Lima hari lepas alhamdulillah genap 3tahun umur anak bongsu, renung-renung masyaallah tiada daya dan upaya nak besarkan setiap anak, apatah lagi yang bongsu ni tapi Allah tolong, permudahkan segala urusan sejak mereka lahir. Setiap anak ada ujian dan nikmat. Sepanjang mengandungkan enam orang anak, mengandungkan anak bongsu ni lah paling serik sekali tambah banyaknya cabaran.
Masa mengandungkan Hana ni banyak kali juga test UPT sebab banyak kali tak detect, mengandungkan Hana ni less stress bab check up sebab no more dah everyweek check up, less stress sebab ada selera makan, tapi banyak stress sebab terlalu penat bawa diri, berat sangat berat timbangan, kerap nangis sebab penat semata, takde energy. Memang tiap kali laki balik kerja daku hanya mampu menitiskan air mata saja, sebab nak cakap penat dah tak larat nak buka mulut.
Penat sebab mengandungkan anak bongsu ni, masih kena layan toddler lain yang suka mengendeng, mengempeng, iaitu Haniy kakaknya. Punca penat yang paling memenatkan, sebab masih breastfeedingkan kakak nya, bermacam cara pun tak boleh nak cerai susu, Allah. Tak tahula kena mandrem camne dengan cap susu gantung. Masih rajin masak sebab anak-anak tengah selera makan semua nak membesar so tak boleh skip bab ni. Paling stress sebab masa PKP, stress berkurung, lepas tu sepanjang kena kurung batuk teruk sepanjang mengandungkan, details check up pun kata takde apa, batuk biasa takde jangkitan kuman, mana tak stress tak boleh tidur sepanjang mengandungkan akibat batuk sepanjang tu, everytime buat test covid semua negative, how can it be, sedangkan daku batuk sangat teruk ye, nak cakap pun tak boleh, time malam lagi teruk sebab masa batuk tu tarik sampai ke urat perut bawah dada, adakala kahak pekat sampai tak boleh sedut nafas ikut hidung, semput. Batuk sampai terkencing-kencing ye, memang teruk seksa batuk, sampaikan mikir nak pergi admit kat wad aje biar tak boleh pun, nak suruh orang jaga daku plak, at least daku fikir diri sendiri aje dah masa tu, anak-anak lain lantak dia, nak duduk rest, sedut benda cairkan kahak tu aje sambil baring rilex. Once Hana lahir, batuk terus takde, gone. Allah, mana tak serik. Doktor cakap sebab pembawakan baby. Tobat serik, perit, pahit dan segala macam standing dengannya kalau cemtu pembawakan budak. Batuk seminggu pun dah rasa teruk, inikan pula nak kena batuk sampai keluar seketul budak, Allah, alhamdulillah merasalah azab sungguh. Banyak dosa agaknya, lahirkan terus gone cemtu je,how? macam jadi baby jugak kita ni, haisshhh.
Tapi itulah, berangan bolehlah masa tu nak chill duduk baring rilex aje, nasib jugalah tak teradmit wad juga, sebab daku memang kaki berjalan masa anak bongsu dalam kandungan, bila kena kurung, stress tu mencanak, so dapat keluar pusing-pusing sekitar pun okay dah even tak dapat rentas situ sini, walaupun seram masa tu semua jalan sunyi sepi, rumah sepanjang kita orang lalu pun semua macam tak berpenghuni, betul-betul semua berkurung. Adalah terjumpa segroup dua aje kalau berkebetulan. Tapi masa tu betul best even creepy, macam dalam cerita zombie, semua tempat sunyi sepi. Macam mana kita boleh keluar? Orang lain tak keluar? Ku pun tak tahu, sebab masa tu memang dah boleh keluar tapi masih ramai tak berani, jadi bila semua dah mula2 keluar memang rasa macam kena panick attack, tak boleh tengok orang ramai, mungkin fear tu masih adalah kot ekk. Punya tahap takut tu sampai terjangkit kat anak bongsu, besar sikit tak boleh pergi tempat orang ramai, meraungg, rimas, macam-macam lagilah.
Paling best mengandungkan anak bongsu ni, lebih chill bab nak beranak, hari jumaat bulan puasa, pecah air ketuban, call suami cakap kita balik buka puasa kat rumah ma la, sebab air ketuban dah turun ni, bertolak balik ikut Gerik, sampai rumah, siap makan apa yang mengidam, pergi klinik check, memang dah sikit tinggal air ketuban jalan dah buka 3cm, so doktor refer ke hospital, padahal boleh sangat nak ke hospital terus, tapi punya rilex sempat lagi suami teman pusing satu mall, siap shopping jubah bagai, dari mall terus ke hospital, admit pun dah petang benar, memang suami tak boleh teman masa tu, buat test covid apa semua, okay negative terus ke bilik check up check jalan, masa tu memang sakit gila dah contraction, tapi jalan buka stay 3cm aje, masih sama.
Tapi doktor suggest masukkan ubat paksa bersalin tu, apa dia nama dah ku tak ingat namanya, takdan ubat function, ku rasa kepala budak dah kat bawah, terus cakap kat doktor, rasa nak teran keluar, dahlah masa tu semua orang kalut baru siap buka puasa, dari takdak orang nak layan semua kalut mai, sedia apa yang patut, alhamdulillah sekali teran keluar si Hana. Masyaallah Tabarakallah, terus call suami bagitahu dah siap bersalin, suami tunggu dalam kereta je sepanjang tu, first time lakiku tak tengok anak lahir, anak bongsu nilah. Kelima-lima anak suami hadap tengok, paling mahal memori suami cakap masa tengok kelahiran Hajjar, 2,3 hari kemudian lihat pengakhiran abah pula depan mata sendiri, alone. Takde ayat lagi nak describe sampai sekarang katanya, huhuu.
Apapun rasa macam sekejap je semua berlalu pergi, kadang dah lupa part mana sepanjang membesarkan Hana ni yang buat daku perit, tengok senyuman, dengar ketawa dan tangisan, bermacam rasa bercampuk aduk, tapi alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Hana bertuah sebab lahir dikelilingi abang kakak, jadi banyak guidance dari abang kakak dari segi progress berjalan, bercakap, bermain, bersosial. Umur dua tahun dah pandai sebut ayat pendek untuk sesuatu perkara dan buat perkara mindblowing yang kadang abang dan kakaknya tak pernah buat. Tiada doa terbaik dari seorang ibu untuk anak-anak nya. Moga Allah takdirkan yang baik-baik sahaja untuk anakanda kehidupan dunia akhirat, Amin yra. Moga yang menantikan si kecil, ku doakan Allah permudahkan rezeki kalian menikmati nikmat dan ujian yang datang dalam satu pakej ni, insyaallah, Amin yra.
Top Social