Bulus

6.26.2025

Kepada mak-mak yang penat jaga anak pada hari Rabu, Ingatlah esok akan penat juga, cuma hari Khamis. Berdekahku ketawa, mudah terhibur betul, simple sentence cemni pun buat daku ketawa, ape ke sunyi sangat hidup daku ni ehh? Wakakaka. Tak, ni bukan nak cerita pasal letih jaga anak, kita okay, terlebih tidur je hari-hari, ni nak cerita bakal bertambah anak-anak daku kat rumah ni bila semua pergi sekolah nanti. Kotla nah, ni nak cerita pasal satu makhluk ni, lagi berdekah baca kucing pun main threads sekarang, wakaka, ngekk sungguhla. 



Tak semua orang suka kucing kan? Ku pun tak berapa suka sebenarnya dululah, mak saudaraku pembela kucing tegar dari muda sampai tua, last mak saudaraku kena serangan strok tak boleh dah jaga kucing kasi kat adik bongsuku, dan adik bongsuku dari seekor bertambah jadi tiga ekor dia bela sekarang. Ku tak tahu camne dia pujuk orang tuaku bagi kebenaran jaga, daku dulu merayu, menangis, memujuk tak jalan apa, memang big no sampai sudah bab bela membela ni, memula nak bela ikan, lepas tu turtle, tapi kalau sebut kucing hangin semacam mak haku, nak main kucing pergilah rumah nenda. Sampai giliran adik bongsuku terus sekali bagitahu dan pujuk, cair ye orang tua, entah apa mandrem ayat adikku puisikan, punya lama gila nak wujud kucing atas rumah sendiri, last-last merasa juga, ehh tapi bukan adikku yang lebih bab belai membelai tu ye, yang melarang tu lebih, macam adik kepada adik bongsu dah kekdahnya, hahaha. 


Ku dengan kucing sebab dah mak sendiri letak boundaries sejak dulu, jadi ku boleh layan tahap bercakap dan gosok jelah. Ada sekali masa duduk rumah sewa ketiga, ruangan dan laman agak tertutup, jiran bela berkucing-kucing, tapi datang berak kat pasu tanaman daku, lakiku membebel dia berak atas kereta, uii makhluk ni jangan eekk, dia tahu ada orang marah dia, lagi dia buat dan banyak port dia tinggal sisa, habis lakiku kena bebel plak dari satu port bertambah-tambah port kena cuci, sebab merentan tak kena tempat, si bulus tu tunjuk taring, lagi sakit hati ada lah dibuatnya. Lakiku punya effort tak suka tu, cucuk garfu, susun air sirap kat botol, siram clorox kat simen, pun tak jadi apa. Sudahnya ku suruh dia tak payah buat apa, biar daku handle, jangan bunyi, bebel, tengok je apa daku buat. 



Tiap kali depa lalu, ku panggil, 'haii cingg, kalau bertompok bulus, ku panggil tompok, kalau hitam ku panggil arang, kalau oyen tu dah memang oyen, kalau kelabu, ku panggil Abu, ku tanya dah berak belum hari ni? Tahi awak comel sangat tau, macam awak lah, dahlah montot comel, lain kali kambus tau, wangi sangat lah! Sehari dua depa tenung je daku, hari seterusnya depa buat muka annoying, berdekah tengok reaksi depa. Teknik usikan ni menjadi tau, tambah kalau campur puji-puji, tak sampai seminggu ku buat, takde dah najis apa semua. Lucu betullah makhluk sekor ni, kalau kucing sendiri ku dah amik gigit, geram wehh. Time bijak depa tu, eee ya Allah. Sabor jelah. Lakiku macam percaya tak percaya je daku buat cemtu je depa tak datang berak dah. See my levellah, hahaha. 



Sekarang pindah rumah baru, jiran sebelah bela kucing juga. Ku cakap kat laki "takde kerja jiran kita tu, sekali tengok macam tak betul, dahlah title doktor tapi bercakap sorang-sorang". Eh kata orang! Awak pun macam lebih kurang dok bercakap dengan pokok! Aaa ahh ekk, sentap tapi betullah pulak, dua kali lima je pun, beza makhluk je kami layan bercakap. Tapi kucing jiran daku memang semua cantik, dahlah suka lepak atas tembok rumah daku, pastu ada port khas dia kat beranda tepi rumah daku, port dia gaduh pun situlah juga. 



Ku selalu tegur yang si koko sebab yang paling cantik bebulus koko plus putih, " Hai koko, tahulah bulus comel, suka datang tayang kat kita, nak suruh gosok gosok bulu la tu, pastu tunjuk muka annoying kat kita, tapi tak berganjak, ku cakap lagi kat yang seekor ni suka bertenggek kat tembok betul-betul depan pintu dapur yang see through bila daku memasak ''sukalah tu tengok kita masak, mesti nampak cantik kan kita ni sebab tu asyikkk datang lepak sini! Dia geleng kira kanan, terus bangun ubah tempat ke depan sikit. Eee ya Allah, ku geramlah! 



Siang hari kalau depa gaduh kat beranda tepi, biasa si oyen dengan yang kelabu bercorak suka gaduh, ku selalu jerkah dulu "hoiii! Pastu dua-dua ekor stop, tenung daku, " Haaa kenapa? Terkejut, ingat orang tak terkejut kamu berdua dok bergaduh, kamu dua ni dah lah comel, bergaduh lepas tu berbaik, lepas tu gaduh balik, dari gaduh baik pergi ronda-ronda sekeliling tengok tempat, bla bla bla....depa dari nak sambung bergaduh terus blah dengan dua arah berlainan, yang tak puas hati tu sempat depa berpaling balik buat muka annoying tapi itulah petang mai balik hadap muka kita ni, hahaha. 



Macam tu pelik melayan bercakap dengan kucing ni. Ada sekali depa berak bawah pokok betik daku, lepas tu ada seekor tengah lepak atas tembok ku panggil, "ni tengok ni? Tahi siapa? Kalau bukan kamu, kawan kamu buat, bagitahu dia, lepas berak kambus tahu, bau tak best tau, kan elok lepas berak kambus, montot tu dahlah comel, tuan lagi comel, buat peel berak tak kambus terus tak comel tau, dengan nada comel daku bercakap, tobat annoying bebulus dengar, tapi amazing depa ikut ja pesanan daku, hahaha. Hari lainnye ada yang datang berak dekat kebun daku, tapi depa kambus. Good! 


Haiihh, daku malas nak bela depa ni sebab kena layan lebih dari anak-anak sendiri, imagine daku terkejut gila tengok adik bongsuku bersihkan muntah anak bulus depa, time depa mencirit birit, gigih ye adik bongsuku melayan. Daku anak enam kalau berak pun bergaduh ikut turn siapa nak basuh dedulu kala, wakaka. Tapi tulah kalau dah sayang tak yah cakaplerr, hilang sekejap menangis wehh. Apatah lagi kalau mati, sedihh nokk, kita yang tak bela pun sedih, ni yang dah bergesel siang malam, sedih ya ampun. Tapi uniknya kucing ni kan, memang karakter akan sebijik tuannya. Daku geleng kepala betul part ni, gerammmmm weii, saborrr, gerammmm nak picit gigit, entahlah unik dan comel betul kucing ni. Anak-anak daku semua suka kucing kecuali yang bongsu, takut-takut tapi nak dekat, ku tak biasakan depa layan sangat, takut depa mai mintak bela, kita ni dahlah hati tisu. Haishh. 


Ni kalau call mak ayah, pasal depa bertiga pun masuk topik, dah macam ahli keluarga, sakit demam mahal dari kita manusia ni kalau depa masuk klinik. Ya ampun, moga dimurahkan rezeki semua pemilik kucing dan pembela kucing, lagi-lagi kucing yang terbiar, daku tak kuadd nak bela mereka, sekadar melayan tu bolehlah. 


xoxo, 
Bukan pencinta kucing,