Sempena cuti minggu biasalah kitaorang anak-beranak mengisi masa dengan keluar dari rumah menuju ketempat-tempat yang boleh menghiburkan anakanda. Sempena birthday treat jugak kononnya,hahah so kitaorang anak beranak menjejakkan kaki melawat sekitar istana lama. Pusing-pusing sekitar dalam istana dan menyelami rutin dan kehidupan raja.
Memandangkan Istana Jalan Duta adalah Istana rasmi Agung tinggal, maka Istana lama dijadikan muzium diraja supaya rakyat jelata boleh menatap dan melihat dengan sendiri bagaimana suasana istana. Kitaorang sampai tu dah hampir tengahari, terus je ke gate istana dan ambil ticket masuk, kalau tak silap tiket masuk dalam RM13/dewasa dan RM8/5 untuk kanak-kanak...nak berjalan menapak sendiri dari gate ke istana memang jauhla sikit, memandangkan malas nak menapak kitaorang naik tram sampailah depan pintu istana.
Syarat masuk dalam istana ne tak boleh ambil gambar ok..takyah fikir nak curi-curi ambil gambar memang CCTV penuh keliling dinding...hihi..so masuk tu pun kitaorang dah terkagum bukan main, dengan lantai marmar dan segala hiasan mewah..apapun kat dalam istana ne memang banyak section, selain basic section seperti dapur,tempat makan, bilik tidur,bilik mandi, bilik tetamu, bilik mesyuarat, bilik kerja dan banyak lagilah..memang besar betullah nama lagi istana..ruang bilik mandi pun dah sebesar dua rumah teres 20×70, apatah lagi bilik-bilik lain.
Bak kata pakcik makcik yang datang berdua jalan depan kitaorang, ne kalau mati hidup balik tak dapat rumah macam ne...hihi,don't worry ye makcik pakcik kat syurga Allah everything tak mustahil malah lebih lagi yang kat dunia ne...he he.
Bak kata pakcik makcik yang datang berdua jalan depan kitaorang, ne kalau mati hidup balik tak dapat rumah macam ne...hihi,don't worry ye makcik pakcik kat syurga Allah everything tak mustahil malah lebih lagi yang kat dunia ne...he he.
So anak-anak suka lah datang sini,selain tengok suasana yang berbeza, boleh tambah diorang punya pengalaman berbeza datang muzium..ne kalau niat nak datang berdua saja-saja memang taklah, kes nak hiburkan anak punya pasal,semua muzium,kolam, taman mesti sampai..alahai dah jadi Mak pak camtu lah kan, tempat yang tak pernah sampai confirm sampai sebab nak bawa anak-anak, yang dah lama tak mandi kolam, tak pasal mandi kolam teman anak ,yang dah lama tak kayuh basikal tetiba rajin mengayuh..kan? siapa macam tu kita geng lah,hahah...ok daaa
Peristiwa anak cirit birit,muntah berterusan, selsema, batuk dan demam tak kebah by pakej memang menakutkan. Dan pengalaman tu akan menjadi ingatan dan kenangan kami suami isteri sebab tu first time pengalaman kami bila anak tak sihat by pakej macam tu. Sebelum ni Ahmad harraz tak pernah sampai tahap tu,paling lama 2 hari..namun Allah nak uji kan, yg penting alhamdulillah semua selamat.
Bermula dari batuk dan selsema, Ahmad harraz mula buat berak dan muntah yang berterusan, susu xnak minum makan memang lagilah awal-awal dah tolak, bila dah macam tu kami bawa pergi Klinik disebabkan Ahmad harraz spesis payah makan ubat, makanya pakej tersebut makin melarat sehinggakan suhu badan meningkat mendadak disebabkan badan dah dehydrate, air xnak minum so masuk hari ke-5 selepas kesan ubat kat Klinik takde progress kitaorang decide nak bawa ke hospital dan kitaorang expect memang kena tahan wad kena masuk air ke ape kan,so memang dah standby bawak segala kelengkapan if kena stay kat wad.
So dalam pukul 12.30tengah malam kitaorang tergesa-gesa keluar dari rumah menuju ke hospital putrajaya disebabkan Ahmad harraz panas tetiba kalau ikutkan siangnya dah kebah dan muntah pun berkurang cuma he really weak and no energy..memang menyedihkan kalau ingat, so terus sampai kat kecemasan dalam pukul 1pagi lebih camtu terus daftar dan menunggu rawatan awal dalam sejam lebih alhamdulillah terus masuk dalam bilik rawatan, kena masuk ubat ikut punggung then tunggu jumpa doktor dalam 2 jam menunggu, akhirnya dapat jumpa doktor. Walaupun terlalu ramai pesakit Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah Ahmad harraz tak kena admit wad, about 5.30pagi semua selesai..cumanya kitaorang lakibini memang kena paksa Ahmad harraz makan ubat,kalau tak suap dia muntahkan balik. Syukur hari kedua selepas pergi wad kecemasan putrajaya, lepas paksa ontime makan ubat Ahmad harraz nampak lebih semakin sihat walaupun still lemah, yelah about one week jugak muntah dan berak.
Nak dijadikan cerita dan ujian buat kami, selepas hari kedua Ahmad harraz dah nampak proses recovery, disebabkan kami pun dah keletihan sebab tak cukup tidur, pencuri masuk rumah pun kami tak sedar, ditambah elemen pukau. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat cumanya semua dokumen penting dalam beg hilang, sebab semua my beg dan beg suami kena rembat..even though masih teringat-teringat peristiwa tu alhamdulillah yang penting nyawa dan keselamatan kami sekeluarga selamat. Insyallah segala ujian ada hikmahnya..redha dan positif atas segala dugaan insyaallah ada ganjaran terbaik Allah bagi...k daaa
Ditulis pada 28 disember 2015
10.45am
10.45am
Aktiviti hujung minggu mesti keluar dari rumah, tapi bukanlah every weekend kitaorang keluar, adalah about one month kitaorang selang seli lepak rumah, bersihkan rumah...hihi, plan mengejut tu dah biasa, so memenuhi waktu hujung minggu kitaorang ke air terjun sg.kemensah belakang zoo negara. Memang ramai yang tak tahu lokasi perkelahan yang kaya dengan khazanah alam ne termasuk kitaorang, lagi2 plak nak yang bajet je...hahah, so bawak bekal tu memang wajib so siap-siapkan bekal pagi tu terus kitaorang turun so takdelah lewat sangat sampai. Ikutkan kat sana memang banyak chalet dan wakaf-wakaf yang dibuat orang kampung untuk aktiviti camping, berkelah dan mandi-manda dan semuanya dalam bajet murah if nak duduk lepak seharian.
Disebabkan kitaorang dah google dan pilih yang mana tempat sesuai untuk anak-anak main dan lepak seharian hingga ke petang, so warisan rimba chalet menjadi pilihan, sampai tu memang dah ramai tapi sempatlah kitaorang amik satu bilik untuk senang lepak-lepak, makan baring sementara nak habiskan satu hari tu...heheh. Dapatlah dalam RM30 kalau tak silap untuk seharian tanpa bermalam. Apa yang best kat sini tuan tanah buat kolam dimana pengunjung ada pilihan nk mandi jeram atau kolam. Kolam tu pun sumber air dari bukit jugak..so memang anak-anak main kolam sepuas hati separuh hari sampai tak ingat makan minum..naik dari kolam pun kes dah lapar sangat...pastu sambung mandi air jeram sekejap then mandi kolam balik sebelum naik bersihkan diri...
punyalah bersungguh aktiviti mandi sedar-sedar dah petang, so kitaorang bersiap-siap nak balik, sedang je on the way keluar dari hutan lipur kemensah, hujan mula turun...alhamdulillah cantik je aturan, anak-anak asal kereta dah gerak memang tertidur keletihan..hihi, so yang nak bercuti dengan alam sekitar tempat ne recommended lagi2 kalau nak berBBQ ramai2..
Ditulis 28 disember 2015
11.30am
First time kitaorang datang ke memorial Run Abdul Razak ne...rumah asal Ayahanda bonda PM kita sekarang...hihiuuu, tak ramai sangat pengunjung even hujung minggu. Kitaorang biasalah, lagi suka tempat tak bersesak-sesak ne,jalan pun senang hati...hihi,anak-anak lagilah berlari sana sini macam rumah sendiri. Untungnya dilahirkan atas dulang emas ne, tak payah bersusah nak hidup...kennn?kikiki..
Apapun me dan husband suka konsep rumah ne sebab terbuka dan lapang,angin sepoi-sepoi masuk dalam rumah, everything nampak best bila konsep rumah open camne...hihi, tapi zaman sekarang nak buat rumah camtu memang taklah rumah yang tertutup tirai besi pun orang boleh umpil apatah lagi yang konsep terbuka ne...macam mempersilakan masuk si penjenayah adalah...melainkan ada pak guard orang suruhan keliling pinggang...hihi
Memorial Tun Abdul Razak menggambarkan kehidupan family yang harmoni, bebas, tengok bahagian dapur, bilik tidur dan ruang-ruang lain memang mengujakan terfikir memang best tinggal kat rumah macam ne,taman kat tengah-tengah rumah, petang-petang lepak sefamily diruang terbuka sambil bagi ayam-ayam peliharaan makan...hihi. Korang datanglah jenguk tempat tinggal PM kita membesar, masuk pun free je,just daftar nama terus boleh melawat kawasan sekitar, datang sini mesti terus berangan-angan tentang rumah idaman. Sekarang mampu berangan jelah...hihii,ok daa
Sampai pun dah sekitar pukul 5petang camtu lepas singgah makan, dan pusing sekitar cherating. Bila masuk ke kawasan chalet-chalet cherating sememangnya banyak pilihan, namun disebabkan cuti bersambung kebanyakan chalet-chalet murah/bajet dah penuh...so kitaorang mencuba tanya satu-satu chalet lagi-lagi yang berhadapan pantai, nama lagi tujuan anak nak main kat pantai tentu-tentulah kriteria yang dekat pantai tu penting melainkan dah takde yang kosong terpaksa kitaorang fikir untuk bermalam area bandar saja. Tu kira last choicela..
So tanya punya tanya tinggal bilik kosong di Tanjung Inn Chalet je available, dan kalau ikutkan ada je bilik yang lebih murah, tapi disebabkan kena menapak jauh sikit kalau nak ke pantai, terus je suami ambil bilik yang baru siap dan betul-betul tepi pantai. So harganya little bit pricey for me..dalam RM230/night, berbanding chalet yang jauh dari pantai tu hanya RM130-RM180/night. Apapun ikut jelah..lagipun chalet ne dekat sikit dengan kedai makan, kena menapak keluar kira oklah yang penting tak payah start enjin kereta dah malam tu. Masakan pun sedap, cuma tak banyak kedai makan yang buka so tak banyak pilihan. Lepas balik makan, apalagi kitaorang laki bini lepak kat depan bilik, tengok bintang, sambil dengar deruan air pantai...ahh,romantiklah plak feeling sekali sekala kan...
Esoknya pagi-pagi lagi anakanda bangun awal beli sarapan pagi dengan suami, siap-siap makan terus terjah pantai..hihi, memang diorang ne sejak dah pandai main pasir dan mandi pantai memang tak keruanla tengok air pantai...main pasir berjam-jam pun tak mengapa, lagi pula air pantai kat sini cetek memang seronokla diorang berdua mandi... So aktiviti mandi main pasir dari pukul 8pagi sampai pukul 11, punyalah bersungguh anakandaku main, then siap-siap bersihkan diri, packing barang kitaorang checkout...lepas check-out sempatlah kitaorang pusing-pusing sehingga sempadan kemaman hinggalah ke pantai Teluk Mak Nik.
Nak dijadikan cerita kitaorang first time sampai sini,kebetulan pulak tengok warung satar yang dipenuhi orang, sampai beratur panjang, penuh kereta parking, so kitaorang lakibini memang agak-agak ini mesti tempat satar tersedap kot sampai camtu sekali orang ramai, suami turun tanya rupanya satar pun lambat lagi siap sebab yang dah banyak-banyak yang dah bakar pun orang booking, kalau tak silap Warung Satar Aziz. Memandangkan takde rezeki nak try kitaorang just teruskan perjalanan untuk balik dan on the way gerak tu lepas je pintu gerbang sempadan kemaman kitaorang tengok ada gerai-gerai banyak termasuk gerai yang jual satar..alang-alang ada tu kitaorang try je beli, dan alhamdulillah memang sedap sangat satar kat gerai tu, so takdelah rasa terkilan tak sempat makan satar kat Warung Satar Aziz...kikiki, rezeki jugak kan..daaa
Subscribe to:
Posts (Atom)









Top Social