Bila dah tua kertu ni, benda paling malas nak ambik cara bahagian mukalah. Tapi nak tak nak, kena amik cara jugaklah bila makin ramai yang tegur, nampak gaya teruk bebenor dah tu agaknya, wakaka. Nak mencuci muka tu dah rasa banyak habiskan masa, tak sempat menyempat. Rasa last cuci muka lepas kahwin sebelum dapat anak. Dapat anak terus lupa part muka sendiri, basuh berak anak lebih penting dari basuh dan sental muka sendiri. Ni anak-anak dah besar, baru teringat kat kulit muka sendiri, selama ni entah pergi mana semua. Tapi untungnya bila dah berlalu usia remaja, semua jerawat gone terus.
First time naik jerawat dulu Ika memang gelabah. Rasa teruk sangat, rasa sakit hati tengok bintil-bintil kecil kat muka, frust. Ini dengan bernanah, bintil-bintil kecil kat dahi pipi. Hobi masa tu tak lain picit jerawat even tahu benda tu buat muka lagi worst sebab akan timbul tempat lain plak, apa boleh buat bila dah syok dengan aktiviti tu timbul lagi aktiviti lagi advance iaitu picit bintik hitam dan putih kat muka. Makan masa berjam-jam bab ni, uii syokk, kadang-kadang waktu orang dok prep kita dok syok gosok muka bagi bintik putih hitam tu keluar, puas hati tengok daki berterabur. Korang jangan tak mengaku, mesti pernah buat jugakkan?
Paling tak tahan ada cuba petua tradisional kononnya, yang ni kes curi baca majalah mak, petua sapu tomato, serbuk kayu manis, pernah try. Serik seumur hidup hahha, kes jerawat makin teruk, dan muka jadi panas cam terbakar. Sudahnya parut jerawat tu still ada berbekas kat kulit muka. Masa tu trend kulit putih belum popular, yang tahu masa tu nak kulit licin. So memang kerapla iols tukar pencuci muka, nampak kawan pakai yang tu ok, tukar tu, yang ini. Last-last semua sendu je, tak jumpa lagi masa tu yang sesuai dengan kulit. Paling tak menahan pernah jugak terguna krim timbang kilo sebab nak flawless, tapi tak tahu tu krim timbang kilo. Zaman dulu kan murah-murah je skincare, bawah RM5-RM10 dah dapat setiub pencuci muka. Tu yang galak dok main tukar-tukar.
Tambah kulit berminyak teruk masa tu, jumpa geng tak sah kena tanya "tak buat goreng ikan ke minyak kat muka tu?". Lama jugalah nak jumpa pencuci muka yang serasi. Masuk matrikulasi baru pandai sikit cari skincare. Jumpa skincare Neutrogena, 5 tahun setia sebab berkesan sangat dari muka berjerawat terus licin flawless. Masa tu kerja belek muka je, rajin nohh. Lepas kahwin terus stop, tak sempat sental muka. Sampai sekarang togel je muka tanpa skincare. Lepas kahwin tak dan nak cuci muka, sebab rutin hidup kacau bilau time tu, memang bab belek muka tak masuk list langsung sebab tak menyempat.
Sedar-sedar dah masuk pertengahan umur 30 dah, cepatnya masa berlalu, baru sempat tengok diri sendiri kat cermin. Dalam banyak-banyak skincare memang youth skincare Shaklee in one set Ika aim untuk guna. So, YOUTHskincare ni datang tepat waktunya, so sedang elok anniversary kahwin, dapat grab one set dengan harga promo exclude serumlah. Ni pun jenuh nak konsisten kes dah lama tinggal bab rutin penjagaan kulit muka, kesian dak? Wakaka. Dah hampir 5 bulan guna Youth Skincare ni memang jimatlah sebab tak perlu banyak guna in one time. Setakat ni puas hati sebab memang nampak improving bab kulit yang oily dan teruk bab bintik-bintik hitam dan putih, berdebu sangat muka. Almaklum walaupun kerja homemaker, bahang panas api dapur akan bagi kesan juga kat kulit muka. Karang nak bagitahu cukup dengan wudhu je muka iols ni, too cliché sangatkan. Tampor kang. Salah satu kesyukuran, Ika bukan make up person, banyak jugak lah boleh save situ, tapi banyak habis tang lain plak, wakaka. Biasalah hidup pasti ada Pro kontra kan. Whatever bersyukur selalu, insyaallah amin.
Hilang fokus jap, ingat nak fokus menulis kat belog je, tapi memandangkan isu panas sekarang tak boleh buat diam, at least kasi educated masyarakat yang dah di basuh otaknya bukan perkara mudah nak betulkan. Alangkan bab agama boleh dibuat main dah sekarang akibat kejahilan masyarakat, tak pelik lah akhir zaman terpecah ke 73golongan. Memang jarum pecah dan perintah mainan orang kuffar memecah belah kan masyarakat terutama yang islam sedang berjalan.
Selemah-lemah iman tegur dan benci dalam hati je, takleh la Ika ni kadang ada peel rebel jugak, nak tak nak guna medium yang ada untuk kasi masyarakat guna akal fikiran. Sekarang ni yang pasti semua orang dah hilang Common senses, logik akal. Sedih tak sedih benda Allah khabarkan dalam Al quran. Apapun buatlah ikut kemampuan masing-masing, yang penting kita dah berlepas diri in some part issues. Tak ku kisah di benci orang, jangan di benci Allah sudah. Hidup menumpang kat bumi Allah ni kena banyak sedar diri.
So ceritanya banyak lagi draft bersusun nak karang, nak karang cerita kena ada mood gak, kihkih. Kind of terapi gak sebenarnya bab menulis ni terutama untuk introvert macam iols ni. Introvert ni memang ada special kinds tersendiri, termasuk me time. Kadang Ika guna me time dengan menulis tanpa di ganggu anak-anak, suami mengasuh. Idea dan cerita ni bergunung ganang dalam kepala tunggu pena jari je bergerak, kihkih. Moga ada mood untuk terus mengarang soon, walaupun cerita 2020, lantak lah asal boleh pulun menulis, wakakka.
Unplanned version naik Cameron entah hape-hape je peel laki bini. Sesudah habis family day untuk Taman, setengah hari bersama jiran tetangga bermandi kolam, anak-anak habis sunburn, siap makan tengahari dan Majlis bersurai, suami tanya ada nak pergi mana-mana tak? Ku cakap tak tahu, balik jelah rumah. Suami balas awal plak nak balik rumah, Jom kita gerak dulu ke mana-mana. Dari Kampar masuk Tapah suami amik jalan ke Tol Tapah, ingatkan nak pergi melepak dekat R&R Tapah, rupanya dia naik direct nak pergi Cameron.
Masa tu dah lewat petang hampir pukul 5 pun, biar betik lakiku ni. Sekali memang betullah, singgah solat kat masjid dan terus gerak naik. Anak-anak memang tidur tak sedar diri lah aktiviti mandi sepagi kat kolam buat semua keletihan. Naik sampai Tanah Rata sambil cari hotel kosong. Dok bincang nak duduk Tanah Rata atau Brinchang. Kalau nak pergi Kea Farm kena lah duduk kat Brinchang. Kea Farm tu macam tempat tak boleh kalau tak singgah, ye dak? Nak jugak singgah walau sekejap, barulah betul naik Cameron Highlands, tak lengkap giteww.
Kebetulanlah orang-orang dari Kelantan pun naik sama, memang agak padat jugaklah even musim berkurung pun. Cari punya cari Hotel Corptone ada kekosongan, so on sajalah, asal ada tempat tidur. Terlupa plak kami anak-beranak tak bawa baju lebih, nak tak nak kena beli baju tidur dan basuh kat dobi baju yang di pakai masa tu, kerja unplanned punya pasal suami, tak pasal-pasal habis duit beli baju plak. Ni orang kata takde pasal cari pasal, wakaka.
So dah check in, kami directly ke Shopping mall dekat area Nova Hotel borong baju kat situ je. Siap borong terus makan malam kat gerai dalam pasar depan hotel Nova. Siap makan sambil cari dobi berdekatan. Teruslah kami checkin siapkan anak-anak mandi, solat, relax dan suami keluar settlekan baju dobi.
Dalam banyak-banyak Hotel kat Cameron, Hotel Corptone ni antara Hotel yang kami nak duduk sebab katanya Hotel yang strategic sebab time ramai orang, senang nak pergi pasar Kea Farm tak perlu beratur kat jalan, boleh jalan kaki je sana. Ooh rupanya cadangan tu hanya sesuai untuk yang bujang-bujang dan berkeluarga takde anak kecik lah kot. Kami first time check-in sini menyesal tak sudah pasalnya kena menapak anak tangga tiga tingkat dengan 5 ketul anak-anak. Jenuh oii nak pegang barang lagi, nak pantau anak lagi, memang pertama dan terakhir kali lah kami stay sini, takleh masuk list pasal takde lif, wakaka. Semput nak sampai ke bilik.
Apapun kelengkapan dan luas bilik hotel ni kira selesa lah, barang basic pun lengkap, yang penting kat sini balkoni luas sikit, anak-anak bebas layan main sambil menikmati sejuk pagi hawa dingin. Harga penginapan pun murah je, kalau lepas ni dah boleh bebas ke sana ke mari, hotel ni memang offer murah, korang grablah offer. Untuk Ika bolehlah kasi 3bintang. Kalau diberi option maybe ada yang lebih ok. Just teringin check in kat Tiny Boutique Taman Sedia je sekarang, asyik penuh je. Hope ada rezeki lah pasni nak merasa menginap kat situ. Kes merasa makan pizza kat situ pun ye, biasalah benda viral, terikut-ikut, wakaka.
Kesan dari virus koronah ni, ramai ibu-ibu update terpaksa kena ceaser. Malas nak cakap lelebih pasal ni, tapi kesian sangat baca luahan ibu-ibu yang tak expect kena ceaser dimusim ni, ramai mental breakdown hasil dari pembedahan mengejut, anak dipisahkan selepas kelahiran. Sedih sangat realiti hari ni, apapun dah sistem dan prosedur sebegitu, kita rakyat marhaen nak tak nak kena hadap juga. Apapun Ika pernah merasa ceaser, memang teruk kesan postpartum lepas ceaser ni, tapi insyaallah kalau kita ada ilmu pasti sedikit sebanyak bantu kita lalui semua tu dengan tenang. So Ika share sedikit tips untuk mommy yang bakal ceaser dan lalui tempoh berpantang dengan ceaser dimusim ni. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan mommy semua. Amin.
Banyaknya luahan mommy yang jalani pembedahan/ceaser untuk kelahiran anak ada yang luka merah, berair, bernanah, terbuka balik. Ika nak share pengalaman dan tips yang cepat sembuhkan luka pembedahan. Actually Ika pun tak pernah terbayang dalam fikiran yang Ika kena lahirkan anak secara pembedahan. Apapun Ika anggap itu pun satu rezeki. Dalam seminggu duduk wad tu sempatlah belek-belek buku dan bacalah juga komplikasi yang kebanyakan ibu-ibu hamil bila bersalin termasuk tengok jugak gambar mommy kena ceaser.
Seriauu nengoknya tak sangka seminggu lepas tu, betul-betul kena toreh. So mommy yang dah lalui siri pembedahan beberapa kali pun, tetap juga kena berjaga-jaga dan sentiasa ambil tahu apa yang bakal ketika alami selepas pembedahan, sebab pengalaman setiap kali bersalin tentu berbeza walaupun dengan cara sama.
Ini antara tips yang Ika amalkan untuk hadapi sebelum dan selepas pembedahan bersalin:-
1. Antara yang Ika teliti, sebelum turun ke hospital untuk ke labor room dan seterusnya masuk ke emergency operate room, Ika makan secukupnya.
Sebab balik je dari Hospital KL sampai rumah mak ayah tengah malam, pagi esok tu kena segera ke HUSM. So, mak sediakan nasi lauk hati lembu goreng, 2 biji telur masak separuh, 7 biji kurma, air zam-zam.
Mak cakap kena standbylah kot kena paksa beranak ke hape, at least ada tenaga nak lalui proses bersalin.
Alhamdulillah, nasib baik ada selera, semua licin ku telan. Maknanya nak beranak ni, mommy kena cukup nutrisi untuk bagi tenaga kat badan. Sebab bila sedar dari pembedahan memang tak boleh makan terus, meloya akibat kesan bius.
2. Biasa hari kedua atau ketiga selepas tiub air kencing dibuang, nak tak nak kena bangunlah. Takkan nak kencing atas katil weii. So masa ni kena belajar struggle lawan rasa sakit.
Cuba naikkan sikit tempat baring, dan tongkatkan lengan dan siku untuk turunkan kaki ke bawah, pijak lantai. Masa ni iols menangis tak berlagu, nak turun duduk atas wheelchair je pun, rasa macam kena jalan 500meter kekdahnya.
So kalau dah berjaya bangun kali pertama tu kira syabaslah, insyaallah kali kedua dan ketiga lebih mudah. Yang penting KENA RAJIN BERGERAK selepas hari ketiga dan seterusnya selepas pembedahan.
3. LAP KERING ATAU ANGINKAN TEMPAT LUKA. Biasa mak-mak ceaser takut nak mandi, takut kena luka. Ika balun je mandi sebab dah tanya doktor boleh mandi tak. Doktor cakap boleh, sebab dia dah sembur dengan something yang waterproof kat luka. So kena air pun takde masalah.
Kena lap biar betul-betul kering dan bila berpeluh ke apa cepat-cepat keringkan balik. Atau biarkan kawasan luka tu dibiar terbuka kena angin. Aishh kalau kat rumah, bilik sendiri bolehlah buat cemni, kalau duduk kat rumah ruang terbuka, rumah mak mertua jangan dibuat, heheh.
4. ELAK BATUK, KETAWA BERLEBIHAN. BERSIN KENA/WAJIB PEGANG TEMPAT LUKA. Ni doktor sendiri pesan, mulanya bunyi cam kelakar, tapi bila kau balik dan kakak kau buat lawak dan kau nak tergelak, haa macam nak terburai isi perut.
Oo, patutlah doktor pesan macam tu. Bersin pun kena sopan santun, kalau tak mahunya terbukak balik tempat jahit, huuu. Seramm.
5. Balik rumah, nak mandi, membuang, menyusu anak satu kesukaran yang lain plak tambah plak kalau mommy sembelit. Alhamdulillah, doktor dah pesan awal-awal kena KERAP MINUM AIR.
Sebab apa? Sebab badan kita memang perlukan air yang cukup untuk lancarkan prngaliran darah, dan cegah sembelit.
6. Masa ni Ika tak tahu sangat kebaikan dan manfaat penuh minyak ikan. Yang Ika tahu minyak ikan ni sangat baik untuk bayi pramatang, untuk naikkan berat badannya.
So lepas kelahiran anak, balik rumah tu memang Ika AMALKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN. Tak sangka rupanya minyak ikan ni memang baik untuk luka, sebab ianya bersifat anti-radang dan dapat cegah pembentukan darah beku.
7. Doktor pesan kat Ika ambil vitamin C dan makan oren sunkist atau buah-buahan yang bersumberkan vitamin C. Masa tu sebab tak kenal Shaklee lagi Ika just beli kat farmasi je sama dengan minyak ikan. Seingatnya brand 21-st Century yang 1000mg tu Ika telan, 2 bijik plak tu ku telan setiap hari. Masyaallah, nasib takde apa-apa jadik overdose ke hape, sebab situ tulis ambil 1-2 dose. Maka kutelan dua terus.
Alhamdulillah memang betullah vitamin C bantu luka luar dalam dengan sekata dan cepat. Within two weeks Ika dah boleh jalan macam biasa sebab hari-hari bergerak berjalan ke NICU. Dalam tak sedar pergerakan yang kerap tu bantu sangat luka cepat sembuh. ELAK AMBIL PATI GAMAT/HARUAN dalam tempoh dua ke tiga bulan pembedahan.
8. MAKAN MENU LENGKAP. Serius, masa Ika berpantang ceaser ni, heaven sangat aihh bab makan, takde pantang-pantang.
Hari kedua balik rumah mak hidang makan daging ayam ikan apa semua, cuma ikan tu mak pilihlah elak yang buat gatal kat luka. So bila sumber protein cukup, sumber sayur pun mak sediakan, Ika memang bertenaga masa berpantang bedah.
Sembelit tu jarang-jarang adalah sekali dua jadi. Lagi heaven tak berbengkung, tak berurut, tungku pun ikut sedap je time rajin ku buat. Tapi mendapatlah lepas tu, ekekek.
9. Redha dan bersyukur. Kadang apa yang kita lalui kita kesal dan asyiklah dok persoal diri kenapa kena bersalin ikut tingkap. Korang takyahlah sesakkan fikiran uols dengan benda berfaedah ni.
Redha dan bersyukur kita selamat melahirkan anak, ibu selamat anak selamat. So fokus kita untuk diri sendiri dan anak je. Jangan sibukkan kepala dengan makcik bawang. Kang tak pasal kita termenung tak habis-habis. Insyaallah bila fikiran dan diri kita gembira, kita hargai diri sendiri.
Enjoy moment pantang ye mommy. So itu jelah pengalaman dan tips ceaser dari Ika. Lain orang lain pengalamannya. Maybe ada yang lebih kurang sama atau berbeza, it's ok, ambil yang bermanfaat saja untuk ikutan.
So, good luck for mommy yang bakal berjuang dilabour room ok. Moga Allah permudahkan semua urusan mommy❤️.
Ahh, time macam ni teringat kesedapan Kek Viral Pak Tam Cameron Highlands, memang sedap kek spannya. Masa naik dengan mertua dok mencari jugakla dekat area Kea Farm, kami tak perasan plak kedainya betul-betul kat area depan dekat dengan guard. So nasib baik mak mertua beli lebih, dapatlah merasa. Kali ketiga kami naik Cameron untuk tahun 2020,sempatlah singgah mencari dan borong Kek Viral Pak Tam sebelum turun ikut Tapah. Best flavor tentulah yang strawberry dan kedua best coklat. Memang berbaloi kot naik Cameron borong Kek pak Tam, sedap okay.
Recommend semua flavor, kalau peminat dessert tengok kek pak Tam memang royan nak try semua jenis flavor,kihkih. So bersempena kena kurung ni, adoii mengidam uiii nak makan kek Pak Tam, entah bila boleh rentas negeri. Even gunung Cameron Highlands tu belakang rumah aje, tak lepas oii nak panjat. Rindu nak menjejak sana, tempat paling digemari diusia kini, entah apa special tak tahu, tapi wajib repeat every year beberapa kali naik Cameron Highlands.
Penangan PKP,P, B,D semua tempat pelancongan memang terkesan teruk lah, tapi dah namanya great reset nak tak nak kena capailah jugak walaupun semua bisnes lingkup. Apapun just rindu scene menghijau gunung ganang, dan kesejukan hawa dingin udara segar atas gunung. Sambil makan kek pak Tam, uihh, feeling betul layan. Yang dok KL selangor lagilah kesian dah berzaman kena kurung, apapun kita doa jelah baik-baik even ke depan nanti macam takde harapan dah nak balik ke normal, tapi rancangan Allah pasti jua yang terbaik. Syukur at least kami tetiap hari hidup bebas macam biasa, anak-anak keluar main macam biasa, keluar beli barang macam biasa, dan hidup macam manusia normal, tu pun dah satu kesyukuran teramat besar. So harap-harap dapat rentas negeri nanti dapatlah merasa Kek Pak Tam lagi hendaknya, nak buat sendiri kek-kek ni memang bukan bakatlah, nak buat pun malas, rela makan yang beli lagi daku ni. Baru-baru ni mengidam teruk nak makan kek Lumut, nak order pun takde manusia lain yang buat, so nak tak nak kena kacau sendiri, 7 tahun sekali buat kek lumut ni, memang sekali hadap je dengan anak-anak makan kek lumut. Apapun kek pak Tam tetap dalam idaman, adoii teruk bebenor dah ni ngidamnya, wakaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)




Top Social