::Mohd Chan Itik Panggang , Penangan Memang Terangkat Ibu Jari::

8.23.2011

Awal bulan puasa haritu adik-adik housemate ajak keluar makan kat luar...bukan selalu angin nak makan kat luar dengan housemate datang...hehe, so memandangkan awalnya tak tahu nak pergi makan kat mana, saje je suggestkan makan itik panggang kat seksyen 9, sekali adik housemate cakap kalau nak makan itik panggang best makan dekat restoren  Mohd Chan Abdullah, sedap katanya...so aktiviti meng'google' dijalankan nak detect kat mana restoran tu kat Shah Alam seksyen 15 ne...lepas hafal jalan tu after siap solat maghrib barulah kitaorang keluar...Nasiblah tak sesat, lagipun dekat je, cuma tak pernah tahu kewujudannya...huhu..so masa sampai kat sana kedai dah takde pelanggan sangat dah, maybe penuh waktu berbuka je...then lepas decide amik je dishes, sume sekali dalam 5-6 lauk gitu...tapi most lauk yang diorder semuanya sedap-sedap...ayam thai, itik panggang, ikan stim halia, sayur kailan, butter prawn, sotong apa ntah..memang best., memang licin kecuali itik panggang bungkus buat balik..tak rugi datang sini...lain kali boleh lah ajak en.azham sekali try kat sini pulak...lucu betul sampai penceritaan saya kat en.azham pasal itik panggang kat Mr chan ne sedap juga jika dibandingkan dengan kat seksyen 9 tu, lagi moist, isi teballah sampaikan 2, 3 hari lepas cerita tetiba plak en.azham teringin nak makan...tak dapatlah nak menolong time tu dia tengah berkampung kat hospital..hihi...
pic : muka tak sesabar nak menjamu selera...hehe
Note: wantan itik cambest je..huhu

Post a Comment