Cuti sekolah paling malas nak keluar jalan-jalan makan angin sebab memikirkan jem semua arah, atas jalan raya dah jem, tempat bercuti pun boleh tahan bersesak-sesak, so kita kasi can kat orang lain dulu berjimba. Within a week ni pantau anak-anak buat kerja sekolah ajelah. Agenda balik kampung pun dapat balik sekejap ajelah sebab nak balik rumah parents sendiri, depa pun roadtrip, bukan sehari dua, tapi seminggu, kihkihh. Ini dah lebih dah ni, cucu-cucu nak balik jumpa tokayah depa kena tunggu depa balik dululah. Jadinya melangut banyak kat rumah sepanjang minggu cuti ni sambil onzz suara tarzan plus gorgon nak memastikan kerja-kerja sekolah masing-masing disamping rumah pun tak bersepah.
Tapi itulah, berangan. Anak-anak cuti sekolah ni takde kerja lain, mama saya lapar, mama saya nak makan, mama nak makan apa lepas ni? Tak sudah bab makan haihhh. sabor jelah ye mak-mak. Nasib baik anak-anakku takde dikisahkan sangat bab jalan-jalan musim cuti sekolah, depa lagi nak stay kat rumah pasalnya tak selalu ada masa duduk lama-lama kat rumah. Daku pun ada masa ni bolehlah menaip kat blog sendiri ni,kalau dak memang tunggu timing depa start sekolah balik. Kalau.
Mama buat apa dulu masa cuti sekolah macam ni? anakku pernah tanya, ku jawab macam abang Harrazlah Haddad lah juga. eh. Terus recall back my memory, tak datang-datang memorinya. Ku tak ingat, apa daku buat masa macam zaman depa, sebab seingat daku hari-hari kerjaku main aje, main kat sekeliling rumah, main kat kebun belah alor, main sampai rapat ke waktu maghrib. Cuti sekolah buat apa ye? Sebab cuti sekolah pun mak ayah kerja. Jadi ku memenuhi hari dengan main, tengok tv dan baca komik gila-gila, ujang. Novel tu dah masuk alam remaja baru melayan.
Nak buat projek menanam, mamanya serba malas lagi walaupun hutan mini dah keliling rumah, tidaklah lagi datang vibes nak berkebun. Apa masalah tak tahulah. Masalah malas yang pastinya. Benih dah selambak order sampai berpuluh paket, hahhaha. Entah nak suruh siapa sabar sebenarnya ni, sampai anak-anak pun cakap bila nak buat, bila suruh depa nak mamanya join buat sekali, adeiii. Delima betul, kalau tanam dah berbuah dah agaknya. Yang betul-betul bertumbuh hanya pokok inai, elok pokok inai besar subur, kuku daku dah sembuh cantik dah. So uols, cuti sekolah masih berbaki ni mohlerr kita appreciate dengan cara masing-masing yang membahagiakan okay.
Ayahman Strawberri Cameron HinghlandNO. 44, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Siapa tak suka pizza? Antara kegemaran daku, dulukala zaman sekolah Pizza Hut pilihan kami sekeluarga, since bila tak ingat dah, lama betul tak beli Pizza Hut sebab rasa dan rupa dah beza dari yang dulukala, roti tebal dan keras semacam, kami bertukar Dominos Pizza, pun bila tertengok benda tak patut tengok tular dulukala penyedia pizza ni buat bila marah kat last customer bila kedai dah nak tutup, di l#d** kat atas pizza tu, ku tak selera dah nak pergi atau order, even benda tu dah bertahun tahun dah, tapi teringat peel tak senonoh manusia takde adab dengan makanan ni, memang ku tak boleh. Pun ku dah tak ingat kali terakhir bila makan jenama ni. Jadi bila dah lama tak makan benda yang kita suka ni, kena carilah alternative lain yang kita tak pernah cuba.
So kali pertama cuba Pizza kat Boutique Tiny House Tanah Rata, sedap dan menepati seleraku. Mungkin dimakan ketika panas, cuaca pula sejuk. Memang umphh, sedap, roti crunchy tepi, belah dalam rasa lembut, rasa roti pun sedap, camne ku tahu sedap? Sebab anakku spesis makan roti pizza aje, isi tak makan, means kalau makan rotinya, sedaplah tu. Isinya padat tapi tak tebal. Juicy dan cukup kombinasi bahan, just nice. Kalau terlalu tebal sampai ambil sekeping habis tumpah isi dalam pun tak syok juga. Harga pun affordable sangat.
Kali pertama try, kali kedua try, dan kali seterusnya setiap kali rasa nak makan pizza sanggup panjat Cameron Highland, nasib baiklah gunung belakang rumah, kalau tak rela bakar pizza dalam kuali ajelah. Sekarang pun sangat teruja tengok anak-anak muda buat homemade pizza dan buka small bisnes, buat depan rumah, buat depan mata kita dari base roti lagi, boleh tengok step by step lagi sampai depa bakar, dan pizza cemni depa deko-deko tempat makan kat laman rumah atau buka gerai, lebih santai dan buat kita lebih banyak pilihan untuk makan, jadi takdelah tertumpu kat satu brand yang dah gah saja. Apapun satu peluang besar juga untuk anak-anak muda buat bisnes kan? Sama macam bab coffee, dah ramai yang kreatif meniaga kopi, best pula tu, even kedai simple sempoi, memang padu perginya. Next time ku share tempat yang biasa ku pergi.
Yelah kadang kita bukan tak nak buat dan makan kat rumah, tapi kita nak suasana kedai, kita nak angin luar, nak lepak dalam keramaian gitu. Feeling tu lain sikit dengan me time, family time. Macam makan pizza ni, bukan tak boleh buat atau beli dan makan kat rumah, sekali sekala nak makan kat luar. Boleh sangat effort nak buat tu, anak-anak pun boleh buat aktiviti masak-masak. Tapi itulah, banyak tapinya. Nok ko suasano! Jujurnya gitulah, hahaha.
So back to Pizza Tiny House ni, anak-anak muda juga yang buatnya. Pandai depa nohh, ku memang recommended yang naik Cameron Highland antara tempat makan best kat cafe nilah. Banyak juga choice makanan lain, ada pasta dan western food etc, makan pizza saja pun dah kenyang sangat. Surrounding kat sini pun cantik sangat. Korang try ok.
24, Kg, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang










Top Social