Kalau perasan TV Alhijrah mengangkat tema 'Andai Ini Ramadhan Terakhir' tahun ni, kebanyakan menceritakan peristiwa akhir zaman(secara berlapik) realiti yang berlaku hari ni. Tanpa sedar kita semua dalam fitnah besar akhir zaman, maka pilih lah jalan terbaik masing-masing, jaga iman, tingkatkan taqwa. Kita semua tak tahu apa lagi yang akan berlaku akan datang, sekarang pun dah banyak bala bertimpa-timpa akibat orang islam sendiri tak yakin dengan Al-Quran, Sunnah sendiri, selamba je orang kafir mengawal dan masuk campur agama kita. Apapun, yang punya mata hati dan berfikir sahaja yang mengambil ingatan, ni pun Allah dah kata dalam Al-quran, sebab realiti masih ramai yang buta walaupun depan mata dah berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku. Apapun jaga keluarga masing-masing jelah sekarang ni. All outlah kita semua menghayati bulan Ramadhan tahun ni, tahun depan belum tentu lagi kita berjumpa dan bertemu bulan Ramadhan ni, ambil peluang tadabbur Al-quran supaya kita tak sia-sia dalam beramal, biar faham apa yang Allah sampaikan dalam Al-quran dan jadi amalan kita. Insyaallah.
Tahun ni jangan berharap sangat dapat balik raya, takut-takut semua kena kurung balik. Kita minta sajalah kat Allah moga orang-orang yang melakukan penipuan dan kezaliman moga Allah bagi balasan setimpal. Kita tak mampu dan takde daya melainkan hanya dengan pertolongan Allah. So apa aktiviti anda sepanjang Ramadhan ni?
Bulan dekatkan diri dengan Al-Quran. Bulan ni semua dah setting nak baiki diri, nak dekatkan diri dengan Allah, nak khatam Al-Quran, nak tadarus, nak tadabbur Al-Quran which is semua aktiviti tu sangat bagus. Renew inner kita sebaik-baiknya. Penuhi masa dengan aktiviti yang bermanfaat dan dapat tambah pahala kita seharian di bulan Ramadhan. Moga-moga asbab kita buat terbaik dalam amalan kepadaNya, Allah ampunkan segala dosa kita semua yang banyak terkhilaf dan cinta dunia.
Apapun di kesempatan ini, Ika memohon maaf atas segala salah silap sepanjang menulis dalam maya, jika ada yang mengguris perasan pembaca, semua keburukan itu datang dari kelemahan Ika sendiri. Moga Ramadhan kali ini dapat melahirkan diri kita yang baru, lebih baik dari yang sebelumnya, insyaallah. Moga segala amal kita di bulan Ramadhan diterima Allah. Amin. Selamat beribadah semua, walaupun aura solat terawih macam dulu dah pudar, moga kita semua dapat mengimarahkan masjid bagi yang lelaki. Kita mak-mak pula moga bijak menguruskan masa sepanjang Ramadhan supaya tak banyak habiskan masa di dapur.
Top Social