Pages

Pages

7.11.2019

Hati-hati Bila Punya Anak Umur 0-6Tahun, Bahaya dimana-mana

Hari ni terbaca lagi tentang anak terbelit tali kat leher, bukan kecik lagi anaknya dah besar pun. Itulah nak cakapnya if dah ada anak-anak tak kira umur berapa kita as parents kena sentiasa beringat-ingat. Anak-anak ni umur cemtu dia banyak nak explore kadang apa yang dibuat memang tak terlintas dek akal kita ni. 


"makpaknya buat apalah, tak tengok anak elok-elok ke?" "

" Jenis makpak tak reti jaga anak, tahu beranak je", 

"Jenis tak sayang kat anak macam tu lah!", 

"kenapa maknya itu, kenapa paknya begitu, lupa ke, tak beringat ke?!" 

Hati-hati ye korang lintasan hati, lidah, kata-kata hatta tulisan. Kita belum diuji lagi ye. Jika tiada kata-kata baik untuk dikongsi, ditulis, dikata, sebaiknya diam. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Makpak manalah yang tak sayang anak-anak, ada memang ada tapi minoriti, majoriti makpak atas mukabumi Allah ni dah diikat dengan kasih sayang oleh Allah Taala. 

Jangan sombong ye dalam berkata-kata, ingat kita belum diuji lagi. Takut-takut nanti kata-kata kita tu memakan diri sendiri, tak kita, anak-anak atau keturunan kita. Bersangka baik dan jadikan iktibar dan anggap kejadian tu sebagai peringatan buat kita jua. 

Bila terbaca berita tragedi melibatkan anak kecil, sentiasalah mengingatkan diri supaya beristighfar dan bersyukur kerana tak diuji sedemikian. Itu bahagian ujian untuk mereka siayah dan ibu.

Ika masih ingat pesanan ayah ketika mana Ika dapat anak pertama. Ayah bagitahu "bila kita ada anak ni, kena mula beringatlah, bahaya dimana-mana sahaja tak kira luar rumah, dalam rumah, kena sentiasa beringat suami isteri, anak kecil dia tak tahu apa-apa".

1. BILIK AIR
Bilik air lepas guna pastikan tutup pintu. Pastikan dalam bilik air takde baldi berisi air. Sebab anak-anak kecil ni suka dengan air, mangkuk tandas lepas guna tutup. Jangan biarkan anak-anak mandi sorang-sorang, biar kita jadi pemerhati. Air dalam baldi walaupun tak nampak bahayanya buat kita, tapi untuk anak kecil mampu membawa maut. 

2. BENDA TAJAM
Gunting, pisau, jarum, benda-benda tajam simpan tempat tinggi atau tempat tersorok dalam laci. Garfu, pisau makanan/sapuan pun kena letak asing dari sudu. Anak-anak ni semua benda dia nak tahu, keinginan nak tahu dia tinggi. Boleh nak bagitahu fungsi, cara guna, tapi kena tengok dan pantau, jangan lepas tangan. 

3. BARANG BENTUK KECIL DAN SAIZ MINI
Elakkan beli mainan yang berbentuk mini, yang ada risiko anak boleh sumbat dalam telinga, hidung, mulut. Tasbih, manik-manik, skru-skru, soroklah ditempat sepatutnya, sebab anak-anak ni kan nak cuba. Teringat lagi arwah adik lelaki Ika pernah sumbat manik tasbih dalam hidung tak pasal kena pergi klinik cabut keluar. Tak cerita lagi kes-kes anak-anak telan duit syiling. Allahuakbar, kadang makpak dah beringat tetap jugak jadi. Sebaiknya usahalah sebaik mungkin elakkan benda begitu bersepah atau ada merata-rata. 

4. BAHAN SERBUK/CECAIR MERBAHAYA
Serbuk sabun basuh, sabun basuh pinggan, dettol, ridsect dan semburan berbahaya simpanlah ditempat selamat supaya anak tak sewenangnya boleh pegang dan main tambah lagi bahan api. Segala ubatan berbentuk tablet atau cecair sorokkan atau letak tempat selamat. Ada je kes anak telan ubat ingat benda tu gula-gula.

5. PINTU BILIK/RUMAH/SLIDING
Pintu rumah, pintu bilik pastikan semua kunci bilik ada spare. Biasa pintu tombol mudah rosak dan boleh buat anak terkunci dalam bilik. Hmm, yang ni dari rumah Banting sampai pindah rumah baru, semua pintu bilik jahanam disebabkan Haddad pernah terkunci dalam bilik akibat suka tutup pintu style hempas. Sudahnya semua pintu bilik rosak dan pengajaran yang dia dapat adalah terkunci kat dalam bilik. 

6. KERETA
Kereta. Isu anak dan kereta ni banyak kali dah berlaku, tak nak ingatkan part tinggalkan anak dalam kereta, enjin masih hidup sebab kebanyakan kita buat dan pernah buat. Tinggal nasib baik dan tak nasib baik saja nak terkena anak terkunci, anak gerakkan gear dan sebagainya. Tapi peringatan mudah ayah Ika, even nak masukkan anak dalam kereta pun kena alert sebab anak boleh terhantuk ketika nak masuk dalam kereta, terkepit jari atau tangan ketika tutup pintu kereta, dan kesilapan tu juga dari mak ayah yang buat sebab tak sengaja. Nak bagitahu kita sebagai mak ayah tahap teliti dan berjaga-jaga sampai tahap tu kena alert.

7. KELUAR DARI RUMAH
Bila anak-anak keluar dari rumah, zon keselamatan anak lagi mudah terancam tambah kawasan dan bergaul dengan ramai orang. Pesan ayah, kita sebagai orang islam, mintaklah Perlindungan dari Allah jika mahu keluar dari rumah lagi-lagi bawa anak-anak, baca 3 Qul dan ayat Qursi, moga-moga anak-anak kita terhindar dari pandangan dan niat jahat segala makhluk dan terlindung dari segala mudharat. 

Kalau pergi shopping mall mak ayah mudah terlalai dengan persekitaran, macam cerita adik Ika once pergi IKEA baru-baru ni, ada mak terlalai dengan anak dia umur 2 tahun, melalak anak cari mak tak jumpa, mak pulak ralit tengok barang. Allahu. Nauzubillahiminzalik.

Tu kot salah salah faktor yang kami laki bini memang sepanjang anak-anak membesar, ramai pulak ni, jarang masuk tempat sebegitu sebab nak kurangkan risiko. Tak sanggup tengok video oversea bagai nak gila mak ayah tetiba anak hilang dari pandangan mata sesaat je terlalai. Allahuakbar. 

Begitulah nak share, kita ni nama lagi manusia, asal perkataan manusia dari 'nasia', maksudnya 'lupa'. Correct if i'm wrong, ingat sebab Ustaz Junos yang ajar syariah perkataan asal manusia ni.

Kita ni takde daya upaya pun, jika Allah berkehendak, sekelip mata boleh terlalai, lupa, walaupun dah beringat-ingat, sebab itulah letakkan pergantungan kita sepenuhnya pada Allah taala. Allah bila nak uji kita sekejap je. 

Kejadian Hajjar jatuh terhentak belakang kepala akibat panjat grill rumah, satu pengajaran besar buat Ika. Bukan Ika tak beringat, biasa nampak Hajjar mula panjat laju Ika lari dan ambil Hajjar sebelum dia panjat sampai atas, tapi ada satu hari tu, kebetulan Ika tak tahu bila masa terlelap, sekelip mata je sedar dari lelap tengok anak terjatuh, Allahu rasa macam pecah jantung terkejut. Ingat baru je pejam mata. Tapi kalau Allah nak uji tak tunggu sekelip mata, depan mata pun boleh jadi, kan? 





Orang ingat mak-mak duduk rumah ni boleh rilex, goyang kaki ke, taklah. Cerr korang suruh suami stay sehari dengan anak-anak boleh agak dia punya penat ya ampun, macam CCTV bergerak kekdahnya dok dalam rumah tu. Anak diam lama-lama tu bukan diorang duduk leklok biasa ada bahan kajian yang diorang tengah dok buat. 

Sekarang lebih beringat-ingat dalam beringat-ingat namun paling Ika ingat dalam beringat Ika minta pertolongan Allah moga segala apa yang kita lakukan, apa yang kita ingatkan pada diri, kita sandarkan sepenuhNYA kepada DIA. 

Panjang lebar pesanan ayah. So mak-mak bapak-bapak, sama-samalah kita ambil peringatan sesama kita, kadang nampak situasi macam tak bahaya, tapi sebaiknya beringatlah sebelum kena, tak bahaya kat mata kita, tak semestinya selamat untuk anak kita.

Dalam rumah sendiri pun dah terlalu banyak bahaya jika kita ada anak-anak kecil, sekecil kecil perkara dan segenap ruang boleh mengancam. Even bab panjat pun kena pantau.

Bukan tak bagi terus kalau tak macam mana anak nak develop kalau semua benda tak bagi kan. Boleh je dengan PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN ibu bapa. Jangan semberono biarkan anak-anak.

Ingatan ni pun untuk Ika sendiri sebab anak-anak tengah membesar, sekecil Hawaa dan Hajjar masih dalam risiko tinggi. Harraz Haddad dah fasa lain dah tahap keselamatan, dan boleh faham kenapa dan mengapa kena hati-hati. Yang kecil tak tahu apa-apa ni yang 24jam kena tengok. Even tidur pun boleh tergolek jatuh katil.

Bukan senang ada anak ni kan, tapi itulah amanahNYA, renyah, leceh, meletihkan, dan bermacam lagi bila Allah datangkan anak dalam keluarga.

Itulah nikmat, nikmat itu datangnya pakej dengan ujian. Berdoa dan berserah pada Allah jika anak-anak kesayangan kita dalam jagaan pengasuh. Tak kira di mana-mana rumah sendiri atau rumah orang lain, perkara sebegitu sememangnya ada risiko, tak lain tak bukan hanya padaNYA kita meminta perlindungan. 

>>>>Jika anda rasa peringatan ini bermanfaat untuk orang yang kita sayang, kongsi dan #SHARE kepada mereka. Moga Allah melindungi orang yang kita sayangi terutama anak-anak kita semua, insyaallah Amin.