Ames Hotel Melaka

8.19.2024

Siapa tak suka datang Melaka memang rugi, tapi ramai yang elak datang Melaka time cuti sebab jem teruk, tak sangka dulu boleh drive jauh dari Ampang ke Melaka, sekarang cukup kasi driver jelah. Sebab lakiku asal daku pegang stereng, dari mengantuk tak boleh nak celik mata, terus hilang mengantuknya. Entah kenapa, memang tak harap daku bawak. Elok je haahh ku dok ulang alik ambik anak, tapi itulah. Layannn,hahaha. 


Kami sampai Melaka dah dikira agak lewat dah, bertolak lepas suami balik kerja terus gerak ke Melaka, berhenti solat jamak dan makan malam terus sebab kalau delay jadi makan lewat anak-anak pun dah tak selera makan, depa dah fikir nak tidur aje. Sampai je hotel ni memang penuhla hotel nya, meriah dengan orang yang baru sampai macam kami juga, kebetulan masa tu cuti apa ye, ku dah lupa, huhuu. 




Yang penting dah boleh rest, tengokkan bangunan luar memang tak semenggah hotel ni, tapi bila masuk dalam boleh tahan juga nampak mewah, sebab tu jadi pilihan ramai VIP kat sini. Disebabkan kebetulan ada event, bilik connecting room tak available buat kami, jadi terpaksalah stay dua bilik asing-asing bahagi anak-anak. Cemtulah kalau nak stay hotel takde bilik family, memang dah fasa kena ambil dua bilik bila anak besar ni, costing bercuti bertambah asbab nilah, kihkih. 


AMES hotel ni lokasinya berdekatan dengan bandar. 5 minit dari Tol Ayer Keroh dah sampai ke hotel ni. Jadi sangat strategik juga pilihan penginapan untuk bercuti ronda-ronda bandar Melaka, kat pinggir bandarlah kekdahnya. Dekat dengan banyak attraction point, Night Zoo Melaka, Melaka Butterfly Sanctuary, Dataran pahlawan dan hotel ni dekat dekat sangat dengan MITC Melaka. Ku ni kalau sebut Melaka memang best sangat kalau difikirkan tempat-tempat menarik nak pergi tu. 


Tapi memikirkan sesak dengan orang time cuti tu, terus potong keinginan, memang kalau nak pergi kena weekdays lah kot ye, dah lebih kurang Cameron Highland, sesak dan jam aje kerjanya. Dari feeling nak bercuti terus boleh jadi stress. Macam daku every time naik Cameron Highland bukan nak kata nasib baik takde jam, ada je time kami naik tu jem teruk, tapi kami balik naik turun ikut Tapah, tak semua orang suka ikut Tapah sebab boleh muntah pening jalannya teruk berbelit. Ada masa yang jem paling teruk, kami balik ikut jalan orang paling elak ikut Sungai Koyan sebab sunyi yang seram. 


So sampai Melaka timing cuti bersambung is a Big No, tapi nak dijadikan ceritanya kami masa nak pergi Melaka ni memang terkenalah event pun timing masa cuti bersambung, mampu doa sajalah takde dok beratur kat jalan-jalan area Melaka, kihkih. Even hotel pun dah penuh, alhamdulillah tetap juga ada bilik untuk kami, rezeki. Rezeki juga dapat layanan sangat best kat Hotel AMES, 5 Bintang. 




Walaupun orang ramai, lobi agak sibuk, tapi services kat sini A plus ye, terus depa sambut bawa untuk angkut barang-barang kami ke bilik hotel. Masuk bilik hotel teruja sangat sebab memang bersih sangat bilik hotel dan nampak mewah dekorasinya. Paling best bab bilik airlah sebab ada bath tub sekali dan see through melalui tempat tidur, jadi tak risau nak pantau anak-anak Mandi sambil baring, kihkih. Memandangkan bilik asing, sukalah bahagian abang-abang sebab boleh conquer mandi bathtub tanpa tunggu giliran. Sajalah dengan adik-adik pun, even malam, nak juga mendi, pun boleh, depa berendam air suam kat dalam bathtub tu. 


Paginya kami breakfast kat hotel, makanan okaylah not bad, tapi kat sini memang banyak variety makanan untuk breakfast, ala western, ala kampung, semua ada. Ku ni kalau banyak jenis makanan pagi jadi pening nak makan apa, kalau tengahari takpe pula banyak-banyak. Bab sedap tu dikira okaylah untuk standard hotel. Yang penting kat sini ada coffee machine boleh pilih nak coffee macam macam mana. 



Tengahari pun sama, disebabkan kami dah letih nak keluar sebab selesaikan event yang ada, jadi decide untuk makan tengahari kat hotel aje. Order ala carte menu. Pun berbaloi, memang sedap. Tapi tak terlawan dengan fresh ikan asam pedas dekat Ani Parit kat area kedai-kedai kain tu, kedai tak selera nak masuk, tapi masakan gred premium bagi daku, memandangkan tak sempat pergi sana, so order asam pedas hotellah, baru lah sampai Melaka katanya. Tak sah kalau tak makan asam pedas. 




Petang tu walaupun masa agak pendek sebab penuh dengan aktiviti, kami sempat jugalah keluar ronda bandar Melaka, ingat nak makan asam pedas, tukar plan makan ikan bakar tepi muara Haji Musa, katanya kat situ agak murah. Sebelum pergi makan malam, sempatlah kami ronda naik beca lampu lip lap keliling bandaraya Melaka. Tak dapat masuk muzium, pusing keliling tempat pun jadi lah ye. Lepas tu makan bakar-bakar sampai dah tak boleh telan sebab banyak sangat, alhamdulillah. Memang sedap juga masakan kat sini. Seingat daku dulu pernah makan kat Umbai Melaka, pun sedap juga. 


Kat Ames Hotel ni anakanda sempatlah mandi kolam hotel juga. Puas hati depa noh, bathtub pun dapat berendam, kolam mandi pun depa dapat pi berenang.  Alhamdulillah stay kat Hotel Ames 3 hari 2 malam memang berbaloi dan 5 rate definitely worth to give for the services and their facilities. Yang nak pergi bercuti santai-santai, definitely Hotel Ames ni kena masuk in list hotel untuk stay. Jauh dari kesibukan bandaraya, dan sangat berbaloi. Next hotel yang agak menarik kat Melaka, Philae Resort, tapi itulah entah bila nak sampai balik kat Melaka ni, even ada kakak stay Melaka, imagine kami sampai sana balik selepas 5 tahun, punya lama tak sampai Melaka, sebab kekangan masa dan sebagainya. 




AMES hotel
Jalan PKAK 1 & PKAK 2,
Pusat Komersial Ayer Keroh,
75450 Melaka

TEL: +06 318 3399


Ames hotel official website : https://ameshotel.com-melaka.com/

Metrasquare hotel official website : https://www.hotel-metrasquare.com/