Tabiat Buruk yang Memakan Diri

11.04.2011

Korang ada tabiat buruk tak?saya ada...paling ketara korek telinga selain korek hidung, kalau boleh 24jam nak korek telinga..entah sejak bila...tapi sekarang dah macam obvious sangat...sampai baru perasan akan tabiat buruk tu. Sampai ada sekali tu sampai balik kampung bawak balik stok cotton buds, standby takut tetiba balik masa tu cotton buds kat rumah dah habis stok. Dan akhirnya akibat suka korek mengorek atau dengan kata lain takde keje, sekali terkena infection, bernanah-nanah tu...eeeiiiyyuuu!! atas sebab kesan batuk berpanjangan sebelum tu dan jugak akibat aktiviti mengorek telinga...Seminggu jugaklah saya hilang pendengaran sebelah kanan. Baru tahu camne rasa bila dengar semua perkara sayup-sayup. Nak nangis pun ada masa dalam situasi tu...takut...hehe. Padahnya camtulah!Begitu cantik pengajaran. Even dah berlaku camtu, sukar juga nak kurangkan tabiat tu... guna cotton buds tak elok katanya doktor cantik. saya lebih suka jumpa doktor cantik berbanding doktor hensem...ehh tukar topik pulak. Apapun sakit apa-apa jangan tangguh jumpa doktor, neh jugak tabiat saya. Bertangguh jumpa doktor, sanggup tahan sakit dulu.huhu
pic source:sheknows.com
salah satu perkara yang paling saya tidak suka ialah jumpa doktor...takut okei..hukhuk, takut kat jarum. Tu pasal sampai sekarang saya tak derma darah...pheww memang alasan! cerita masa nak test HIV haritu, ada budak dan mak budak duduk kat sebelah saya kat kerusi menunggu..sebelum saya masuk bilik tu tapak tangan berpeluh-peluh sambil menunggu...ada debar disitu. Lepas tu terdengar mak budak tu cakap kat anaknya"kakak nanti kena cucuk sikit tau, nanti jangan nangis ye, kakak kan kuat"...budak tu jawab kat mak dia "ok, kakak tak nangis, sakit sekejap je, macam gigit semut"...wahh terus saya bersemangat kental masuk kena amik darah tu...kahkah...ishh buat malu kat budak je>_<". itulah ceritanya, kesimpulannya saya memang tak suka jumpa dr. saya suka jumpa en.azham je...adess!pelempang sebijik...