Kenangan Bulan Puasa yang Tidak Boleh dilupakan, Jaga-jaga Mulut bila Dalam Kereta

9.24.2011

Kenangan bulan puasa tahun 2011 memang tak boleh dilupakan...lucu pun ada bila diingat kembali. Peristiwa tayar kereta bocor dikala azan maghrib sejam lagi nak berkemundang untuk berbuka puasa betul-betul buat trauma...kahkah, sampai sekarang asal nak start enjin kereta, keempat-empat tayar kena check dulu..-_-" (tragik betul kesannya). Masa peristiwa tu, sampaikan en.azham yang dop kat jauh kat mata nak datang bagi bantuan (gelak ayah saya masa cerita situasi tu, siap cakap lautan api sanggup kurenang atas respon en.azham masa situasi panik tu..hehe). Memang jadi kenangan. Dan bertambah kenangan selang 3 hari kereta saya bocor, hujung minggu tu en.azham ajak saya berbuka kat masjid putrajaya sebab nak suruh saya rasa suasana berbuka ramai-ramai macam tu, dia dah biasalah buka kat masjid, kata lagi bujang, nak save duit poket, seronok pun seronok berbuka ramai-ramai macam tu. So hari tu, kitaorang bertolak ngam-ngam bajet sampai kat masjid dekat dengan waktu berbuka. 

Apakan daya, dah masuk area Putrajaya tu, tiba-tiba something wrong dengan kereta, bunyi kreekkk!krekk! macam tayar nak tercabut-_-. saya punya dah nervous dah suruh en.azham stop kat tepi jalan untuk check apa yang tak kena. Ingatkan tayar yang takde angin, punyalah en.azham perah keringat tukar tayar (kecian, dahla masih trauma dengan kejadian tayar bocor tu, hanya mampu tengok jeT_T). Rupanya lepas tukar tayar tu masih jugak ada bunyi tak senonoh yang menakutkan tu. Masa tu dalam 15minit lagi nak buka puasa. Terus rasa sedih spontan keluar ayat "nampak gayanya takde yang buka puasa kat masjid, macam tak diizinkan aje". memang betullah, kitaorang berbuka dengan roti beli kat petronas, siap-siap solat terus balik shah alam, tukar kereta terus pegi makan. Still terkilan, mungkin takde rezeki nak rasai suasana berbuka ramai-ramaiT_T.

Sebelum kejadian macam tu berlaku, bukan nak cakap apalah kan, mulut saya celupar pulak pergi tanya en.azham soalan super tak berlesen "bila nak tolak kereta ne?!"...haha, tak sampai 10 minit dop bincang-bincang lepas aje tol, terus kereta meragam. En.azham siap bebel salahkan diri saya yang gatal mulut cakap hal macam tu, -__-" (sadis betul). Tapi betullah, ada kemungkinan jugak kan soalan macam tu buat kereta tu merajuk...huhu. terus beringat! Apapun kenangan tu takkan dilupakan...hee=)

note:'kelma mood'

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

9.23.2011

Assalamualaikum...
Kepada yang lukakan hati kita,
Maaf, surat ni kita tak tujukan kepada sesiapa, sekadar memenuhi projek 30 hari.  Namun begitu, niat surat ini ditaip hanya untuk peringatan dekat diri sendiri. Takde siapa pun suka kan hati kita dilukai?Kita pun tak suka, namun kita manusia punya perasaan, hati dan emosi. Dalam hidup kita terpaksa menghadapi pelbagai ragam manusia. Sekiranya hati kita terluka dek ragam manusia, maafkanlah mereka. Mereka pun sama macam kita jugak, pernah dilukai, melukai dan terluka. Pernah tak kita terfikir kenapa kita terpaksa melalui keadaan seperti itu? Kerana, KEKUATAN. Ya! Kekuatan, bila hati kita pernah terluka kita belajar untuk kuat, kita belajar untuk lebih positif.

Kepada yang lukakan hati kita,
Kita tak minta pun hati kita dirobek akibat mulut dan ragam mereka. Tapi apakan daya mungkin perbuatan kita ada yang melukakan mereka, merobek hati mereka, kita tak tahu kan, so mari kita letak diri kita dalam kasut mereka (put yourself in others’ shoes). Tak semua semua orang suka kita, macam jugak kita, tak semua orang kita suka kan?.  Even macam tu, janganlah terbitkan kebencian dalam hati kerna bila sudah benci, garisan kasih sayang pun hilang. Kita tak pernah sempurnakan? Begitu juga mereka. Bukankah kita mahukan KETENANGAN dalam hidup, maka kita maafkanlah mereka, insyaallah kita beroleh ketenangan yang hanya kita dapat rasai bila kita ikhlas.

Kepada yang lukakan hati kita,
Kita pun tak tahu siapa yang pernah melukakan hati kita dan bakal melukakan hati kita. Dan kita pun dah lupa siapa yang kita lukakan hati secara sengaja atau tidak. Maafkan kita ea, kita tidak terniat dan mungkin terkhilaf tika itu. Surat ini kita warkahkan untuk peringatan diri supaya bila disuatu hari nanti bila hati kita terluka, kita ingat apa yang kita tulis. Kita ingat mereka yang lukakan hati kita takde niat nak lukakan hati kita. Mereka sekadar berkongsi luahan yang terbuku dihati. Biarlah mereka puas, asalkan kita tak ambil hati.  Walaupun ada yang sengaja nak lukakan hati kita, kita berdoa saja kat DIA supaya hati kita cepat sembuh dari luka. Walaupun kita banyak kali juga terluka, kita tetap ada DIA yang menampal luka-luka tu. Insyaallah biarpun luka tu berparut, kita hargailah kesan tu, sekurang-kurangnya kita ada KEKUATAN dan KETENANGAN. ^_^

Warkah ikhlas dari
Greenapelife.blogspot.com

Nescafe O Ais Sedap!Buang tabiat Google Resepi

What a day, sepanjang 2 hari tak minum nescafe, punya gelabah hidup-_-', stok Nescafe dah habis(pasrah!ingat boleh bertahan). Kalah jua akhirnya...cehhh! Sampaikan sanggup naik turun tangga pergi kedai runcit(kurus sekejap), tapi stok yang botol kecik takde, tengah jimat hokei...haha=p, tapi dalam plastik tu takmo beli pasal cepat masuk angin(alasan>_<'...hihik). Feeling macam tu bukan selalu nak datang...haha, dipanas terik tengahari boleh pulak google cara nak buat air nescafe O ais yang sedap pasal yang buat sendiri tak Kaw cam kat kedai (nada tak puas hati). Bila dah google tu confirmlah takde saper yang nak post resepi tu, buang tabiat apa!haha... So dengan perasaan terdesaknya, lepas maghrib dan lepas naik turun tangga tu, terpaksalah pergi seksyen 2 beli nescafe o ais Kaw punya, tambah stok 3 tin nescafe latte, dengan 1 satu botol kecik nescafe classic. Hadoii, punya huduh bebeno ketagihnya...macam mane nak buat hilangkan ketagih ne, susu Anlene pun tak sentuh konon nak tukar ketagihan dengan mende yang lebih healthy, lastnya tak terusikT_T (nangis, sob sob). Kesimpulannya 3 in 1 nescafe takleh lawan nescafe yang dibancuh sendiri, even leceh nak buat tapi lagi best dari yang instant..hehe, 3 in 1 memang tak masuk list sebab pening bila minum, yang bancuh sendiri memang 'feeling' habis masa minum, pahit=pahit manis..=)

**Tips buat nescafe sedap adalah lebih kan nescafe. 
note: ^_^

Rezeki itu Dari Allah yang Maha Pemurah

9.20.2011

Alhamdulillah, kadang-kadang kita tak menyangka rezeki yang Allah nak bagi kat kita. Dalam kepayahan dan dugaan sekarang Allah bagi jalan keluar untuk memudahkan segalaNYA. Rezeki nak kahwin kot...hehe=p. Apapun tak terkata! even masa interview dah macam takde chance sangat sebab calon ngan kekosongan yang ada memang tipis harapan, alhamdulillah, dah memang rezeki. Suka sangat! habis je kontrak dengan UiTM baru neh terus dah gelabah cari kerja, yelah takkan nak harapkan duit belanja dari mak ayah lagi, sadis okei umur 25tahun tapi still mengharapkan duit poket mak ayah, tak naklah macam tu...kita tak nak lah menyusahkan mak ayah kita kan, -_-", tambah pulak adik yang kecik-kecik (adeii besar macam tu still saya anggap macam kecik, takpelah) diorang yang lebih utama. Lagipun alhamdulillah sepanjang 3 tahun ne dah boleh berdikari cari duit sendiri time terdesak tahap tenuk aje menagih simpati kat family & en.azham...haha=p. Kata lagi masih study, so bolehlah dimaafkan ea?kihkih=p

note: speechless=)...chaiiyyookkk!


Dugaan Bertunang dan Cara Mengatasi

9.19.2011

Entah apa jadah nya rajin pulak pegi kira hari kat kalendar pasal dapat reminder dari en.azham...huhu-_-", tiada perasaan rasanya atau terlebih berdebar dup dap dup dap pasal DIY keje kahwin tak setel lagi...huaaaaT_T. Entah apa angin rajin plak nak me'DIY' sedangkan kriateria kreatif tak pernah ada, masa mungkin banyak tapi part nak idea memang payah...macam mane?nelah orang kata mengada!

Bila cakap part dugaan bertunang, masing-masing ada bahagiannya. Dugaan bertunang, dugaan berkahwin lagilah. So sebelum nak melangkah ke alam rumahtangga, dugaan tu memang akan kita lalui sedikit sebanyak dugaan dan cabaran sebagai persediaan serta untuk mengenali pasangan kita sama ada dia jenis pijak semut tak mampus atau pijak semut habis lenyek.. apakah??-_-. Bertunang lama atau sekejap itu semuanya kerja Allah s.w.t, kadang-kadang bukan semua kehendak kita Allah makbulkan, semuanya ada hikmah so tak perlulah persoalkan.orite?!. Kecil atau besar dugaannya, itu juga dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNYA yang penting cara kita mengawal dan menghadapinya.

Kebanyakan dugaan bertunang wujud dari kita sendiri, dari perangai dan sifat kita. Sebelum kita menunding jari kepada orang lain, wajiblah kita cermin diri kita dulu. wahh sedap ayat!haha...yang penting muhasabah diri, kadang-kadang kita tak sedar bagaimana perangai kita dan kesannya kepada orang lain. Dan paling tak sangka dugaan tu datang dari kita perasaan kita sendiri (kata lagi wanita ne penuh dengan emosi), perasaan masa tu lah nak keliru bagai, masa tu lah jugak nak fikir berkali-kali, masa tu juga macam-macam datang mengadap, masa tulah nak ragu-ragu...kadang-kadang perkara yang tak disangka pun boleh jadi. So banyak-banyak lah muhasabah diri, dan yang penting kita cuba baiki apa yang elok kepada lebih elok.

Dugaan dari pasangan masa bertunang termasuk dalam dugaan jugaklah ye. Betullah orang kata dalam tempoh bertunang ne, kita akan lebih tahu tentang pasangan dan kenal kita. Macam mana perangai dan sifatnya. Kadang-kadang ada yang kat depan kita pijak semut tak mampus, tapi belakang kita pijak semut sampai lenyek habis-habis!ehehe...tapi ada jugak yang pandai sorok sampai kahwin, lepas kahwin baru tunjuk belang (nau'zubillah) orang macam ne. Dalam membina hubungan sikap tolenrasi, terbuka memberi dan menerima pendapat dan sabar amat penting. Sekiranya wujud masalah, segalanya boleh dibincang dengan sebaiknya. Bukan merajuk tak tentu pasal, pujuk, masalah tak setel jugak, lastnya pendam!jangan amalkan ye, kelak memakan diri...ececehh(nasihat ko, konon betul!...haha) tapi serius okei. Jangan asyik nak gaduh aje, benda kecil tak pasal-pasal jadi hal besar.

Masalah kewangan tentunya salah satu dari dugaan. Dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang diidam-idamkan, kemungkinan bajet kewangan berubah dari semasa ke semasa akibat memenuhi kehendak. Tak pun dah buat saving tapi tak cukup-cukup, entah kemana bocornya. Dugaan kewangan ne semua pasangan mungkin akan laluinya memandangkan fasa alam rumahtangga memerlukan komitmen dan pengurusan kewangan yang diurus dengan betul, dan isu kewangan wujud sebelum kahwin lagi untuk kita lebih bersedia. Kadang-kadang isu kewanganlah yang menjejaskan hubungan kita dan pasangan akibat matlamat kewangan yang tidak sama dan perancangan kewangan yang tidak sehaluan yang boleh menimbulkan masalah. 

Persediaan kerja kahwin juga mungkin cabaran buat pasangan. Ada juga pasangan yang menyerahkan 100% hal kahwin kepada pasangan (perempuan biasanya)..tak eloklah macam tu, even sibuk dengan kerja, namun hal kerja kahwin ne kena sama-sama ambil bahagian. Nampaklah kesungguhan tu kan?. Walau ada yang buat persediaan awal untuk hal kerja kahwin ne, kadang-kadang wujud jugak masalah dari vendor, ada yang buat tak mengikut permintaan, baju tak muat, pakej menipu, semacam masalah wujud...hmmm, semua tu dugaan. Doa-doa yang sendiri nanti semua nya smooth, insyaallah.

Dugaan dari pihak ketiga, yang ne biasalah darah tengah manis, mulalah nak test saham ada ke tidak!. Ada yang macam tu, dan ada jugak bekas-bekas yang datang mengadap balik, dulu tak laku tiba-tiba jadi rebutan pulak. hmmm, entahlah harap dijauhkanlah yang macam ne. Dan akhir sekali godaan nafsu sendiri, bertunang bukanlah tiket untuk bebas melakukan apa jua perkara bak lirik "boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang bertambah sayang!". Lagipun istilah bertunang tu hanya dari segi ikatan perjanjian sebelum ke alam perkahwinan, bukannya ada ikatan sah xde beza sangat dengan kapel. Ingatan untuk diri sendiri dan en.azham juga^_^. Kenalah saling ingat-mengingatkan, tengah mabuk cinta kadang-kadang boleh lupa batasan.

So dalam menghadapi apa jua dugaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga, persediaan mental dan fizikal amatlah penting. Sentiasa mengamalkan sikap tolerasi dan saling mendengar dan berkongsi masalah serta jalan penyelesaiannya dengan pasangan, kuncinya kena sabar dalam berbincang. Sentiasa berbincang dan merancang kewangan dengan teratur supaya tidak kelam kabut nanti dan akhir sekali sentiasalah berdoa kepada Allah yang Maha mendengar, berdoa supaya segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Berdoa semoga sentiasa terpelihara dari godaan syaitan dan nafsu serta memohon perlindungan Allah. Sentiasalah berfikir positif, setiap dugaan tu ada hikmahnya. Satu langkah lagi kita ke alam rumahtangga, maka bersabarlah dengan dugaan yang kita hadapi, semoga kita dan pasangan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin


Note: wah panjangnya menaip, rajin plak...huhu