cannot resist ye tengok full version, sooo good tu yang lupa daratan, konon nak menulis, sekali haaa, terus hilang semangat nak tulis, semangat tengok cerita la plak, sabor jelah ekk, kasi can sikit. Teruk ye ciri ciri sakit mental narcissism ni, tak kira gender, rasa depa memang tak layak wujud atas dunia ni, hnss hnss menahan geram daku nak abiskan satu episod ke satu episod tengok peel babihhh, ehh orang gila narc ni ye, mintak jauh lerr anak keturunan kita didekati spesis cemni, amin yra. Cantik tu ye, tapi bila perangai cam makan najis binatang lain ni, maap cakap, memang ku doa depa jumpa dan berjodoh sesama depa aje, confirm bahagia.
Dah kearah menua ni, takde fikir cantik dah, asal sihat aje, takde nak fomo ingat budak sekolah rupanya dah nak masuk setengah abad, kena sedar diri ajenye, memang masuk prime age ni, healthy is luxury, insyaallah kita semua memang dah cantik sangat dah sebab kita ciptaan Allah, yang tak elok tu bab 'seketul daging' tu je banyak ujian setiap saat, elok-elokkan yang tu naa. Yang rasa insecure bab cantik tu, setiap kali pandang cermin, baca doa "Ya Allah, cantikkan akhlakku sebagaimana Engkau cantikkan wajahku", ni doa daku sejak masa sekolah rendah lagi, tak ingat cikgu mana yang kasi doa, tapi memang lekat sampai laa doa ni ku amalkan. Hati bersihkan dan cantikkan selalu, insyaallah tenang hati orang pandang. It's vibes.
Entah apa hormon sebulan ni asyik layan steak homemade aje, ku paling annoying nak masak steak ni sebab tak pernah menjadi, jadi liat, nak patah gigi makan, tapi bila scroll, teliti fahamkan bagaimana nak kasi tender meat tu jadi, ku try buat, sekali bila dah jadi, terus rasa hari-hari nak makan steak wehh, layan dengan daging kerbau je pun jadikk, baru berbelas ringgit kat Segi. Alhamdulillah memang pokok dill yang ku tanam akhirnya berguna jua.
Minyak sapi original from Bangladesh tu memang memainkan peranan penting, ku sapu rata dengan serbuk lada hitam, garam, bawang putih ketuk, panaskan dengan api sederhana, daging tu sebelum perap, keringkan air daging dengan tisu sampai takde air melekat kat tisu. Then seasoning, bakar 5minit depan belakang, masukkan sekali daun dill, memang dapat daging medium well atau well done bergantung kat tebal daging, tapi smooth sangat lepas tu lembut. Punya happy tak terkata dah tahu teknik betul nak grill steak sendiri. Daging nak sedap memang kena cari part tenderloin atau sirloin, lagi sedap yang wagyulah, tapi muak kalau telan banyak, so far daging kerbau ku telan setengah kilo grill, makan sorang ajenya, dan tak muak. Orang kata daging angus, wagyu murah dekat Jaya grocer, entah bila nak pergi sebab jauh, so best option daging kerbau lean meat, chuck tender.
Lepas tu buat plak salad guna yogurt greek, fern leaf, so far ni plain yogurt paling sedap dekat tekak daku, potong nipis bawang merah, timun batang, timun jeruk, perghhh. Heaven betullah. Nak rasa pedas ku tambah je sambal goreng pedas ready made yang ku buat. Erghh, memang hari-hari boleh layan menu gini. Pedas ni memang main peranan betullah. Selera naik dan layannn. Entah bila nak insaf bab makan ni, tapi kira ku ada improvementlah sikit, dari bacaan kolestrol 6.8 dah ke 5.1, what a relief, tapi banyak lagi nak tuntut pengorbanan daku ni, tambah lagi berat within obese range, kihkih.
So korang yang masih usahakan apa yang patut dan apa yang korang inginkan, ku doakan semuanya dipermudahkan ye. Tengah hormon tak betul ni, kadang datang mai semangat nak menaip, kadang ku terbaring tak buat apa, kadang terlebih guna tenaga sampai sakit badan. You always vs you. Fighting.
Out of habit.










Top Social