::Luahan Hati menjelang Aidilfitri, mood raya datang::

8.25.2011

hmm, punyalah lama buka create post neh...baru boleh menaip pasalnya idea nak menaip takde...nak buat camne fikiran dah kat kampung halaman dah...insyaallah subuh esok dah bertolak balik ke kelantan...kereta memang dah penuh sakan dah dengan barang-barang kawen, dengan kuih kerepek rayanya...eksaited memanglah!tapi lagi eksaited kalau boleh balik awal lagi...tapi nak buat camno...kenolah tunggu adik kesayangan habis keje esok...yang penting dominos wajib amik yang triple...adeii, tamak betul!rasanya memang dah ramai yang bertolak balik kampung esok...tak pastilah perjalanan balik ke kelantan kali ne mengambil masa berapa jam...huhu, harap traffic okei...mmm, takleh nak jamin jugak...takpelah yang penting selamat sampai dikampung halaman...buat yang diperantauan macam saya, berhati-hati drive....even kita berhati-hati, orang lain tak berhati-hati, tak guna jugak...so diharapkan semua pemandu jalanraya memandu secara berhemah...jangan menyusahkan pengguna lain, kita dijalan yang sama...so janganlah pentingkan diri sendiri ketika memandu... pandu cermat, insyaallah semua selamat...semoga kepulangan ke kampung dilindungi Allah s.w.t...amin^_^
Raya kali ne kurang meriah sikit sebab mak minah(nenda) tak ada, raya ke-4 baru pulang dari kota suci mekah bersama rakan-rakannya...nak buat acara melirai roti jala pun dah kurang meriahnya pasal ahli yang melirai dah berkurang...cian cik ani saya (mak sedara) assistant dah berkurang...semua tempahan dari regular customer terpaksa ditolak akibat kekurangan pekerja...makanya roti jala tahun ne buat khas untuk anak beranak sahaja, mungkin tahun depan meriah sikit acara buat roti jala, ahli keluarga dah bertambah lagi, harap makin rancaklah...hehe (eh, hint kat en.azham, tak terasa ke...hehe)...kena rajin-rajinkan diri lah ye..hihik=p

Note: ooo...tak sabar nak balik kampung