Ramainya ibu-ibu nak berpantang lepas bersalin tahun ni. Seronok tengok baby kecil ni tambah lagi yang baru lahir. Wanginya lain macam. Biasa yang nak berpantang ni wajib dah ready lebih untuk anak biasanya. Ika pun macam tu dulu, lebih kan preparation untuk anak, tapi belajar dari pengalamanlah, sejak dari anak kedua Ika lebih kan preparation untuk diri sendiri dah. Set berpantang Ika sediakan yang terbaik untuk diri sendiri, sebab Ika niat nak menyusu badan penuh untuk anak, Jadi self preparation untuk diri lebih penting, sebab ibu yang sihat cergas bertenaga sangat penting dalam tempoh berpantang. Ika masa anak kedua memang penat ya Rabbi, sebab nak jaga anak sulung at the same time struggle menyusu anak kedua. Memang letih penat takleh bincang, emosi teruk mental breakdown akibat keletihan. Mommy berpantang memang kena ada tenaga ye, sebab nak pakai barut, bertungku tu semua pakai tenaga sendirilah, upah orang boleh tapi kena standby kos lebih lah. So masuk anak ketiga hingga kelima memang Ika buat habis baik untuk diri sendiri sembuh fizikal emosi selepas berpantang. Memang happy betul pengalaman habis pantang tiga anak-anak terakhir ni sebelum tutup buku episod beranak.
So mommy yang bakal berpantang memang kena buat cash plan terbaik untuk masa pantang, terutamanya kos makan semasa berpantang, ada orang layan salmon je sepanjang berpantang, atau ikan-ikan, lauk lauk terbaik untuk di makan sepanjang berpantang, good for moomy and baby, ikut kemampuan masing-masing. Kalau dah plan awal-awal memang semua lauk tu takde masalah untuk di sediakan. Lagipun lauk pantang lah paling mudah di sediakan, sebab guna konsep rebus, bakar dan kukus sahaja, bahan masakan pun hanya garam dan lada hitam, simple dan sempoi tapi sedap. Idea menu masa pantang ni banyak sangat, cuma bezanya bahan lauk yang digunakan, ada yang pilih-pilih jenis ikan yang nak di makan, ada yang taram semua ikut negeri masing-masing. Asal badan boleh terima makan jelah. Ika alhamdulillah ikut sahaja apa yang orang tua cadangkan dan adjust mana yang boleh dan mampu telan. Sekarang nak berpantang sendiri pun dah takde masalah sebab banyak pilihan sama ada nak ambil upah untuk confinement sepanjang berpantang of course dah pakej sekali dengan makanan, ataupun nak masak dan berpantang sendiri semua atas kudrat dan rancangan masing-masing.
Tips untuk menyediakan makanan pantang mudah sangat, mommy just perlu ambil tahu lauk atau buah-buahan atau sayur-sayuran yang perlu di elakkan ketika pantang, ada orang cakap makan jelah semua sayur takde kesan apa pun, tapi kalau yang jenis ambil tahu dan cakna ada sayur dan buah-buahan yang tak sesuai diambil bergantung kepada tubuh badan masing-masing kerana ada yang ambil terus badan jadi berangin dan bentan. Biasa apa yang orang tua bagitahu ada logik ya untuk kita amalkan termasuk makanan dan lauk yang 'sejuk-sejuk', kalau orang yang ada Gerd memang kena elak makanan yang boleh buat badan tak boleh tolerate so jangan main sebarang taram je,modenlah kata kan. Nak mudah bahan utama dalam makanan berpantang ni wajib ada bawang putih, halia, lada hitam, kunyit.
Mudahkan cara penyediaan menu berpantang selain menjimatkan masa dan tenaga untuk menyediakan menu, hasil menu untuk ibu dalam pantang lebih sihat. Makin kurang bahan perasa makin bagus sebab makanan yang tersedia adalah lebih sihat dan tak banyak bahan tambahan yang mungkin bagi kesan tak elok kat tubuh badan. Sekarang bila nak berpantang sendiri pun takde masalah kalau suami memang rela hati menawarkan khidmat buat isteri dalam pantang dengan menyediakan makanan untuk ibu berpantang makan, cara memasak pun mudah sangat dengan kukus, bakar atau rebus je. So takde dah alasan melainkan ada kos lebih guna food panda je, tempah makanan berpantang dengan hujung jari.
Nak idea menu lebih banyak pilihan, yelah takut boring dok makan menu yang sama, cari je kat cari #makananpantang, #makanpantangbersalin #makananpntangsihat, semuanya dah mudah. So tinggal kita je standby effort untuk buat semua yang telah kita rancang supaya tempoh berpantang lebih mudah, gembira dan badan cepat sembuh. Memang rindu makanan pantang ni, lagipun makanan pantang sepatutnya evergreen buat amalan makan hari-hari, lebih sihat dan asli tanpa banyak bahan pengawet dan perasa. So buat mommy yang bakal berpantang, boleh dah set menu awal awal menu pantang selama 40hari atau lebih. At least suami tak kelam kabut sediakan bahan. Selamat berpantang and enjoy the moments okay.
Top Social