Ulang

10.07.2023

Tak pasal-pasal habis 16jam mengadap cerita yang dah tengok, episod last baru dapat tangkap rupanya drama korea ni pernah ku tengok pun, dah jadi ulang tengok benda sama, punyalah dasat tahap pelupa, cerita 16 episod pun bolehku lupa, patutlah sambil dok tengok tu, apesal macam pernah tengok je muka perempuan ni, hahaha. Maka abis sudah Da Li & Cocky Prince. Actually percaya masa PKP sikit pun takdak layan drama korea ni masa tu. 

Takde rasa nak tengok, aim setiap hujung minggu dapat keluar ambil angin je, sebab dah senak otak kena kurung, takkan nak tambah lagi dengan drama korea masa tu kalau tak silap tengah hot cerita laki curang, apetah nama dramanya. Ku tak terjebak, masa tu aim daku asal dapat bersekongkol dengan alam semulajadi je. So sekarang adalah datang sekali dua terlintas kat feed short video k drama yang agak menarik ku cari tajuk dan tengok, kalau tak okay dari mula, tak teruskan tengok, kalau dah kena pancing dari awal terpaksalah habiskan. 

Orang kata nak tengok drama kena tengok pelakonnya siapa, tu yang jenis tengok pelakon terutama hero dan heroin, tu daku tengok juga tapi paling penting jalan ceritanya macam mana, kalau jenis meleret-leret slow daku tak layan. Kena ada thriller sikit pun best tengok genre macam mana. Paling ku suka layan romantic komedi. K drama ni bukan apa, banyak ambil masa kalau nak layan, kalau dah layan masa siang hari confirm dan wajib habis terbengkalai kerja rumah, kalau layan masa malam hari, habis waktu tidur burn macam tu, sudahnya siang bantai tidur, habis juga terbengkalai kerja rumah, kesudahannya sama. Tu yang malas nak layan. Tambah kalau kena bebel. 

So bila boleh layan, time daku stress. Bila stress? Bila takde duit, ahahah. Gurau je, bila takde apa dah nak buat, kerja rumah siap, kain berlipat, pantai bermop, lauk makan pakej siap siang ke malam, dapur licin berkilau, bilik mandi bersih harum, bilik tidur kemas tersusun, ruang tamu pun cantik bersih. Wow? Ada ka hari-hari macam tu? Memang takdelah bila anak tengah aktif sel-sel wotak berhubung, seharian depa berkubang, petang baru boleh kemas semua ruang. Ye,termasuk bilik air, penuh dengan beach toys yang main pasir tu, mujur takde kolam ja, kalau dak pengsan layan sepah depa ni? Layan je lah k drama masa rumah berserabai tu! jangan....lagi berserabut. Tu daku lah. Jadi the best time nak layan kdrama masa hujung minggu bila tak keluar rumah. Sebab tu asal nak masuk hujung minggu ku tanya dulu ada plan apa-apa tak? Kalau takde memang terus ku scroll title k drama yang menarik, nak aim tengok, ku punya gaya tengok wajibun straight forward takde skip lama-lama kalau dak terus lupa episod berapa terus dah tak tengok. Separuh jalan punya kerja memang annoying. Tapi biasa ku kena scamlah, kata takde pergi mana-mana alih-alih ajak keluar. 


Udahnya, tu kadang jadi terulang tengok dan terjadi macam ni lah, rasa macam dah pernah tengok, memang lah dah pernah tengok tapi tak habis, haishh main dengan bab lupa ni. Dalam banyak-banyak k drama ku ulang banyak kali tengok drama Another miss Oh! & Discovery of Love, ada lebih dari tiga kali repeat, sebab hero ni ajelah yang paling jantan gayanya, yang lain semua dah jadi beautiful man, tak selera mana nak repeat tengok, cukup sekali dah lerr, ahahaha. K drama ni tengok bolehlah, tak payah layan perasan dan perasaan, dia punya cair tu macam nak kena tampor, dah boleh agak semua melting acting depa macam mana. Semua tu fantasi jelah, alam realiti dia punya cintan cintun tambah yang dah kahwin tu, memang berbeza lah. Layan sekali sekala buat senyum, giggles sorang sorang bolehlah, kerap sangat nanti orang kata gila pulak, hahaha. Ingat nahhh. 

Seafood

10.06.2023

Makan seafood memang mahal, tapi hasil makanan dari laut ni memang favorite kami anak beranak dari ikan selayang, ikan mabong, ikan selar, ikan siakap, jenahak, kerapu, mentarang, udang, sotong, ketam, semua sapu kalau makan tambah lagi kalau orang belanja makan, ahahaha. 


Pengalaman makan seafood kat Sabah paling kami paling seronok, murah dah satu hal, punya hari-hari makan seafood sampaikan tekak dah tak boleh makan even tengok sekalipun, dasyat punya penangan makan seafood tu, kami makan dalam 40 orang baru 1.6k habis, murahlah pasal bukan kami bayar, hahaha. Tapi memang murah sangat dah tu sebab kami makan kat semenanjung ni 8 beranak kami saja wajib habis lebih kurang RM170-RM200 merangkumi harga siakap, udang, sotong dan basic menu lain yang biasa, tu pun dah rasa berpatutan sangat. Tapi itulah, segar memang segar, tapi masakan tu lari banyak, jadi kesegaran seafood tu kira dah backup masakan Sabah yang agak unik. 




Pernah kami makan kat Langkawi sebelum viral ikan mahal kat Langkawi, pun kami rasa berpatutan dengan ikan yg diambil tengok saiz dan berpadanan dengan jumlah orang yang makan seramai 20orang. Kami kalau bab cari seafood murah paling best membeli dekat pasar basah jeram Pasir Penambang Kuala Selangor, sanggup uii drive beli seafood segar kat sana, sekarang kami ada tempat favor kami dah yang lagi dekat. Kalau bab nak makan seafood memang sanggup kami beli mentah dah masak sendiri, sebab lagi jimat tambah kalau nak ratah-ratah lauk, kadang harga mentah bahagi dua dengan harga yang dah masak, so kalau bab makan seafood ni kalau nak makan kat kedai kena pandai-pandai cari kedai yang berbaloi, berbaloi dari rasa sedap satu hal, yang penting seafood segar. Biasa kami beli borong atau pun direct kat Jeti, memang harga seafood dapat murah, untuk kami cara macam ni memang ngamlah, maklumlah banyak mulut yang nak makan, nak makan seafood beli mentah masak sendiri jimat berganda, yang orang masak kat kedai tu sekali sekala bolehlah layan tekak dan nak ke suasana. Layan nafsu memang tak cukup sokmolah kan?. 


Pengalaman makan seafood ni tak boleh dilupakan makan seafood kat Johor sebab tak pernah seumur hidup habiskan duit sebanyak tu untuk makan seafood semata,dan sangat berbaloi, sebab masakan sedap sangat dan seafood segar, jika ada rezeki insyaallah kami repeat lagi, sebab memang sangat berbaloi. Lakiku cakap, nak makan cemni lagi kita doa bebanyaklah tunggu orang belanja pulak, ahahha. Once a while, ada lebih belanja, kami layan makan dekat kedai seafood segar. Antara yang masuk list kami kat Perak ni Tepian Sungai Teluk Intan dan kat Manjung Restoren Farina Ikan Bakar & Seafood antara yang kena dengan selera kami. 


Selain tu makan seafood kat Melaka kedainya dekat kedai langsir berdekatan MITC tu, tak ingat nama kedainya, memang umphhh dia punya asam pedas pakej ikan segar, perghh sampai sekarang rasa puas makan macam tu. Kat Penang, Kedah tak merasa lagi seafood segar dan sedap, insyaallah mana tahu sampai sana nanti dapat merasa yang paling best sekali.Kalau kat Terengganu, Zul Ikan Bakar kat Besutlah yang paling segar seafoodnya, harga pun murah berbaloi. Kat Kuantan ku dah lupa kedai apa, tapi bukan Ana Petai yang famous tu, kami pergi yang tak popular, tapi sedap amat, nantilah repeat balik daku share kat mana tempatnya, nama kedai ku tak alert, sebab paling alert jumlah orang dalam kedai ramai ke tidak sampai hilang fokus nak tengok nama kedai, hahahah. Nak makan seafood memang kena tahu harga semasa, kalau tahu harga barang makin mahal, means ambil seafood lagilah bertambah mahal. Kena ambil tahu harga semasa supaya kita pun sebagai pengguna takdelah diambil kesempatan juga. Begitulah. 


Dalam banyak-banyak seafood, yat-yat lah yang paling mahal buat kami, pasalnya kalau nak makan bukan kena bayar guna duit, kena guna usaha dan tenaga even free, lenguh,sakit pinggang membawak ke dua tiga hari hasil sodok pasir pantai cari yat-yat ni, mahal sangat pasal takde orang jual, hahahaha. Nak makan carik sendiri, ajee... 

NR Cafe Pata

10.05.2023

Masa viral warung Celup Tepung Pak Nong kat area Mengabang Telipot, kami masa sampai Terengganu tu nak lerr niat jugak menyinggah tempat viral, bisalah terpengaruh. Lepas check in kat Chalet Anees terus kami pusing area sekitar untuk cari makan celup-celup tepung, dari Chalet Anees jumpa warung Nizam Celup Tepung, nampak kedai baru nak buka lewat petang, so kami pergi lagi ke atas, jumpalah warong Pak Nong. 

Subhanallah, orang macam semut, pakej yang sedang beratur, bukan biasa-biasa punya beratur, tapi siap bentuk S bersimpang siur, nak cakap panjangnya dan ramainya orang, tunggu turn nak duduk makan, memang tak lerr kitaorang singgah makan. Mungkin view cantik atau pun binatang laut Celup tepungnya memang sedap dan murah bebeno, warong pun memang legend sebab warung orang lama. Disebabkan kami tak sanggup beratur kami pergi lah lajak kedepan lagi sampai jumpa satu kedai makan nampak okay sangat, NR Cafe Pata. Tapi kereta dua buah je kat depan kedai, cunn. Kenapa tak ramai ekk? kedai cantik sangat kot, klasik, guna buluh, ala-ala dok kat dalam hutan tapi tepi pantai. Ke taste daku tengok kedai tak sama level dengan orang lain, ahahaha. Masa berhenti tu berharap kedai ni sedap gak makanan sebab nama NR Cafe tu familiar sangat bagiku masa stay belajar, tempat isi perut kami kalau ke kedai makan. 
So kami decide makan kat kedai tak nampak orang crowded dan tak ramai. Rupanya memang berbaloi sangatlah kami lajak hingga ke sini, rezeki makan kat sini sebab view pantai sangat cantik, deco kedai guna konsep buluh yang memang sinonim dengan kedai asal NR cafe. Kalau NR Cafe Tok Jembal memang kedai makan favorite  daku lah masa zaman universiti, tak sangka depa dah expand lagi bagus siap buat tepi pantai betul-betul, kira memang sustain betul business depa ni, 20tahun maintain meniaga. 
Lagi bagus, tetap sedap even buka cawangan lain. Kat NR cafe Pantai ni memang celup-celup Tepung depa sedap sangat. Nak makan ala-ala berkelah kat atas pasir Pantai pun boleh, depa kasi tikar, makan sambil ambil angin Pantai, lagi best kat sini memang kedainya lengkap tandas, surau, dan tempat makan luas. Nak tempah dulu pun boleh sebelum datang makan, terutamanya makan malam. Masa kami singgah tu takde orang pun, pelik juga ingatkan makanan tak sedap, tapi orang lebih pilih untuk beratur, pilihan masing-masing kan. Kami bab beratur ni memang out of list terus maka tepat juga lah pilihan kami untuk singgah makan sini. Harga pun murah dengan hidangan yang kami ambil, puas hati sangat. 

So yang anti-beratur semata untuk makan, nak pulak makan celup-celup tepung singgahlah NR Cafe Pata, recommended sangat. Ku agak memang kedai ni ramai orang tapi mungkin masa dinner kot, kami pergi petang cemtu, maybe tak ramailah sebab orang serbu waktu malam. 



https://nrcafe.my/

Dua ratus

10.03.2023

Seriusly RM100 zaman sekarang macam bawak RM50 je nak pergi membeli. Tersentuh hati dengan sharing someone yang buat kerja amal yang bagi duit kat penerima, question back bill penerima yang banyak barang kehendak berbanding keperluan. Question back pun sebab nak didik penerima, betullah daya pemikiran, pemahaman dan buat keputusan ni berbeza setiap orang, cara dibesarkan, didikan, dan suasana sekeliling juga mentaliti. 

Dapat RM100 zaman sekarang duit poket sebagai isteri yang title surirumah pun kena bijaklah berbelanja, once a week dapat RM100, fikir terus nak beli apa, ada tau zaman sekarang yang dapat RM150 untuk sebulan pun, gila. Tapi itulah kita pun tak tahu perkara duduk sebenar, tapi sebagai surirumah bab yang ni memang kena terrerlah mikir, ada suami yang memang tak ambil cara bab belanja rumah ni tara mana, tahu dia demand nak makan lauk itu ini je. So yang suami ambil bahagian bahagian bab shopping barang dapur rumah either pergi pasar borong, pasar pagi, pasaraya, korang kena syukur bebanyak sebab takdelah nanti tiba-tiba suami kita jadi one of post viral kat facebook ambil lauk ikan bawal goreng sambal, ayam quarter half, question kenapa bayar mahal, tunjuk no'ob sendiri, itu jenis tak ambil tahu dan tak pernah be part dalam aktiviti beli barang mentah, barang dapur. 


Zaman sekarang banyak junk food, unreal food dalam pasaran, tak kata orang lah, anak-anak daku kalau bawa pergi pasaraya, ni lah masalahnya, mulalah nak snek, jajan, biskut merepek-repek, air manis kotak tin yang sia-sia, memang boleh panas hati kalau bawak anak-anak masuk sana. Tu sebab kalau nak shopping barang-barang dapur, memang suami atau daku yang totally shopping without them, no distraction, takde tambahan untuk bayaran makanan merepek-repek. Benda macam nilah sebenarnya banyak makan modal dalam belanja. Sekali beli bahagian junk food, habis paling kurang RM30 tu wajib. 


Dengan RM100 ke RM200 kalau dapat zaman sekarang focus beli barang keperluan dulu. Ni contoh daku sekali membeli, tak termasuk beras,bawang apa semua, RM200 tu untuk 7 hari makan bagi lapan orang isi rumah ku, jenis pandai bajet dapatlah 10hari makan, kita mak-mak ni memang kena bijak mengurus mengatur. Bila dalam keadaan susah, kewangan terhad, seulas bawang putih pun terasa sangat berharga walaupun ulas-ulas kecil. Sekecil-kecil nilai duit syiling pun terasa besar hasil yang dapat digunakan, nilai 10sen pun berharga bila nak cukupkan duit RM10. Daku ni bersyukur sangat bila fikir bab makan, beli lauk, Allah cukup kan bahagian ni, Allah kasi banyak ilham dan idea pelbagaikan masakan dengan sumber lauk yang terhad. 



Terfikir mak-mak zaman dulu, kreatif depa dan guna apa yang ada sekeliling untuk bahagiakan perut keluarga. Daku ni antara kategori tak bersyukur banyak lagilah sebab tak cuba bercucuk tanam lagi, rasa macam insecure sangat tengok yang berkebun even takde laman, takde tanah sejemput pun kat rumah mereka, tapi mereka boleh buat, inspirasi sangat kat depa ni dalam masa yang sama, I just pray dapat their strengths untuk mulakan berkebun, hari tu, beli dan bela cacing ingat nak buat compost source dari bahan makanan, semua mati akibat daku tak sempat cara, sampai trauma nak bela depa balik takut daku terzalim kat depa, ni ada tanah sekeliling haraplah Allah bagi kekuatan nak mula. So how yours hadap kekangan sekarang? 


Kita ni memang sedap bercakap, RM200 tu cukuplah, tapi untuk family daku seekor ayam tu untuk 2-3 hari, tu pun kalau makan ayam hari-hari, anak-anakku semua suka ikan, haishh, apapun kena pandai-pandai sendirilah nak hidup. Nak merungut, komplen pun tak guna, buat drain energy aje, so mohler kita sama-sama kreatif berjimat cermat, insyaallah kita semua dapat lalui ujian sebegini, kadang apapun yang jadi mungkin kita too much take for granted sebelum ni dengan apa yang kita dah miliki. Apapun syukurlah dapat juga shopping, yihaaa.