Sandwich Campur Masa Outing Zaman Sekolah

11.20.2020

PKPB ni acara paling meriah adalah acara masuk keluar dapur, betul tak? Bab makan tak pernah putus, bila anak makin membesar ni tong beras makin tinggi demandnya. Dok asrama lagilah cepat rasa lapar, lapar je manjang, selera bukan main tinggi tambah ada member sama naik bab makan. Teringat plak masa masuk asrama dulu, sedih tak terkata bila mak ayah decide untuk masukkan Ika ke sekolah berasrama dulu. Punyalah mak ayah nak pujuk, setiap minggu mak ayah datang jenguk kat asrama bertanya khabar. Alhamdulillah, sekarang rasa bertuah sangat diri sebab keputusan mak ayah dulu, kalau tak, takdelah diri Ika yang macam sekarang ni.


Antara makanan yang mak suka bawa bila datang jenguk anaknya nih, adalah sandwich. Baru-baru ni ada kawan sekolah tanya macam mana buat sandwich yang macam mak Ika buat dulu, dia masih teringat-ingat akan kesedapan sandwich tu. Ika lupa plak sandwich yang macam mana, maklumlerr banyak urat terjejas kes bersalin, so bila recall balik ingatan dengan bantuan minyak ikan dan lecithin berterusan, alhamdulillah terus rewired dan ingat balik.


Oh! Sandwich ni rupanya yang mak dok bawak dulu datang makan sesama dengan kawan-kawan yang lain. So pagi ni Ika share sandwich version mak suka buat dulu.


Mudah je bahannya:-
Roti sandwich(Ika guna gardenia
Sardin Mackerel
2 biji telur yang direbus
Mayonis
Planta untuk sapuan roti(ikut kesukaan masing-masing)
Sedikit lada hitam dan garam
Tomato
Timun batang






Selamat mencuba, hujung minggu ni boleh buat, hehe. Biasa kalau ada sandwich Ika buat menu berat sekali nasi lemak ke, bihun atau mee goreng ke, tengahari makan light-light je sebab pagi dah kenyang macam hape dah, Kiki. 

Komen dah Selawat Ke Belum Hari ni?

11.18.2020

Kalau anda perasan dalam setiap komen dan IG, Twitter atau hot post orang membawang, atau isu apa pun, ada terselit komen ni, adakah anda sudah berselawat hari ni? Jom kita berselawat sambil bait-bait selawat tertera di komen. Nampak kelakar dan a bit annoying tapi Ika salute buat orang yang gigih di setiap komen dia copy paste benda ni. Bagi Ika ini adalah orang yang mencari peluang untuk mendapat saham pahala berantai selagi mana post tu wujud, dikala orang lain mencaci maki, mengata, memfitnah di komen tersebut dia dalam tak sedar berbuat dakwah.
Nampak takde apa, tapi komen sebegini mampu menjentik hati manusia yang beringat-ingat dari melakukan perkara mazmumah. Walaupun baca saja-saja komen tu, tak pasal-pasal hati berselawat on the spot. Simple kan cara dakwah sebegitu, saham pun dapat sama. Kadang kita tak perlu harsh pun dakwah dan educate orang, kalau anda suka cara yang kasar, tak sopan, untuk educated orang silakan follow, tapi jangan sama kan diri dengan orang lain yang mungkin tak suka cara sebegitu. Kedegilan orang bukan tiket untuk kita menghambur orang sesuka hati atas tiket "demi". Apapun hidup ni kan pilihan, jika kita tak suka orang memilih dan mengatur hidup kita bagaimana dan macam mana, begitulah juga orang lain. So jangan sesekali samakan orang dengan kita atau sebaliknya. 

Begitulah juga bab dakwah ni, apapun Sempena Hari Maulidur Rasul marilah kita sama-sama berselawat kerana di akhirat kelak syafaat Nabi Muhammad s.a.w yang kita perlukan. Jangan hari ini kita memperlekehkan, meninggalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tanpa malu segan kita meminta pertolongan Baginda nanti. Seiringlah perbuatan dan amalan kita moga mendapat ganjaran disana nanti, jangan tunggu hari istimewa sebegini baru kita berselawat, selawat lah setiap hari, setiap masa yang kita ingat kerana Nabi Muhammad s.a.w mencintai umatnya yang berselawat kepadanya.


Sekarang ni kalau tengok sekeliling dengan mata hati kita memang dah tak buat sunnah Nabi dah, malah di promosi setiap hari dah kat TV sedar tak sedar je. Apapun moga Allah ampuni kita yang tak mampu berbuat apa sepatutnya. Sedih memang sedih tapi kena move on sajalah buat apa yang kita mampu buat, kita tak mampu ubah orang tak mengapa, yang lagi penting kita mampu ubah diri kita sendiri. Ika dah saksikan, rasa kan sendiri khasiat selawat ni, selawat pun ada banyak jenis, selawat tafrijiah, selawat syifa, selawat fatih dan banyak lagi. Salah satu yang banyak Ika amalkan selawat Syifa.

Masa Harraz lahir tak cukup bulan, everyday pergi buat skin to skin routine, Ika selawat Syifa masa tu. Takde kata-kata terbaik hanya mampu selawat je masa tengok keadaan anak. Dengan selawat tu jugalah satu perasaan dan yakin akan kesembuhan anak dan miracle happen. Selawat Syifa bukan saja untuk kesembuhan, apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.


Antara kelebihan selawat Syifa selain untuk penyembuhan penyakit, ianya juga bagus untuk minda anak-anak, bagus untuk amalan zikir harian. Selawat lah dengan ikhlas, insyaallah pasti dapat manfaatnya. Amin. Tambah lagi keadaan yang menekan kita semua hari ini, dengan aktiviti ekonomi terbatas, ramainya yang hilang kerja, secara tak langsung impaknya ke atas emosi dan jiwa sangatlah hebat, makanan orang-orang yang beriman di akhir zaman adalah zikir dan selawat untuk kekuatan jiwa dan emosi. 

Cameron Valley Tea House 2

11.16.2020

Kami ada kenangan kat Cameron Valley Tea House 2 ni bersama arwah abah, so bila ma nak datang sini kami ikut je sebab tahu pasti terkenang memori bersama di sini makan-makan ramai-ramai masa buat familyday dulu tahun 2012. Selepas check in kat Hotel sambil tunggu hujan reda, kami terus ke sini, ikutkan plan asal nak pergi makan scone dekat Lake House, tapi belum rezeki kali ni nak pergi sana sebab hujan dan waktu pun dah lewat petang, makanya layan scone kat sini pun okay sangat. Dah banyak pembaharuan kat sini pun dah buat bertingkat dan asingkan pengunjung yang nak pergi tengok view ladang teh. SOP kat sini bagus sebab memang tak bagi masuk over limit, tunggu meja kosong baru dapat masuk ikut turn. Masa kami sampai tu alhamdulillah orang tak ramai dan tak beratur lagi. Tapi menunggu lah juga sekejap nak dapat meja kosong.


Masa lepas kahwin dulu teringat plak pinjam kereta ayah dulu sebab nak angkut barang-barang dan hadiah yang orang bagi masa Majlis, memang penuh satu kereta bonet dan tempat duduk belakang, dari sekecil-kecil barang dan sebesar-sebesar barang kami dapat termasuk lesung batu dan dapur gas,wakaka. Awesome betullah siapa yang bagi hadiah kat kami tu, Ika doakan mereka Allah limpahkan rezeki mereka Berganda asbab pemberian mereka memang Ika masuk rumah lepas kahwin cuci kaki je. Tak banyak barang kena beli sendiri, so masa berangkut barang boleh plak suami ajak on the spot naik Cameron Highlands terus sebelum masuk rumah, apa lagi? On sajalah, dengan kereta penuhnya dengan barang, kami tidur kat Lodge Country Brinchang, walaupun ramai yang kata Hotel tu paling keras kat Cameron Highlands alhamdulillah kami tak pernah lalui pengalaman seram kat sana, bukan sekali kami pilih Hotel tu, banyak kali jugaklah sebab area sekeliling strategic. So sempatlah sambil honeymoon layan view ladang teh kat Cameron Valley TS2 ni, kihkih.


Sempat lagi menyelit kenangan sendiri, so hampir 15minit beratur dapat meja kosong dan terus buat pesanan makanan. Kat sini kira complete jugalah sebab ada shopping centre untuk tea product. Kalau tak naik Sungai Palas kat Boh pun dah okay kalau singgah sini sebab dah macam-macam ada termasuk souvenirs. Perasan tak kalau minum teh kat sini rendam uncang teh tanpa gula pun rasa teh tu sedap sangat, kena dengan suasana sejuk-sejuk gitu. Best sangat fefeeling layan makan scone, minum teh, sambil hirup udara segar dan sejuk, that's why lah kot Cameron Highlands ni antara port pilihan ramai orang naik berkali-kali pun tak pernah puas, tak pernah jemu. Ika dulu memang tak suka pun naik Cameron Highlands sebab jalannya agak menggerunkan, bersimpang siur dan tinggi. Tapi tulah, orang kata jangan benci dan tak suka, nanti-nanti kita jatuh cinta. Begitulah ibaratnya Ika ni, kihkih, memang in love btul dengan Cameron Highlands ni. Kalau boleh tetiap minggu nak naik, wakaka.

Apapun takut juga tengok semakin hebat Pembangunan kat atas Cameron Highlands ni, bagus memang bagus sebab makin banyak kemudahan, pembaharuan tapi setiap kelebihan ada kekurangannya juga, banyak dah hasil semulajadi kehijauan diusik tanpa batasan. Sama juga kat Lojing lagi scary, betullah manusia ni memang takkan pernah puas, makin banyak alam sekitar termusnah akibat tangan-tangan manusia tu sendiri. Akibat kehendak dan permintaan manusia yang tidak berkesudahan, semakin teruk pula paku-paku bumi ditarah, dirata, digondol, sedih plak tengok dan ingat.

Masa nak naik Cameron kakakku siap pesan jangan berhenti dekat tempat ambil gambar view jalan dari simpang pulai tu, sebab kat situ kawasan risiko tersangat tinggi. Cantik memang cantik, tapi bahaya, yelah malang ni tidak berbau. Katanya tuan kedai dan pemilik gerai kat situ degil dan gedebey bukan main, berapa kali dah surat warning JKR dah bagi, sebab kat situ memang kawasan Red zone, everytime je boleh runtuh. Bukan tempat lepak santai ambil gambar, bukan tempat makan-makan. Tapi tulah manusia ni kan, kalau dah degil katalah macam mana pun, memang tak jadi apa melainkan dah berlaku apa-apa kejadian baru nak menyesal agaknya, so pepatah dah terhantuk baru nak tergadah memang elok wujudnya. Apapun datang Cameron Highlands kali ni dengan ma dan adik-adik banyak buat refleks diri. Alhamdulillah. So datang Cameron Valley Tea kali ni memang dapat berantai-santai relax dan chill.

CH Green Stay Resort Apartment Lengkap Sempurna

11.14.2020

Bagi yang suka naik Cameron Highlands pasti tercari-cari tempat penginapan yang lengkap dengan segala kelengkapan sambil menikmati percutian. Kali ni naik Cameron dengan family mertua, bawa ma dan adik-adik pula menikmati cuaca sejuk sambil menikmati makanan panas di malam hari. Ahh macam duta Cameron Highlands pulak kami laki bini ni, dulu Cameron Highlands bukanlah tempat kegemaran mungkin berbukit-bukit, sekarang ada peluang naik Cameron Highlands, kami naik, balik hari pun dah banyak kali. Nak menginap kat Tiny Boutique Habitat je tak pernah-pernah dapat, punya sentiasa penuh je. 

So samalah kali ni pun, memang plan asal nak menginap kat Tiny Boutique Habitat tapi harap maklumlah tempatnya yang strategik dan menarik, makanya tidak lah kami berpeluang menginap situ. Makanya cari tempat yang available dikala hujung minggu nan sesak, macam biasa Cameron Highlands asal hujung minggu memang sesak, kami dapat book penginapan kat CH Green Stay Resort Apartment ni kat Tanah Rata berhampiran dengan Kampung Taman Sedia. Kira okay lah, ada juga tempat menginap.



So kami memang tak letak expectations yang tinggi sangatlah kat apartments ni. Rupanya jangkaan kami meleset bilamana tiba kat apartment ni. Masa nak datang ke Resort ni hujan memang lebat sangat dan takde tanda berhenti pun, makanya plan kami untuk keluar jalan-jalan petang tu hold dulu tengok situasi semasa. Tengokkan bangunan memang macam bangunan lama lah juga, tapi view kat resort ni still the best for us sebab berhadapan dengan padang golf, hijau sejuk biji mata memandang. Yang penting bangunan ni ada liflah. Takkanlah punya tinggi takde lif, terus kasi 1 bintang terus nanti.

Check in je kat apartment kami terkejut juga sebab kelengkapan apartments more than enough. Mana taknya jarang tempat penginapan yang sediakan dapur lengkap dengan serba serbi alatan untuk steamboat, masak-masak dengan rice cooker, bread toast, pinggan mangkuk, segala alat-alat untuk bersteamboat memang lengkap. Tambah lagi setiap bilik almari penuh dengan bantal dan toto tambahan buat penginap yang datang ramai atau ahli keluarga yang besar. 3 bilik semuanya. 

Memandangkan kami dah bawa alatan memasak sendiri makanya guna jelah yang kami punya, kalau tahu dari awal apartment ni punya lengkap sebegitu rupa takdelah kami berangkut bagai, kihkih. So korang yang ada niat nak makan-makan steamboat tapi buat sendiri bolehlah masukkan CH Green Stay ni option anda. Senang kerja, bawa bahan utama nak masak je, sayur mayur boleh boleh borong kat Kea Farm Market atau sekitar Tanah Rata dan Brinchang. Settle dah tak payah fikir-fikir nak cari kedai makan melainkan memang niat nak jalan-jalan cari makan kat Cameron Highlands ni.

Oklah dengan harga penginapan tak sampai RM300 pun, anda dapat lebih dari sempurna. Kalau kat Nova Hotel tu pun basic je yang ada, cuma lebihnya hotel tu baru dan lebih luas ruangnya disebabkan design apartments tu. So untuk penginapan kali ni Ika kasi 3.9 bintanglah. View kat sini pun boleh tahan cantik, minum teh panas-panas sambil menikmati kehijauan padang rumput golf yang menyegarkan pandangan dan minda. Ika booking melalui Agoda je masa tu, sebab paling murah rate compare website lain. 

Perapan Ayam Versi Detox

11.12.2020

Petang-petang ni boring pulak, anak-anak dah kenyang, semua buat tak tahu je ke mama. So petang ni ada masa terluang Ika share cara perap ayam.

Memandangkan dalam program detox ni selain ikan bakar, ayam bakar pun memang best layan tekak.

Simple je bahan perapan ayam bakar versi detox ni.

Bahan mudah:
Bahan utama ayam (Ika buat untuk 4 keping thigh dan dada)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Mix herb(iltalian herb)-2 sudu besar
Serbuk lada cayyene-1 sudu besar
Cili boh - 1 sudu besar
1 sudu kecil lada hitam
Garam pink secukup rasa
Perahan air lemon
2 sudu minyak zaiton
Blend semua kecuali lemon(kalau tak bergerak blend tu boleh tambah air sikit) . Lepas tu ratakan bahan perapan kat ayam. Boleh freeze, nak masak malam sebelum guna tu boleh defrost kat chiller. Bakar/panggang pun boleh. Makan dengan salad etc.

Simple je. Ni memang rasa Italian. Lenkali kita share rasa ayam panggang kampung lak. Sebenarnya kalau tengah dalam proses turunkan berat badan, key paling penting adalah buang GULA. Ya, gula dalam masakan, minuman, dan gantikan garam dengan garam pink, sebaiknya tak payah letak terus dua benda ni, insyaallah memang easy peasy turun berat badan, tapi lidah nafsu kena kental lah. Otak dan badan kita kalau dah terbiasa dengan gula garam dalam masakan dan makanan yang kita makan, memang buat kita gelisah, serba tak kena pada minggu pertama terutama hari kedua dan ketiga. Selain tu key lain adalah kerapkan minum air kosong, rasa tetiba nak makan, minum air kosong, rasa-rasa nak mengudap minum air kosong, kosong kalori dan air kosong yang di minum mampu memadamkan nafsu ketika itu.

Buat detox atau turunkan berat badan ni best kalau ada geng dah boleh motivate kan each other, Ika buat laki sendirilah geng sebab sama-sama menggemuk lepas kahwin, asyik makan sedap aje, asal request aje kubuat, sweet gitew. Sekali semua baju dah ketat metat laki plak disalahkan, laki sendiri perut boroi takde pulak disalahkan bininya, hahha. Begitulah ya orang perempuan ni, semua salah, bab impian nak Kurus semua ada impian ni, tapi kita gemar makan, nak buat macam mana? Begitulah ujian dan cabaran dalam hidup ni. 


Nak turunkan berat badan ni tak boleh stress, higher expectations, tapi kena konsisten, slowly but surely gitu, depends masing-masinglah. Tapi the whole thing paling penting kena ubah adalah lifestyle, termasuk bab tidur sebab tidur pun mainkan part penting dalam progress turunkan berat.