Idea

1.17.2025

Beberapa hari ni ku pulun baca tulisan ku sendiri, tersenyum-senyum macam manalah boleh idea tulis bukan bukan, ada ye yang takde keje mengadap blog sendiri, macam tak percaya apa yang dia dah tulis, dakulah tu, hahaha. Even Instagram ku buat khas untuk diriku sendiri, scroll, repeat, scroll again and repeat, begitu juga blog ni, dah kalau buat untuk diri sendiri, private jelah, lahh sukahati lah kan. Ada somepart ku private, somepart ku share, sebab memang nak share. Sebab apa? Sebab saja, share exciting, something to ponder etc. dan yelah tak semua pendapat kita sama. Ku memang suka baca random though from anyone, either annoying, lawak, sedih, kejam, seram dan menakutkan, mixed feeling ya baca random though from stranger, the most, i raikan saja pendapat masing-masing, yang ku tak dapat brain dan negative vibes terus ku hide. Nak bash, maki hamun, depend masing-masing. Bagiku buat apa nak drain energy, everyone though ada sempadan ada pelajaran. Too much thing different sebagaimana uniknya cap jari masing-masing, even nampak sama tetap tak sama kan?.


Throwback wujudnya blog ni pun kes stress masa sambung Master, sebab alone decicion, takde partner yang dah kukenal, semua new thing, new place. Rasa alone tu bukan tu bukan takat feeling, tapi bab makan sensorang kat cafe, pergi kelas sensorang naik bus, perghhh, best betul masa tu, tapi takde kawan nak meluah, bila masuk rumah sewa baru jumpa kawan sekepala even lain-lain course.Itu yang kadang rasa bermacam feeling jumpa blog ni buat luahan perasaan, baca balik berdekah baca feeling masa nak mendewasa dulukala. Fikir pun dah tak ingat scene apa yang buat sedih, excited, kecewa, benci dan sebagainya. Dah kahwin terus hilang mood menulis, until setiap kali beranak je belog ni hidup. Apapun ku syukur sangat masa awal-awal bergelar seorang mak kucatatkan segalanya, sebab go through upside down as mother dan pahit getir tercatat sini dan ada somepart memang dah ku lupa feeling, scene macam mana, so my blog saved it. Pedih dan pahit tu rasa manis pula mengenangkan kenangan yang tak boleh diulang.


Pepagi jumaat dah sentimental, kesnya macam tersedar dek mimpi anak sulung nak ambil sijil tamat sekolah rendah dah. Cepat masa berlalu, bila kita beranak kecil ramai cakap, bila dah besar lega dahlah mak-mak sebab tak sibuk cara tukar lampin, basuh berak, buat susu, layan tantrum dan sebagainya. Tapi anak dah besar lain pula cabarannya ye, masuk remaja, like us gone through, cuma beralih ke posisi sebagai mak ayah pula, tak mudah ye. Anak berubah suara pun bermacam dah nasihat dan ingatan untuk anak preparation untuk diri tempuh the high peak emotion and energy, ku doa yang baik-baik sajalah moga anakku boleh adapt the changes. Different culture, different relationship behaviour, moga pasak-pasak yang mereka belajar dapat mereka amal. 

pic source: engagedly.com


So bila dah masuk umur macam ni ku kadang tak tahu nak menulis pasal apa, nak share resepi sekarang malas memasak, repeat menu sama aje kalau masuk dapur, nak share rutin skincare paling pemalas nak cara ke wajah ingat tak ingat je, muka acik-acik dah pun rasa tak best share benda kita tak buat. Nak share pasal anak pun depa tak berapa suka mak-mak bercerita pasal depa, nak cerita pasal daku sendiri pun takde progress nak diceritakan. So folllow the flow, ikut dan datang ilham sajalah apa yang tercatat. Zaman sekarang ralit tengok short video, tak kata orang, ku pun ralit sama mengadap, tu kalau ikut rasa je memang tak kerja buat apa pun seharian, lepas tu merentan bila laki balik kerja tanya buat apa je kat rumah sehari-hari, kihkih. Soalan ni bukan orang baru kahwin je rentan, yang dah lama kahwin pun boleh menusuk jiwa raga sekali dapat pertanyaan macam tu, hahahaha.


xoxo
best me time-writing

Draft

1.10.2025

Baru semangat nak menaip, terclick draft hilang mood haku pepagi hari ni, tengok nombor pun rasa nak marah, apapun pagi jumaat ni kulantunkan DOA yang baik-baik, sabar ni ada ganjaran, nak hadap yang hilangkan sabar tu Allah ja tahu. Kita nikmat yang masih ada, rasa, syukuri, tak tahu bila Allah nak uji kita semua. Hari jumaat ni banyakkan zikir istighfar dan jangan tinggal Al-kahfi. 



Apapun realiti yang kita dok tengok, baca ni pun ujian untuk kita. Ada pelajaran dan pengajaran berharga. Ku tak tunggu ending pun dah tahu macam mana, sebab benda ni berlaku disekeliling kita, beza kita tak popular, teruk lagi pun ada ye. Sepanjangku hidup banyak dah pengalaman sendiri dan melihat dengan mata kepalaku kepelbagaian masalah, masalah mak pilih kasih sampai bergaduh adik beradik, masalah adik beradik berebut harta, masalah rumahtangga lelaki biawak hidup, masalah rumahtangga lelaki kaki dadah, masalah mak mulut tak cantik asyik mengata orang, masalah nenek pilih kasih kat cucu, masalah menantu benci mak mertua, dan banyak lagi masalah yang berlaku sekeliling daku je sepanjang membesar, even masalah paling teruk sampai tak masuk akal pun. Tapi ubat semua masalah tu ku perhati dan alami, ubatnya adalah sabar dan diam. Itu sajalah ubat terbaik yang kuperhatikan. Yang jahat, zalim memang pasti dapat balasan, depan mata je semua ku perati mendapat hasil balasan masing-masing, adan muka. Dan semua terbalas manis dan menjadi pelajaran untukku. Ingat orang teraniaya ada senjata paling padu, doa ketika dizalimi, dianiaya, serah pengadilan total kat Allah, pasti dan yakin ye, Allah balas, malah lagi kejam dari apa yang depa buat. Ku cuba praktikkan tahap sesabar itu. Insyaallah. 


Cerita Korea yang doktor ngan laki biawak hidup tu, apebenda cerita namanya dah lupa, sebijik ye berlaku. Tengok dah sakit hati, berlaku depan mata lagilah tak boleh brain camne sakit hati tu. Itulah ujian kadang menyakitkan, melelahkan, tapi balasan sabar ni lain macam ye perginya. Moga Allah angkat darjat orang-orang bersabar kat dunia, apatah lagi kat akhirat kelak. Kita semua ada masalah hidup termasuk daku, cuma yang berlaku keliling kita letakkan rasa empati. 


Daku kalau rasa sesak dada, gelisah,  tak pun tetiba terbang segala list yang menimbun yang buat jantung berdengup kencang, memang pergi cari al-quran, malas baca sekalipun ku peluk kemas sambil baca DOA je. Antara doa yang ku baca


"Ya Allah besarkan kecintaanku kepada Al-Quran, jadikanlah Al-Quran sebagai cahaya penglihatanku, sebagai penawar dadaku, sebagai pengusir kesedihan dan kegelisahanku. Ya Allah hiasilah lidahku dengannya, baguskan wajahku dengannya, kuatkan jasadku dengannya, beratkan timbangan kebajikanku dengannya, berikan aku rezeki kemampuan membacanya dengan baik dan benar, anugerahkan kekuatan kepadaku untuk menjalankan ketaatanku kepada-Mu sepanjang siang dan malam dan himpunkan aku dengan Baginda Nabi s.a.w. dan keluarganya yang terpilih. Ya Allah Engkau jadikan Al-Quran yang agung itu sebagai bunga hatiku, cahaya penglihatanku. Lenyapkan dukacitaku, hilangkan susah hatiku dan kemurunganku, dan jadikan Al-Quran memimpin aku kepada-Mu dan kepada syurga Jannatunaim dan rahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "



Xoxo, 
Berpatah arang, berkerat rotan.

Jalan-jalan Perlis

1.09.2025

Semangat nak cerita pasal Perlis, tengok video Ume Cikin ku agak dia pun tak boleh move on dengan Perlis, hi hi sampaikan bervideo-video dibuatnya, pun banyak kali ku replay kes tak puas tengok. Kelakar pun ye. Sambil ku taip ni sambil ku cuba throwback balik how can we decide to go to Perlis. Taip on time event berlaku, berbeza ye excitement dan segala small matter will be added, ni kalau dah lama peram memang ada part yang ku lupa. Itu nak kata sesal tak buat note terus bila roadtrip, tapi itulah rela berborak sembang lagi dari pegang pen dan buku, hahaha. 


Trip Perlis yang kami pergi pertama kali bukan bermalam-malam pun, sebab ianya melibatkan hujung minggu je, so basically mini roadtrip ours hanya dua hari satu malam, tapi impact dia rasa macam 4 hari 3 malam perginya, our roadtrip kebanyakannya macam tu, disebabkan betul-betul enjoy the moment rasa panjang betul masa kitaorang bercuti. Anak-anak pun selalu cakap macam tu, macam lamalah pula pergi sedangkan kami bermalam semalaman sahaja, tapi soalan everyweek tak lekang dari soalan, "mama kita ada nak pergi mana-mana tak hujung minggu nanti?”, " Kenapa? Takde lagi setakat ni", "okay, kira duduk rumah la ni ye? ”, konpiden jawab " Ye". Sekali! Sampai hujung minggu ad hoc kemas beg belaka tetiba, huahuaa. 


Kalau tetiba kena stay rumah hujung minggu memang semua jadi bermalasan, terbaring, mati kutu tak tahu nak buat apa, tak pandang telefon, ulang tengok movie, sabar jelah. Daku pulak asal ulang nak makan apa hari ni? Pasal takde idea juga nak masak apa, nak makan apa. So ceritanya hujung minggu biasa, tanya kita nak buat apa hari ni? Sambil tangan sibuk dok masak breakfast, semua angkat bahu. Siap makan, semua dah mula nak terbaring balik, sekali aku, kita gi Perlis jom, semua haaa? Ada apa kat Perlis? Lakiku cakap entah, berat hati tau nak pergi semuanya mulanya, termasuk daku menyesal dah tersebut tapi hapahh tak tahu apa benda ada kat sana. 


Semua buat derkk balik, daku scroll sambil tengok apa benda ada kat Perlis, macam banyak orang dok share, sekali lakiku, haa apa lagi? Siap-siaplerr, dah semua gelabah bersiap, ku campak apa yang boleh. dalam beg bagasi, jam tunjuk pukul 9 pagi dah masa tu, punya dah terbiasa, 9.30 kami onzz duduk atas kereta nak mula gerak. Yang kecik pun boleh tahan dah pandai baca camne semua function bila last minute deciding, jadi takde masalah. Hampir pukul 10 pagi baru nak masuk highway Plus, so kami bajet dalam tengahari sampai kat Perlis. Sedang elok untuk lunch, bila dah gerak mula lah ada yang nak pergi tandas, dahaga, nak isi minyak, semua tulah yang delay masa, jadi dari pukul 1 lebih kami agak-agak sampai, pukul 1.17 tengahari kami sampai kat pintu gerbang masuk Perlis, alhamdulillah perjalanan lancar, so terus tuju tempat makan. 




First place kami singgah adalah SURI Masakan Melayu Asli antara yang famous jugaklah sebab banyan pilihan lauk. Kami sampai tu kereta pun masih banyak, tapi disebabkan tempatnya parking dan tempat makannya luas dan lapang, so takde masalah dan takde rasa sesak dan sempit. Tempat makan ku suka seperti restoren Tasik Raban tak kira kat Lenggong atau kat Gopeng, rasa best je nak makan, takde sampai beratur, even ramai tak rasa sempit. Lauk pun masih banyak sebab ada certain lauk depa topup. Sampai Perlis memang lain macam cuaca ye, kami dari Perak berselubung mendung je berminggu, sampai Perlis panas berdenting. Apapun isi perut dulu, makanan pun kira okaylah. Total kami makan tengahari tu RM108 untuk lapan kepala. 

Sambil makan nikmati live band, mana nak dapat ehh zaman ni, makan tengahari dengar orang menyanyi, siap boleh request lagu lagi kot. Siap makan kami terus singgah masjid kat simpang keluar restoren Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar. Wow cantik sangat Masjid ni, tak sangka pula secantik ni Masjid kami singgah, berkebetulan nak singgah, so kami siap-siap jamak dan berjalan sekitar Masjid. Design yang unik dan tersendiri, ingatkan nak singgah kat Masjid Alwi sebab tu antara tempat yang famous, tapi dah nampak yang ni dulu, so this mosque one of our worthy pit stop. 




Nampak tepi Masjid ada yang jual bootcar kopi termasuk air buah apa ye, ku tak ingat antara air buah mangga atau durian belanda cemtu. Memang pure betul rasanya, takde campur, sedap sangat. Terus kami tuju ke tempat penginapan untuk tengok dan ambil lunch bilik check in sementara fikir nak kemana belah petangnya. Pusing-pusing sampilah kami ke Kejora Homestay, ku ambil homestay ni sebab antara top rate juga depan view sawah, so let's. Sampai kat Kejora Homestay alhamdulillah we love it, memang ala-ala rumah tokayah depa dah tapi yang ni version oldest lagilah, sebab rumah tokayah depa dah banyak naik rumah sekeliling, pemandangan sawah tu dah tenggelam. Siap kami tengok apa yang patut, kami keluar dari nak ke Tasik Timah Tasoh, tukar ke Wang Kelian View Point. 






Jalan nak ke Wang Kelian View point ni agak tajam jugak ye selekohnya beza dari Tapah naik ke Cameron Highland tapi pendek jelah perjalanan naiknya tak sempat nak pening. Petang tu cuaca cantik sangat, so kami park ambil ticket ke viewpoint. Nak naik ke view point ni boleh berjalan kaki ataupun naik tram, memandangkan nak jimat masa kami naik tram RM3/kepala kalau tak silap, untuk dua hala naik dan turun. Sampai kat view point, masyaallah Subhanallah, terbentang luas serba indah dataran Perlis indera Kayangan like exactly the name, memang macam dok Kayangan, cantik pemandangan tak mampu diungkapkan dengan kata, cukup mata kepala kagum terpesona dengan keindahan semulajadi, memang tak jemu nak pandang, tenung,renung cantik pelbagai sudut. Dalam 30minit kami melihat kecantikan panorama, kami turun kasi can kat orang lain pula, nak berdiri kat pelantar lama-lama pun panas uiii. Oh ye, dari atas ni juga kami nampak Tasik Timah Tasoh, tak sampai lagi pun tak ngapelah ye, hihihi. 

Pengunjung tempatan | dewasa - RM2, 18 tahun ke bawah - RM1
Pengunjung luar negara | dewasa - RM5, 18 tahun ke bawah - RM2
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah & OKU - Percuma



So naik kereta kami decide jalan terus tengok apa disebalik Wang Kelian point, speechless cantik sangat view turun ke kawasan belah belakang tu, jalan ke sempadan Thailand, view kat sini pun cantik sangat. Kami ronda rapat sampai ke pintu masuk Thailand then patah balik, terus ke Jambatan Pelangi, sekali tengok orang bersusun atas jambatan tunggu sunset. Lahh, kami ingatkan takde orang kat Perlis, yelah atas Jalan boleh kira kereta yang bergerak sepanjang kami kesitu kesini, rupanya ramai nohh. 


Terus cancel niat nak naik tengok jambatan Tengku Syed Putra(jambatan Warna warni) kami terus cari tempat untuk dinner terus nanti, so google tempat makan berdekatan Umar Seafood ni macam best juga. So decide terus kesana, sebab dah hampir lewat petang dalam 6 lebih dah masa tu, so sampai tu baru kami tahu Kg Warna Warni tu berdekatan satu Jalan ajenya dengan Umar Seafood ni, memandangkan masih cerah kami pusing sekitar, nak naik beca keliling Kg Warna Warni orang dah kalut nak masuk waktu maghrib dah, so kami terus je masuk kampung hingga jumpa hujung kampung dan jumpa pantai, wahhh tak sangka betul unplanned version ni, hahaha. Cantik teruk view petang kat sini, nama tempat ni Kg Pulau Ketam, betul-betul view pantai dan sawah sebelah menyebelah. Cantik sangat. Berjujuk kedai makan petang kat sini, jem boleh tahan, tak ku tahulah pula tempat ni. Tapi view petang kat sini cantik sangat, tak tahu nak terang macam mana, best sangat, memang terus dapat feeling childhood moment masa pandang panorama sekeliling tu. Memang tak boleh move on ye, breathtaking view gituu, dengan laut dan bukit, tepi pula sawah, bercombo-combo gitu kebahagiaan. Orang lain mungkin nampak kotor sebab banyak sampah delay area air surut dan sampah banyak sangkut dekat batu-batu dan pokok bakau, tapi ku nampak view sunset cantik sangat kat sini. 









Puas hati juga walau singgah sekejap aje, next time kena singgah lagi, lepak minum makan petang sekali, insyaallah. Lepas tu kami gerak terus ke Umar seafood dari pantai Pulau Ketam tu untuk makan malam. Seafood pastinya kalau dah datang Kuala ni, jadi menu malam kami ikan, udang, ketam wajib masuk, nasi tolak tepi dulu. Sampai kat Umar Seafood kami sempat lepak tepi sungai, rupanya dari sini kami boleh nampak juga jambatan Tengku Syed tu, kihkih. So alhamdulillah dapat juga view sunset dari different side. Makan malam kami pun alhamdulillah puas hati, sedap, fresh dan mengenyangkan. Tepat sangat dah kami pilih Umar seafood ni dan costing kami makan kat sini dalam RM220. 



Balik dari Umar seafood sempat lagi menyinggah untuk tapau kopi, habis RM50 kat Hannah Cookies sekali dengan dessert, hahaha. Kata nak kopi aje, cenggitu aje digula-gulakan kita orang perempuan ni, cantik sangat cafenya, tak boleh nak lepak-lepak dah sebab semua dah fikir katil bantal, nak bersihkan diri. Sampai bilik kami selesaikan apa yang patut dan rehat untuk next day jalan-jalan makan angin. Penat tak sedar apa dah semua tidur, bangun pula awal pagi nak tengok matahari naik, kat sini memang cepat cerah cuaca ye. Pagi-pagi mengadap sawah menghijau memang lain macam moodnya. 




So hari kedua kami checkout untuk cari breakfast tepi bendang, tapi entah macammana maps baca peta punya jauhnya pusing masuk sawah, kami dah gigil sebab jalan sawah sempit takutnya berselisih dengan kereta lain, macam mana nak undur, nak pergi side tepi pun tak lepas, alhamdulillah sampai juga kedai pagi, ingatkan dapat view sawah, rupanya laluan aje sawahnya, kedai kat dalam kampung. Tapi menu, makanan semua sedap, penuh teruk kedainya sampai kena tungu turn nak dapat meja makan, memang dah turn off masa tengok orang ramai, tapi dah sampai tunggu ajelah, cemtulah pilih tempat famous gak, kihkih. Order roti canai sarang burung, kopi, nasi lemak, bihun sup, kuihmuih banyak lagi menu lain, tapi perut ada satu ja, so order apa yang patut. Cost makan kat sini RM80. 


Lepas makan hujan turun dengan lebatnya, kami dah blurr, hilang idea nak singgah Tasik Timah Tasoh sebab hujan, jadi kami teruskan perjalanan cari satu tempat yang boleh kami singgah sebelum bertolak balik, jumpa Superfruit Valley kat area Chuping, actually first plan nak tengok bunga kembang masa awal pagi kat Chuping tapi masa check out tu dah nampak macam nak hujan kami terus pi breakfast dulu. So dah alang-alang sampai Superfruit valley kami singgah ambil gambar sekali dekat ladang Kenaf. Tak tahu apa yang ada kat Superfruit Valley ni, tapi pergi jelah, tertulis rupanya ni antara port favorite kami, sebab dapat buah tin fresh dari ladang kat sini, buah tin besar-besar gabak ye kat sini, the owner bagitahu buah tin kat Grocer Jaya tu ladang ni yang supply, uuuu. Memang puas hati betullah kami singgah sini, dapat pula knowledge owner bawak pusing ladang buah tin, buah Superfruit, buah Berry, sini cara tanaman fully organic, tengok macam tak terurus ladangnya sebab tak guna racun ye, semua pokok-pokok liar ada function masing-masing. Amazing betullah dengar cerita ownernya. Banyak juga product yang venture dengan MARDI kat sini. Sempat jugalah borong buah tin, kombucha, dan end product dari ladang yang dikomersialkan. Habis RM180 kat sini sekali membeli. Masuk memang free aje, bab tapaunya tak free, hehehe. Souvenirs macam ni berbaloi, kihkihh. Masuk perut. 





Habis kat Superfruit nak balik tu singgah mengopi kat KupiKahfi @ Bukit Tau Adventure Park. Nak ke suasana gitu, kat tempat lain payah nak jumpa makan dalam gua, kalau kat Perak ada juga makan dalam gua tapi T20 punya gayalah kat Banjaran tu, dewasa aje  boleh masuknya, so kat sini anak-anak boleh masuk gua, kita angkut mai, makan minum view dalam gua, hahaha. Habis hampir 80lebih juga kat sini. Ngopi punya pasal. Siap ngopi kami bertolak balik dan masih terbawa-bawa dengan 'Pelis Indera Kayangan', patutlah ada Kayangan tu, memang terbawa-bawa dia vibes 'kayangan' tu, teringat-teringat. Repeat please. 


Simple Itinerary Perlis 2Day 1 night:-

Day 1: 
-Suri Masakan Melayu Asli 
-Masjid Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar
-Kejora Homestay
-Wang Kelian Viewpoint
-Jambatan Tengku Syed
-Pantai Pulau Ketam
-Kg Warna Warni
-Umar Seafood

Day 2
-Warung Kopi Ali
-Ladang Kenaf Chuping Perlis 
-Superfruit Valley
-Kupi Kami

Total cost burn (roughly) termasuk minyak, touch & go, jajan : +- RM1500


Xoxo
Perthlis dihatiku

Explore Malaysia

1.08.2025

Tahun 2025 ku declare tahun explore Malaysia. Sesungguhnya beauty of Malaysia ni beyond expectation okay. Dok nampak yang jauh, yang kita dok duduk ni nampak biasa-biasa aje, tapi memang begitulah manusia, once dah pergi tengok sendiri tempat orang, tertulis "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” terlalu banyak dah tempat kat Malaysia ni even yang dah viral, yang tak viral buat daku jatuh cinta sesungguhnya. 



Cukuplah penutup tahun 2024 pecah rekod terus tahun ni Perlis mendominasi hati dan fikiran juga memoriku tempat paling cantik kat Malaysia, takde view kat tempat lain sama dengan Perlis. Jadi penutup tempat jalan-jalan Malaysia tahun ni adalah Perlis, and yes this year tetap repeat pi Perlis even tak tahu lagi bilanya sebab tak abis tempat lagi kami nak singgah dan tengok kat negeri Perlis. Daku sangat jatuh cinta kat negeri Perlis, even Perak sekalipun, why cantik sangat semua tempat? Huahuaa. 


Fokus kat Malaysia ni boleh pening, tak habis lagi pusing satu semenanjung, ada 14 negeri, ada beratus daerah lagi nak explore weehhh. Tapi itulah ternampak tadi quote cimbclick "dari termenung, baik pergi melancong", dekahh baca, nak melancong macam mana dik, termenung tengok akaun dalam bank tinggal dua digit titik dua digit. Yang penting niat tu hade, kisahh kan, hahaha. Ada 10 melancong cara 10, ada 100 melancong cara 100. Kita buat dia. Ada terbaca kat post, sebelum ni dia tak pernah pun pergi kat tempat yang orang dok viral rupanya berjalan tak sempat berpeluh dekat sangat dengan rumahnya tapi tak terfikir nak pergi sebab tak nampak menarik, tapi bila tengok post orang terus nampak menarik tempat dia tinggal ni. See sebab dah dekat, dah berpuluh tahun duduk, rasa macam dah tahu sangat, rupanya tak pernah hargai yang depan mata.



Haa ku pernah tulis pun pasal tu, tak nak ulas lanjut, ramai komplen nak berjalan-jalan kat Malaysia mahal, banyak pakai duit, tak juga, asal pandai cari jalan nak berjimat, balik ke perihal atas, kita yang buat dia. Jangan asal nak berjalan tambah hutang, tu bukan healing namanya, tu cari penyakit. Nak berjalan-jalan tak perlu jauh pun, cari sekitar tempat kita tinggal sudah, mindset tu kena ubah, ada orang kalau nak berjalan-jalan makan angin dah setting sampai oversea baru dikira berjalan-jalan, ada orang camping kat depan sungai tepi rumah pun dah dikira keluar makan angin, buatlah apapun asal kita bahagia. Bahagia ni tak perlu validation orang, cukuplah hati jiwa perasaan kita merasa. 


Apapun masuk tahun 2025 daku tak kemana-mana lagi, hanya berjalan-jalan makan angin kat kebun sendiri yang dah kena tiup ribut minggu lalu, pokok betik hampir tumbang,hampir musnah angan-anganku nak menumbuk buat somtam homemade. Uols dah sampai negara mana tu tahun ni? Yang penting niat nak berjalan-jalan tetap mendoniaaa. Orait? Mohh kita


Moment Recap 2024

1.05.2025

Paling berat 
Honestly berat paling berat yang ku tanggung sepanjang hidup, masa mengandung pun tak berat macam ni even masa tu last mengandung bongsu 85kg gak, tapi feeling tu setara beratnya even angka tak sama,  mana tak stress, memang ku hilang confident terus nak bergambar, nak letak gambar kat medsos, it's so embarrassing myself to look at my own picture, huahua. Sepanjang pergi berjalan-jalan takde sangat gambar sendiri, ambil pun tak ku ulang tengok dah. Phase teruk sangat dah ni grieving my own bad weight, lebih dari normal atau dengan bahasa kasarnya obesity weight. Kolestrol tinggi, obes lagi, so scary okey, bukan tak usaha turunkan, dah on my effort tapi tak nampak result dan masih static number bila naik penimbang, stress Allah ja tahu. Berat asal 48kg, sekarang 72kg.Tahun lepas 69kg, tahun ni upgrade, nangis tak berlagu uii. Dan azam tahun 2025 bukan nak kurus dah. 


Makan angin
Paling banyak berjalan-jalan makan angin, jalan-jalan cari makan tahun ni, so that's can relate my first problem. Ku tak cek berapa puluh ribu kilometer kami road trip tahun ni, sadly I'm not even have time to write, to make a stories kat blog sendiri sebagai kenangan, disebabkan kekangan masa urus anak-anak. Huahuaa. Kenapa 24jam masih tak cukup, atau time management daku gone wrong. 


Syukur
The most important syukur sepanjang tahun 2024 Allah kurniakan kesihatan yang sangat baik, ada tenaga bergerak situ sini walaupun adalah sesekali sakit urat, terlebih angin dalam badan dan demam teruk sekali kes sakit urat juga kes terlebih timing duduk cangkung mengadap kebun kemas dan buang rumput. What a day, kelakar forever sebab terlebih cangkung sampai demam sakit urat. Bila semangat macam ribut dan puting beliung datang, memang tak sedar diri eh buat kerja. 


Masak
Pecah rekod tahun ni ku rajin masak sikit banding tahun lepas, tak tahu kenapa passion memasak dah tak sehavoc dulukala, asal buat untuk kenyangkan anak-anak aje, banyak tapau dari masak sendiri. Sampaikan kedai-kedai sekitar dah boleh cam daku bungkus makanan, tak tengahari, petang,huhuu.


Tidur
Alhamdulillah tahun ni tidur daku dah back to normal hampir 80% seiring dengan genapnya tempoh penyusuan anak bongsu dua tahun, nikmat paling dirindui sepanjang bergelar mak-mak after 12years, huhuu. Dapat tidur awal dan tak terganggu nak bangun tengah malam, sekali sekala adalah time anak tak sihat sikit tu biasa. Yang lain alhamdulillah on track. 


Me time 
The most me time sekarang bermula tahun lepas adalah time anak-anak pergi sekolah, dapat hirup kopi sambil mendengar kicauan burung sambil melihat anak-anak 'baru' bertumbuh menghijau, another milestone dan knowledge yang ku tengah explore, nak join kelas tak sempat lagi, hanya melawat kebun orang di laman sosial. Cinta baru ni lain macam juga perginya ye, habis duit juga permulaannya, hehehe. 



So azam daku hanyalah 'rajin' tak kira dari aspek apa, ku hanya doa ku rajin sahaja. Kamu macam mana? Ku doakan semua baik-baik dengan azam dan matlamat, cita-cita masing-masing tercapai.