Makan Sedap Cendol Laksa di Teluk Intan

9.07.2020

Bila hujung minggu ni adalah sejenis panas bontot takleh nak stay rumah, kalau tak laki, bini yang bersuara, kalau tak bini lakinya yang mengajak. Heaven made match gitew, kahkah. So tengah dok stok menaip mengadap skrin siapkan task, suami bagitahu "Jom kita keluar!", jenis tak serik dari perjalanan pergi Fraser Hill hari tu, ku dah boleh agak 2,3 bulan ni tempat percutian semua fullbook sebab geng-geng paranoid dah mula keluar gua, semua dah tak tahan berkurung. So dah boleh agak crowded everywhere anywhere huwehh, huwehh. Tapi layankan jugaklah, kalau tolak ini dikatakan menolak rezeki yang datang. Terus bertukar Flash women siapkan bagasi one night stay entah ada kan tidaknya. Makesure rumah dah bersih, kemas, semua suis tutup, kami keluar dari rumah. Asal gerak ada orang dah mula berzikir lapar.

Halahh, halah, layan budak macam nilah, asal nak pergi berjalan perut pun berjalan sama kelaparan padahal baru je makan ayam panggang seekor dan habiskan baki breakfast. Kira lunch habiskan apa yang ada sajalah sebelum keluar, alih-alih takdan 10 kali tayar bergolek dah mula berzikir. Anak aku nih kalau dah start berzikir memang panas telinga mendengarnya, so pujuk memang diam sekejap, tapi bersambung-sambung episodnya. Alang-alang dah lalu sini, singgah makan terus kat Cendol Laksa kat Masjid At-Taqwa kat Teluk Intan. Dulu pernah jugak nak singgah tapi tutup, kali ni bila takde niat nak menyinggah, elok plak bukanya. Dia memang macam tulah, macam barang nak guna, masa tulah dan dan tak jumpa cari, masa tak nak guna, rilex je duduk depan mata, haihh.

Alhamdulillah masih ada tempat duduk kosong, so duduk tunggu order sekejap je. Kami order makanan petang yang ada kat situ, kecuali mee kicap dan popia tak sempat nak try. Order bukan main, tapi yang tang perabisnya kita jugak, tak padan dengan laparnya. Sabar jelah dengan anakanda nan sorang ni, anak nombor dua memang lah, macam mana makku hadap perangai daku dedulu, lagi teruk agaknya, sabor jelah, sekarang merasa sendiri, kikiki. 





Order Laici Kang kat sini, tapi namanya Lao apa dah tang namanya, sedap sangat. Sebanyak kedai, restoren order laici kang ni takde lagi yang menepati rasa lidah ni, kat Cendol Laksa ni boleh bagi 5 bintang penuh, cukup rasa, bahan, sedap sangat. Kebanyakan menu lain pun semua sedap Laksa pekat kuahnya, mee kari Ipoh kaww sangat rasa karinya, mee kicap tak dan rasa sebab nak menghabiskan yang anak pun dah penuh tangki perut. Tapi tengok gaya ramai yang order mee kicap, sedap lah tu. Harga semua menu kat sini pun teramatlah murah dan berpatutan standing dengan kesedapannya, semangkuk mee kari ipoh dan Laksa baru RM5 penuh dengan lauk, cendol pun harga bermula dari RM3.50 untuk yang biasa, ada banyak versi durian, pulut, tapai boleh pilih ikut selera masing-masing. So kalau nak singgah makan tengahari pun okay je kat sini sebab semua menu memang mengenyangkan even charkuew tiow pun ada. Makan panas-panas di petang hari memang heaven. 
Punyalah sedap air laici kang tu, on the way balik esoknya kami singgah lagi bungkus air laici kang, gaya dah ada stail Tealive yang femes tu, hehe. 



Nak cari menu sedap ni kadang atas untung nasib, nasib baik dapatlah menepati selera, kadang sedap kat tekak kita belum tentu sedap kat tekak orang lain, macam contoh Nasi Bamboo kat Sungkai tu, berpusu orang, tapi kita orang cukuplah sekali pergi, memang tak kena kat selera kita. Part tempat makan viral ni jangan tinggi expectations sebab kadang boleh buat frust tak indah dan sedap seperti yang diviralkan. Begitulah uniknya manusia ni. Cendol Laksa ni memang menunya untuk makan makan petang tapi lengkap, sebab nasi ayam pun ada juga, tu sebab kot selalu je penuh. Zaman sekarang ni pantang viral terus berpusu orang, terus hilang selera nak pergi tempat beratur ramai-ramai ni, wakaka. Part yang beratur tulah yang buat hilang selera. Ada orang cakap tempat sedap jangan sesekali share karang dah viral susah pulak nak repeat lainkali pulak, ada betulnya jugak, tapi tulah kalau dah rezeki tuan kedai kau sorok tak share macam mana pun tetap orang akan tahu. Apapun port Cendol Laksa ni pepandai cari sendirilah nak makan. Bab peta seriously fail nak describe betul-betul, Google insyaallah jumpa, ada jugak spesis yang jenis butthurt dengan Google, sikit-sikit Google, sikit-sikit Google katanya kalau dah macam tu spesis ni eloklah tanam diri sendiri, asyik nak komplen sajalah. 


Note: Tengah insaf tengok nombor kat penimbang, huwaa! 


Catatan 4.37petang, 5 September 2020, 
Cendol Laksa Teluk Intan. 

Kita Sememangnya Perlu Pengkritik untuk Berubah

9.06.2020

Kadang orang dah bagi motivasi macam-macam, kata semangat macam-macam, tapi macam tak bergerak nothing happen? Why? Pernah terfikir tak? Morning talk dengan husband sambil menikmati breakfast suami bercerita, "ada caller dalam radio semalam share cerita dia keluar dating. Kelakar pun ada, kesian pun ya, tapi bagus, lepas keluar dengan seorang perempuan ni, kira first time jumpa, tapi lepas balik dari dating perempuan tak respond apa-apa, terus diam no whatsaap at all".

"kenapa? Kena reject sebab tak kaya ke sebab tak hensem?" tanya ku kat laki. Perempuan tu bagitahu dia tak boleh go on sebab isu fizikal lelaki tu, berat badan terlebih. "so apa jadi? Terus tekad dan jadi kurus ke?", lakiku ketawa. "ha'ah, tak sampai 3 bulan dia kurus dan jadi hensem, perempuan tu contact balik lepas tengok gambar latest kat instagram. Kami ketawa, then ku cakap" bagus lah tu, kalaulah perempuan tu bagitahu, it's ok I terima you seadanya, agaknya lelaki tu ada effort tak turunkan berat badan, Entah-entah makin obese yelah hati makin bahagia, makan berselera dikala hati berbunga bercinta. Betullah kan bang, manusia ni kadang perlukan kritikan pedas, mendalam in sometimes, kalau tak terus Selesa in comfort zone", lakiku tersengih. 

"Patutnya lelaki tu berterima kasih kat perempuan tu sebab menjadi pencetus dia berubah dan jadi lebih baik, maybe harsh word tu melukakan hati, tapi kita boleh pilih untuk maafkan, yang positifnya lelaki tu dapat kesan baik yang mana dia sendiri tak pernah terfikir dapat turunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan je dek kerana pegang Kata-kata perempuan yang pedas tu sebagai ayat motivasi untuk push diri sendiri"."Tapi abang agak-agak kalau orang yang kata kat kita macam saya cakap tu, abang boleh terima tak?". Tersengih tanpa jawapan. 

"mesti rasa rugi kan, sebab dah Jadi hensem, kalaulah perempuan accept dengan syarat atau jadi pendorong kat lelaki tu mesti lain hasilnya kan. Tapi tulah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Negatifnya perempuan tu akan di ingat sebagai makhluk mulut jahat yang menyakiti hati orang lain, positifnya lelaki tu dapat berubah ke arah yang lebih baik", ku menyambung. 

Kisah ni bukan kisah rare pun sekarang, ramai yang share tak kira lelaki atau perempuan pernah berada didalam cerita ni. Memang dalam hidup kita perlukan kritikan,tapi bukan kritikan yang sememangnya penuh dengki dan dendam, tapi kritikan yang membina. Beza okay kritik yang  membina dengan kritik tapi dalam masa memang nak jatuhkan orang lain, menjatuhkan maruah dan kredibiliti serta merendah-rendahkan orang lain. Rasanya tiada orang yang suka dengan kritikan tambah lagi harsh word untuk berubah, ada yang semakin jadi semakin teruk akibat mendapat kata-kata yang menyakiti hati. Kita yang mana? Adakah orang yang suka mengkritik atau suka memberi dorongan? Bab kritik orang lain semua orang pandai, tak payah ajar, tapi yang menerimanya belum tentu lagi tambah-tambah lagi jika  yang di kritik itu kita sendiri. Bagaimana respon kita? Terima atau tidak? Oleh itu, bersikaplah dengan sikap rasional, dewasa, matang, berlapang dada dan seumpamanya. Banyak reflect diri dulu sebelum mengkritik orang lain. Selalu ada cara yang terbaik untuk menyampaikan apa yang kita mahu. Kita pilih. 

Ibrah Perjalanan ke Fraser Hill

9.05.2020

Cuti bersambung Maal Hijrah baru-baru ni ramai yang ambil peluang untuk balik kampung ziarah mak ayah, dan ada juga yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Memandangkan cuti umum tu suami kerja, kita layan anak-anak kat rumah sajalah sambil settle kerja rumah yang tak pernah habis terutamanya part lipat baju kain, dari satu bukit dia membiak jadi dua ke tiga bukit, nak surut tu lama benar, nak membukit balik tu sekejap je. Entah bila masa isi rumah ni pakai, ku pun heran.

So tiba hujung minggu tu, tengah settle kain yang baru kering, surutkan bukit kain sebelum menggunung, sambil borak dengan mak kat telefon. Mak tanya takde pergi keluar memana ke? Kucakap takde, sebab tak tahu nak pergi mana, so tanya mak ayah tak keluar ke, keluar lah ambil angin tukar udara sekali sekala. Kucadang kat mak keluar pusing-pusing dalam kereta pun dah ok mak, asalkan keluar, mak gelak cakap takdenya kerja. Sebab ku pun kerap buat cemtu ngan laki asalkan keluar dari rumah, pusing-pusing habiskan minyak kereta kekdahnya. So lepas borak suami ajak "Jom kita keluar pergi mana-mana nak?". Ku tenung suami, sambil memikir nak kemana, takde idea. Jom jelah keluar, standbylah 1 beg baju kot terjah perginya kata suami. Layan sajalah permintaan partner in crime ni.



So bila dah bersiap-siap, semua dah gembira tak terkata, makanya bermula lah perjalanan kami anak beranak dari niat nak ke bukit Fraser atau Janda Baik. Korang Baca elok-elok tau cerita ni sebab banyak pengajaran buat kami sendiri yang lalui perjalanan unknown and unsure destination. Sebaik je sampai ke simpang 3 either nak pergi ke Janda Baik atau Fraser Hill suami singgah stesen minyak sebab anak nak buang air, alang-alang dah menyinggah tu sedang elok waktu solat zohor masuk kami selesaikan urusan Utama dulu. Dalam pada menunggu Ika search dan call semua resort dan tempat penginapan kat Janda Baik, unlucky semua dah penuh. So bila semua urusan dah settle kat stesen minyak tu, siap Harraz pun dah kenyang makan sebungkus nasi lemak untuk tengahari. Makanya suami cakap, kita naik Fraser Hill sajalah. So terus kami menuju ke tempat yang dah di dipersetujui. Start dari naik Kuala Kubu Baru tu gigih lagilah cari tempat penginapan yang available, semua full even kat Bentong, Raub, Bukit Tinggi. Sampai lah waktu mula kami panjat jalan ke Fraser Hill, pengalaman pertama naik sini, dia punya jalan tu sekali ganda bengkang bengkok dari jalan tapah naik ke Cameron Highland. Cuak, tapi masih ok sebab jalan sehala je naik tu, tapi dia punya pusing tu buat Haddad muntah. Haddad bukit biasa macam Banjaran Titiwangsa tu tahap pening je, tapi kalau naik Cameron Highland wajib muntah, seorang anakanda jelah jenis mabuk naik kereta ni. So nak sampai ke puncak Fraser tu ku tahan bulu hidung ni dari meloya bau muntah anakanda, kihkih. Nasib baik lah bawak essential oil kasi hilang loya bau muntah. Akhirnya 35minit berpusing naik bukit Fraser sampai juga ke puncak ya, dengan penuh sesak ya orang ramai, dengan sejuknya, boleh kat alah yang Bukit Fraser ni lagi sejuk banding Cameron Highland dan Genting Highland, sebab Utama hutan kat sana masih terpelihara dengan sangat baik. Fall in love dengan keadaan hutan sekeliling kat Fraser Hill. Sampainya kami kat sana, teruslah Google penginapan yang ada, pusing tengok sekeliling tengok betapa ramainya orang, terus hilang selera nak bercuti kat tempat sesak macam tu, tapi suami cakap kalau ada tempat menginap tidur jelah sana, sampai dah pun. Kami singgah kat Shahzan Inn Fraser Hill tu, kot lah kan ada lagi bilik kosong, 3 minit je lewat sebab suami pergi buang muntah Haddad, orang kat depan dapat bilik last. Bukan rezeki kamilah menginap kat Fraser Hill kali ni.


So sebelum turun dari Fraser Hill kami pusing lah tengok apa attraction yang ada. Bila tengok dari jauh macam tak seindah yang digambarkan kat website, agak kecewa jugaklah sebab expectation berbeza dengan realiti yang di lihat. Apapun mungkin ada yang menarik tapi sebab kami pun main terjah, baca info dan sharing tentang Bukit Fraser pun hujung-hujung, last minit decide dan ambil tahu, makanya itulah jadinya. Dari situ kami turun ke Raub/Bentong. Bila sampai simpang ke Bentong punya lah terkejut sebab dah banyak perubahan, dah bertahun tak lalu Bentong Karak. Jalan dah mula banyak kereta dan bersusun bila gerak, kami decide tidur jelah mana-mana asalkan dapat rehat sebab hari dah hampir petang. Suami dengan santainya cakap "kita tidur jelah kat Bentong, takkan lah Hotel kat Bentong pun penuh tambah pulak Hotel murah, macam mustahil jugak kalau penuh", sekali nak di jadikan cerita dari hotel pertama dan kedua kami tanya semua penuh, hotel ketiga ada bilik tapi family room dah full, nak tak nak ambil sajalah dua bilik, badan dah penat, nak rehat je landing atas katil. So bila dah confirm ada bilik baru tenang nak cari makan malam, kami singgah makan kat Medan selera Bentong je, antara port senang sebab parking luas dan banyak pilihan masa tinggal kat Banting hampir 5 tahun lepas. Selesai makan kami balik bilik dan bersiap-siap untuk tidur je, sebab pagi esoknya plan nak gerak awal dari hotel takut jalan dah start jem.


So pagi esoknya sempat lah kami berborak sambil gelak kan diri sendiri "Haa, ni lah kata kat orang ada ke jalan jauh-jauh sekejap, duduk dalam kereta je, sekali Allah balas terus kita yang berjalan-jalan duduk dalam kereta je" , sambung suami "tu yang cakap kat mulut, kat dalam hati tu ingat Allah tak tahu, dah terbalas baru tahu tinggi rendahnya apa yang dikata"aduii, padu betullah. Sempatlah basuh kereta xdan terus pergi breakfast nasi kerabu, habis sebungkus orang, kami mulakan perjalanan dengan pertanyaan kat suami "so dah decide nak lalu ikut mana?". Suami bagitahu ikut Kl jelah senang, dari Selayang kami ambil exit ke Ipoh, Kuala Selangor. Punya jauh perjalanan, Alang-alang dah jauh tu kasi kena lah cendol durian sesiap dua. Alhamdulillah rezeki kami dapat singgah kat Cendol Borhan tu, layan cendol semangkuk sorang. Dah pekena cendol masing-masing dah muak terus kami teruskan perjalanan balik rumah je.


Malam tu pillow talk dengan suami hasil perjalanan kami 2 hari 1malam tu. Suami kata macam tulah perjalanan hidup kita, kalau takde matlamat dan planning dalam hidup tak tahu pun sampai mana destinasinya. Sebab tak pernah aim nak apa dalam hidup ni. Kami start dari mula perjalanan laki bini pun takde hala tuju sebenar even dah tengah jalan pun tak ada keputusan setepatnya lagi nak pergi kemana dok main flip flop lagi. Tambah kami tak sure nak tidur ke tak atas bukit sana, lagi unexpected jalan nak naik tu punya teruk simpang siur kami tak prepare plastik muntahan anak, so boleh imagine lah betapa kalutnya bila anak cakap nak muntah. Sampai kat sana dok expected dan berharap ada penginapan, memang takdelah. Beza dengan orang yang merancang dan ada matlamat tujuan mesti dah prepare akan cabaran yang bakal di hadapi dan sedia kan solusi bila dah tahu apa yang bakal dilalui, begitulah hidup ni jugak. Kata 5 tahun lagi gitu gini gitu gini, tapi sedikit tindakan pun takde arah tuju ke matlamat tu. Ni tak kata orang lainlah, memang diri sendiri macam tu, malam tu penuh check and balance kami laki bini buat untuk re-line balik apa yang kami dah rancang untuk small family kami. Perjalanan ke Fraser Hill sangat banyak pengajaran tersirat penuh ibrah buat kami, seakan memperingatkan kami yang dah banyak dah hilang fokus dan tak konsisten. 



Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja. Kata-kata Hamka banyak tersirat pengajarannya buat kami, tinggal kita lah nak follow the flow atau keluar dari kebiasaan yang kita buat. 

Tips: Kolagen bukan untuk Cantik

9.03.2020

Cerita bab kolagen ramai yang dah mula buat diet, nampak lebih kurus sampai effect nampak cengkung, mulalah orang tuduh kita sakit. Dari muka bulat, berisi disebabkan kawalan pemakanan ke arah yang lebih sihat, ada macro/mikronutrient yang kita terlepas pandang buat muka kita nampak tirus dan turut sama kurus. Nampak struktur kulit lebih tua, kendur dan sebagainya. Haa kat sini ramai terlepas pandang bab keperluan kolagen dalam menu harian kita.

Yes kolagen sebenarnya fungsi lebih dari untuk cantik, kolagen ada manfaatnya untuk pastikan badan kita dapat berfungsi dengan baik. Dalam tubuh badan kita, keperluan kolagen sangat kritikal sebab apa? Korang agak-agak kenapa kritikal? Kalau sebut kolagen mesti terus kita terfikir bab kulit cantik je. Tapi fungsi kolagen lebih dari itu sebab kolagen penting untuk kesihatan diri kita terutamanya untuk sendi dan otot. Kolagen inilah yang bantu sendi-sendi kita bergerak dengan baik dan sihat, cergas. Perasan tak bila mak ayah dah tua, mula sakit lutut dan sebagainya, antara salah satu sebabnya kandungan kolagen dalam tubuh berkurang. Kolagen ialah sejenis protein yang terbentuk dari tiga amino acid dan salah satunya adalah glycine. Kolagen ni diibaratkan macam Glue atau Rubber band yang menjadi rangka sokongan dalam tubuh badan kita. Ia wujud di dalam kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang,sendi, tendon, mata,gusi dan saluran darah. Cukup kolagen insyaallah semua bahagian badan kita tu takde masalah, insyaallah. 

Macam Ika sendiri sebagai wanita yang dah berumur 30an, tubuh akan hasilkan 3g glycine setiap hari tapi yang di perlukan lebih dari tu iaitu 15g setiap hari. Mana nak cari dan make sure tubuh dapat? Tentunya dari makanan yang kita ambil. Sebab tu ada istilah, kita adalah apa yang kita makan. So bila sumber glycine ni badan kita dapat kurang atau tak cukup, sendi-sendi mula rasa sakit, percernaan bermasalah, Kulit nampak tua dari usia, mood mudah swing, tidur dan kemampuan berfikir terjejas.

So nak cukup kan kolagen untuk sihat, insyaallah bonus cantik pun dapat sama senang je sebenarnya. Dengan cara yang lebih alami dan selamat, ada je cara yang tak selamat dan menyakitkan untuk cantik contoh yang tengah trending sekarang sulam blush kan pipi sampai pipi lain macam pink anjal, suntik filler kat bibir, pipi, hidung pun bersepah dah sekarang sebab ya nak bagi nampak anjal bergetah. Akhir zaman ni semua main sapu je apa yang haram, halalkan yang haram dengan apa jua cara sekalipun. Nak cantik zahir memang kena try hard macam tu sekali kan, hingga hukum agama diketepikan, apa boleh buat sama ada jahil, atau too much ikut nafsu untuk cantik, cuma kita dapat remind each other, tu pun dakwah kecil. Too much application macam filters kamera pun sekarang ni pun yang boleh timbulkan fitnah, bukan orang yang fitnah tapi kita sendiri yang bikin benda jadi fitnah. Haru biru betul zaman sekarang ni. Apapun ujian tu untuk kita semua, tak kira orang yang buat, atau kita orang yang tengok orang buat, selemah-lemah iman benci kat dalam hati. Tak kira lah dalam isu apa pun. 


مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]

 

Eh, sempat lagi plak bebel mak nenek, so korang kalau nak boost kolagen ada cara yang lebih murah dan pastinya selamat, insyaallah. Sumber kolagen ni nak tak nak, kena ambil sumber luaran untuk cukupkan sumber kolagen dalam tubuh badan kita. Antara tips yang paling mudah buat kolagen untuk di ambil dalam pemakanan





1. Buat bone broth, makan sup kaki ayam/lembu, kerabu kaki ayam. Kenapa kaki ayam? Sebab kat situ banyak kandungan kolagen. Haishh, tapi ramai jugak yang tak mampu tenung kaki ayam jadi hidangan dalam pinggan kan? Geli tekak nak menelannya. So what to do? Rebus kaki ayam campaklah seleri, carrot, tomato dan bahan untuk sedap kan bone broth hingga ayam betul-betul empuk atau tinggal tulang je, tapis dan hirup suam-suam panas. Sedap pun ye, kaya dengan sumber kolagen. Banyakkan sumber makanan yang boleh boost collagen, termasuk bawang putih, kobis, brokoli dan sebagainya. 

2. Putus Hubungan dengan Gula
Oo my, yang ni jangan cakap orang lain, Ika sendiri gigil nak putus dengan gula, terutamanya Gula Putih. Tahu tak gula putih hakikatnya adalah musuh terbesar kulit sihat. Selagi kita ambil gula putih, selagi itulah gula akan jejaskan kandungan kolagen dalam tubuh kita termasuk kulit muka, nampak kulit muka mudah kusam kerana gula yang di ambil akan menyebabkan keradangan yang memacu penghasilan enzim pemecahan kolagen dan elastin, hasilnya kulit kita kendur, garis-garis penuaan bertambah dengan cepat dan banyaknya, menakutkan bukan? Bukan apa, kalau wanita, orang perempuan dia suka orang cakap dia nampak muda berbanding usia, betul tak? So tak nak nampak awet muda marilah kita sama-sama bercerai dengan gula putih, gula kelapa antara pilihan gula yang lebih sihat. So why not tukar je jenis gula dalam hidup, apapun kita tetap perlukan pemanis dalam hidupkan?hehe.

3. Ubah Gaya Hidup. Yes, ubah gaya pemakanan terutamanya. Jaga waktu tidur, sebab kunci utama adalah tidur yang cukup, tidur yang cukup tingkatkan kesihatan minda dan badan kita juga, bila minda dalam keadaan terbaik, kita jelas dengan matlamat untuk pastikan tubuh badan kita sihat, sebab sihat pun satu jihad. Sebagaimana umur kita yang makin bertambah, badan kita tak mampu serap nutrien yang kita ambil sebaiknya dengan efektif. Untuk pastikan badan kita cukup efektif hasilkan kolagen, kena ubah apa yang kita makan setiap hari, bukan mudah tapi boleh sangat. Korang follow je instagram geng eatclean, menu diorang bukan main sedap dan lebih sihat. Insyaallah slowly but surely kita dapat ubah habit pemakanan hingga jadi amalan ke akhir hayat. 

5. Ambil Serum dan Krim Muka yang Bagus
Pelaburan untuk skincare bagi setiap wanita ni penting juga sebab pemilihan Krim dan Serum yang berkualiti antara salah satu bukti meningkatkan kolagen dan keanjalan kulit. Cream muka yang tinggi dengan kandungan vitamin C, E atau antioksidan dapat melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kulit rosak. So nak pilih skincare tu make sure yang tinggi akntioksan, vegan dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya. 

4. Ambil Suplemen Kolagen
Jika kita dah amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan konsisten dan sangat disiplin then you don't need supplements tapi kalau nak ambil pun tiada salahnya. So bagaimana nak pilih suplemen  kolagen yang baik, berkualiti, selamat dan berkesan? Empat sumber utama peptida kolagen yang terdapat dalam makanan tambahan adalah kolagen dari lembu/sapi, ayam dan laut (ikan), pilih lah dari sumber marin. Kenapa?sebab ianya 1.5 mudah diserap oleh badan 
. Kolagen Shaklee ni memang terbukti bagus berkualiti dan berkesan, kebanyakan yang consume 4 kotak dah nampak jelas dan besar perubahan diri secara zahir. Yang tak pernah cuba ambil Kolagen boleh lah mula survey kolagen yang terbaik. Ika pilih Kolagen Shaklee pun sebab yakin dengan sumber kandungannya dari tumbuhan dan marin. 

Perubatan holistic yang makin popular dan menjadi pilihan masyarakat kerana lebih alami kerana menekankan perubahan pemakanan, lifestyle dan juga disiplin diri. Zaman sekarang dah banyak info maklumat kesihatan sebab dah ramai Doktor bertauliah mula berkongsi ilmu-ilmu kesihatan diri. Tinggal kita lah ambil cakna dan buat ia sebagai panduan untuk tingkatkan kesihatan diri. Doktor pun banyak mazhab juga, so pandai-pandai lah buat pilihan sendiri. Yang bermanfaat kita ambil jadikan Pelajaran yang banyak membawang kita jauhkan. So the best, kita sendiri banyak kan membaca untuk membuka minda.  Yes usaha untuk sihat adalah jihad kecil kita, dengan badan yang sihat kita mampu beribadah dengan tenang. Niat supaya badan dan jasad yang Allah kurniakan dalam keadaan terbaik kita kembali kepadaNYA dalam keadaan terbaik juga terutamanya seketul daging yang menggambarkan apa yang kita simpan masa tinggal kat dunia fana ni. Baik yang seketul tu, baik lah seluruhnya begitulah jua sebaliknya. Tahu kan apa dia? Tu antara the other kolagen yang kita tak nampak, nak impak power luaran baiki selalulah yang satu tu kat dalam. Insyaallah. 

The Root Eco Resort Tanjung Rambutan Ipoh

8.31.2020

Walaupun dah berkepam cerita ni, tapi takpe just untuk kenangan sendiri dan noted pernah sampai tempat ni sebelum beranak kan si Haniy. Terpergi kat sana pun kes unplanned version. Sebenarnya masa minggu tu kami pepagi lagi dah bersiap untuk ke KL untuk event business, nak di jadikan cerita lepas isi minyak sebelum bertolak, kereta tak boleh start. Buat hal lagi, so pepagi buta suami call pomen yang biasa dah buat servis kereta ni, datang bagi bantuan, check apa yang tak kena, sebab enjin tak boleh start. Bila check pomen suruh try tukar dulu bateri baru, so dapatlah start enjin, tapi masalah tak settle, bila kali kedua lepas tu enjin tak jalan. Dari planning nak pergi KL kami cancel sebab bunyi enjin dah tersedut-sedut, suami tak berani pergi jauh, lagi pulak nak keluar dari negeri, hujung minggu, mahunya kereta tak hidup kat tempat event tak pepasal mengusahkan orang lain pula. So kami patah balik ke rumah. Sampai kat rumah, anak-anak sibuk tanya, tak jadi ke tidur kat tempat lain? So lepas suami hantar kereta ke bengkel, dapat call suami suruh standby je nak pergi ke Ipoh, cari tempat tidur kat sana, sambil-sambil tuan driver boleh chill sikit lepas serabut fikir hal kereta.
Apa lagi bersoraklah anak-anak tahu boleh tidur kat tempat lain. Anak-anakku ni memang pantang bab berjalan, tidur dalam rumah buluh pun apedehal, asal kan boleh keluar dari rumah sekali sekala memang gembiralah. So kami guna kereta kerja suami sajalah kali ni, pergi ke Ipoh, Jalan pun smooth cuma memasing lah hati gundah gulana, sorang sibuk fikir pasal kereta, sorang sibuk frust takleh joint event business yang dah di rancang berbulan-bulan sebelum ya. 


So sampai Ipoh tanya suami, kita nak tidur kat mana ni nanti? Google lah, tengok semua penginapan area Ipoh kebanyakannya fullbook, tengok satu area chalet ni agak ok, so kami terjah lah survey untuk walk-in terus, bila suami pusing-pusing kawasan sekitar chalet, semua ok je cuma dari segi kebersihan kami in doubt sebab kelihatan banyak anjing berlegar-lega sekitar chalet, tengok kolam pun rasa meremang buatnya anjing tu mandi situ, so kami survey resort lain. Masa tu memang dah lewat petang dah, entahlah ada ke tidak tempat nak tidur, so pusing sekitar Tanjung Rambutan Ipoh, kami ternampak signboard Roots Eco Resort, terus call dan tanya bilik kosong, alhamdulillah nasib baik ada, sebab kami semua dah drain energy dari pagi sampai ke petang baru settle semua hal. Terus ke ke sana dan Daftar bilik, punggah beg, kami keluar balik cari makan untuk makan malam terus. Senang, bila dah check-in boleh terus landing untuk tidur je, kihkih. 


Pusing kawasan sekitar kami singgah makan kat area gerai-gerai makan dekat area stesen keretapi, sebab situ je nampak meriah ya kedai makan.  Kebetulan masa pergi hujung minggu buffet takde, makanya makanan kat restaurant hanya untuk yang buat booking awal dan per group sahaja, so okay jugaklah dapat makan kat area Tanjung Rambutan tu. Siap makan terus balik ke bilik dan anak-anak bersiap-siap mandi untuk standby tidur. Kat Roots Eco Resort ni setiap bilik kat rumah buluh memang klasik dan alami, katil kat bilik pun dari Kayu jati. Malam tu sunyi betullah sebab bilik kami betul-betul mengadap jeram dan pinggir hutan. Kalau orang ada anak-anak kecil ni memang tak gemarlah bawak anak ke tempat macam ni, a bit scary dan seram, dah lah TV and wireless takde. Tapi untuk Ika I love being there, rasa dekat dengan alam dan tenang. Tanpa aktiviti gadget, memang betul-betul off screening. 


Bilik yang kami dapat pun agak luas, ambil yang River view room ada Queen bed dan satu katil bertingkat. Even rumah based Kayu dan buluh, bilik sangat bersih dan kemas. Depan bilik tepi pintu ada jakuzi, outdoor jakuzi konsep ya sambil nature and sky view kekdahnya. Nasib baik jugaklah dapat bilik yang ni sebab satu satu lagi rumah tu siap ada pokok tengah-tengah rumah, woww lain macam betul, kihkih. Kebiasaan yang datang ke Roots Eco Resort ni by group dan buat aktiviti lasak kat jeram, serta aktiviti lasak yang lain. Tapi kami ni takat bawak anak-anak kecil, mandi air kolam tu dah dikira berlasak lerr tu, wakaka. 



Anak-anak dah sibuk cakap nak mandi kolam dan berendam dalam jakuzi. Esok esok sajalah, malam tu memang fikir bab tidur je. Tapi malam tu nak boleh ke tidur bertenung-tenunglah dulu. Kalau korang jenis yang tak boleh takde TV bila bercuti, this resort is not for you. So malam tu tidur tersedar 4 pagi dah tak boleh tidur, nasib baik bawa buku, lepas settle apa yang patut baca buku sambil tunggu subuh masuk. Sedang elok pagi esoknya mendung je. Kejut kan anak-anak dan bersiap untuk mandi kolam. Memandangkan masa tu dah agak sarat, so kasi suami lah layan anak-anak, Kiki. 
Aktiviti pagi tu hanya mandi-mandi kat kolam je lepas breakfast sambil nikmati kehijauan sekitar resort sambil tunggu masa untuk check out. Puas mandi kolam sambung berjakuzi plak depan bilik. Harmoni dengar muzik alam air mengalir kat jeram depan bilik. 



Semua dah puas hati mandi, barulah boleh bersiap untuk checkout. On the way balik wajib singgah makan durian kalau dah musimnya, Alang-alang tak ramai masa tu berhenti beli durian kami makan terus lah kat situ, dapat kopek makan dua biji pun dah berbaloi, lepas lah nak merasa durian, kikiki. Unplanned version kami anak beranak memang unexpected. Jenis main terjah saja. Siapa cemtu, kita memang geng, adakala yang di rancang bukan main detail A-Z tapi tak jadi-jadi. Unplanned version kadang ikut rezeki dan nasib baik, ada yang unplanned better than planned, atau sebaliknya. Whatever alhamdulillah Allah jualah yang mengizinkan kesemuanya berlaku, alhamdulillah. 

Roots Eco Resort
27-28 April 2019