Jalan-jalan Perlis

1.09.2025

Semangat nak cerita pasal Perlis, tengok video Ume Cikin ku agak dia pun tak boleh move on dengan Perlis, hi hi sampaikan bervideo-video dibuatnya, pun banyak kali ku replay kes tak puas tengok. Kelakar pun ye. Sambil ku taip ni sambil ku cuba throwback balik how can we decide to go to Perlis. Taip on time event berlaku, berbeza ye excitement dan segala small matter will be added, ni kalau dah lama peram memang ada part yang ku lupa. Itu nak kata sesal tak buat note terus bila roadtrip, tapi itulah rela berborak sembang lagi dari pegang pen dan buku, hahaha. 


Trip Perlis yang kami pergi pertama kali bukan bermalam-malam pun, sebab ianya melibatkan hujung minggu je, so basically mini roadtrip ours hanya dua hari satu malam, tapi impact dia rasa macam 4 hari 3 malam perginya, our roadtrip kebanyakannya macam tu, disebabkan betul-betul enjoy the moment rasa panjang betul masa kitaorang bercuti. Anak-anak pun selalu cakap macam tu, macam lamalah pula pergi sedangkan kami bermalam semalaman sahaja, tapi soalan everyweek tak lekang dari soalan, "mama kita ada nak pergi mana-mana tak hujung minggu nanti?”, " Kenapa? Takde lagi setakat ni", "okay, kira duduk rumah la ni ye? ”, konpiden jawab " Ye". Sekali! Sampai hujung minggu ad hoc kemas beg belaka tetiba, huahuaa. 


Kalau tetiba kena stay rumah hujung minggu memang semua jadi bermalasan, terbaring, mati kutu tak tahu nak buat apa, tak pandang telefon, ulang tengok movie, sabar jelah. Daku pulak asal ulang nak makan apa hari ni? Pasal takde idea juga nak masak apa, nak makan apa. So ceritanya hujung minggu biasa, tanya kita nak buat apa hari ni? Sambil tangan sibuk dok masak breakfast, semua angkat bahu. Siap makan, semua dah mula nak terbaring balik, sekali aku, kita gi Perlis jom, semua haaa? Ada apa kat Perlis? Lakiku cakap entah, berat hati tau nak pergi semuanya mulanya, termasuk daku menyesal dah tersebut tapi hapahh tak tahu apa benda ada kat sana. 


Semua buat derkk balik, daku scroll sambil tengok apa benda ada kat Perlis, macam banyak orang dok share, sekali lakiku, haa apa lagi? Siap-siaplerr, dah semua gelabah bersiap, ku campak apa yang boleh. dalam beg bagasi, jam tunjuk pukul 9 pagi dah masa tu, punya dah terbiasa, 9.30 kami onzz duduk atas kereta nak mula gerak. Yang kecik pun boleh tahan dah pandai baca camne semua function bila last minute deciding, jadi takde masalah. Hampir pukul 10 pagi baru nak masuk highway Plus, so kami bajet dalam tengahari sampai kat Perlis. Sedang elok untuk lunch, bila dah gerak mula lah ada yang nak pergi tandas, dahaga, nak isi minyak, semua tulah yang delay masa, jadi dari pukul 1 lebih kami agak-agak sampai, pukul 1.17 tengahari kami sampai kat pintu gerbang masuk Perlis, alhamdulillah perjalanan lancar, so terus tuju tempat makan. 




First place kami singgah adalah SURI Masakan Melayu Asli antara yang famous jugaklah sebab banyan pilihan lauk. Kami sampai tu kereta pun masih banyak, tapi disebabkan tempatnya parking dan tempat makannya luas dan lapang, so takde masalah dan takde rasa sesak dan sempit. Tempat makan ku suka seperti restoren Tasik Raban tak kira kat Lenggong atau kat Gopeng, rasa best je nak makan, takde sampai beratur, even ramai tak rasa sempit. Lauk pun masih banyak sebab ada certain lauk depa topup. Sampai Perlis memang lain macam cuaca ye, kami dari Perak berselubung mendung je berminggu, sampai Perlis panas berdenting. Apapun isi perut dulu, makanan pun kira okaylah. Total kami makan tengahari tu RM108 untuk lapan kepala. 

Sambil makan nikmati live band, mana nak dapat ehh zaman ni, makan tengahari dengar orang menyanyi, siap boleh request lagu lagi kot. Siap makan kami terus singgah masjid kat simpang keluar restoren Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar. Wow cantik sangat Masjid ni, tak sangka pula secantik ni Masjid kami singgah, berkebetulan nak singgah, so kami siap-siap jamak dan berjalan sekitar Masjid. Design yang unik dan tersendiri, ingatkan nak singgah kat Masjid Alwi sebab tu antara tempat yang famous, tapi dah nampak yang ni dulu, so this mosque one of our worthy pit stop. 




Nampak tepi Masjid ada yang jual bootcar kopi termasuk air buah apa ye, ku tak ingat antara air buah mangga atau durian belanda cemtu. Memang pure betul rasanya, takde campur, sedap sangat. Terus kami tuju ke tempat penginapan untuk tengok dan ambil lunch bilik check in sementara fikir nak kemana belah petangnya. Pusing-pusing sampilah kami ke Kejora Homestay, ku ambil homestay ni sebab antara top rate juga depan view sawah, so let's. Sampai kat Kejora Homestay alhamdulillah we love it, memang ala-ala rumah tokayah depa dah tapi yang ni version oldest lagilah, sebab rumah tokayah depa dah banyak naik rumah sekeliling, pemandangan sawah tu dah tenggelam. Siap kami tengok apa yang patut, kami keluar dari nak ke Tasik Timah Tasoh, tukar ke Wang Kelian View Point. 






Jalan nak ke Wang Kelian View point ni agak tajam jugak ye selekohnya beza dari Tapah naik ke Cameron Highland tapi pendek jelah perjalanan naiknya tak sempat nak pening. Petang tu cuaca cantik sangat, so kami park ambil ticket ke viewpoint. Nak naik ke view point ni boleh berjalan kaki ataupun naik tram, memandangkan nak jimat masa kami naik tram RM3/kepala kalau tak silap, untuk dua hala naik dan turun. Sampai kat view point, masyaallah Subhanallah, terbentang luas serba indah dataran Perlis indera Kayangan like exactly the name, memang macam dok Kayangan, cantik pemandangan tak mampu diungkapkan dengan kata, cukup mata kepala kagum terpesona dengan keindahan semulajadi, memang tak jemu nak pandang, tenung,renung cantik pelbagai sudut. Dalam 30minit kami melihat kecantikan panorama, kami turun kasi can kat orang lain pula, nak berdiri kat pelantar lama-lama pun panas uiii. Oh ye, dari atas ni juga kami nampak Tasik Timah Tasoh, tak sampai lagi pun tak ngapelah ye, hihihi. 

Pengunjung tempatan | dewasa - RM2, 18 tahun ke bawah - RM1
Pengunjung luar negara | dewasa - RM5, 18 tahun ke bawah - RM2
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah & OKU - Percuma



So naik kereta kami decide jalan terus tengok apa disebalik Wang Kelian point, speechless cantik sangat view turun ke kawasan belah belakang tu, jalan ke sempadan Thailand, view kat sini pun cantik sangat. Kami ronda rapat sampai ke pintu masuk Thailand then patah balik, terus ke Jambatan Pelangi, sekali tengok orang bersusun atas jambatan tunggu sunset. Lahh, kami ingatkan takde orang kat Perlis, yelah atas Jalan boleh kira kereta yang bergerak sepanjang kami kesitu kesini, rupanya ramai nohh. 


Terus cancel niat nak naik tengok jambatan Tengku Syed Putra(jambatan Warna warni) kami terus cari tempat untuk dinner terus nanti, so google tempat makan berdekatan Umar Seafood ni macam best juga. So decide terus kesana, sebab dah hampir lewat petang dalam 6 lebih dah masa tu, so sampai tu baru kami tahu Kg Warna Warni tu berdekatan satu Jalan ajenya dengan Umar Seafood ni, memandangkan masih cerah kami pusing sekitar, nak naik beca keliling Kg Warna Warni orang dah kalut nak masuk waktu maghrib dah, so kami terus je masuk kampung hingga jumpa hujung kampung dan jumpa pantai, wahhh tak sangka betul unplanned version ni, hahaha. Cantik teruk view petang kat sini, nama tempat ni Kg Pulau Ketam, betul-betul view pantai dan sawah sebelah menyebelah. Cantik sangat. Berjujuk kedai makan petang kat sini, jem boleh tahan, tak ku tahulah pula tempat ni. Tapi view petang kat sini cantik sangat, tak tahu nak terang macam mana, best sangat, memang terus dapat feeling childhood moment masa pandang panorama sekeliling tu. Memang tak boleh move on ye, breathtaking view gituu, dengan laut dan bukit, tepi pula sawah, bercombo-combo gitu kebahagiaan. Orang lain mungkin nampak kotor sebab banyak sampah delay area air surut dan sampah banyak sangkut dekat batu-batu dan pokok bakau, tapi ku nampak view sunset cantik sangat kat sini. 









Puas hati juga walau singgah sekejap aje, next time kena singgah lagi, lepak minum makan petang sekali, insyaallah. Lepas tu kami gerak terus ke Umar seafood dari pantai Pulau Ketam tu untuk makan malam. Seafood pastinya kalau dah datang Kuala ni, jadi menu malam kami ikan, udang, ketam wajib masuk, nasi tolak tepi dulu. Sampai kat Umar Seafood kami sempat lepak tepi sungai, rupanya dari sini kami boleh nampak juga jambatan Tengku Syed tu, kihkih. So alhamdulillah dapat juga view sunset dari different side. Makan malam kami pun alhamdulillah puas hati, sedap, fresh dan mengenyangkan. Tepat sangat dah kami pilih Umar seafood ni dan costing kami makan kat sini dalam RM220. 



Balik dari Umar seafood sempat lagi menyinggah untuk tapau kopi, habis RM50 kat Hannah Cookies sekali dengan dessert, hahaha. Kata nak kopi aje, cenggitu aje digula-gulakan kita orang perempuan ni, cantik sangat cafenya, tak boleh nak lepak-lepak dah sebab semua dah fikir katil bantal, nak bersihkan diri. Sampai bilik kami selesaikan apa yang patut dan rehat untuk next day jalan-jalan makan angin. Penat tak sedar apa dah semua tidur, bangun pula awal pagi nak tengok matahari naik, kat sini memang cepat cerah cuaca ye. Pagi-pagi mengadap sawah menghijau memang lain macam moodnya. 




So hari kedua kami checkout untuk cari breakfast tepi bendang, tapi entah macammana maps baca peta punya jauhnya pusing masuk sawah, kami dah gigil sebab jalan sawah sempit takutnya berselisih dengan kereta lain, macam mana nak undur, nak pergi side tepi pun tak lepas, alhamdulillah sampai juga kedai pagi, ingatkan dapat view sawah, rupanya laluan aje sawahnya, kedai kat dalam kampung. Tapi menu, makanan semua sedap, penuh teruk kedainya sampai kena tungu turn nak dapat meja makan, memang dah turn off masa tengok orang ramai, tapi dah sampai tunggu ajelah, cemtulah pilih tempat famous gak, kihkih. Order roti canai sarang burung, kopi, nasi lemak, bihun sup, kuihmuih banyak lagi menu lain, tapi perut ada satu ja, so order apa yang patut. Cost makan kat sini RM80. 


Lepas makan hujan turun dengan lebatnya, kami dah blurr, hilang idea nak singgah Tasik Timah Tasoh sebab hujan, jadi kami teruskan perjalanan cari satu tempat yang boleh kami singgah sebelum bertolak balik, jumpa Superfruit Valley kat area Chuping, actually first plan nak tengok bunga kembang masa awal pagi kat Chuping tapi masa check out tu dah nampak macam nak hujan kami terus pi breakfast dulu. So dah alang-alang sampai Superfruit valley kami singgah ambil gambar sekali dekat ladang Kenaf. Tak tahu apa yang ada kat Superfruit Valley ni, tapi pergi jelah, tertulis rupanya ni antara port favorite kami, sebab dapat buah tin fresh dari ladang kat sini, buah tin besar-besar gabak ye kat sini, the owner bagitahu buah tin kat Grocer Jaya tu ladang ni yang supply, uuuu. Memang puas hati betullah kami singgah sini, dapat pula knowledge owner bawak pusing ladang buah tin, buah Superfruit, buah Berry, sini cara tanaman fully organic, tengok macam tak terurus ladangnya sebab tak guna racun ye, semua pokok-pokok liar ada function masing-masing. Amazing betullah dengar cerita ownernya. Banyak juga product yang venture dengan MARDI kat sini. Sempat jugalah borong buah tin, kombucha, dan end product dari ladang yang dikomersialkan. Habis RM180 kat sini sekali membeli. Masuk memang free aje, bab tapaunya tak free, hehehe. Souvenirs macam ni berbaloi, kihkihh. Masuk perut. 





Habis kat Superfruit nak balik tu singgah mengopi kat KupiKahfi @ Bukit Tau Adventure Park. Nak ke suasana gitu, kat tempat lain payah nak jumpa makan dalam gua, kalau kat Perak ada juga makan dalam gua tapi T20 punya gayalah kat Banjaran tu, dewasa aje  boleh masuknya, so kat sini anak-anak boleh masuk gua, kita angkut mai, makan minum view dalam gua, hahaha. Habis hampir 80lebih juga kat sini. Ngopi punya pasal. Siap ngopi kami bertolak balik dan masih terbawa-bawa dengan 'Pelis Indera Kayangan', patutlah ada Kayangan tu, memang terbawa-bawa dia vibes 'kayangan' tu, teringat-teringat. Repeat please. 


Simple Itinerary Perlis 2Day 1 night:-

Day 1: 
-Suri Masakan Melayu Asli 
-Masjid Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar
-Kejora Homestay
-Wang Kelian Viewpoint
-Jambatan Tengku Syed
-Pantai Pulau Ketam
-Kg Warna Warni
-Umar Seafood

Day 2
-Warung Kopi Ali
-Ladang Kenaf Chuping Perlis 
-Superfruit Valley
-Kupi Kami

Total cost burn (roughly) termasuk minyak, touch & go, jajan : +- RM1500


Xoxo
Perthlis dihatiku