[Entri yang teramat panjang]
Bertitik sambung dari cerita semalam. Selepas suami tetiba ajak keluar jalan-jalan [macam biasalah, unplanned version], suami ajak ke Penang. Manalah tak teruja. Penang tempat paling ika teringin pergi sangat-sangat masa mengandungkan si Hawaa lagi, mengidam nak makan nasi kandar ori dari penang dan juga pasembor penang ori.
Dan tentu-tentulah bila suami sebut penang, yang datang menerjah dalam kepala otak ni sepinggan nasi kandar dipenuhi kuah kari banjir berlaukkan kari ikan+sotong kari, dan sayur goreng version diorang, apa lagi kan. Terjahan sepinggan pasembor penuh dengan pelbagai lauk pauk, terus membingkaskan diri bangun menyiapkan beg sepantas mungkin. Memandangkan masa tu dah siapkan makan tengahari just masukkan dalam bekal je lah makan kat rnr ke hape nanti.
Kitaorang bertolak dah pukul 2 petang dah, pukul 5 camtu dah sampai penang, so suami bagitahu ke teluk Bahang la boleh anak-anak main pasir..patutla dia bawak bahan mainan pasir anak, memang rupanya nak pergi belah situ. Malas nak cakap banyak follow aje orang bawak pun dah syukur dah.
Nama lagi unplanned, map entah kemana, sempatlah 2 3 kali kitaorang pusing uturn Teluk Bahang tu. Dari batu Ferringhi kitaorang pusing 2 3 kali cari port untuk anak main pasir sekali nasib baiklah ada satu kereta depan penuh anak-anak kat belakang pakai baju mandi, so kitaorang follow je diorang masuk lorong sebelah area construction. Nasib baik memang wujud pantai berpasir, ingatkan jenis berbatu je memanjang. So sampai jugalah tepian pantai berpasir, bagi lepas gian anak nak terapi pasir.
Tempat menginap tak cari lagi ni. Masa tu dah petang sangat dah hampir pukul 7, sambil teman anak main, sambil google tempat menginap. Siap je anak main pasir terus kitaorang bertolak pusing balik dari Batu Ferringhi ke teluk Bahang balik. Dari Batu Ferringhi tu ada 2,3 hotel nampak not so bad cuma terletak dikawasan tertumpu dan happening sangat bila malam, so suami cakap cari belah teluk Bahang, instead of one hotel yang kitaorang decide nak duduk entah macam mana suami tetiba suruh google Ali motel, then google jelah,tapi bila google aje..hhmm Hmmm...sampai sini dulu boleh taip, hampir tengah malam ni, sambung esok pula lah, karang berdiri semua bulu, tak pepasal,huuuu
[Dicatat 23:31malam, 15januari2017]
sambung cerita lagi, bila dah google tengok rupa motel tu, ika cakap"hmm, macam payah je, tengok bertingkat bangunan kayu camtu tapi cakap sepintas lalu jelah..dan lagi satu bila suami cakap"nanti perhatikan motel tu kat mana". Masa tu dah senja sangat, orang dah azan maghrib, kebetulan kitaorang lalu ternampak caltex dan sebelah caltex ali motel tu duduk.
sambung cerita lagi, bila dah google tengok rupa motel tu, ika cakap"hmm, macam payah je, tengok bertingkat bangunan kayu camtu tapi cakap sepintas lalu jelah..dan lagi satu bila suami cakap"nanti perhatikan motel tu kat mana". Masa tu dah senja sangat, orang dah azan maghrib, kebetulan kitaorang lalu ternampak caltex dan sebelah caltex ali motel tu duduk.
Yang paling takleh nak brain selama kitaorang dok pusing-pusing 5,6 kali area tu takde plak kitaorang nampak motel tu.Tapi dalam suram malam sekali tengok je dah nampak motel tu. Nasib baik dalam kepala tu masa tu tak fikir bukan-bukan, memandangkan semua dah penat, lapar. Sampai je depan motel tu, dah boleh agak memang takde orang langsung except kitaorang...huuu
Takdelah bajet sangat hotelnya, oklah cukup selesa tapi memandangkan waktu dah camtu, anak pun dah macam-macam ragam, kira oklah. Bila tanya suami park kereta kat mana, sebab motel tu takde laman untuk parking rupanya, parking lot diorang seberang jalan dekat semak.
Settle makan, solat, kitaorang anak-beranak dah ready nak tidur. Setakat tu semua ok lagi, kecuali ika tak boleh tidur memikirkan semua kunci pintu bilik rosak, kunci penyelak, kunci penyendal rosak kecuali kunci yang dibagi untuk buka bilik tu. Risau pulak, buatnya kitaorang tidur mati, if guna master key boleh sangatla buka bilik tu. Mundar mandir cari sesuatu nak letak sendal dekat lubang penyelak supaya "jikalau" orang dari luar tolak pintu akan tersekat. Nasib ada besi kecik kat dalam bagasi guna yang tu je lah.
Pukul 12 tengah malam, hujan lebat yang amat..Ahmad Harraz mula gelisah dalam tidur, jamah dahinya panas amat! Tiba-tiba aje panas, nak tidur tadi elok lagi dok main-main..nak jadi cerita disebabkan terlampau panas, ahmad Harraz mula cakap merepek. Menangis nak balik rumah, nak lalu bukit, lepas tu sampai rumah katanya, sambil mata terbelalak keatas..Allah, camne nak buat, hanya mampu jerlumkan tubuhnya supaya suhu turun. Suami memang tak tidur langsunglah malam tu temankan harraz yang memang tak boleh tidur dan banyak kali cakap merepek.
Keesokan paginya, suami turun ke tempat parking kereta ambil barang. Naik tu suami pucat bagitahu, "abang rasa kereta kita tu ada orang cuba nak tarik buat lari, sebab senget dah sebelah lagi pula cangkuk kat belakang tu terbuka". Allah, berderau darah.
Tapi nasib baik stereng lock dan cara parking tu menyusahkan orang yang cuba buat kerja jahat, dan paling penting Allah jaga kitaorang sekeluarga, memang tak dapat tarik buat lari lah kereta tu. Kalau tak, tak tahulah macam mana hari tu, dengan harraz demamnya..Allah, Allah bersyukur sangat.
Awal pagi tu kitaorang bersiap-siap untuk terus bertolak balik perak. Check out dan terus blah dari situ. Dalam kereta suami buka cerita, katanya start dari harraz merepek malam tadi hatinya dah rasa tak sedap tentang motel tu. Yelah, motel tu penuh dengan barang-barang lama/antik. Depan bilik kitaorang penuh dengan hiasan barang antik, kayu-kayu berukir yang dah lama.
Lagi pula, tak tahu selama mana bilik yang kitaorang tidur malam tu tiada penghuni. Bukan nak fikir mistik tapi benda-benda ghaib ni wujud.huu..apapun kami dapat pengajaran berharga, supaya lain kali lebih berhati-hati pilih hotel, tengok keadaan sekeliling dulu. Mahal sikit tak mengapa, asal bab keselamatan lebih terjamin.
Itulah cerita touch down pulau penang semata-mata tanpa sempat pun makan nasi kandar dengan sepenuh hati, hajat nak makan pasembor tak lepas, mengidam time mengandungkan siHawaa lagi, malah tak sempat langsung pusing-pusing pulau penang. Suami bagitahu, lainkali kita datang lagi, plan betul-betul.
Hmm yerr lerr tu, hakikatnya kitaorang biasa buat kerja travel ni on the spot...kikiii. Travel camtu memang banyak bagi pengalaman mahal buat kami anak beranak. Alhamdulillah. Btw, memang tak puas hati sampai pulau penang camtu, takpelah insyaallah rezeki lain kali pulak.amin.
Top Social