Banjir Besar Kelantan 2014

1.15.2015

sebelum kejadian banjir atau bah kuning dikelantan berlaku, kitaorang lakibini balik sebab ada familyday belah mak. Memandangkan dah sekian lama keluarga besar kami tak berkumpul dan hujung tahun semestinya tarikh pilihan kerana kebanyakkanya memang bercuti cuti sekolah dan cikgu pun turut bercuti. So senanglah sikit, semua ada masa terluang walaupun sekejap tapi sangat berbaloi. kitaorang bertolak balik 12 disember memandangkan program start 13-14disember. Balik tu lalu ikut terengganu sebabnya memang suami saja nak menyinggah and my bunch of memory memang banyak kat terengganu. Do miss the moment. ohh yang tu kita cerita edisi lain sebab memang ada story yang membungkam hati lara nestapa masa singgah kat terengganu. 


Hari program start kitaorang berkumpul disudara resort, kalau ikutkan plan asal kitaorang nak ke thailand pergi ke krabi island dan melawat kawasan sekitar. Tapi ubah plan disebabkan jauh dan tak ramai yang boleh join, so pilihan disudara resort memanglah tepat sebab semua boleh join. Walaupun minggu tu dah start hujan, tapi hari tu alhamdulillah hujan sekejap je so sempatlah anak-anak mandi air pantai walaupun ombak semacam je, bolehlah lepaskan keinginan dan malamnya sempat berBBQ. Punyalah family gathering agendanya lebih kepada berkelah ramai-ramai pasal asyik makan aje dari petang kitaorang sampai ke malam BBQ. Petang makan bihun goreng, kek batik, tat telur, nasi berlaukkan ikan masak kari,  ayam kampung goreng rempah, daging rusa goreng, gulai lemak kuning ikan tongkol, puding triffle sambung pula ke malamnya kitaorang BBQ ayam bakar, daging kambing bakar, sotong bakar, udang bakar, sosej bakar, satar bakar, lokceng bakar, jagung bakar...adooii stress haku tulis entri neh!!terus lapar wehh, grrr-_-". Begitulah jika tukang-tukang masak bergabung tenaga, habis membuntal anak-beranak makan kekenyangan. kebetulan minggu tu memang penuh bilik resort dan hotel, tidur semalaman pun dah kira berbaloi sangat dah, yang penting best berkumpul ramai-ramai macam tu. pagi sebelum kitaorang balik sempatlah buat acara sukaneka isi masa bersama keluarga, seronok2. what a best moment!! diharap lain kali insyaallah boleh buat pula..hihi, sebab this event memang wajib for every year for my family...

Post a Comment