Korang perasan tak ada satu waktu yang sangat takde kata yang sesuai untuk menggambarkan keadaan tu, waktu sebelum dan selepas subuh, Dan waktu antara asar ke maghrib. Aku tak tahu orang pernah alami tak keadaan ni, tapi waktu yang paling banyak aku rasa, aku suka perasaan pada waktu, rasa suasana tu terus rasa ke lubuk hati, perhati dan rasa. Banyak kali jadi antara waktu asar ke maghrib tu kan, angin sepoi-sepoi,lepas tu cahaya matahari sedang-sedang sebab dah nak terbenam, tapi rasa waktu tu sangat nyaman, damai sangat, rasa tenang, rasa Sejuk mata memandang sampai ke hati.
Aku tiap kali berkebun time tu, memang rasa tak nak stop tangan buat kerja, rasa nak tunggu sampai orang Azan maghrib tapi sampai tua lani aku masih ingat pesanan orang tua, dah nak maghrib masuk rumah, tutup semua tingkap Dan pintu rumah sebab time tu Syaitan bertebaran, it's time transition, dari siang ke malam, tapi honestly waktu tulah pemandangan cantik tak terkata, rasa nak duduk dalam scene tu lama-lama sebab best. Betul tak? Aku suka tengok sunrise dan sunset, memang selalu pi jenguk Instagram muazbella tu sebab view dia shoot, Subhanallah cantik tak terkata.
Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Tapi, haa ada tapinya, mustajabnya doa ketika waktu tu. Waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib terutamanya hari jumaat. Sebagaimana ditegaskan Rasulullah: “Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)
Korang trylah praktik doa waktu ni, doa ni tak tunggu kita angkat tangan, detikan dalam hati pun Allah tahu, jadi jangan sia-siakan waktu berdoa yang mustajab. Kita ni memang dengan doa je nak sampaikan, nak komunikasi dengan Allah, dengan doa persoalan terjawab, dengan doa ujian dikurnia jalan keluar dan banyak lagi manfaat berdoa. Doa bila-bila masa yang korang boleh buat, terfikir, terlintas. Aku ni kan sepanjang anak-anak kecik dulu, memang masa laki pergi kerja, letih, penat, nak bebel tak larat, nak marah takde tenaga dah, memang ada aku lelah, sampai kan mampu terlintas je doa dalam hati aku, contoh anak nangis, merentan tak tahu dia nak apa, kita buat semua tak kena, even dah penuhi apa yang dia nak, tetap tak mampu di diamkan tangisan tu, aku nangis juga, tapi dalam hati 'ya Allah, aku ni mak kepada anak aku, aku tak tahu, tak faham apa anak aku nak, aku tak tahu pun nak pujuk anak aku macam mana ya Allah, aku dah buntu, aku dah penat, tapi tangisan anak aku buat aku makin lelah, kau pujuklah anak aku, aku tak mampu', memang lepas tu anak aku okey, diam tangis dan main macam biasa. Tu contoh yang antara aku pernah buat and still practice sampai sekarang. Kita ni memang kena bergantung kat Allah 100%, jangan ada rasa sedikit pun rasa bergantung kat makhluk lain, apatah lagi diri sendiri.
Korang kalau dah buntu, bengong, rasa takdak jalan dah, doa lah banyak-banyak, kena yakin Allah dengar apa yang kita keluh kesahkan, satu je kena buang segala apa yang kita bergantung dalam hati, serah 100 peratus harapan, jiwa hati kita kat DIA, insyallah Allah pasti bagi jalan, Allah pasti menjawab, Allah pasti tuntun kita. Taip masa mai feeling ni tengah berkebun, berkebun pun sempat lagi pegang phone, eh mesti, pokok aku tu ada album dia sendiri, wakakka. Praktik nahhh.
Self reminder too
Top Social