Wishlist!! Baking & Sewing Mode

6.17.2012

Entah apa kena perasaan nak buat kek dan menjahit membuak-buak sejak akhir-akhir ne..walaupun mesin jahit takde, oven & mixer pun takde, perasaan nak buat tu tak tertahan-tahan rasa. Sepatutnya masa ne, mood nak hunting barang-barang babylah yang paling nak, tapi mode nak buat kek dan menjahit tu lagi kuat. Apakah petanda ini?-__-". Petanda yang bakal memkempiskan poket bapak budak dalam perut ne tak boleh diikutkan sangat. Banyak mengada dari yang tak mengada...kahkah. Since en.azham dah terlepas cakap nak belikan sewing machine for mummy to be ne even tak tahu bila nak dibelikan..so i'll wait until for that time..haha=p. Itulah orang cakap "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terpaksa ditunaikan". So untuk menyenangkan hati my lil'bun supaya tak ikut jejak langkah maknya, selalu je cakap kat dia "anak mama kena pandai jimat cermat tau, grow up as a smart kid, sian abi susah payah cari duit untuk kita berdua" (tetiba jek sabit ngan anak perabis kan duit jugak, padahal mak dia yang lebih-lebih)hehe=p. Well kena pegang apa UAI cakap "Memang tugas suami cari duit, tugas isteri habiskan duit", cantekk pepatah tu hehe..kita sendiri jelah kena pandai-pandai nak berhemah ke tidak cara perabis tu..kihkih=P
P/s:^_^

Pesanan Ayah Buat Anak Menantu & Bakal Cucu

6.15.2012

Alhamdulillah, walaupun sekejap saja balik kampung hujung minggu baru-baru ne, terasa ada kepuasan dan terubat kerinduan yang mendalam. Walaupun perancangan balik yang tiba-tiba segala urusan dipermudahkan Allah..Alhamdulillah^_^. Kesempatan untuk solat sunat berjemaah dan berbincang dengan ayahanda sebelum subuh memang jarang diamalkan, namun Allah bagi peluang untuk saya dan en.azham untuk mendengar nasihat dari ayahanda buat panduan untuk kehidupan yang baru bermula. Terlalu ceteknya pengetahuan dan ilmu yang ada, terlalu singkatnya terasa masa untuk mempelajari segala yang ada, terlalu banyaknya perkara yang perlu dipelajari..walaupun pendeknya nasihat ayahanda, penuh berhikmah, terasa padat dan mendalam. Moga menjadi amalan dan panduan buat kami suami isteri untuk sampai bila-bila..Semoga dengan doa dan restu mak ayah, kehidupan kami penuh keredhaan, penuh nikmat dan dilimpahi rahmat olehNYA..amin^_^. 

Terima kasih ayahanda kerana sentiasa mengingatkan kami yang masih muda dalam melayari bahtera kehidupan supaya tidak terlalai dek penangan dunia. Walaupun amanah telah bertukar tangan, tanggungjawab menegur dan bimbingan tak pernah dilupakan buat anak menantu. My ayahanda really the best person, i'm glad to have one, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat ganjaran syurga atas pengorbanan yang tidak ternilai....dan buat en.azham, terima kasih sentiasa jadi imam saya selepas ayahanda tercinta..eh, sebak pulak dah-_-". Okei, meh nak kongsi sikit apa nasihat buat kami, yang baik jadi panduan, yang buruk kita buang-buangkan..semoga sama-sama jadi amalan.
pic source: aizudinmn teringat dulu-dulu, tak sangka kitaran tu akan bermula balik dengan kita...insyallah^_^

-Jaga solat jemaah 
-Al-Quran jangan tinggal
-Bila dah jadi suami isteri kena banyak tolak ansur
-Isteri kena jaga 'dua jenis lapar suami' Perut & keinginan batinnya
-Sentiasa berdoa jangan diberi ujian yang berat sehingga tak mampu ditanggungi
-Sebab tengah mengandung, ayah pesan supaya bakal cucu tak diberi nama-nama yang terlalu panjang (trend sekarang) sehingga menyukarkan anak dimasa depan, simple tapi ada makna, macam nama kami..*baik, kami menurut perintah*hehe..

Itu jelah sedikit sebanyak boleh kongsi, yang lain tentu lebih kurang je dengan ibu bapa lain yang sentiasa bagi nasihat kat anak kan? nanti kongsi-kongsilah, boleh kita amalkan apa yang baik..^_^.

p/s: owhh, tak sempat makan kuih-kuih kelate..

Pengalaman Pelik, Normal & Buat-buat Sengaja

6.13.2012

Sepanjang mengandung ne segala macam perangai yang tak wujud melenggang kangkung menghiasi rutin harian..Boleh senyum sensorang bila teringat kembali perangai yang memalukan diri sendiri setelah bergelar dewasa ne..really childish!!owhh, termalu sendiri-_-". Sebelum tahu diri dah berkongsi badan dengan my lil'bun memang tak perasan apa yang pelik tentang diri sendiri. Masa tu nak pergi honeymoon CH, bila pakai seluar jeans semua dah ketat, memang tak syak apa-apa, biasalah orang kata orang baru kawen naik berat badan bam-bam tu normallah (ke haku jek macam tu, kahkah), hati tengah berbunga bahagia kan. So memang tak perasan yang masa tu selera makan bertambah-tambah dari biasa (pasal yang biasa pun dah kuat makanT_T)

Nak dijadikan cerita, kebetulan lepas honeymoon period tak datang-datang jugak. So kebetulan masa tu ada kerja yang masih belum settle terus singgah klinik tanpa bagitahu pun en.azham untuk sahkan kata hati. Memang tak sangka ++ve UPT, sampaikan panik, nak nangis, tapi tak nangis, macam-macam feeling. So balik je rumah sabar tunggu en.azham balik kerja biarpun macam nak pecah hati menahan sabar untuk kongsi kegembiraan. Malam tu bagitahu en.azham "emm, awak ada baby dalam perut baby ne" suami bluurrr. Tak paham!Nampak gaya kena tukar kata ganti diri untuk elakkan kekeliruan..punyalah gembira punya berita suami boleh tak pahamT_T. So cubaan kali ke-2 berjaya dengan ayat "awak, baby junior dah 4minggu dalam perut ne", walaupun masa bagitahu tu dah nak menangis sebak, respon suami lepas tu tak payah bagitahu la kan^_^

Keesokkannya terus mengidam (wahh, nampak sangat aku sengaja mengidam) nak makan jejari ubi (sampai sekarang tak tertunai lagi). Sakit belakang masa awal mengandung, sakit tulang pinggang, sakit tulang celah kangkang memang normal la kan sebab body nak support baby, tu pasal semua mengembang. Paling tak tahan, bila tetiba jadik pemalas sangat (okei, tu memang bukan diri sebenar). Malas basuh baju, jemur kain, lipat kain, kemas rumah, sapu sampah, even kemas katil pun malas!adeii hudohh bebeno, sampaikan ada sekali tu baju yg dah basuh terperap dalam mesin basuh selama 3hari tak berjemur dan rumah tak bersapu selama seminggu-_-". Tapi paling tak tahan, masak rajin pulak..yang tu tak jejas. Siap buat nasi minyaklah, tomatolah, berianilah (okei fine memang buang tabiat terlebih rajin bab masak)

Peliknya, masa awal-awal tu memang perasaan sensitif sangat. Sampaikan ada sekali tu, haku menangis beria-ria pasal jeles gileerr ngan anak saudara sendiri  yang umur tak masuk sekolah lagi (suami memang rapat ngan anak sedara, jeles tengok suami layan anak sedara sampai rasa diri tersisih) adeii-_-" sanggup tak makan sampai malam, sambung ke subuh haku nangis...argghh, tensen ingat balik... Suami makan tak tambah haku nangis, suami tak bagi ikut pergi basuh kereta ngan isi minyak walaupun jarak sekilo meter je dari rumah haku nangis, suami kadang-kadang tak buat apa-apa pun aku nangis time rasa nak nangis. Apakah jenisan ibu mengandung ini??!T_T

So far, bila dah masuk pertengahan trimester kedua ni mostly perangai yang pelik tu dah back to normal..dan kalau cakap part mengidam makan, boleh bagi award dekat en.azham sebab layan aje mak buyung nak apa, sampaikan overweight mak buyung ni..huhu. Apapun alhamdulillah walaupun perut kecik, punggung besar, dah takmau kisah dah asal mak baby dengan baby sihat walafiat aje sepanjang masa, hehe.Terima kasih teman sebantal sebab sabar melayan pelbagai karenah pelik dan comel kita ne, harap bersabar lagi sampai bila-bila ye..^_^. 

p/s: senyum lagi, bila pikir balik banyak jugak yg sengaja buat-buat mengada mintak bukan-bukan ngan suami masa pregnant ne, attention seekers!!oo yeeahh..haha=p

22 Weeks Baby Not Kicking So Much

6.10.2012

Tak sangka pejam celik, pejam celik dah masuk 23++ minggu anak dalam perut ne membesar.Kalau ikutkan perkembangan bayi, sepanjang minggu 21 ke 22 minggu bayi dah boleh mendengar baik. So masa neh kena guna peluang betul-betul perdengarkan anak dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci al-quran (konsisten setiap pagi atau sebelum tidur). Walaupun diawal kehamilan sudah mula mengamalkan alunan sedemikian sekurang-kurangnya pada tempoh ni, bayi dah boleh mengingati alunan sehingga dilahirkan dan ia menjadi salah satu kesukaan bayi. Sweet je.
pic source: Pregnancyhealthtips.info
Tapi perasan jugak since dah 22weeks ne baby tak bergerak banyak sangat. Risau okei. Saya lebih suka baby terlebih aktif menyepak menendang sana sini, at least i know she/he happy and healthy in my womb..-_-". Lagipun aktiviti 'kicking' baby tu bagi kepuasan buat insan yang bakal bergelar ibu kan?. So blessed, with soft kicking  memang membahagiakan^_^ dan sukar ditafsirkan. Walaupun certain mommies rasa rimas sebab aktiviti baby membuat pundi kencing tak tertahan-tahan, i think this is the best time to mommies take 'me time' with baby.Masa untuk memahami gerakan comel baby yang abstrak penuh misteri. Till then macam mana nak control berat tika mengandung? walaupun perut macam tu jek, ai mean kecik, tapi berat still naik..stress okei, kemana perginya berat badan yang naik tu? takkan makan-makan pergi ke punggung?dah macam tertukar pulak yang mana perut yang mana punggung?wondering okei dengan ibu mengandung yang punggung kecik, nampak sangat haku asyik dok perati punggung orang...muahaha=P, Jangan marahh arr, pasal perempuan yang mengandung perut montel dari punggung lebih comel, berbanding perempuan mengandung punggung montel dari perut macam hakuu ne!!!-_-". Stress!! 

p/s: sunyi..

Review Baby Expo PWTC 2012

6.06.2012

Secara terus terangnya tak boleh nak buat review pasal diri sendiri tak terpergi ke expo tu disebabkan memenuhi nafsu serakah makan 2hari berturut-turut dihujung minggu..tu pasallah weight gain melebih-lebih-_-". Dari puchong ke shah alam mencari ayam kampung di tempat makan feberet, sudahnya dua-dua tutup sebab kenduri kendara kotT_T. Pasal Baby expo kat PWTC tu nasib baik jugaklah tak pergi pasal sebab baca review dari  kebanyakan pengunjung expo rata-ratanya mengatakan kekecewaan akibat indah iklan dari rupa sebenar..fuuhh!!kira selamat mulut ne dari berkata-kata nista..muahaha=p. Ramai yang cakap hall expo tu jauh nak jalan, tempat parking payah, mahal lah, banyak yang tak okey lah kan, dan yang penting harga kebanyakkan barang takde yang murah sangat, certain barang saje dan limited choice. Itu kata oranglah, sebab kita tak pergi, so memang tak tahu keadaan sebenar, eheheh..so maybe betullah detikan hati supaya shopping kat jusco time sale je, kihkih..disebabkan sekarang ni tak boleh nak jalan lama-lama sangat, macam nak patah tulang pinggang, sakit tak payah cakapnya tapak kaki, makanya tempat macam jusco just nice! Satu tempat je nak merembat barang-barang baby, kan senang..

Tak abis fikir barang-barang baby, nak pikir pulak pasal baju raya mamanya..hehe, puasa belum lagi, dah sibuk fikir pasal raya..owhh, banyak sungguh bajetton yang bakal hangus. Habis raya lagi kena fikir pasal bab bersalin, kos suami nak ulang alik balik kg jenguk isteri pulak, tak masuk akikah lagi..wuhuu...duit!duit!duit!Semoga Allah sentiasa melimpahkan ruahkan rezeki untuk rumahtangga kami dan bakal family kecil kami...amin^_^

p/s: emosi tak stabil seminggu dua ne, cian my lil'bun asek dengar orang nangis ajeT_T