Move On

6.18.2025

Hari ni penuh dekat wall daku, satu ibu bahagia, satu negara terasa bahagia. Apasal ku tak tahu cerita, mana pangkal hujung ni, terus korek...ooo begitu rupanya cerita, macam versi kat Malaysialah, cuma versi sana dah tahap Kifarah sedang dirasai, perghhh, reality hit hardkan, hukum tabur tuai ni kalau dah mendapat, ko hadaplah seumur hidup, wakakka. Begitulah pengakhiran buat mereka jahat dan busuk hati perut ni. Yang penting, sabar dan maafkan. Bab ni ku pernah cerita <Baca sini>. Betullah orang kata perempuan bila break up, dia punya merentan, meroyan, menangis hari-hari pun boleh, sampai kurus meleding pun boleh, tapi biasa benda ni ambil masa ikut kemampuan sendiri, ada orang sebulan, 3 bulan, 6 bulan dah settle untuk move on, ada setahun atau bertahun-tahun untuk move on. Once move on, move on lah, takde reverse back dah, tu dakulah, spesis cemtu. Eh kau pujuk pun tara mana, kasi hint lah camne idok ku layan, udah macam orang gila dibuatnya kita nak terima hakikat dan takde apa relation, makan nasi macam telan pasir, mandi ingat tak ingat, tidur macam zombie, ko ingat tak seksa nak lalui semua proses tu, jom! Kita get back, tahi lembu kau semudah tu mengajak get back. Orang jantan dia terbalik, udah kita dah siap move on, dia baru nak start enjin lalui segala proses yang kita lalui jadi 'orang gila lepas break up' tu. Memang idokla, kau layan sorang-sorang gila kau lalui proses sama tu. Baru tahu, tak mudah. Tapi untuk certain oranglah untuk keraskan hati, ada je yang lembut hati,kasi chance berkali-kali, so pilihan sendirilah. 




Ku block yang buat sakit kepala, bukan tak nak ambil tahu, of course follow every plot twist, tapi ku tak mampu nak baca details, cukup ku tahu si ibu sedang berjuang, menggeletar, sakit kepala, tak tahu lah yang hadap in real orang gila macam tu macam mana, insyaallah ku doa selalu Allah pelihara seorang ibu yang berjuang untuk haknya, dan ku yakin sangat hadiah yang menanti tak disangka-sangka. Yang tak habis meratib move on, move on acik ko. Yang dok kata IQ low follow benda cemtu, satu jari tunjuk orang, 4 jari tunjuk diri sendiri tu yang low IQ. Dari kisah semasa banyak ilmu kot dapat, pasal cerai taklik, harta pencarian, pasal business, pasal mahkamah syariah flow, pasal ilmu luka cakar pun, dan banyak lagi ilmu baru ku tahu. Korang tak nak ambil tahu dah, ingat ya sikit aje yang apa yang terlintas kat hati tu, Allah uji seksok, tak rugi sikit pun doa kat orang yang kita tak kenal. 



Banyak benda tahu boleh belajar dari kisah ni, daku pun tak tahu wujud manusia cemni, entah apa sebablah Allah wujudkan manusia cemnikan? adalah hikmahnya tu, kita yang dok perati, ambillah pelajaran, pengajaran. Dalam dunia tanpa batas ni, pilihlah nak ambil side elok ka tidak, ada yang dok tengok nampak buruk, tapi tersiratnya banyak sangat. Kita selagi dok atas, tak terkena uji memang sedap berkata, seksok terlungkup karang takde orang voice out kau plak meroyan nanti. Ni nasib baik tuan badan gila-gila voice out, kalau dakulah entah dah lama gila kena provoke mental abuse cemni. Teruk sangat, sampai daku yang baca pun boleh panick attack, sakit kepala berdenyut. Ku tak tahulah. Moga Allah pelihara dan kurnia kesabaran buat semua yang sedang berjuang untuk diri, anak, keluarga. Sedih betullah. Mampu lontar doa je setiap kali doa, setiap kali hujan turun, tiap kali bermusafir buat ibu-ibu yang berjuang, teraniaya. 



Bab putus-putus ni tak mudah nak terima, tambah lagi bab putus cinta, patah hati, melibatkan hati, perasaan dan emosi tambah pula first time melayan perasaan cinta tu. Tak lagi nak layan complicated relationship, tengok macam dia layan kita special, macam dia suka, tapi takdak cakap pun, karang kita ja perasan sensorang, bertepuk sebelah tangan, betul dak? Kena ghosting lagi pedih, daku pernah tahu merasa, kenmain ku berteman ke stesen bas jumpa, sebab dia suruh daku jumpa sebelum dia bertolak naik bas, tapi dia punya kerek sepanjang relationship tu ku tahan jebat, masa rindu kenmain mesej gitu gini, time dia nak ghosting haku, Allah. Sudahnya ku ghosting forever, tenang hidup haku. Bab relationship ni susah bila sebelah pihak main tarik tali, ciku chakk, dia mai cari kita untuk isi masa dia boring, takde nampak bersungguh nak memaknakan relationship kemana hala tuju. Kita orang perempuan memang ada instinct tu, so jangan korang buat derrk dengan jentikkan kat hati tu, jangan mudah perasan sangat. Rasa nak titikkan relationship tu kemana, kena pastikan betul-betul, straighforward is better. Kalau masih uhhh ahhh menjawab berbelit, panjang dalih dan alasan, blahh je. seriously bazir masa. Orang lelaki kalau nak, memang betul dia tunjuk dia nak, terus pakej dia bawak parents, sahkan terus. Settle! Effort tu penting. 




Perasaan cinta ni memang unik sebab memang buat kita macam orang tak waras pun, boleh senyum sensorang tengah-tengah orang dok kalut makan, tetiba rasa blushing sambil tepuk bantal, kadang menangis tanpa bunyi sebab dengar lagu sedih, lepas tu happy tanpa sebab, semangat tetiba, hilang motivasi pun tetiba, ups side down emotion terlibat. So kat sini, semua melibatkan kita punya emosi, fikiran, rasa, hormon dan segalanya. Cinta ka putus cinta dua-dua boleh buat orang jadi gila. So macam mana nak overcome supaya tetap rasional,waras, even dalam bumping emosi cinta. Lagi-lagi bila dah putus, perasaan dah abis tinggi dah sanjung,cinta, habis rengg (cinta teruk, cinta secinta-cintanya) dah bagi semua feeling tu? Bunyi perkataan putus tu macam mudah aje, tapi nak terima hakikat putus tu, ambil masa yang panjang. Alangkan kita buat sesuatu , bila tak hasilkan seperti yang kita harapkan pun dah frust kalau yang kita kerjakan tu dah banyak, dah ambil masa panjang. Inikan pula libatkan batin seorang manusia. Putus cinta memang boleh buat someone tak waras, tak kira lelaki perempuan, kalau ikutkan perasaan, nafsu, fikiran, everyday dok ulang scene sama yang meruntun jiwa, menangis tak kira masa, ye boleh buat diri gila, mula cipta benda bukan-bukan dalam fikiran. 



Habis nak buat macam mana hadap perasaan kecewa, sedih, dan segala bermacam perasaan tak best ni? Yang jenis cepat move on ada ke? Pace nak move on ni bergantung kepada masing-masing punya kemampuan kawal emosi, perasaan dan kelakuan. Yang ku tahu, memang fasa nak terima hakikat something yang buat kita rasa bercampur aduk emosi ni ambil masa. So tak payah nak dictate orang cukup-cukup merentan sana sini , sampai masa dia move forward tanpa toleh dah melainkan yang merentan tu betul-betul sakit otak, eh! So the best thing ku dapat dari story yang banyak beri inspirasi positif from women side<of course> kita tak suka benda negatif yang meleret-leret, nanti dengan kita drain energy, ku simpulkan from positive side, sentiasa bersyukur, ni yang nombor satu ku nampak sejak dari dulu. Bagus sangat attitude bersyukur ni whatever situation, even berlaku perkara yang teruk dalam hidup yang tak pernah expect pun tetap ada rasa syukur tu. Ganjaran dari rasa syukur ni memang luarbiasa. Ni kunci luarbiasa dalam hidup, sekecil-kecil perkara belajar untuk ucap rasa syukur, jika ada ujian pun tetap syukur, sebab ujian means Allah masih sayang kita, langsung takde ujian lagi menakutkan okei. So, syukurlah, jangan tengok apa yang kita tak ada dan orang lain ada. Buat terbaik ketika mana kita masih memiliki, hargai ketika masih ada.



Not people pelaser, dia memang tak suka orang dictate buat macam mana, macam mana, dia tahu apa dia nak, dia tahu bagaimana diri dia sendiri macam mana, dia tahu bawa diri dia,  tak perlu ubah diri semata nak fit dengan orang lain punya kepuasan. Bijak dan tinggi common sense serta empati, ada orang vice versa, tapi yang ni memang truly pakej, how not to be our inspiration? She really deserved it. Bila jatuh, terletak dititik terendah, its okay to be sad, take time to heal,  take your time, seriously!, then bangkitlah dengan semangat yang tak mampu disekat lagi. Bila kita down, rasa give up, jangan rasa kita ni lemah, kita bukan robot, ada emosi penat, letih, risau, naik turun emos itu biasalah, semua lalui. Ambil masa, rehat, kasi diri sendiri untuk bertenang, setiap masalah, ujian, pasti ada jalan keluar. Selagi kita bernafas, yelah tu peluang Allah kasi can kita terus melangkah dan bertumbuh dengan lebih baik.




Antara yang ku ingat one of her post, ada tiga perkara yang tak boleh kembali dalam keadaan asal, waktu, kata-kata dan kesempatan. Nak hidup tenang, memang kena fokus diri sendiri, hidup kita memang dah sedia mencabar sebab terhidang kiri kanan kehidupan orang lain, sometimes kita distract dengan benda sebegitu hingga hilang fokus kat diri. Sayang diri sendiri, jangan ambil kata-kata orang untuk masuk campur dalam urusan kehidupan kita, sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan jangan overthinking dengan perkara yang belum jadi lagi. Semua orang tak kan tahu akan datang apa yang jadi dalam hidup kita,bahkan ada yang tak ready untuk menerima nya. Mesti ada hikmah mengapa sesuatu benda tu terjadi, walaupun ia menyakitkan dan membuatkan kita menangis. Takdir yang tidak menyenangkan merupakan ujian bagi orang yang beriman. Sentiasa bersyukur dan bersabar atas segala hal yang diberikan Allah SWT. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk kita




Dan yang paling ku post tentang ingat suami nak setia/curang ni tak kisah rupa bentuk kau macam mana pon. Kita macam alien pon, kalau lelaki tu nak setia dia setia. Kalau kita cantik hot bergetah? Kalau nak curang dia akan curang juga if kau simpan dia dalam almari pon. Sebab curang adalah pilihan. Ku pernah ye hadap someone yang suaminya kena calit, ujian lagilah berat, anak-anak masih kecil, mengandung lagi, suami macam jadi lembu sebab dah duduk serumah sekali dengan suami si setan ni, semua satu rumah, tapi dua-dua jantan jadi bodo macam lembu. Perempuan ni, kalau dah jahat betul, memang betul jahat hati perut ekk, tapi kalau dah baik sangat kena tindas dan manipulate pulak. So keynya know your value. Ujian ni tak tunggu kau femes, selalu update kehidupan lakibini, yang lowkey, tak pernah tunjuk kat orang, pun Allah uji juga contoh yang ku cerita tulah, sikit takde orang tahu kenal, in realiti ja hidupnya no medsos at all. Setan yang tak nampak dah memang terbukti jahat, setan berupa manusia lagi menakutkan ye. 



Jadi isteri ni kena tahu ilmu rumahtangga. Ilmu tu sangat penting. Bila kita ditindas, kita tahu dimana hak kita untuk bersuara. Jadilah isteri sebaik mungkin. Sebab kita tak akan rasa menyesal bila dah cuba buat yang terbaik . Kalau orang tak hargai, mesti ada je orang lain yang boleh hargai. Jangan bersedih. Take your time and move on. Hidup ini singkat. Jangan bazirkan hidup dengan orang yang salah kerana seumur hidup tu terlalu lama. Love yourself. Ku pun tak tahulah kalau kena uji cemtu, nauzubillahiminzalik, yang pasti isteri asah selalu skill tajamkan pisau kat dapur ye, supaya sampai masa yang tepat, skill tu berguna. Cantas bila masa perlu., kalau punai gatal, bijik tak gatal tak jadi, tapi kalau yang punai tu dah menggatal dari mula, pepandailah kau cantas puncanya. Orang tunjuk gila, kita pun boleh buat gila. Rasa berbaloi pertahan, pertahan, rasa tak perlu dan membazir, sedekah jelah. Tapi bab penyondol ni, entahlah, nak kata benci sangat pun, tapi memang patut dihina dan dikeji pun peel dan kelaku sondol tak tengok kiri kanan. Ujian dia, tapi yelah benda boleh pilih pun sebenarnya, tapi  biasalah depa ketegaq, ku nak kata lebih pun anak-anak perempuan berderet ni, so biarlah kifarah saja mengajar erti sondol sebenar orang sebegini. Kita dah tengokkan ending kebanyakannya macam mana, pilihan ditangan. Jadi orang tak bersyukur ni memang hidup tunggang terbalik tak kira jantan betina. Contoh semasa dah ada, blerghhhh. Contoh realiti depan mata pun ku dah tengok. 




Bak kata Bunda, kita tak miliki apapun di dunia, apatah lagi orang yang kita cinta dan sayang, ada satu masa Allah uji cinta dan kasih kita bertukar kepada orang lain. Sentiasa ingat, jika ada yang kedua, pilihlah yang kedua kerana jika seseorang benar-benar mencintai orang pertama, mereka tidak akan jatuh cinta pada orang kedua. Bila kita ikhlas melepaskan, Allah ganti yang lebih baik berkali ganda yang kita tak sangkakan, yelah siapa nak lepas sebab kena hadap bermacam pakej dan proses yang masam, pahit kelat dan tak mudah untuk move forward. Percayalah orang buat kerja sondol-sondolan ni memang rasa menang, tapi dia tak tenang sampai akhir hayat, sedangkan nikmat tenang ni puncak nikmat tertinggi seorang hamba Allah. Insecure seumur hidup, ni valid, sebab depan mata ja jadi, wakakaka. Apapun cinta kat manusia memang ada ending, samada mati masuk kubur, atau ending dengan orang lain dan masuk kubur juga akhirnya. Tiada yang berkekalan. Selagi ada cinta dihati, selagi Allah satukan hati, hargai. Kadang tak tunggu orang ketiga, bila dah mati rasa pun, nothing you can do. Serah saja pada Allah taala bab hati ni. Moga kita semua jadi hamba yang sentiasa bersyukur, insyaallah, amin.



xoxo
taktau nak kata apa, hati milik Tuhan.