Hahaha, baru je aku mengingatkan medsos ni memang fake betul kalau yang beria-ria tunjuk relationship, bukan tak bagus, pandangan ain tu dah satu hal, it's about your potray version yang banyak delulu. Kesian pula kena bersusah setiap masa dan saat fikir apa nak buat kes nak validation orang. Aku kalau scroll jumpa jantan mulut manis ni, memang fake betul nengoknya, rasa cringe tu takleh nak describe. Tambah lagi yang kenmain buat content kalau laki patut jadi provider, tapi tuan content single sampai sudah, ni orang kata sembang kencang, buat dulu, baru sembang, baru boleh match realiti dan delulu. Perempuan pulak tak semenggah komen, ni laki idaman aku, wehh ya Allah sabor jelah aku. Lani timbul pulak spesis jantan tak boleh kalau partner tanya, dah solat? Terus setan iblis keluar dari tubuh badan, mengamuk tak boleh terima soalan sesimple cemtu?. Gila betullah dunia sekarang, nak cari yang faham agama dah satu hal, dia pandu agama ikut selera tekak dia sendiri, asal menyebelahi dia, dia zikir tak habis, tapi tang tanggungjawab buat-buat tak reti,yihhh.
Tak payah jaga tepi kain orang la kak eh! Ahh ye, jangan esok-esok nak masuk kubur ko menyusahkan orang pulak, hidup ni memang berkisar tentang masyarakat sekeliling, sebab kita sentiasa bergerak,kita akan jumpa orang, karang duduk dalam dalam gua, orang tuduh baru keluar gua ke? Aahhh gitu. Nak jumpa lelaki bersikap pemimpin dan qawwam zaman lani memang payah, lelaki ramai tapi haukk, yang perempuan kalau dah pemimpinnya hauk, of course sedikit sebanyak terpimpin cara lakinya yang haukk. Dua kali lima, biasa akan jumpa sekufu, kalau tak sekufu Allah uji pulak jumpa yang bertentangan 360 darjah dari baik gila vs jahat gila. Dunia dunia!Penuh ujian ek. Kadang too much question kenapa begitu, begini. Itulah fikir ujian sendiri tak habis-habis, lagikan pula nak fikir ujian orang. Aishh. Mampu doa jelah moga semua baik-baik saja nah, tentu Allah nak angkat darjat, tentu Allah nak bagi yang lebih baik, hikmah tu pasti ada. Kita bab nasihat ni sedap je kan?kena batang hidung sendiri? dah terkenalah! tu yang boleh cakap cemtu ajenya. Sobs. Kita kena faham sampai mati kita 'orang luar' aje, jangan nak perasan sangat. Begitulah hidup ek.
Overwhelmed betul haku mengadap media sosial sehari dua ni, eloklah juga aku sentap kena tegur, apa yang kita tengok, itulah yang masuk dalam otak. Aah betullah tu,hari-hari mengadap benda buruk-buruk ni, tak pasal setting otak tune jadi negative thinking, vibes busuk. Terus mode off sekejap, mai mengadap blog sambil merentan sendiri,wakakka. Entah apalah makanan yang dok makan sampaikan buruk sampai ke dalam hati perut tak kira laki orang, bini orang, anak orang, mak orang, mak mertua orang, duit zaman sekarang memang payah nak dapat, tapi kalau yang payah dan senang tu dapat bersulamkan benda haram,memang teruk kesannya. Aku tak ingat aku dengar cerita ni kat mana, ke Mutawif aku yang cerita ek, ada sorang lelaki ni kaya raya, business perkapalan import export, memang kaya pun dari asal, bila pandai manage dia tubuhkan syarikat sendiri, bermula segala perjalanan perniagaan, orang Islam ye, tapi dia kata tak tahu since bila,anak bini dia jadi tak macam sebelum ni, semua jadi buruk perangai, dia pergi jumpa sorang orang agama, then tanya pendapat. Dan jawapannya kemungkinan perniagaanya dah bercampur dengan perkara syubhah dan haram. Apa dia buat mind-blowing, dia give up semua harta dia, jual dan segala yang dia dapat dia sedekahkan. Then dia mula balik dari zero. Valid ke tak cerita ni tak tahu, tapi pengajarannya ada. Jangan buat main benda haram yang boleh jadi darah daging anak keturunan kita, sikit takpe biar berkah.
So jangan mudah sangat nak percaya kat media sosial ni termasuk akulah, memang media sosial dibuat untuk potray yang baik-baik aje, yang cantik, yang blink-blink, gemerlapan cahaya tu buat korang masuk dunia lain. Korang baca boleh, percaya tu jangan, yang baik amik peringatan,yang buruk jadikan sempadan. Kat media sosial ni semua orang boleh sembang, boleh tulis,taip apa yang dia nak even kat realitinya bertentangan, macam akulah,kalau cakap bab agama nih, bukan main ekk, padahal Al-Quran pun bukan sokmo pegang baca, fahamkan, kelas tadarus pun kadang je aku join bila sempat, baca buku pun sempat buka belek time nak tidur aje, tapi itulah namanya dakwah. Dakwah kat kat diri sendiri terutamanya sebab manusia macam aku ni mudah lupa, mudah tak bersyukur,iman naik turun, tapi takyah tengok apa kurangnya aku, tapi bila aku ingat aku catatkan supaya aku tak pernah lupa,aku pun ada buruknya, aku pun ada part yang tak disukai, aku ada part yang dibenci dan annoying. Dan itulah kita untuk saling ingat memperingati.
Nih baru kena tegur sikit, sentap nak mati rasanya. Bukan ayat tak elok pun, tapi rasa nak balas mulut tu macam peluru machine gun point yang selama simpan dalam dada, Allah. Tapi ku ingat, tajam lidah ni boleh mematikan hati, jadi aku doa Allah sabarkan, tutup mulut aku jangan balas. Buruknya peel aku. Okay dahlah makin lama mengadap,makin merapu pulak, nasib ada yang sudi tegur ekk, kalau tak dah tenggelam dalam lautan hitam yang ku tahu, pasti kita tak jumpa...semalam, itu semalam, hari ini aku hidup,dalam dunia yang aman.
Okay, daaa...
Siapa suka jadi kaya, pantang offer semua nak kan? Tapi kalau offer kat aku, aku tak nak, aku nak rasa cukup ja, rasa cukup kaya dengan apa yang ada. Alah, sembang, kalau dapat sejuta confirm amik jugak, eh mesti! Siapa tak nak orang kasi free kan? Tapi kaya yang dapat dari bukan usaha sediri biasa cepat habis, habis ke spending. Sebab bila takde usaha dari hasil yang kita dapat tu, kita tak hargai, aku takde pengalaman,cukup dengan perhati teliti je sekeliling aku, tak kira jauh dekat. Biasa yang kaya cemni memang dia tahu perabis aje, samalah yang jenis dapat harta warisan, tapi tak pernah manage harta yang bukan milik tu, sekali dapat jadi hak milik, terus dia perabis, sebab takde skill nak mengurus, taklah semua orang macam tu, kalau yang jenis berilmu,pandai mengurus 1juta tu jadi berjuta-juta. Alangkan yang sikit dia tak reti urus, lagikan yang banyak, sebab tu tak pelik orang kaya zaman dulu, wariskan tanah, habis tanah kena jual dek waris. Sebab depa tak rasa susah payah nak dapatkan hasil tu, betul tak? Moga aku tak termasuk dalam golongan tu lah,pasalnya memang tak dak harta warisan pun, yang ada usaha untuk cukupkan yang hari-hari aje, alhamdulillah, syukur nikmat, hehehe.
Dan ujian kaya ni memang tak mudah, memang kita orang Islam digalakkan untuk kaya, mencari kekayaan, tapi once kaya kebanyakannya lupa diri, ada rasa 'lebih' dah dari yang lain, sebenarnya tak nanti rasa 'lebih' dengan kekayaan harta, rasa 'lebih' yang lain pun, terus Allah uji. Kaya dengan ilmu, kaya dengan usaha, kaya dengan bakat, kaya dengan rupa, asal ada datang rasa 'lebih' kat dalam hati, Allah terus uji. Kaya Allah uji, miskin takde apa pun Allah uji, kalau rasa boleh hadap ujian kaya, kalau rasa tak mampu hadap jadi miskin, teruslah minta, jangan putus asa mintak jadi kaya. Takde salahnya. Cuma kalau minta kaya tu kena tahu tujuan untuk kaya tu? Betul ke dah kaya nanti akan buat apa yang nak dibuatkan tu? Masalahnya time yang takde kaya ni pun tak terbuat. Tak tunggu kaya, boleh solat jemaah kat masjid, tak tunggu kaya boleh sedekah hari-hari, tak tunggu kaya baru nak tolong orang, macam-macam lagilah. Ujian miskin ni biasanya mudah nak negatif thinking, mula compare hidup sifulan dengan diri sendiri, mula rasa nak salahkan takdir, tak mudah juga. Sebenarnya kita semua diuji dengan rasa 'syukur', seberapa banyak syukur kita hari-hari. Dapat celik mata, dapat bangun dari tempat tidur, dapat solat, dapat kerja, dapat makan dan sebagainya. Tapi itulah kita suka tengok in big picture, yang mikro ni terlupa nak disyukurkan, padahal dah kaya benau. Aku just doa di hari hujan lebat ni, antara waktu asar dan maghrib ni, Allah lunaskan segala hutang piutang aku, Allah cukupkan aku, Allah senang dan mudahkan urusan aku, Allah tenangkan jiwa dan hati aku dan merasa lazatnya dalam melakukan ibadah, Allah makbulkan cita-cita aku setelah tercapainya cita-cita utama aku, Amin yra. Tak tahu bila, selagi umur ada ni.
Sistem yang kita hadap, lalui, dan kita dah adapt pun nampaknya memang sedang membentuk satu fenomena entahlah...yang tahu dan nampak, akan tahulah kemana hujungnya nanti, yang pasti kita kebanyakannya dah terjerat dalam satu sistem, yang memaksa kita semua melalui kehidupan sehari-hari bertentangan dengan fitrah sebenar dah. Kita sedar atau tidak, akui atau tidak, sistem terus berjalan, kita suka tak suka kena lalui juga. Hutanglah sebenarnya menjerat kita semua hari ni. Terbaca, one person bertanya kalaulah duit dan kekayaan bukan halangan, apa kita nak buat? Sedih Dan happy juga baca pendapat, keinginan dan kehendak masing-masing.
Sebenarnya kan, akhir zaman ni,itulah ujiannya, ujian kita bergantung kat 'sesuatu' lebih dari bergantung kat Allah. Kita rasa duitlah selesaikan segala masalah, by logik akal, memang duit boleh selesaikan banyak masalah, tapi bila dah macam tu, kita tak sedar dah siapa yang menguruskan kehidupan kita yang memerlukan duit hari-hari ni. Kita dah letak duit paling atas dari segala-galanya tanpa sedar. Nak kata bertuhankan duit pun ye dan tidak, indenial version gitu untuk menghalalkan apa yang kita buat, cuma dalam sehari-hari kalau dah lelah sangat fikir pasal duit,tak tahu nak cari mana ambil wudhuk solat, minta jalan, takpun istighfar sebanyaknya yang boleh, buatlah, tak buat tahu impaknya macam mana, yang buat pasti akan merasa. aku share yang aku buat aje, kihkih. Rasa tak nampak lagi kat mana perlu syukur tu,buatlah nota, tulis dalam buku supaya otak kita tak tertipu daya dengan apa yang hari-hari dihidangkan kat media sosial nah. Ingat pandangan mata memang menipuu.
Terbaca satu komen aku dah lupa kat post Instagram ka threads, tapi masa kecoh pasal umrah, ada one of person kata, 'kalau banyak duit' pun takde maknanya aku nak sponsor orang pergi umrah, baik aku sendiri aje pergi, lagi afdal, punya susah payah kumpul harta dan kekayaan eh tetiba suruh sponsor orang pergi umrah, ada betulnya juga, tapi tahu tak ramainya aku kenal orang yang suka sponsor orang pergi umrah, memang betullah mereka ni kaya yang sebenar-benarnya, berjiwa besar, sebab tu yang komen cemtu tak kaya, takdan kaya lagi dah boleh mengomen macam cemtu, nak kesian pun benda betul jugak. Sebab tu nak minta kekayaan ni hati-hati nah, mintalah kekayaan yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Kaya dan bijak lagi bagus. Kalau tak, beza maksiat dan ibadah pun tak tahu mana hala. Disamakan orang buat ibadah dengan acara maksiat.
Tengoklah yang berlaku sekarang negara punya kaya, hamak lagi nak kaya, bila kaya ni biasa akan diuji rasa tak cukup kaya, nak lagi kaya dan kaya. Sampaikan sanggup zalim berbunuhan semata nak kaut kekayaan negara orang lain, kekayaan negara sendiri pun tak terkata dah, dok nampak yang orang punya. Gila punya kejam. Alangkan kita yang kayap ni pun rasa tak cukup, kan? Kita kurang apa? Kurang rasa syukur dan rasa cukup. Percaya atau tak itulah hakikatnya,huehueee. So banyak-banyak muhasabah diri, media sosial one of medium yang banyak memacu insecure dalam diri, yang membuat rasa diri tak cukup atau buat kita lebih syukur, kita sendiri decide.
Korang masih ingat kisah Hujan aku tu, ingat tak aku ada satu moment ingatan yang kuat saat emosi dan perasaan aku masa tu?Macam payah nak imagine,there someone ada akaun Instagram yang menterjemah perasaan aku dalam bentuk video macam mana situasi masa tu, masyaallah menangis aku tengok, it's a deep feeling yang tak mampu diterjemahkan dalam ayat yang proper,tapi perasaan aku masa cuaca macam tu,aku bahagia, suka, bebas jiwa raga, dah tua-tua macam tu agaknya jadi sama cycle macam orang-orang tua (mak ayah,nenek kita)suka ulang moment yang depa paling ingat, they keep recall that stories.
Balik kampung baru ni,back to back dua minggu kami ulang balik kampung, whatever jela kan, ada yang lagi extreme tiap hari ulang alik balik kampung asbab orang tua, Masyaallah nikmat, moga Allah memberkatimu. Masa tenaga masih ada, pulun jelah. So aku ajak suami briskwalk tunjuk tempat childhood playground aku dulu, ingat nak ajak masuk ke tempat sembunyi paling power dengan arwah nenda aku (mok kecik) tempat aku memancing,main buaian diy, panjat pokok dan berkebun. Tapi balik hujung minggu pertama tak sempat buat semua yang aku nak, alhamdulillah second time balik rezeki dapat repeat pergi area childhood secret place, my safe place dulukala , adik bongsu aku sempat bawak anakanda pergi tempat memancing aku dulu, ajar depa korek tanah cari cacing dan memancing, aaa menangis tengok. Punya lama cita-cita nak anak-anak tengok dan merasa tempat aku meluah emosi aku sepanjang membesar.
Inilah 'padang' yang aku maksudkan. Berjalan ke padang, main kat padang, kalau orang cakap,lerr tu sawah, asal ko panggil padang. Lantak dia, this is my padang, hahaha. Walaupun mak ayah aku sibuk kerja dulu, aku suka sebab nenek-nenek aku layan kehendak aku, aku sememangnya budak, kanak-kanak yang penuh imaginasi liar yang bebas jiwa bermain tanpa ada perasaan takut. That's me dulu, buat simple thing pun berhari-hari effect perasaan puashati, happy, bahagia tu membawak. Aku tak kisahkan orang, sebab aku tahu bawa diri sejak kecil. Just missing my wild character,hehee. Aku nak buat aku buat aje, buat pun pasti bukan benda buruk-buruk, hanya melayan keinginan bermain seorang kanak-kanak. Yang pasti aku pernah terbang kes naik jongkang jongket dengan cara berdiri, sekali member melompat belah sana, aku melompat terbang entah berapa meter,tapi bila mendarat, memang sesak nafas nak mati, ingat dah mati dah, nasib baik takde patah riuk pinggang, aku sambung main macam biasa, jatuh dari puncak pokok berkali-kali sampai orang keliling serik, depa marah tetap marah, tapi aku punya tak serik sampai depa tebang abis pokok keliling rumah takut aku panjat. Wkakaka, kelakar sekali ingat.
Parut kat bawah hidung sampai tua laaa berbekas lagi, asbab tersadung dahan pokok,kain tersangkut (panjat pokok pakai baju kurung), muka dulu cium tanah masa orang dok kalut sedih arwah che (atuk belah ayah meninggal) aku tambah kekalutan depa dengan tragedi jatuh pokok, pakej patah tangan sebelah,huahua. Tak habis cerita tu, tambah lagi cerita hampir kemalangan jalan raya asbab melintas macam ayam itik melintas jalan tak tengok kiri kanan, terkepit antara dua kereta tapi driver sempat brekk, memang sipi-sipi, bising satu kampung bercakap,hahaha. Bab terjun sungai Kelantan tak tahulah macam mana mak saudara aku hadap tiapkali bawa aku dan sepupu, terjun tiruk macam takde hari esok. Tapi wild character tulah membentuk aku hari ni,masih tersisa the best side aku yang suami je nampak, rebel yang tak semua orang boleh hadap, kihkih.
Bila dah lalui hampir sedekad lebih menjadi seorang mak, kau dah lupa terus siapa diri kau sebenarnya, kau suka minum apa, kau suka buat apa, sebab kita dalam fasa menyayangi apa yang kita miliki sehingga lupa untuk menyayangi diri sendiri. Aku tak pernah sesal melalui fasa seorang ibu, haru birunya perasaan dan emosi, kadang tunggang langgangnya rutin melayani kehendak orang-orang tersayang, betullah bila dah lepas fasa anak-anak kecil ni,aku tak tahu kenapa Allah titipkan rasa rindu ketika mereka masih kecil, semua in chaos mood termasuk aku sendiri sebagai mak, penat letih moody tak payah cakap, why we need to remember and miss those moment? Sebab Arrahman Ar Rahim, kasih sayang kita dah terikat sejak anak-anak didalam rahim. Itulah yang mengikat kita dan anak-anak, sempurnanya ciptaan Allah ketika hidup mereka perlukan doa kita, bila kita mati kita perlukan doa mereka, it's fair enough, sebab tu sebagai mak ayah jalankanlah amanah dan tanggungjawab kepada anak sebenar-benarnya, tiada istilah derhaka melainkan ibubapa dahulu yang derhaka kepada anak-anak dengan rosaknya amanah yang dikurniakan. Anak-anak itu ibarat kain putih,yang mencorakkannya ibu bapalah. Dulu support system kita semua function, atuk nenek,mak saudara pak saudara, guru, jiran, sekampung, semua take part, sekarang semua dah rosak, I mean kebanyakannya dah rosak. We take for granted the modernized world sehingga nak membangunkan keperimanusiaan hari ni satu dosa, being human today,being religion today, dituduh terpaling. How weird life we live today.
Moga Allah lindungi anak keturunan kita dari kerosakan akhir zaman, bertaudhidlah.
Korang perasan tak ada satu waktu yang sangat takde kata yang sesuai untuk menggambarkan keadaan tu, waktu sebelum dan selepas subuh, Dan waktu antara asar ke maghrib. Aku tak tahu orang pernah alami tak keadaan ni, tapi waktu yang paling banyak aku rasa, aku suka perasaan pada waktu, rasa suasana tu terus rasa ke lubuk hati, perhati dan rasa. Banyak kali jadi antara waktu asar ke maghrib tu kan, angin sepoi-sepoi,lepas tu cahaya matahari sedang-sedang sebab dah nak terbenam, tapi rasa waktu tu sangat nyaman, damai sangat, rasa tenang, rasa Sejuk mata memandang sampai ke hati.
Aku tiap kali berkebun time tu, memang rasa tak nak stop tangan buat kerja, rasa nak tunggu sampai orang Azan maghrib tapi sampai tua lani aku masih ingat pesanan orang tua, dah nak maghrib masuk rumah, tutup semua tingkap Dan pintu rumah sebab time tu Syaitan bertebaran, it's time transition, dari siang ke malam, tapi honestly waktu tulah pemandangan cantik tak terkata, rasa nak duduk dalam scene tu lama-lama sebab best. Betul tak? Aku suka tengok sunrise dan sunset, memang selalu pi jenguk Instagram muazbella tu sebab view dia shoot, Subhanallah cantik tak terkata.
Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Tapi, haa ada tapinya, mustajabnya doa ketika waktu tu. Waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib terutamanya hari jumaat. Sebagaimana ditegaskan Rasulullah: “Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)
Korang trylah praktik doa waktu ni, doa ni tak tunggu kita angkat tangan, detikan dalam hati pun Allah tahu, jadi jangan sia-siakan waktu berdoa yang mustajab. Kita ni memang dengan doa je nak sampaikan, nak komunikasi dengan Allah, dengan doa persoalan terjawab, dengan doa ujian dikurnia jalan keluar dan banyak lagi manfaat berdoa. Doa bila-bila masa yang korang boleh buat, terfikir, terlintas. Aku ni kan sepanjang anak-anak kecik dulu, memang masa laki pergi kerja, letih, penat, nak bebel tak larat, nak marah takde tenaga dah, memang ada aku lelah, sampai kan mampu terlintas je doa dalam hati aku, contoh anak nangis, merentan tak tahu dia nak apa, kita buat semua tak kena, even dah penuhi apa yang dia nak, tetap tak mampu di diamkan tangisan tu, aku nangis juga, tapi dalam hati 'ya Allah, aku ni mak kepada anak aku, aku tak tahu, tak faham apa anak aku nak, aku tak tahu pun nak pujuk anak aku macam mana ya Allah, aku dah buntu, aku dah penat, tapi tangisan anak aku buat aku makin lelah, kau pujuklah anak aku, aku tak mampu', memang lepas tu anak aku okey, diam tangis dan main macam biasa. Tu contoh yang antara aku pernah buat and still practice sampai sekarang. Kita ni memang kena bergantung kat Allah 100%, jangan ada rasa sedikit pun rasa bergantung kat makhluk lain, apatah lagi diri sendiri.
Korang kalau dah buntu, bengong, rasa takdak jalan dah, doa lah banyak-banyak, kena yakin Allah dengar apa yang kita keluh kesahkan, satu je kena buang segala apa yang kita bergantung dalam hati, serah 100 peratus harapan, jiwa hati kita kat DIA, insyallah Allah pasti bagi jalan, Allah pasti menjawab, Allah pasti tuntun kita. Taip masa mai feeling ni tengah berkebun, berkebun pun sempat lagi pegang phone, eh mesti, pokok aku tu ada album dia sendiri, wakakka. Praktik nahhh.
Self reminder too




Top Social