Doa

10.15.2025

Korang perasan tak ada satu waktu yang sangat takde kata yang sesuai untuk menggambarkan keadaan tu, waktu sebelum dan selepas subuh, Dan waktu antara asar ke maghrib. Aku tak tahu orang pernah alami tak keadaan ni, tapi waktu yang paling banyak aku rasa, aku suka perasaan pada waktu, rasa suasana tu terus rasa ke lubuk hati, perhati dan rasa. Banyak kali jadi antara waktu asar ke maghrib tu kan, angin sepoi-sepoi,lepas tu cahaya matahari sedang-sedang sebab dah nak terbenam, tapi rasa waktu tu sangat nyaman, damai sangat, rasa tenang, rasa Sejuk mata memandang sampai ke hati.


Aku tiap kali berkebun time tu, memang rasa tak nak stop tangan buat kerja, rasa nak tunggu sampai orang Azan maghrib tapi sampai tua lani aku masih ingat pesanan orang tua, dah nak maghrib masuk rumah, tutup semua tingkap Dan pintu rumah sebab time tu Syaitan bertebaran, it's time transition, dari siang ke malam, tapi honestly waktu tulah pemandangan cantik tak terkata, rasa nak duduk dalam scene tu lama-lama sebab best. Betul tak? Aku suka tengok sunrise dan sunset, memang selalu pi jenguk Instagram muazbella tu sebab view dia shoot, Subhanallah cantik tak terkata. 


Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 


إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا


Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]


Tapi, haa ada tapinya, mustajabnya doa ketika waktu tu.  Waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib terutamanya hari jumaat. Sebagaimana ditegaskan Rasulullah: “Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)



Korang trylah praktik doa waktu ni, doa ni tak tunggu kita angkat tangan, detikan dalam hati pun Allah tahu, jadi jangan sia-siakan waktu berdoa yang mustajab. Kita ni memang dengan doa je nak sampaikan, nak komunikasi dengan Allah, dengan doa persoalan terjawab, dengan doa ujian dikurnia jalan keluar dan banyak lagi manfaat berdoa. Doa bila-bila masa yang korang boleh buat, terfikir, terlintas. Aku ni kan sepanjang anak-anak kecik dulu, memang masa laki pergi kerja, letih, penat, nak bebel tak larat, nak marah takde tenaga dah, memang ada aku lelah, sampai kan mampu terlintas je doa dalam hati aku, contoh anak nangis, merentan tak tahu dia nak apa, kita buat semua tak kena, even dah penuhi apa yang dia nak, tetap tak mampu di diamkan tangisan tu, aku nangis juga, tapi dalam hati 'ya Allah, aku ni mak kepada anak aku, aku tak tahu, tak faham apa anak aku nak, aku tak tahu pun nak pujuk anak aku macam mana ya Allah, aku dah buntu, aku dah penat, tapi tangisan anak aku buat aku makin lelah, kau pujuklah anak aku, aku tak mampu', memang lepas tu anak aku okey, diam tangis dan main macam biasa. Tu contoh yang antara aku pernah buat and still practice sampai sekarang. Kita ni memang kena bergantung kat Allah 100%, jangan ada rasa sedikit pun rasa bergantung kat makhluk lain, apatah lagi diri sendiri. 


Korang kalau dah buntu, bengong, rasa takdak jalan dah, doa lah banyak-banyak, kena yakin Allah dengar apa yang kita keluh kesahkan, satu je kena buang segala apa yang kita bergantung dalam hati, serah 100 peratus harapan, jiwa hati kita kat DIA, insyallah Allah pasti bagi jalan, Allah pasti menjawab, Allah pasti tuntun kita. Taip masa mai feeling ni tengah berkebun, berkebun pun sempat lagi pegang phone, eh mesti, pokok aku tu ada album dia sendiri, wakakka. Praktik nahhh. 


Xoxo,
Self reminder too

Andalusia

Ku baru tahu rupanya Andalusia ni adalah negara Spain, ku paling jauh pergi luar negara tu Thailand aje, tak sangka Allah kurnia kejutan hantar pi Jeddah, Mekah, Madinah, terasa masih macam mimpi-mimpi. Takdak duit saving, even duit poket pun boleh sampai, Allah. Tu yang aku rasa macam masih 'betul ka' apa yang dah aku alami, then it's real. Sedih sebab happy sangat, macam tu je Allah nak bagi, tak lagi pengalaman kat sana, apa yang aku terlintas kat hati, rasa berkeinginian, semua Allah makbul, takde sikit pun kesusahan aku lalui, tu asal teringat menitik air mata, banyak nikmat yang Allah kurniakan, imaginelah baru terdetik dalam hati, toink depan mata, terus dapat, Allah. Dan Aku doa Allah makbulkan doaku yang mungkin kecil dimata orang lain,tapi sangat besar untuk aku, Amin yra. Tak mampu nak taip lagi pengalaman pergi Umrah, takdak kekuatan, keep it safe in my heart, maybe next time, atau dalam masa terdekat mai terdetik nak tulis, no one even know kan? insyallah. My first Umrah ni memang impactful sangat sobs, maybe lain orang lain pengalaman kan?



So rasa mustahilkan nak pergi travel luar negara?untuk experience yang dah aku lalui, memang Allah betul didik hati aku kali ni, bagaimana dekatnya Allah dengan kita, bagaimana yakinnya kita dengan apa yang kita nak.  So aku nak terus berangan, doa dan usaha supaya aku,suami dan anak-anak berpeluang melihat dan menginsafi kesemua ciptaan dan kebesaran Allah melalui gunung-ganang, lautan, dan seluas-luasnya bumi  ciptaan-NYA, untuk di nikmati, disyukuri, diinsafi dan terus sujud dengan hati yang bersih sebersihnya insyallah.


So bercerita tentang Andalusia, kesnya terlintas kat fikiran aje, Andalusia ni negara ke?tu yang terus menggoogle, wow, ni memang takde dalam list berangan, nak kena masuk ke? Banyak juga cerita sejarah dan senibina Islam kat sana. Banyak-banyak negara, Mesir antara salah satu tempat yang aku nak pergi, melekat dalam hati jiwa kes baca Novel dulukala, naik cruise kat sungai Nil. Moga ada rezeki sampai Mesir pula, biarlah orang nak kata apa, scammer, orang Arab paling teruk, tetap keinginan nak visit sana tak terpadam,kihkih. 


Terfikir Andalusia Travel & Tours ni kenapa ambil nama Andalusia, ni pun antara Travel group yang  tip top and trusted juga kan? Baca experience rata-rata yang pergi under Andalusia Travels terutamanya group Umrah semua berpuashati dengan service mereka. I hope one day, boleh merasa holiday kat negara yang aku nak dengan Andalusia Travel ni, Amin yra. Even sedang trending DIY travel, aku rasa untuk DIY version ni memang bukan untuk semua orang, kalau yang follow hellosincereshe tu memang banyak sangat info and knowledge tentang travel DIY ni. Salute sungguhla young people travel ni.


Sekarang tak tunggu tua, baru boleh travel, sebab lani bermacam cara orang dah boleh buat duit home based dengan dunia tanpa sempadan ni kan? Baguslah sepatutnya kerana membuka ruang seluas-luasnya untuk anak-anak muda explore dan create selfjob, tak perlu office dan space yang memakan costing besar, tapi dunia tanpa sempadan ni pun cabaran terlalu besar dan bahaya jika salah guna, overused Dan sebagainya. Korang pun mesti terfikir mana datang duit depa dok travel pi sana sini. Aku pun sama, yang pasti mesti ada duit baru boleh travel, tu kata kita lah,meh sambung fikir sampai Andalusia, hehehe. Kita kata mustahil, tapi bagi Allah tiada apa yang Mustahil, Lahaulawalaquwataillabillah.


xoxo
why you always in the mood 

Bergerak

10.09.2025

Post umrah syndrome is real eh, rasa tak boleh move on, sikit-sikit keluar air mata, tak boleh jadi ni,so hari ni ku kuatkan jari jemari saja bagi emotional distraction sikit kat diri sendiri. Ku baca kat threads memang kebanyakannya yang pergi umrah tu macam tu lah, rasa macam baru semalam aje, padahal,sobbss. Memang ubatnya kena buat tabungan dan pergi lagi, even ada wang pun tak menjamin akan sampai, tapi tetaplah berdoa Allah jemput kita jadi tetamu-NYA nanti, amin.yra.


So break the silence of Palestine ni memang menyayat hati, ramai rupanya orang Islam bermuka-muka eh, after case global sumud Flotilla ramai tunjuk muka sebenar masing-masing. Allah. Apapun yang masih belum boikot, boikot apa yang kita mampu, buat sehabis daya kita, jadilah seperti burung pipit yang berulangkali mengambil air yang menitiskan air itu diatas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s., kecil usahanya namun Allah lihat usaha-usaha kita. Asbab gerakan mereka jugaklah dunia mula bangkit bersuara. Ni kalau takde depa tak bergerak, agaknya senyap terus berita Palestin. Kita jangan dok bangga sangat keharmonian kedamaian kita kecapi sekarang, jangan sombong, sekali Allah nak uji, memang satu malam pun semuanya boleh berubah. Sesiapa pun Allah boleh uji. Jangan sombong tu ja pesanan berkali-kali, kerana sifat sombong itu hanya sifatnya Syaitan.



Orang kata kalau travel memang kena banyak jalan kaki, jalan kaki ni the way terapi as human, sebab kita ni sebenarnya memang kerja kita bergerak, even kita tengah tidur pun Allah bolak balikkan tubuh badan kita supaya bergerak, kalau malas bergerak sangat tu hati-hatilah. Travel memang perlukan pergerakan banyak, tak kira pi camping ke, pi berjalan-jalan kat bandar Metropolis pun kita still bergerak ke sana sini. Travel menuntut kita keluar dari zon selesa kita, tinggalkan katil empuk kita, tinggal sofa best kita, tinggalkan dapur kita yang best, tinggalkan pakaian-pakaian cantik kita dalam almari, asbab travel kita kena pilih the most effective and the most useful clothes and thing. Bergerak supaya kita jangan jadi salah seorang yang suka melaung-laung, "ada duit takpelah boleh jalan-jalan, dari guna duit tu buat jalan-jalan baik buat sedekah, etc. Don't!!!! Shut up and move!


Jadi jangan pandang enteng orang suka travel. Travellah jauh dekat pun, asal lebih dua marhalah, memerlukan kita solat Jamak, then kita dah bermusafirlah tu. Aku suka part paling best dalam travel boleh doa, doa orang musafir ni memang power, what I feel, what I get. Memang masa musafir ni nak shot banyak-banyak doa, bacalah time tu. Niatlah musafir kerana Allah, banyak Allah kasi pelajaran, pengajaran dan paling istimewa sekali Allah kasi hadiah yang tak pernah kita bayang sepanjang musafir. 


Bila kita keluar dari zon selesa kita, minda kita akan lebih terbuka, bersyukur, dan banyak lagi rasa yang Allah kurnia, rasa macam wow, macam ni ka, laa gitu ke, macam-macam lagilah. Aku tak tahu kenapa orang kata Malaysia kos bercuti tinggi mahal, yes for certain place memang mahallah,tengok tempat, timing kita pergi, tapi bagi aku ni, Ya Allah banyak lagi tempat kat Malaysia ni aku tak sampai lagi, banyak ceruk-ceruk kampung, daerah aku belum sampai dan tengok, rasa lagi. Hargailah tempat tinggal, daerah negeri yang kita tinggal, explore lah ketika masih ada kesempatan ni, sebab kita takkan tahu apa yang menunggu kat depan-depan nanti, ada peluang hargai. Jangan nampak negara luar aje best, Malaysia pun best, as long as you appreciate pasti Allah kasi jalan explore Malaysia biarlah orang kata 'mahal po bedil' pun.


Ramai pelancong luar kata Malaysia syurga dunia, mana tak syurga dunia weh, pelbagai kaum, agama harmoni duduk elok-elok, itu pasal ramai juga yang envy dan cuba pecah belahkan apa yang kita semua nikmati hari ni. Ingat ye, 'mereka' takkan sesekali aman apabila orang Islam meneraju, memimpin, 'depa' tak suka keharmonian macam ni, buat depa panas bontot, depa takut makin ramai celik dan cuba memahami 'islam'. Itu yang paling mereka takut sebab di akhir zaman itulah yang dah tertulis. Kita ni sedang melalui jalan-jalan ke arah itu, dimana Islam akan menjadi asing dulu sebelum dimenangkan oleh Allah. Dan itu semua menuntut Iman dan ketaqwaan kita sebagai umat islam. Sumud Flotilla ni salah satu pencetus, so kat sini kita dah boleh nampak siapa dan bagaimana mereka yang menjadi antara orang-orang yang mempersoalkan perjuangan para global humanity. Bacalah tafsir Surah Ali Imran, Allah dah bagitahu secara jelas dan senang faham bagaimana 'peel' mereka ni. Buatlah ikut cara kita masing-masing, jangan dok question orang punya effort untuk support Palestin ni, ada yang buat belakang tabir, ada buat senyap-senyap, pelbagai cara, tak post bukan tanda tak support,kita semua ada cara masing-masing untuk perjuangkan, just remind each other, jangan question orang buat, question apa kita dah buat.


So jom gerak, pray for Palestin always!

September

9.22.2025

Ada yang rindu aiiolls, ee perasannya kan? Ya Allah tahu-tahu dah hampir penghujung bulan September,seriously jadual ku padat, lebih pada CEO gayanya, padahal kerja oil and gas kat dapur aje,hahaha. Alhamdulillah hari ni baru dikurnia kelapangan nak menaip. Tak tahu nak habaq yang mana satu, bertimbun-timbun cerita dalam kepala otak daku ni, korang doakan daku meh, diberikan ilham, dikurniakan kemudahan dan kelapangan nak menitip apa yang ku nak tulis. Ya, dalam hidup memang kita perlukan doa-doa orang lain juga untuk kita, bukan asbab doa sendiri tak makbul dan mustajab, tapi itulah Sunnah Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w. Sombonglah kita kalau tak nak buat apa yang Nabi buat, dalam Sunnah ada berberkatan dan kemudahan, satu kerugian dah kat situ.


Tinggal beberapa bulan lagi nak habis dah bulan dua belas,tahu-tahu dah bertukar tahun pula. Azam daku nak turun berat badan satu angka pun tak berdegihhh (tak bergerak-gerak turun) lagi uiii, tingtong mikirnya, tapi takpe ku tak putus asa, sebegini pedih dan seksa ye emosi orang yang nak jaga berat badan ni rupanya ekk. Nak turun tak mudah, dah turun lagilah tak mudah untuk istiqamah, bukan takat bab tu je, samatelah dengan bab jaga aurat once decide nak tutup aurat betul-betul, jalan istiqamah itulah yang banyak menguji, dugaan kiri kanan datang. Tapi itulah, jika harapkan kekuatan sendiri dalam semua hal tentu tak dapat tidak, memang kita akan mudah berputus asa, tapi bila kita doa dan minta pertolongan dari Allah pasti ada jalan, dan kemudahan sepanjang apa yang kita niatkan Allah permudahkan, tolong kita.


Cuti sekolah baru-baru ni alhamdulillah sempat menghabiskan masa dengan anakanda juga mak ayah dan adik beradik. Peluang nak berkumpul bersama ni tak mudah melainkan aturan dari Allah belaka nak mempertemukan kami dan meluangkan masa bersama-sama setelah sekian lama masing-masing sibuk menguruskan urusan kehidupan keluarga masing-masing. Jem melekat belaka asbab cuti bersambung-sambung dengan cuti sekolah, yang penting ku happy sangat scroll medsos tengok ramai yang buat family day, family trip sempena cuti sekolah. Yang tak dapat buat macam tu, hanya stay rumah, buat rutin biasa, atau melepak je kat rumah, pun jangan sedih, itulah cara kita mendapat kebahagiaan masing-masing, hati kita terjaga. Macam daku pun memang peel time cuti sekolah orang keluar berjalan, daku dah pulun buat sebelum orang start cuti lagi. Once orang dah balik ke sarang masing-masing, baru kami ambil peluang keluar, kihkih. Lawan arus gitu, jadi takde bersesak-sesak, still boleh tolerate dengan keramaian bila cuti dah hampir berakhir.



Tiga bulan sebelum berakhirnya 2025 ku ingat nak tulis cerita semua trip, staycation yang daku buat, tapi entah sempat ke tidak, korang doakan ye, tengok timeline masa macam takdan, tapi who knows kan asbab doa orang yang tak dikenali, ku dapat selesaikan semua cerita yang ku nak ceritakan, until then. Daaa.

Tulis list siap-siap,



Xoxo,
Macam nak masuk exam,hehe

Berjalan Pantas

8.28.2025

Baru perasan bulan ni ku tak sempat jenguk blog sendiri, punyalah sibuk tak tahu buat apa, sedar-sedar dah nak penghujung bulan lapan,huwaa. Rasa macam???entahlah tak sempat buat apa sehari hari, pantas masa berlalu pergi. Tapi bab topik viral, hot ku follow, ku banyak melekat kat threads, berhantu layan cerita seram. Asal keluar topik ghibah situ sini ku klik not interested and some of person yang mind-blowing ku dah block melainkan orang bercakap pasalnya, timbullah, other than that memang click ja apa yang patut. Topik ku follow resepi, travel, berkebun, fitness, umrah, dan cerita cerita comel macam baby garang yang boleh bikin baby fever. Haritu ku baca gaduh-gaduh pasal kopi, terkebetulan scroll baca orang bergaduh pasal berjalan pantas a.k.a briskwalk pulak. 




Lepas tu bergaduh riak pasal haji umrah. Orang Malaysia ni tak pernah berhenti buat hiburan eh, ada yang dah macam mereng dah. Paling kelakar yang someone dodoi anak tu, berdekahh ku baca komen,aduhaii. So back to topic berjalan pantas ni,ku baru ingat masa kat asrama dulu, memang berjalan pesen ni lah yang daku buat. Menonong, laju je jalan, memang tak tunggu orang,ku paling malas bab tunggu orang, sebab tu masa sambung belajar terbawak-bawak peel berjalan pantas tak pasal jadi someone yang banyak lone ranger bila kemana-mana. Yang buang masa, buat ku tertunggu, memang bye-bye. Yelah nak kejar rutin jadual harian, dari bangun subuh, sampai ke malam kekdahnya bab berjalan pantas kebanyakan yang daku buat.




Mana tak rushing, makan ada timing sekian sekian, nak berjalan masuk kelas ambil masa sekian sekian, waktu solat sekian sekian, semua kena plan kalau tak lari timing, semua jadi kelam kabut. Yang ku ingat kami jalan berlenggang bila petang-petang,hujung minggu. Kalau sekali ingat tak bestnya momen bab rutin tu, tapi moment tu lah yang dirindui sebab rutin tu jugaklah jadi dapat berkumpul berkawan, moment tu lah yang membentuk karakter hari ini, disiplin dan konsisten ni memang penting nak jadi habit. Tapi pelik jugak setting habit masa asramakan?Asal balik rumah ku revenge bantai tidur sampai tengahari, bermalasan,baca komik, hilang habis yang rutin tu eh, macam pulse  sekejap, macam sekaranglah, ada juga moment sebegitu.



Bila kahwin, masa kat rumah sendiri,memang daku ada rutin tertentu yang memang kena buat setiap hari, tapi bila balik rumah mak, sudah, terus jadi anak yang bermalas-malasan, tapi takde whole time buat cemtu, biasa kalau balik 3 hari adalah sehari daku buat cemtu, rasa released sangat, dapat rest sekejap. Bab jalan pantas tak tinggal ye bila kat rumah mak atau kat mana-mana, dah jadi macam habit, jalan macam nak kejar orang cemtu. Rumah mak ayah rumah lantai papan belah atas, bawah sepenuhnya rumah batu, jadi kalau orang berjalan lajukat tingkat atas, berlari memang bisinglah gebumm!gebumm! kuat bunyi papan lantai kena hentak kaki. Masa anak-anak daku kecik kan, memang dengar anak teriak sikit terus laju berlari anak, masa berpantang bersalin pun kadang lupa tengah pantang,kena bebel kat mak sebab jalan macam nak berlari. 



Pasal bab berjalan pantas ni, bila anak dah besar semua, daku banyak chill, relax, santai, jadi pemalas betul nak berjalan. Kadang tengok step counting habis tinggi 500step ke 1000 step aje, sedih betul! punya malas nak berjalan, sampai lutut daku dah tak boleh tolerate dengan berat badan yang ditampung. So bila start nak rajinkan diri berjalan balik, sebab mula risau, the hardest part in two weeks. Dalam otak ni macam tengah bergaduh nak buat, tak nak buat. Ada hari buat, ada hari kalah. Bila buat mula sakit kaki, sakit betis, ku give up. 



Ku dok fikir perjuangan orang nak kurangkan berat badan sangat sukar dan perit ye, dahlah makan kena catu, jaga, lepas tu kena disiplin fizikal, struggle sangat. Daku ni kadang-kadang annoying dan tak suka peel sendiri sebab banyak kalah dalam di medan sendiri. Apatah lagi nak follow pace itu ini,asal boleh start berjalan sekejap dan berpeluh dah macam satu rahmat yang besar sangat. Korang yang konsisten berjalan pantas ni memang ku salute sangat, tak mudah ye nak stick with that routine, tapi memang boleh cuma kena banyak paksa diri lah ekk.



Ku just nak throwback kemana hilang skill daku berjalan pantas ni?Sejak bila? Fikir punya fikir, ye selepas cerai susu Hana, dia punya effect tu tak tahulah hormon ke apa, tapi ku mula bermalasan sebab takde reason nak huru hara berjalan pantas time masak anak merengek nak susu, time mandi anak teriak, time jemur kain berlari masuk rumah bila bunyi hok hek hok hek anak nak start nangis, semua melibatkan stamina berjalan pantas,beza pace aje. Since semua gone, memang betul bebas dari menjadi susu cap gantung ni,ku banyak mode malas, rasa macam dah terlepas satu bebanan yang amat berat dan ku ambik pendekatan nak santai santai ja, nohh dia punya santai-santai bukan main-main noh, in pakej terus semua mendadak naik, yang penting bukan takat jadi pinguin berjalan dah, dia pakej jadi mak nenek terus. 



So bila orang start bergaduh briskwalk ataupun sebutan lainnya 'berjalan pantas', baru ku dok mikir apa benda depa bergaduh-gaduh ni, pace itulah pace inilah, langsung tak connect apa ke halnya dengan pace ni. Terang dan baca lah banyak kali ku macam blurr, yang ku faham briskwalk ni pasal berjalan pantas aje. Apapun jalanlah macam mana gaya sekalipun asalkan bergerak aktif setiap hari,mohlerr kita active mode kurangkan peratusan obesity yang dah kritikal kat negara kita ni, daku Salah sorang termasuk dalam peratusan tu,kihkih, mana maunya tak sentap kalau orang mengata itu ini tak kena,yihhh serba tak kena ekk. 


Xoxo
Lutut gigil