Semacam tak percaya, masih terasa kehangatan majlis nikah kahwin sendiri hujung november tahun lalu. Kini hampir setahun berlalu, sudah bergelar mama dan ayah buat Ahmad Harraz. Terasa semacam mimpi, terima kasih ya Allah atas anugerah yang tidak ternilai, akan kami didik dan jaga amanah yang Engkau berikan sebaik mungkin menjadi hamba-Mu yang taat dan soleh.. cepatnye masa berlalu, tak sangka kini dah bertiga..rasanya baru sekejap berdua-duaan, tak sempat nak berhoneymoon sepuas hati..berbabymoon la nampak gaya pasne..hehe. 2 hari lagi genap 4 bulan umur Ahmad Harraz dan hujung bulan ne genap setahun usia rumahtangga kami..Betapa syukurnya ya Allah, walaupun terasa terlalu cepat Ahmad Harraz hadir dalam kehidupan kami, sesungguhnya bayi comel itu jugalah pengubat lara dan penghibur hati keluarga..Alhamdulillah.Masih terkenang-kenang peristiwa di wad Ahmad Harraz menjadi penghuni selama 47hari setiap kali menatap Ahmad Harraz. Masih terlalu rindu dengannya walaupun kini Ahmad Harraz sentiasa disisi..boleh tak camtu?i mean it!oo...hanya diri sendiri yang faham perasaannya..hehe.
pic: Ahmad Harraz last day in ward, weight 1.95kg and now it turn to 4.5kg..alhamdulillah
Peristiwa sedih di wad timur belakang semasa rooming in bersama Ahmad Harraz masih segar diingatan. Semoga menjadi iktibar buat diri. Insyaallah, ada masa i'll share it..daa^_^, time to rest.
Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas dan menikmati kehidupan sementara ne..since been so long not update, terasa kekok plak nak mengadap blog sendiri..hehe, it's ok, yang penting tuan blog tetap manis berseri di samping keluarga kecil dia..hehe=p. Apepun baru sempat menjenguk laman sesawang, bila ada anak ne untuk 'me time' pun takde masa...Hari ni genap 3 hari baru balik ke rumah sendiri setelah berpantang(wahh, lama kau berpantang!pantangla sangat kan..haha) hampir 4 bulan, kurusnye tidakla, tapi yang penting berat badan kembali lebih dari normal akibat terlelu penat menjaga budak comel sorang tu..Perkembangan anakanda terlalu pantas, semacam tak percaya bila budak comel sebesar dua tapak tangan dulu kini dah terlebih muatan diriba sendiri..Alhamdulillah!alhamdulillah!alhamdulillah. Sesungguhnya kuasa Allah sangat menakjubkan...sekejap je dah nak masuk 4 bulan Ahmad Harraz^_^..
maybe next time boleh mengarang, agaknya..walaupun anak tidur, seakan tak puas menatap kurniaan Allah ni..47 hari yang tidak dapat ditebus balik sepanjang anakanda berada dihospital, menjadi kenangan pahit dan manis. Semoga Ahmad Harraz diberi kesihatan yang baik dan yang penting, masa untuk memberi kasih sayang buat anakanda kesayangan..hihi, till then..next entry in process..
maybe next time boleh mengarang, agaknya..walaupun anak tidur, seakan tak puas menatap kurniaan Allah ni..47 hari yang tidak dapat ditebus balik sepanjang anakanda berada dihospital, menjadi kenangan pahit dan manis. Semoga Ahmad Harraz diberi kesihatan yang baik dan yang penting, masa untuk memberi kasih sayang buat anakanda kesayangan..hihi, till then..next entry in process..
Memandangkan Ahmad Harraz dilahirkan tak cukup bulan (7bulan-premature) doktor ada bagitahu yang risiko yang berkemungkinan berlaku untuk next pregnancy. Chances untuk lahirkan anak pre-mature meningkat dari 20%-40%..T_T, namun hanya 15% je berlaku camtu..tapi still kena berjaga-jaga, i hope and pray cukuplah kali ni jeT_T. Berdoa untuk next pregnancy akan normal and beautiful like other mommies. Bila baca info pasal pre-mature born ne mungkin akan berulang, betul-betul buat diri takut nak mengandung lagi...huhu. Rasa fobia dan trauma kena operate dan perut ditoreh-toreh belum hilang dan mungkin amik masa yang lama untuk dilupai..namun rasa serik nak mengandung tu takdelah..hihi, cuma takut aje-_-". If ditakdirkan mengandung lagi dalam masa terdekat walaupun doktor dah bagi peringatan supaya jarakkan kehamilan, siapa kita nak menolak kurniaan Allah. Sekurang-kurangnya Allah bagi peluang untuk merasai keindahan waktu kehamilan. Lagipun rasa excited nak bagi cucu ramai-ramai kat mak ayah^_^.Tersenyum bila teringat kata-kata suami tika ditemaninya di wad HKL"kesian awak, tahun depan sorang lagi"..-_-", adeii..kata-kata pun doa jugak kan..if that happen, redha jelah sanggup jugak nak bergadai nyawa bagi zuriat untuk suami. haha...Ahmad Harraz tak sampai sebulan lagi mama dan ayahnya dah pikir pasal nak bagi adik plak kat dia..*_*. Tak sempat menyempat..bahaha=p
Love&Faith,
Greenapel
Setelah mendapat kata-kata positif dari Dr. yang merawat anakanda Ahmad Harraz, semangat untuk memberi breast-milk buat anakanda berkobar-kobar. Hari kedua di wad kebetulan ada bidan kampung yang menjaga anaknya yang bersalin, so my MIL mintak tolong dia mengurut untuk meransang penghasilan susu, tambah plak anak sulung,my breast-milk mungkin sedikit sukar dikeluarkan. Alhamdulillah, memang rezeki Ahmad Harraz, kolostrum mula keluar walaupun hanya 2, 3 titik selepas diurut-urut..i'm just positif for that time, tak nak stress sangat..panduan dari Pa&Ma keluaran Ogos 2012 banyak membantu, 3 kali khatam baca tika di HKL untuk betul-betul hadam dalam kepala...hihi, so i'm just calm walaupun kolostrum terhasil sikit,but i'm sure it's enough for my little prince sepadan dengan size perutnya pada hari pertama yang sebesar manik. Hari ketiga, cuba mengepam, walaupun hasilnya hanya sedikit, i'm just teruskan effort mengepam selang dua jam sekali, dan alhamdulillah hasilnya memuaskan hati sehinggalah tika post(autopost) ne dibuat (hari ke-14 Ahmad Harraz di NICU) titisan emas buat anakanda sangat menyenangkan hati. Alhamdulillah ya Allah murahkan rezeki anakanda Ahmad Harraz^_^. Sampaikan nurse di wad NICU tegur kenapa susu Harraz banyak sangat sampaikan tak muat bekas orang lain dalam deep freezer...huhu, susu sikit kena bebel, banyak pun kena tegur pula-_-"..huhu, tak faham, apapun tak kisahlah as long as my son get benefit from the most precious milk from his mama yang sememangnya tak ada jual kat kedai. Walaupun sehingga kini Ahmad Harraz still menyusu melalui tiub, keep pray that my little son will direct breastfeeding as soon as possible like other babies. Tak sabar*_* melihat kecomelan ank tika menyusu. Aktiviti Kanggaroo care skin to skin between me Ahmad Harraz sangat2 membantu penghasilan susu^_^. Terima kasih sayang Harraz, this activity make me so close to you, i miss u every time expressing milk for you..grow up healthy sayang, mama tak sabar nak bawa awak balik rumah..hihi..
Me and husband memang tak menjangkakan Ahmad Harraz akan lahir seawal di usia 30 minggu2 hari, memandangkan doktor pun dah bagitahu yang i'm risk to give early birth, hati yakin mengatakan anak dikandung sempat mencapai umur 32minggu sebelum dilahirkan, so sempat lah prepared for fizikal n mental tika hadapi saat tu...namun siapa kita nak tentukan semua tu?jangkaan meleset, tu yang buat kami suami isteri really in big shock,ingatkan balik kelantan nak sambung duduk kat wad HUSM sekali kena beranak terus...huhu-_-". Congrates for others parents like us, dah bergelar ibu bapa walaupun baby tak cukup bulan don't be so worry, teknologi terkini sememangnya banyak membantu pre-mature baby like Harraz and your child grow up nicely. Walaupun awalnya terkejut dengan keadaan bilik neonatalogi/ NICU yang menakutkan dengan tabung yang banyak mengandungi anak-anak kecil dan immature senasib Harraz, tambah pula keadaan anak dihiasi wayar-wayar yang berselirat, just be confidence the doctor and staff nurse do their best effort to give our child special care to support their development. Just believe u're not alone, having a pre-mature baby can be traumatic, tapi alhamdulillah staff nurse dan doktor sangat memahami tekanan yang dihadapi..and they are there to help you as well as your baby like us^_^. Buku 40minggu kehamilan..err macam tulah lebih kurang tajuknya dari karangkraf banyak juga membantu tambah maklumat tika diwad HKL..Menghadapi kelahiran pra-matang sedikit sebanyak mencabar kesabaran diri dari segi tenaga dan masa, namun jika positif setiap masa, insyallah, Allah mudahkan setiap urusan..sentiasa berdoa dan dapatkan sokongan sepenuhnya dari ahli keluarga terutamanya suami dalam tempoh anak di NICU..this is really important to get support from everyone yang mana ianya sangat-sangat membantu diri dalam menghadapi situasi ni disamping semangat untuk pulih dari sakit beranak tu tinggi, hehe..Mungkin untuk bertenang dalam tempoh singkat amik masa, macam diri ne jugak, seminggu dop ulang alik buat kanggaro care untuk Harraz perasaan sebak dan menitis air mata ketika bercakap dengan anak tak boleh ditahan-tahan..masuk minggu ke-2 emosi dan perasaan dah stabil..insyaallah, jangan bimbang Allah kurniakan kekuatan buat kita yang bergelar ibu, yang penting jangan lupa pada-Nya..Lailahaillallah^_^
Love&Faith,
Greenapel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social