Bergerak

10.09.2025

Post umrah syndrome is real eh, rasa tak boleh move on, sikit-sikit keluar air mata, tak boleh jadi ni,so hari ni ku kuatkan jari jemari saja bagi emotional distraction sikit kat diri sendiri. Ku baca kat threads memang kebanyakannya yang pergi umrah tu macam tu lah, rasa macam baru semalam aje, padahal,sobbss. Memang ubatnya kena buat tabungan dan pergi lagi, even ada wang pun tak menjamin akan sampai, tapi tetaplah berdoa Allah jemput kita jadi tetamu-NYA nanti, amin.yra.


So break the silence of Palestine ni memang menyayat hati, ramai rupanya orang Islam bermuka-muka eh, after case global sumud Flotilla ramai tunjuk muka sebenar masing-masing. Allah. Apapun yang masih belum boikot, boikot apa yang kita mampu, buat sehabis daya kita, jadilah seperti burung pipit yang berulangkali mengambil air yang menitiskan air itu diatas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s., kecil usahanya namun Allah lihat usaha-usaha kita. Asbab gerakan mereka jugaklah dunia mula bangkit bersuara. Ni kalau takde depa tak bergerak, agaknya senyap terus berita Palestin. Kita jangan dok bangga sangat keharmonian kedamaian kita kecapi sekarang, jangan sombong, sekali Allah nak uji, memang satu malam pun semuanya boleh berubah. Sesiapa pun Allah boleh uji. Jangan sombong tu ja pesanan berkali-kali, kerana sifat sombong itu hanya sifatnya Syaitan.



Orang kata kalau travel memang kena banyak jalan kaki, jalan kaki ni the way terapi as human, sebab kita ni sebenarnya memang kerja kita bergerak, even kita tengah tidur pun Allah bolak balikkan tubuh badan kita supaya bergerak, kalau malas bergerak sangat tu hati-hatilah. Travel memang perlukan pergerakan banyak, tak kira pi camping ke, pi berjalan-jalan kat bandar Metropolis pun kita still bergerak ke sana sini. Travel menuntut kita keluar dari zon selesa kita, tinggalkan katil empuk kita, tinggal sofa best kita, tinggalkan dapur kita yang best, tinggalkan pakaian-pakaian cantik kita dalam almari, asbab travel kita kena pilih the most effective and the most useful clothes and thing. Bergerak supaya kita jangan jadi salah seorang yang suka melaung-laung, "ada duit takpelah boleh jalan-jalan, dari guna duit tu buat jalan-jalan baik buat sedekah, etc. Don't!!!! Shut up and move!


Jadi jangan pandang enteng orang suka travel. Travellah jauh dekat pun, asal lebih dua marhalah, memerlukan kita solat Jamak, then kita dah bermusafirlah tu. Aku suka part paling best dalam travel boleh doa, doa orang musafir ni memang power, what I feel, what I get. Memang masa musafir ni nak shot banyak-banyak doa, bacalah time tu. Niatlah musafir kerana Allah, banyak Allah kasi pelajaran, pengajaran dan paling istimewa sekali Allah kasi hadiah yang tak pernah kita bayang sepanjang musafir. 


Bila kita keluar dari zon selesa kita, minda kita akan lebih terbuka, bersyukur, dan banyak lagi rasa yang Allah kurnia, rasa macam wow, macam ni ka, laa gitu ke, macam-macam lagilah. Aku tak tahu kenapa orang kata Malaysia kos bercuti tinggi mahal, yes for certain place memang mahallah,tengok tempat, timing kita pergi, tapi bagi aku ni, Ya Allah banyak lagi tempat kat Malaysia ni aku tak sampai lagi, banyak ceruk-ceruk kampung, daerah aku belum sampai dan tengok, rasa lagi. Hargailah tempat tinggal, daerah negeri yang kita tinggal, explore lah ketika masih ada kesempatan ni, sebab kita takkan tahu apa yang menunggu kat depan-depan nanti, ada peluang hargai. Jangan nampak negara luar aje best, Malaysia pun best, as long as you appreciate pasti Allah kasi jalan explore Malaysia biarlah orang kata 'mahal po bedil' pun.


Ramai pelancong luar kata Malaysia syurga dunia, mana tak syurga dunia weh, pelbagai kaum, agama harmoni duduk elok-elok, itu pasal ramai juga yang envy dan cuba pecah belahkan apa yang kita semua nikmati hari ni. Ingat ye, 'mereka' takkan sesekali aman apabila orang Islam meneraju, memimpin, 'depa' tak suka keharmonian macam ni, buat depa panas bontot, depa takut makin ramai celik dan cuba memahami 'islam'. Itu yang paling mereka takut sebab di akhir zaman itulah yang dah tertulis. Kita ni sedang melalui jalan-jalan ke arah itu, dimana Islam akan menjadi asing dulu sebelum dimenangkan oleh Allah. Dan itu semua menuntut Iman dan ketaqwaan kita sebagai umat islam. Sumud Flotilla ni salah satu pencetus, so kat sini kita dah boleh nampak siapa dan bagaimana mereka yang menjadi antara orang-orang yang mempersoalkan perjuangan para global humanity. Bacalah tafsir Surah Ali Imran, Allah dah bagitahu secara jelas dan senang faham bagaimana 'peel' mereka ni. Buatlah ikut cara kita masing-masing, jangan dok question orang punya effort untuk support Palestin ni, ada yang buat belakang tabir, ada buat senyap-senyap, pelbagai cara, tak post bukan tanda tak support,kita semua ada cara masing-masing untuk perjuangkan, just remind each other, jangan question orang buat, question apa kita dah buat.


So jom gerak, pray for Palestin always!