Kisah Raya 2014 & Ulang Alik di Jalan Raya

8.08.2014

ehemm, lama betul blog bercuti...malas betul sekarang nak menaip..lama betul cuti raya, sampaikan surirumah pun malas nak masuk office jugak, kain menimbun tak berlipat, rumah tak dimop, huwargghh..apapun cerita pasal raya belum sempat nak kongsi...alhamdulillah, balik raya tahun ne kitaorang tak sangkut jem teruk masa balik kampung...sadis betul dengar cerita kawan-kawan yang balik kampung sampai 20jam pun hado...ish2 teruk bebenar penangan orang balik kampung raya tahun 2014 ne, malam jumaat last di bulan ramadhan, buka puasa dan terawih kitaorang dah bertolak...sepanjang perjalanan haku taksedar hape...tidola teww jawabnya, aku jarang tido sebab neman hubby drive...sekali malam tu haku dulu yang mentido...agagaga!!tahu2 dah nak masuk waktu sahur stop di gua musang sahur solat dan berehat kejap...so balik awal sempatla kitaorang gilir berbuka puasa rumah mertua masing-masing 2 3 hari sebelum berakhirnya ramadhan. Memandangkan tahun ne giliran raya belah suami, makanya stay rumah mertua sampai raya ketiga baru balik rumah mak ayah. Kononyalah, walaupun  raya belah hubby, raya first nakla jugak dua-dua merasa beraya rumah mak ayah jugak...sudahnya pagi raya rumah mertua, belah petang balik rumah mak ayah pulak...kihkih, gitulah ye kalau kahwin satu negeri...dekat-dekat pulak tu, ulang alik atas jalanla jawabnya...raya kedua barulah duduk diam-diam rumah mertua...hihuu...

so raya kali ni giliran adik beradik beraya tak sama sebab kakak sulung dan adik dah kena balik melaka raya kedua dan ketiga tu, so terkejar-kejar jugak ulang alik nak berkumpul sesama jugak kekdahnya..kena fair and square lah kekdahnya, nasib suami pun layan, kalau tak ada jugak drama pagi raya..berkumpul satu family walaupun sekejap pun dah puas hati...so suami-suami sekalian alam, jika kita sendiri nak kita adik beradik satu family berkumpul sekali, begitu jugaklah belah isteri...kenalah saling memahami dan bertolak ansur ye...cewahhh gituu...mihmih. Raya tahun ne takdelah sakan sangat memandangkan tahun ne betul-betul beraya disebabkan dua tahun lepas dan berturut-turut beraya dalam pantang semestinya raya tahun ne nikmat sebab boleh makan ketupat rendang lontong dan segala mok niqo...ekekek. 

OOTR (outfit of the raya) tahun ne simple sangat sebab kitaorang recycle je baju yang pakai masa kahwin my sis (cream) dan baju masa kahwin sepupu (turquoise) belah suami...settle!!tambahan baju raya buat penaip entri ne ganti baju raya yang lepsa kononnya...hihi, last minit cari kat jalan TAR...last day puasa kitaorang berbuka rumah mak ayah, sebelum balik malam raya rumah mertua...bersyukur sangat sempat tolong mak masak juadah raya untuk open house first raya...tradisi setiap tahun sebelum ne memang raya kedua open house tapi tahun ne berubah kes giliran raya anak-anak kat kelantan dulu tahun ne..haku?? wajibun dah raya kat kelantan tiap-tiap tahun,tapi tiap-tiap tahun sekejap ada, sekejap takde kes ulang alik rumah mertau sekejap, rumah mak ayah sekejap...-__-'' miahahaa...tambah pulak mak tak sihat last puasa kes gastrik dan nak demam, so awallah kitaorang adik beradik prepare juadah open house untuk esoknya...lepas buka puasa terus masuk dapur proses apa yang patut...menu tahun ne nasi beriyani, roti jala, kari kambing, kari daging kuzi ayam & rendang ayam, mak rehat dan tido je standby layan tetamu je esoknye, anak-anak settlekan masak semua menu...gambar non-hado...tak menyempat nak snap...huhu, my feberet menu sayur lodeh takde tahun ne, so boleh request mak buat raya haji nanti...balik rumah mertua malam tu ma baru nak start masak lontong dan rendang..lepas jugak keinginan nak makan sayur lodeh...hihi. Ok dahlerr...layan gambar jelah, gambar raya tahun ne meriah belah suami, belah kita pun meriah jugak tapi kelam kelibut pasal sibuk nak potong kek, nak pergi beraya dan sambung ulang alik, tahun depan insyaallah boleh frame yang proper sikit, hihi..daa. SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA READERS.


Post a Comment