Tu sebab costing shopping mak-mak berjalan lain dengan cara kita anak-anak cucu berjalan. Tapi not fairlah kan nak bandingkan zaman depa dengan kita, zaman kita ni dah terlalu banyak kemudahan, cara nak travel cara budjet, mewah, ikut poket masing-masing, orang dulu nak travel kenmain payah tu sebab depa appreciate dengan cara cemtu. So raikan saja.
So back to roadtrip Selatan , ehh takde pendahuluan cerita terus ke tengah, pun boleh, ku doa kurajin habiskan tulis tentang roadtrip Selatan untuk bulan ni. Warm up dulu dengan cerita pasal Johor Premium Outlet ni. Memandangkan JPO ni antara yang pertama dibina kat Malaysia dan kat situ koleksi barang-barang berjenama dan banyak sangat diskaun sebab biasanya koleksi kat sana dah outseason tu sebab banyak sale dan less but still worth.
Yang suka shopping bolehlah buat masuk list JPO ni antara the best place to shopping brand tertentu, untuk daku cukuplah cuci mata aje, ku suka habiskan duit buat beli makanan lagi, tu sebab kalau bab pergi bercuti banyak habis kat makanan aje, hahaha. Kenapa JPO ni termasuk dalam list daku? Sebab tak ingat tahun bila tapi masa JPO ni mula-mula dibina dah siap jadi macam popular place gitu, kalau pergi Johor wajib singgah, jadi pada pemikiranku masa tu, mesti hebat betul tempat ni. Jadi dah ada target one day nak kena sampai juga sini. Tak sangka dulu hype teruk JPO ni, sampaikan daku yang tak tahu hala, nak amik tahu pasal JPO, rupanya..herm, bolehlah buat salah satu pitstop bila sampai Johor.
Apa yang menarik kat JPO berbanding pasaraya biasa, kat sini design bangunan takde bertingkat-tingkat, habis tinggi ada dua tingkat aje, dan setiap outlet semua berbeza dan unik, so nak menapak tu takdelah renyah. Sebenarnya tempat-tempat macam ni menarik untuk sesiapa yang suka tempat crowded, happening, jalan-jalan shopping, macam JPO Genting Highland memang totally crowded, untuk daku memang tak repeat dah sebab boleh drain energyku.
JPO kat sini alhamdulillah ku suka sebab tenang, tak ramai orang. Nak berjalan pun santai-santai cuma tak boleh berlama sebab kami ada tempat lain nak dituju dan kebetulan masa tu hujan. Jadi sekadar singgah pun okay dah untuk kenal tempat, kihkih. Dan mungkin juga bukan musim cuti atau musim sale ke apa, tu sebab tak ramai orang, kotlah. Tapi masa kami datang tu memang tak ramai orang.
Yang pasti ramai betul personal shopper datang shopping sini, maybe antara port favourites diorang, tapi tiap kali lalu outlet jenama tertentu ada je yang pegang resit berjela panjang dan berkotak-kotak barang dibeli. Puas hati tengok ye, kihkih. Yang tak pernah masuk JPO macam iols ketahuilah, memang harga kat sini kadang tak masuk akal banyak juga item bawah RM50, belas-belas ringgit pun ada. Macam, eh betul ke harga ni? Betul ka original, but trust me, begitulah harga kat sana bila sale. Rugi plak tak shopping baju anak-anak kat sana, worth for any penny, erghhh. Maknanya kena repeatla ekk, hehhehe. Tapi itulah kebanyakan barang berjenama tertentu masuk list boikot, kihkih.
Top Social