Memang mencabar hawa nafsu perut betul berpantang dibulan puasa, nak nak pulak dekat raya ne-_-". Setiap kali makan dengan orang berbuka puasa ne, kita asyik berputih mata aje nengok lauk pauk yang sedap, kuih muih yang mengancam jiwa raga menahan diri, kempunan okei, tu tak raya lagi dengan pelbagai juadah dan suasana meriah makan-makan...simpati kat diri sendiri, huhu.. terkedip-kedip mata nengok orang ratah ayam percik, kita ratah ikan selayang bakar aje makan ngan nasi berlada hitamT_T. Nak buat camne, pasrah jelah..suami ngan Ahmad Harraz punya pasal, mama sanggup berpantang bagai nak rak, nak jadik bak anak dara balik (nak dara balik memang mustahil..kahkah=p) dengan menyusu anakanda intan payung terpaksalah jaga makan betul-betul-_-'. Karang geleber, buncit sana sini kang, tak selera suami, karang tak jaga makan minum kembung pulak anak tersayang. Memang mencabar betul! tambah pulak yang paling tak tahan sepanjang tempoh berpantang ne asyik terliur tengok teh o panas, adeii, tak kelass langsung punya selera, hidanglah apa-apa jek, boleh lagi menahan rasa..tengok orang minum teh o, harus menelan air liur bertubi-tubi..serius!kempunan!-_-'. Mungkin ketagihan masa mengandung asyik minum greentea lipton yang menyebabkan keadaan sekarang tidak terkawal tahap kempunannya. Adeii. silap setting betul, next time kena plan betul-betul supaya tak berpantang di bulan penuh dugaan neh, sampai raya haji pun tak lepas lagi 100hari...grr..apapun ganjaran buat suami, tentulah kena teman bini berganti puasa 30hari..hehe..itulah padahnya..huhu (jangan tersenyum aje baca neh, deep meaning tu)...apapun 10 malam terakhir ne cubalah kita mengejar LailatulQadar, malam 23 dijangkanya turun mengikut kajian ulama2, malam nelah ..insyaallah=)).
Love&Faith
Greenapel
Top Social