Roadtrip Johor

8.22.2024

Johor Bharu ni pertama kaliku sampai. Bukan takat Desaru, actually negeri Johor adalah negeri kedua last yang daku sampai untuk pertama kali dalam hidup, jejak kaki kat sini, I means betul-betul menikmati berada di negeri Johor. Ku tak pernah sampai negeri Johor jadi ku tak terimagine macam mana bilamana orang bercakap tentang negeri Johor. So bila sampai Johor, I definitely in love with Johor, dan sebetulnya roadtrip Selatan Johor selama 3 hari 2 malam rasa tak cukup. 



Ikutkan plan asal road trip ni, daku plan stay in Johor dalam 7 hari 6 malam, cukuplah untuk explore tempat yang daku dah listkan dari Mersing ke Desaru, Johor Bharu dan berakhir kat Muar, tapi itulah bab kalau plan bersungguh ni, memang ada je yang buat tak jalan. Takde cutilah, berkebetulan dengan macam-macam uncertainty plan lain. Jadi dari roadtrip Kuala Pilah ke Johor dan lastday di Muar tak terjadi, maka kami ganti unplanned route sebab dah alang-alang ke belah sana untuk satu event. 



Dari bermalam kat Rompin, tertukar jadi tidur kat Melaka dan alhamdulillah even tak jadi macam yang dirancang, roadtrip kali ni kami happy sangat. Peluang sama tak selalu datangkan, so alhamdulillah tetap juga keinginan nak sampai ke negeri Johor dah tercapai. Masyaallah Tabarakallah, nikmat apa lagi nak didustakan. Kalau takde yang sanggup drive pun tak jadi juga. 


Semalaman sebelum bertolak ke Johor, kami bermalam di Melaka. Actually Melaka pun kami dah lama tak jejak kaki kat sana, last time sampai masa adinda kahwin je, lepas tu dah tak sampai dah, semata nak pergi jalan-jalan, tak sampai seru lagi, jadi kali ni kami sampai Melaka sempatlah kami pusing pusat bandaraya Melaka di waktu Malam, naik beca lampu lip lap pusing sekitar dan makan malam kat tepi jeti kecil area. 



Pagi esoknya selepas selesai segala urusan di Melaka kami terus bertolak ke Johor, exactly ke Desaru. Kenapa Desaru? Entah, ku rasa tempatnya secantik namanya, Desaru. Dan lagi satu ku ingat cerita arwah mak saudaraku pernah pergi sana, dan dia pernah suggest ku kesana, sebab cantik tempatnya. Berbaloi ke tidak perjalanan kali ni, kami pergi je, selepas singgah JPO selesai makan dan solat kat situ, kami teruskan perjalanan ke Desaru, kami sampai dalam pukul 4 petang dah, direct terus ke tempat penginapan untuk ambil kunci dan tengok bilik. Selepas tu kami keluar pusing sekitar bandar Desaru, dan decide untuk cari makan malam terus. Bab mandi kolam dan pantai kita extend esok pepagi terus. 



Malamnya kami singgah makan kat kedai seafood, quite famous jugaklah kot tengokkan orang yang datang makan, makanan dan masakan? Dikira okay dan sedap juga, kena dengan selera kami. Alhamdulillah kenyang kami balik ke bilik dan bersantai-santai borak dan bincang plan esoknya pula. Jadi pepagi semua dah bangun dan terus ke pantai, main pasir, mandi laut, settle mandi laut, sambung pula mandi kolam, memang sepuas hati lah, kami keluar sedang elok pukul 12 tengahari dan cari makan tengahari terus. 






Nak makan tengahari ni lah kami pening sikit, nak masuk cari kat area bandar malas, so kami ke belah Tanjung Balau. Alhamdulillah nasib baik ada juga kedai makan tengahari, even bukan lauk campur-campur, kami onz sajalah, kurang-kurang dapat nikmati angin laut sambil makan tengahari. Kami makan kat gerai tepi jambatan jeti je, sedap sebab masa tu semua dah lapar, kuat main air kolam. Siap makan sempatlah kami termenung sambil tengok pantai dan air laut Tanjung Balau, clear blue betul, nak mandi macam tak sesuai sebab pantai berbatu-batu tajam. Jadi view yang memukau kat Tanjung Balau memang menggamit memori kami anak beranak. Cantik sangat. Kalau masa panjang memang kami stay lepak Tanjung Balau aje, pemandangannya memang.....tak terkata cantiknya. Subhanallah. 



Dari Tanjung Balau kami terus ke Johor Bharu, tempat menginap baru nak cari, ingat nak pergi tidur ke Mersing bertolak balik ikut Rompin dan Kuala Pilah, nak jugak, tapi itulah memang takde yang available dah tempat menginap, jadi kami teruskan perjalanan ke Skudai singgah tempat belajar suami, dan terus ke Danga Bay, tapi tukar plan cari tempat makan dulu sebab dah hampir lewat petang, jadi kalau check in memang malas dah nak keluar. Alhamdulillah kami siap makan dekat area Senibong kami balik rehat. 






Esoknya dah nak bertolak balik, jadi kami breakfast sesiap kat homestay je, ohh dekat Danga Bay ni kami ambil bilik homestay, puas hati sangat. Nextlah cerita, checkout terus ke tempat Laman Istana Johor, untuk ambil gambar ikonik mahkota Johor sebagai memori kami anak beranak. Dari sana kami terus ke Legoland, konon untuk tengok suasana for next roadtrip pula, insyaallah, jadi dapat masuk tengok sekitar Legoland pun dah rasa seronok, apatah lagi masuk every themepark, masa tak mengizinkan cemnilah, kita teroka apa yang sempat je. 



Dari Legoland kami decide bertolak balik je, nak hadap jalan sesak balik KL lagi, entahlah pukul berapa sampai rumah, tengahari kami singgah makan area sambil cari Masjid untuk solat terus sebelum gerak keluar dari negeri Johor. Honestly, memang tak puas jalan makan angin kat Johor, terutamanya Muarlah, Ku first time sampai Muar dah jatuh hati terus, pergi Muar semata nak ziarah orang sakit, tidur semalaman, esok terus balik, tak sempat explore Muar. Kali ni roadtrip Johor tak sempat singgah Muar, rasa macam tak lengkap, ku doa Moga sampai lagi ke negeri Johor, definitely banyak list tempat ku nak pergi terutamanya belah Mersing dan Muar. Huahuaa. Kalaulah banyak duit dan masa ye, hihuu. Roadtrip Johor pasti berulang, insyaallah, Amin. Berakhir sudah roadtrip kami, malam juga kami sampai kat rumah, singgah makan nasi Arab kat port favorite kami dah alang-alang lalu ye, tu yang sampai agak lewat malam. Letih tapi menggembirakan hati semua, alhamdulillah.