Idea

1.17.2025

Beberapa hari ni ku pulun baca tulisan ku sendiri, tersenyum-senyum macam manalah boleh idea tulis bukan bukan, ada ye yang takde keje mengadap blog sendiri, macam tak percaya apa yang dia dah tulis, dakulah tu, hahaha. Even Instagram ku buat khas untuk diriku sendiri, scroll, repeat, scroll again and repeat, begitu juga blog ni, dah kalau buat untuk diri sendiri, private jelah, lahh sukahati lah kan. Ada somepart ku private, somepart ku share, sebab memang nak share. Sebab apa? Sebab saja, share exciting, something to ponder etc. dan yelah tak semua pendapat kita sama. Ku memang suka baca random though from anyone, either annoying, lawak, sedih, kejam, seram dan menakutkan, mixed feeling ya baca random though from stranger, the most, i raikan saja pendapat masing-masing, yang ku tak dapat brain dan negative vibes terus ku hide. Nak bash, maki hamun, depend masing-masing. Bagiku buat apa nak drain energy, everyone though ada sempadan ada pelajaran. Too much thing different sebagaimana uniknya cap jari masing-masing, even nampak sama tetap tak sama kan?.


Throwback wujudnya blog ni pun kes stress masa sambung Master, sebab alone decicion, takde partner yang dah kukenal, semua new thing, new place. Rasa alone tu bukan tu bukan takat feeling, tapi bab makan sensorang kat cafe, pergi kelas sensorang naik bus, perghhh, best betul masa tu, tapi takde kawan nak meluah, bila masuk rumah sewa baru jumpa kawan sekepala even lain-lain course.Itu yang kadang rasa bermacam feeling jumpa blog ni buat luahan perasaan, baca balik berdekah baca feeling masa nak mendewasa dulukala. Fikir pun dah tak ingat scene apa yang buat sedih, excited, kecewa, benci dan sebagainya. Dah kahwin terus hilang mood menulis, until setiap kali beranak je belog ni hidup. Apapun ku syukur sangat masa awal-awal bergelar seorang mak kucatatkan segalanya, sebab go through upside down as mother dan pahit getir tercatat sini dan ada somepart memang dah ku lupa feeling, scene macam mana, so my blog saved it. Pedih dan pahit tu rasa manis pula mengenangkan kenangan yang tak boleh diulang.


Pepagi jumaat dah sentimental, kesnya macam tersedar dek mimpi anak sulung nak ambil sijil tamat sekolah rendah dah. Cepat masa berlalu, bila kita beranak kecil ramai cakap, bila dah besar lega dahlah mak-mak sebab tak sibuk cara tukar lampin, basuh berak, buat susu, layan tantrum dan sebagainya. Tapi anak dah besar lain pula cabarannya ye, masuk remaja, like us gone through, cuma beralih ke posisi sebagai mak ayah pula, tak mudah ye. Anak berubah suara pun bermacam dah nasihat dan ingatan untuk anak preparation untuk diri tempuh the high peak emotion and energy, ku doa yang baik-baik sajalah moga anakku boleh adapt the changes. Different culture, different relationship behaviour, moga pasak-pasak yang mereka belajar dapat mereka amal. 

pic source: engagedly.com


So bila dah masuk umur macam ni ku kadang tak tahu nak menulis pasal apa, nak share resepi sekarang malas memasak, repeat menu sama aje kalau masuk dapur, nak share rutin skincare paling pemalas nak cara ke wajah ingat tak ingat je, muka acik-acik dah pun rasa tak best share benda kita tak buat. Nak share pasal anak pun depa tak berapa suka mak-mak bercerita pasal depa, nak cerita pasal daku sendiri pun takde progress nak diceritakan. So folllow the flow, ikut dan datang ilham sajalah apa yang tercatat. Zaman sekarang ralit tengok short video, tak kata orang, ku pun ralit sama mengadap, tu kalau ikut rasa je memang tak kerja buat apa pun seharian, lepas tu merentan bila laki balik kerja tanya buat apa je kat rumah sehari-hari, kihkih. Soalan ni bukan orang baru kahwin je rentan, yang dah lama kahwin pun boleh menusuk jiwa raga sekali dapat pertanyaan macam tu, hahahaha.


xoxo
best me time-writing