Berjalan Pantas

8.28.2025

Baru perasan bulan ni ku tak sempat jenguk blog sendiri, punyalah sibuk tak tahu buat apa, sedar-sedar dah nak penghujung bulan lapan,huwaa. Rasa macam???entahlah tak sempat buat apa sehari hari, pantas masa berlalu pergi. Tapi bab topik viral, hot ku follow, ku banyak melekat kat threads, berhantu layan cerita seram. Asal keluar topik ghibah situ sini ku klik not interested and some of person yang mind-blowing ku dah block melainkan orang bercakap pasalnya, timbullah, other than that memang click ja apa yang patut. Topik ku follow resepi, travel, berkebun, fitness, umrah, dan cerita cerita comel macam baby garang yang boleh bikin baby fever. Haritu ku baca gaduh-gaduh pasal kopi, terkebetulan scroll baca orang bergaduh pasal berjalan pantas a.k.a briskwalk pulak. 




Haritu bergaduh riak pasal haji umrah. Orang Malaysia ni tak pernah berhenti buat hiburan eh, ada yang dah macam mereng dah. Paling kelakar yang someone dodoi anak tu, berdekahh ku baca komen,aduhaii. So back to topic berjalan pantas ni,ku baru ingat masa kat asrama dulu, memang berjalan pesen ni lah yang daku buat. Menonong, laju je jalan, memang tak tunggu orang,ku paling malas bab tunggu orang, sebab tu masa sambung belajar terbawak-bawak peel berjalan pantas tak pasal jadi someone yang banyak lone ranger bila kemana-mana. Yang buang masa, buat ku tertunggu, memang bye-bye. Yelah nak kejar rutin jadual harian, dari bangun subuh, sampai ke malam kekdahnya bab berjalan pantas kebanyakan yang daku buat.




Mana tak rushing, makan ada timing sekian sekian, nak berjalan masuk kelas ambil masa sekian sekian, waktu solat sekian sekian, semua kena plan kalau tak lari timing, semua jadi kelam kabut. Yang ku ingat kami jalan berlenggang bila petang-petang,hujung minggu. Kalau sekali ingat tak bestnya momen bab rutin tu, tapi moment tu lah yang dirindui sebab rutin tu jugaklah jadi dapat berkumpul berkawan, moment tu lah yang membentuk karakter hari ini, disiplin dan konsisten ni memang penting nak jadi habit. Tapi pelik jugak setting habit masa asramakan?Asal balik rumah ku revenge bantai tidur sampai tengahari, bermalasan,baca komik, hilang habis yang rutin tu eh, macam pulse  sekejap, macam sekaranglah, ada juga moment sebegitu.



Bila kahwin, masa kat rumah sendiri,memang daku ada rutin tertentu yang memang kena buat setiap hari, tapi bila balik rumah mak, sudah, terus jadi anak yang bermalas-malasan, tapi takde whole time buat cemtu, biasa kalau balik 3 hari adalah sehari daku buat cemtu, rasa released sangat, dapat rest sekejap. Bab jalan pantas tak tinggal ye bila kat rumah mak atau kat mana-mana, dah jadi macam habit, jalan macam nak kejar orang cemtu. Rumah mak ayah rumah lantai papan belah atas, bawah sepenuhnya rumah batu, jadi kalau orang berjalan lajukat tingkat atas, berlari memang bisinglah gebumm!gebumm! kuat bunyi papan lantai kena hentak kaki. Masa anak-anak daku kecik kan, memang dengar anak teriak sikit terus laju berlari anak, masa berpantang bersalin pun kadang lupa tengah pantang,kena bebel kat mak sebab jalan macam nak berlari. 



Pasal bab berjalan pantas ni, bila anak dah besar semua, daku banyak chill, relax, santai, jadi pemalas betul nak berjalan. Kadang tengok step counting habis tinggi 500step ke 1000 step aje, sedih betul! punya malas nak berjalan, sampai lutut daku dah tak boleh tolerate dengan berat badan yang ditampung. So bila start nak rajinkan diri berjalan balik, sebab mula risau, the hardest part in two weeks. Dalam otak ni macam tengah bergaduh nak buat, tak nak buat. Ada hari buat, ada hari kalah. Bila buat mula sakit kaki, sakit betis, ku give up. 



Ku dok fikir perjuangan orang nak kurangkan berat badan sangat sukar dan perit ye, dahlah makan kena catu, jaga, lepas tu kena disiplin fizikal, struggle sangat. Daku ni kadang-kadang annoying dan tak suka peel sendiri sebab banyak kalah dalam di medan sendiri. Apatah lagi nak follow pace itu ini,asal boleh start berjalan sekejap dan berpeluh dah macam satu rahmat yang besar sangat. Korang yang konsisten berjalan pantas ni memang ku salute sangat, tak mudah ye nak stick with that routine, tapi memang boleh cuma kena banyak paksa diri lah ekk.



Ku just nak throwback kemana hilang skill daku berjalan pantas ni?Sejak bila? Fikir punya fikir, ye selepas cerai susu Hana, dia punya effect tu tak tahulah hormon ke apa, tapi ku mula bermalasan sebab takde reason nak huru hara berjalan pantas time masak anak merengek nak susu, time mandi anak teriak, time jemur kain berlari masuk rumah bila bunyi hok hek hok hek anak nak start nangis, semua melibatkan stamina berjalan pantas,beza pace aje. Since semua gone, memang betul bebas dari menjadi susu cap gantung ni,ku banyak mode malas, rasa macam dah terlepas satu bebanan yang amat berat dan ku ambik pendekatan nak santai santai ja, nohh dia punya santai-santai bukan main-main noh, in pakej terus semua mendadak naik, yang penting bukan takat jadi pinguin berjalan dah, dia pakej jadi mak nenek terus. 



So bila orang start bergaduh briskwalk ataupun sebutan lainnya 'berjalan pantas', baru ku dok mikir apa benda depa bergaduh-gaduh ni, pace itulah pace inilah, langsung tak connect apa ke halnya dengan pace ni. Terang dan baca lah banyak kali ku macam blurr, yang ku faham briskwalk ni pasal berjalan pantas aje. Apapun jalanlah macam mana gaya sekalipun asalkan bergerak aktif setiap hari,mohlerr kita active mode kurangkan peratusan obesity yang dah kritikal kat negara kita ni, daku Salah sorang termasuk dalam peratusan tu,kihkih, mana maunya tak sentap kalau orang mengata itu ini tak kena,yihhh serba tak kena ekk. 


Xoxo
Lutut gigil