Angan-angan nak shopping kat IKEA menjadi kenyataan, maklum dah bertahun tak masuk IKEA, kesian benau bunyikk nye kan. Bukan tak nak pergi, planning tu memang sentiasa ada tapi part memikir nak handle anak-anak macam-macam perangai, itu yang panjang bebenar mikirnya..kikiki.
Kitaorang lakibini memang dah lama tak masuk shopping mall, bangunan besar-besar ni semata-mata nak cuci mata, sanggup lagi bawak anak-anak pergi taman at least diorang boleh main berlari sepuas hati dari masuk shopping mall mabuk rambang mata, nak itu ini. Dari hadap diorang punya perangai beli itu ini..
So, alang-alang suami setuju nak cari barang untuk makeover rumah baru pindah ni, apalagi memang IKEA Cheras lah tempat dituju, katanya lebih luas, banyak stok. Tapi silap decision pulak jadinya dihari kejadian. Nasib iols dah telan siap-siap Bcomplex, takdela mommyzilla ni merempan kat IKEA tu..heehe
Mana taknya turun dari rumah pukul 10, singgah makan dulu, pukul 11 baru boleh bertolak dari perak ke KL. Sampai IKEA lebih kurang pukul 1 lebih. Alhamdulillah, tempat parking memanglah takde masalah, tapiiiii bab nak mula shopping tu sudahhh. Nasib buat list sesiap dah barang n rak-rak barang yang dilistkan.
Masuk je IKEA, kitaorang terus ke tingkat bawah ke gudang terus. Baru suku jalan, anak mula berzikir lapar...grrr, time orang berhenti makan, tak nak makan, sudahnya kitaorang patah balik naik atas cari tempat makan, dari IKEA yang beratur panjang nak membeli makanan, kitaorang masuk bangunan sebelah cari foodcourt, punyalah tak jumpa tambah tempat baru, memang suami bebel lah, nak datang sangat IKEA sini, kalau yang damansara tu tahanlah sikit luasnya, jalan pun tak banyak, tempat pun dah biasa kitaorang pergi.
Akhirnya jumpa jugak tempat makan, makan kenyang-kenyang. Sudah makan, Harraz sibuk nak cari buku mewarna pulak, kebetulan lalu depan MPH terus masuk beli, si Haddad pulak sibuk nakkan belon yang orang bagi free, kes banyak lot kedai baru buka, so rambang mata nak belon itu ini. Mencari lah pulak belon, dari tingkat 3 ke tingkat 1. Lepas tu baru kitaorang solat, tunggu anak-anak settle bab masuk tandas. Then baru boleh masuk IKEA bertenang-tenang. Sampai pukul 1 tengahari, pukul 4 petang baru kitaorang masuk gudang terus, tak sempat pusing showroom atas.
Bijak betul keputusan kitaorang lakibini turun ke gudang terus. Kalaulah kitaorang pergi showroom dulu confirm balik tangan kosong. So, dalam dah pukul 4 kitaorang start shopping memang macam buat race pulak cari barang-barang yang dilist, kotnya anak dah boring mula buat perangai balik. Masa diorang bertenang-tenang kita huru hara takpe..ahahha. Dari pukul 4petang, pukul 7malam kitaorang dah tercegat dekat kaunter bayaran, alhamdulillah settle barang-barang penting even banyak jugak yang tertinggal, huuu.
Baguslah sekarang wujud personel shopper, memang family cam kitaorang ni tak perlu kot pergi IKEA, lagi buat penat aje, hahah, baik upah je senang. Apapun pengalaman shopping di IKEA memang best kalau pergi laki bini je. Nak tenung barang-barang sepuas hati pun tak ngape, kikiki..shopping mall yang besar sebegini sememangnya kurang sesuai dah untuk kami anak beranak, relax lahh orang lain pun lebih kurang je pengalaman..ia betul tu, yang tak tahan memang kena banyak jalanlah tempat luas cenggini, definitely will come again, insyaallah.
Malam tu memang balik terus, sampai rumah dalam pukul 9malam, kitaorang tapau makanan balik makan, berehat, paling best aktiviti saling mengurut kaki betis lakibini lah bila dah berjalan banyak sangat. Ni kes body tak fit, jalan sikit dah termengah-mengah-_-". Dua kali lima je laki bini, nasib bini berlenggang kangkung jalan, semua anak kiri kanan depan, suami bawakkan, hahah, tu yang laki iols bebel lebih sebab dia yang bawak beban lebih kikii. Sebelum tidur,memang special dose ostematrix kitaorang lakibini telan,punya sakit tubuh jenjalan kat IKEA.
Top Social