Draft

1.10.2025

Baru semangat nak menaip, terclick draft hilang mood haku pepagi hari ni, tengok nombor pun rasa nak marah, apapun pagi jumaat ni kulantunkan DOA yang baik-baik, sabar ni ada ganjaran, nak hadap yang hilangkan sabar tu Allah ja tahu. Kita nikmat yang masih ada, rasa, syukuri, tak tahu bila Allah nak uji kita semua. Hari jumaat ni banyakkan zikir istighfar dan jangan tinggal Al-kahfi. 



Apapun realiti yang kita dok tengok, baca ni pun ujian untuk kita. Ada pelajaran dan pengajaran berharga. Ku tak tunggu ending pun dah tahu macam mana, sebab benda ni berlaku disekeliling kita, beza kita tak popular, teruk lagi pun ada ye. Sepanjangku hidup banyak dah pengalaman sendiri dan melihat dengan mata kepalaku kepelbagaian masalah, masalah mak pilih kasih sampai bergaduh adik beradik, masalah adik beradik berebut harta, masalah rumahtangga lelaki biawak hidup, masalah rumahtangga lelaki kaki dadah, masalah mak mulut tak cantik asyik mengata orang, masalah nenek pilih kasih kat cucu, masalah menantu benci mak mertua, dan banyak lagi masalah yang berlaku sekeliling daku je sepanjang membesar, even masalah paling teruk sampai tak masuk akal pun. Tapi ubat semua masalah tu ku perhati dan alami, ubatnya adalah sabar dan diam. Itu sajalah ubat terbaik yang kuperhatikan. Yang jahat, zalim memang pasti dapat balasan, depan mata je semua ku perati mendapat hasil balasan masing-masing, adan muka. Dan semua terbalas manis dan menjadi pelajaran untukku. Ingat orang teraniaya ada senjata paling padu, doa ketika dizalimi, dianiaya, serah pengadilan total kat Allah, pasti dan yakin ye, Allah balas, malah lagi kejam dari apa yang depa buat. Ku cuba praktikkan tahap sesabar itu. Insyaallah. 


Cerita Korea yang doktor ngan lagi biawak hidup tu, apebenda cerita namanya dah lupa, sebijik ye berlaku. Tengok dah sakit hati, berlaku depan mata lagilah tak boleh brain camne sakit hati tu. Itulah ujian kadang menyakitkan, melelahkan, tapi balasan sabar ni lain macam ye perginya. Moga Allah angkat darjat orang-orang bersabar kat dunia, apatah lagi kat akhirat kelak. Kita semua ada masalah hidup termasuk daku, cuma yang berlaku keliling kita letakkan rasa empati. 


Daku kalau rasa sesak dada, gelisah,  tak pun tetiba terbang segala list yang menimbun yang buat jantung berdengup kencang, memang pergi cari al-quran, malas baca sekalipun ku peluk kemas sambil baca DOA je. Antara doa yang ku baca


"Ya Allah besarkan kecintaanku kepada Al-Quran, jadikanlah Al-Quran sebagai cahaya penglihatanku, sebagai penawar dadaku, sebagai pengusir kesedihan dan kegelisahanku. Ya Allah hiasilah lidahku dengannya, baguskan wajahku dengannya, kuatkan jasadku dengannya, beratkan timbangan kebajikanku dengannya, berikan aku rezeki kemampuan membacanya dengan baik dan benar, anugerahkan kekuatan kepadaku untuk menjalankan ketaatanku kepada-Mu sepanjang siang dan malam dan himpunkan aku dengan Baginda Nabi s.a.w. dan keluarganya yang terpilih. Ya Allah Engkau jadikan Al-Quran yang agung itu sebagai bunga hatiku, cahaya penglihatanku. Lenyapkan dukacitaku, hilangkan susah hatiku dan kemurunganku, dan jadikan Al-Quran memimpin aku kepada-Mu dan kepada syurga Jannatunaim dan rahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "



Xoxo, 
Berpatah arang, berkerat rotan.