Lenggong Valley Campsite

7.13.2026

Datang musim durian ni, teringat masa kami menginap kat Lenggong Valley Campsite. Honestly ni kali pertama kami mai tempat campsite, kononnya nak pasang khemah, sekali laki aku tanya, owner bagitahu ada penginapan juga kalau tak nak camping pun, dah jiwa pemalas nak buka tutup khemah, jadi booking bilik penginapan jawabnya. Khemah tu bawa buat syarat aje untuk duduk lepak malam sebelum tidur. Lagi kelakar kami ni dah bertahun-tahun ulang alik lalu Lenggong, tak terbuka hati nak google, nak tengok tempat tidur kat sini. Tempat selalu singgah pun kat Tasik Raban tu je semata nak pergi tandas atau singgah makan. 






Nak dijadikan cerita hari bertolak ada beberapa perkara kena settle dulu, pagi-pagi lagi anak masuk event mewarna, semua yang layak masuk, aku paksa join jelah, dari dok sesaja perhati orang. Tinggal si kecil bongsu je tak masuk pertandingan. Dari saja-saja semua terpaksa, depa terpaksa menang, semua dapat voucher dari EON, rezeki depa ni kadang tak terjangka betul, dari niat nak beli makanan untuk makan kat tempat camping, dapat plak makanan lebih banyak kat event. Semua yang ada kat situ terpaksa angkut balik makanan yang lebih banyak, termasuk kami juga. Jimat dah tak yah membeli, wakakka. Jadi dari tempat event kami bertolak terus lepas selesai semua cara pembahagian hadiah, makanan. Masa bertolak pun dah tengahari pun. Memandangkan kami kenyang lagi, jadi non-stop jelah tayar bergolek. 


Kami sampai kat sana dah petang lepas asar dah, masa nak panjat naik bukit ke Lenggong Valley tu seram sikit ye, sebab jalannya untuk laluan satu kereta aje, kalau berselisih dengan kereta lain pandai-pandai kaulah nak masuk celah mana, laki aku punya hati-hati pun terseret sikit batu bukit yang dok kat tepi laluan tu,mak aihh, seram aku. Alhamdulillah sampai juga nohh, yang penting walau sampai lewat petang tak kalut dah nak pasang khemah. Dalam pada kami dok borak " nasib baik ada bilik nak tidur, ni kalau nak pasang khemah dalam gelap satu plak kan?!"...baru habis borak cemtu sampai satu kereta family kecil, depa gigih pasang khemah, dah nak maghrib masa tu, perghh kagum aku weii. Petang tu anak-anak sempat ronda kawasan sekeliling, sekali depa terjumpa sebijik durian, apalagi angkut ambil ler sebab tuan tanah dah bagitahu, durian yang jatuh kalau jumpa, ambil ler makan, alhamdulillah rezeki kami dapat makan durian walaupun sebijik, benda free memang sedap,kihkih.








Tahun ni rezeki semua orang dapat merasa semua jenis durian, yang ada gred, yang kacuk, yang kampung semua taram makan, sebab semua jatuh murah, tahun ni paling murah kami beli rm3 sekilo, isi elok plak tu. Doa siapalah termakbul masa durian mahal dulukala, dapat tengok aje orang makan durian T20, sekali semua tahun ni merasa selera T20, kihkih. Alhamdulillah nikmat, Allah maha Pemurah. So malam tu kami lepak santai-santai aje perhati langit yang dipenuhi bintang-bintang, sambil tu bakar-bakar sikit kambing perap kami bawa. Jenis pi mana-mana kerja nak bakar-bakar tu wajib kalau datang tempat ada jeram, air terjun ke, pantai ke, nak juga bau asap tu buat syarat,kihkih. Jadilah, ambil vibes orang camping sama. Bab hawa sejuk tak payah cakap, memang sejuk semulajadi ni sampai ke tulang sum-sum ye, kalah aircond. Salah satu sebab best tidur dalam hutan, tang sejuk nilah. 















Kat Lenggong Valley Campsite ni ada kolam juga, kolam air bukit. Memang tengok sekali macam kotor nau air kolamnya, tapi insyallah ni air bersih, dari air bukit yang sentiasa mengalir. Kami tak mandi air jeram sebab kena memanjat turun/ naik ke air jeram sebab banyak tingkat air jeram kat sini, jadi layan mandi kolam aje dengan anakanda. Tengok view pun tahu camne struktur batu kat sini. Kami book sekali dengan breakfast sebab malas nak turun bawah cari, kita minta tolong tuan tanah ajelah cari sediakan, wakaka. Apapun view kat atas sini Subhanallah memang benar-benar memukau biji mata aku ni, tengok dari puncak gunung view, perghhh! Betul-betul healing ye dok sini. Datang camping memang lagi ngam lerr, kami takat 2hari satu malam, memang idoklerr nak buka tutup khemah, yang jenis pemalas cam aku, boleh book bilik sini ye. Kami booking dua bilik dalam RM300++ masa tu. Turun bawah tu boleh pi makan tengahari kat Mak Tam pula. Lenggong ni memang wajib repeat, aku tak puas lagi nak teroka sini. Ajee yang Perak pun berjela bucket list aku belum tick. Banyak benorr tempat kat Malaysia ni aku belum sampai ye. Apapun percutian kat Lenggong memang another level satisfaction. Nak datang mancing pun boleh ye kat sini, aku tengok yang datang camping tu kebanyakan datang memancing sekali, banyak ikan besar kat sini, ikan kelah pun sohehla ada tempat cemni, aku agak jelah, kihkih.


Xoxo
fourth UNESCO World Heritage Site

Jentikan

7.03.2026

Masa hari Asyura hari tu kan, aku datang mai terfikir camnelah orang yang balik haji ni nak mengadap hari-hari, bukan 10hari dok Mekah Madinah, tapi 40hari dan lebih. Aku yang pergi 12hari ni pun tak mampu move on lagi dari dok sana, the feeling tak sama lagi dah. Rasa macam baru je balik, tapi sedar tak sedar hampir setahun dah rupanya, hati aku memang tertinggal sana dah agaknya. Ada masa mai teringat menitik air mata, ada masa tak fikir, mai juga teringat. Aku memang elak buka album pergi Umrah, bukan tak rindu tapi kalau buka album dan tengok, bengkak mata menangis. How could kan, aku prepare hati aku untuk pergi sana, tapi tak prepare hati lepas balik sini, sebab tak sangka impactnya sebegitu,aku ingat kan rindu tu biasalah, tapi tak rupanya. 


Adakala rasa kosong, ada kala rasa hilang arah tuju, tak tahu nak buat apa, tapi alhamdulillah dua bulan aku praktis apa yang perlu aku buat, dapatlah juga mengubat rindu aku, even ada masanya tanpa sedar aku buat sambil menangis teresak-esak. Susahnya nak move on, walaupun fizikal aku buat macam rutin dan tanggungjawab biasa, yang hari-hari buat, tapi kat dalam hati Allah jelah tahu. Moga Allah ubati hati aku yang macam kena reject, patah hati, asbab kerinduan tak terbatas ni. Rindu je pun, tapi rindu ni sakit betullah. Teringat pulak time kena reject berkali-kali, takde pulak pedih dan sakitnya macam ni, adududu. 


Hari jumaat ni, bila tahu kepergian someone yang baik, hati aku juga terkesan sama, begitulah Allah angkat orang yang kita tak kenal, tapi menyentuh hati kita. Tak sangka dulu aku update blog bila adanya kelahiran, sekarang aku update blog bila adanya kematian, how fast time changing us, we grow everyday, we experience whole thing, tapi ada satu peringatan, segala apa yang didunia ni hanya sementara sahaja, nikmati dan bersyukur selalu, sentiasa ingat ada kehidupan abadi yang menanti kita semua. Walaupun beza alam dengan yang dah pergi, kerinduan yang datang tak mampu diterjemahkan, yang pasti kebaikan yang diingati. Pasti ingat kita semua akan kembali kepada pencipta abadi. How short our life kan? Semalam aku baca satu buku, dua helai dah cukup menampar-nampar hati aku sampai berjujuran airmata. Ada orang hayatnya pendek namun kekal panjang dengan manfaat yang ditinggalkan, ada orang umur panjang namun tiada satu pun kebaikan malah perginya diraikan. Kejam bunyinya, tapi itulah cermin kehidupan. Baik kita, pasti seantero alam mengetahui, ibarat cerita terkenal dilangit dan sebaliknya.


Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

Al fatihah untuk kesemua orang kesayangan yang telah pergi, dan orang yang tak dikenali namun dekat dihati, Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan menempatkan arwah di syurga bersama para solihin dan orang-orang yang beriman.


Xoxo
Kematian selalu menghidupkan jiwa yang alpa

Bagas Zakariah Gopeng

6.17.2026

Mesti korang pernah tengok one of our actor yang langsungkan majlis perkahwinan mereka kat sini kan? Aku nak kata first time datang sini tak juga, ini kali ketiga kami sampai sini, first time sampai masa depa first launch buat Ramadhan buffet kat sini, lepas tu ada satu event perpisahan buat acara makan kat sini. Sampai kat tempat ni masa first time pun aku dah fall in love, aku cakap kat laki aku, nanti kita try stay tidur sini, alhamdulillah sampai masa, ada rezeki Allah izinkan kami menginap kat sini satu malam. 


Masyaallah Tabarakallah, alhamdulillah dapat merasa, kalau ikutkan suami aku booking rumah Lawan Kuda (Rumah Merah) kat website, sekali booking bertindan, owner kasi kami stay kat Rumah Lenggong. Perghh, inilah rumah yang aku dok perhati, pusing keliling masa first time datang. Masa tu lepas buka puasa, aku ambil peluang pusing tengok keadaan sekitar. Tak sangka dapat merasa tidur kat rumah ni. Kami bertolak dari Merbok Kedah dah lewat jadi memang dah agak sampai kat Gopeng pun lewat petang dah, jadi lepas ambil kunci rumah, kami cari makan malam terus dekat Pekan Gopeng, cari makanan goreng-goreng, masa tu dah hujan gerimis. Alhamdulillah settle makan, kami directly ke Bagas Zakariah. Masa tu semua rumah penuh ye. Jadi agak meriah sebab ada juga yang buat family day sama kat situ. Yelah vibes raya tak habis, memang 'in' habis potretkan gambar raya dengan satu family besar kat sini. Klasik dan rasa hidup sangat rumah traditional cemni. Aku suka, kena dengan jiwa aku. 


Sampai kat rumah Lenggong, depa angkut semua barang-barang. Aku sambil buat video, dalam hati mai terlintas " tak payah rekodlah, malam dah ni", tapi entah kenapa aku against the instinct tetap rekod until anak-anak aku berkumpul kat tangga bawah naik ke loteng, Hana cakap "mama ada hantu", ishh apa cakap cemtu, mama dah pesan jangan sebut mengarut. Perghh gitu je aku marah anak aku sambil kaki menapak naik ke atas loteng, lampu loteng dah buka, tapi tetap gelap ye. Tak nampak apa, wakaka. Masa tu aku rekod walaupun bulu aku dah berdiri seram tetiba, terus aku turun, buat macam takde apa, sambil suruh anak-anak mandi, bersiap untuk solat dan tidur aje. Aku sempat lagi turun bawah menuju ke kolam malam-malam buta, rumah merah masih meriah, depa dok berbbq kat tepi rumah, ada yang dok berendam dalam anak sungai. Perghh, berani nohh. Hahaha. Aku tak sempat sampai kolam betul-betul terus pusing balik, sebab tak tahu, terus je pergi laman rumah, pusing sekitar dan naik atas rumah.


Masa nak baring tidur mai terlintas dalam hati suruh tengok video aku rekod tadi. Aku nak belek album, terus aku stop letak telefon tepi, cancel keinginan hati untuk teruskan tengok, aku decide tidur aje. Pukul 5 pagi aku tersedar sebab sejukk padahal aku buka kipas pun nombor 2 aje, rumah kayu memang sejuk ye. Jenguk keluar tengok anak-anak tidur, depa tidur berselerak kat ruang tamu sambil tengok TV semalam. Dah alang-alang tersedar aku tunggu azan subuh aje.  Bahagianya boleh tidur kat rumah kayu macam ni, banyak kenangan kat rumah kayu macam ni kat rumah atuk nenek aku,  sekarang mereka semua dah takde, aku membesar dengan atuk nenek, kenangan dengan tokwan dan tok che aku hanya wujud hingga aku sekolah rendah aje, then mereka pergi, nenek dua-dua belah banyak kenangan hingga cicit mereka, sempat anak-anak aku dilayan moyang mereka,sob. Al-fatihah semua untuk kesayanganku, moga Allah tempatkan atok nenek kesayanganku dikalangan orang-orang soleh, Amin yra. Alhamdulillah rumah mak ayah aku pun asal kayu, aku membesar dalam rumah kayu, jadi bila dapat tidur kat rumah kayu ni memang lain energy ye. 





Ahh panjang pula, tapi betullah bangun awal pagi tu aku duduk merenung panjang sambil tengok anak-anak aku berselerak tidur kat ruang tamu,menggamit memori sendiri. Cepat aku rasakan masa berlalu, sobs. Selesai subuh ingat nak kejut anak yang dah sambung berselubung selimut balik, hujan pula turun. Aku biarkan ajelah depa tidur. Lagipun semalam pun dah penat dengan perjalanan. Aku, masa umur depa memang suka tidur, pantang dapat peluang. Me time tidur paling bermakna bila dapat balik dari asrama, aku tidur macam takde hari esok, duduk universiti pun antara favorite thing to do, tidur. Wakakka. Masa kerja part time pun, hujung minggu, tidur. Tidur ni terapi diri rupanya untuk orang perempuanlah. Orang laki kalau asyik tidur, bangun makan, tok che aku panggil biawak hidup. Memang kerja orang laki pencari nafkah, jadi usah di gaduh-gaduhkan. 


Sementara tunggu hujan reda, aku siapkan sarapan pagi, kat sini memang dapur pun lengkap dengan basic utilities, setakat nak masak telur masak separuh, goreng nasi bodo macam kat rumah sendiri pun boleh, ,lauk, makanan bawa sendirilah. Hujan hampir reda aku kejut depa makan-makan sebab nak mandi kolam pula. Aku mula-mula jual mahal, sebab macam ramai kat kolam, tapi teringat anak sungai depan tu boleh mandi, apalagi aku turun sama. Tak expect plak kat anak sungai ni ada etok, apalagi memggagau aku cari dari seketul, tahu-tahu penuh satu daun keladi. Patut la ek aku ada ternampak penginap lain dok dalam anak sungai memalam buta macam dok mengutip something, mengutip etok ni rupanya. Anak-anak pun join sama menggagau cari etok ni. Sambil kutip etok ni aku cerita kat anak-anak dulu mama pergi cari etok kat sungai kelantan tepi rumah mak minah tu macam ni la kutipnya, tapi kat tengah sungai tu ada dataran pasir yang besar, nak tahu ada etok, tengok pasir tu ada lubang tak, kat situ lah etok menyorok. Best betul nostalgia zaman kanak-kanak dulu.




Kat anak sungai ni penuh dengan serangga purbakala ye, memang trigger childhood memories aku, alhamdulillah aku suka. Rasa puashati sangat datang tempat cemni, I feel soooo content. Siap mandi kami kemas apa yang patut dan check out, balik rumah bersiap-siap pula nak hantar anak balik asrama. Sebelum balik kami sempat singgah makan Ikan patin masak Tempoyak dekat Teratak Tempoyak NDA, ni kali kedua kami mai makan kat sini, pertama kali masa teratak ni beroperasi kat rumah lama depan jalan tu, kami bawa arwah abah datang makan sini, since abah takde kami tak repeat mai, jadi tak terpergi plak, tak tahu kenapa, padahal masakan kat sini sedap sangat. Jadi kali kedua kami mai makan sini, alhamdulillah rasa tetap sama macam yang dulu. Sedap. Dekat je dengan Bagas Zakariah, dalam 2, 3 minit aje sampai. 





Balik dah sampai rumah owner wasap laki aku tertinggal magnesium spray, nak pergi arah Gopeng tak tahu bila, so aku minta tolong poskan aje. Alhamdulillah dapat balik. Imagine dua minggu lebih lepas tu baru aku teringat nak belek, tengok gambar video kat sana. Sekali tengok video atas loteng, omg, entahlah. Terus wasap owner suruh cek kan, alhamdulillah plastik wrap aje rupanya, wakakka. Kalau betul pun ada, apa nak peliknya, bukan kita aje ada atas dunia ni, wujud makhluk alam ghaib yang tak semua orang percaya, lantaklah yang penting tak usik dan ganggu kita udah ye. Apapun short trip and staycation kat Bagas Zakariah ni aku dah niat nak repeat lagi, berkenan nak tidur kat rumah kuning, senang cerita semua rumahlah, rumah merah, rumah hijau, pasti semua rumah berbeza experience kan?moga ada rezeki, amin.yra. Of course recommend sangat korang in big group pergi sini, seronok wehh, keluar sikit dari Bagas Zakariah, berjujuk orang jual durian, sekarang musim durian ni sohehla dalam Bagas Zakariah tu banyak pokok durian, menginap sambil makan durianla jawabnya dalam tu, best aihhh. Masa aku pergi tu, bunga durian penuh atas tanah, tengah nak berbuah, lani makan durianlerr jawabnya 


Rumah hijau masa ni masih on progress nak siap dah, tapi makkk so loveeeee this green house. Ada 3 rumah lagi kena merasa, maknanya 3 kali lagi aku kena repeat pi, hahaha. Berangan dululah, yihh. Aku memang suka kalau ronda-ronda kat Perak, sengaja masuk kampung orang kes nak tengok rumah-rumah lama, penuh berseni, yang penting cantikkkkk. 


Xoxo
Oldskool taste.

Mak-mak Little thing

6.08.2026

Berdekahh aku baca surprise mak-mak anak-anak masuk sekolah balik setelah 2minggu bercuti, jumpa macam-macam bekal dari beg sekolah lupa nak bawa keluar. Aduii macam-macam,aku anak-anak asrama punya karenah, punyalah berbaki 4 hari masa bertenang sebelum depa nak start masuk asrama,hari nak hantar depa balik, depa mai bagitahu aku kata selimut dan cadar yang depa buat balik tak basuh lagi. Mana tak berasap aku, bukan tanya sekali, tanya berkali-kali dah sebelum balik cuti kampung, balik ke rumah semula pun aku tanya, ada lagi ke yang nak basuh, hari sekian-sekian nak pergi asrama dah, alih-alih hari yang nak pergi hantar depa,pagi tu depa bagitahu. Uiiiiiiiiiii, kesabaran setinggi gunung mak hadap peel cemni, hnss hnsss hnsss. Tak lagi campur dah hantar anak-anak asrama, confirm takde apa-apa tertinggal ye?! Confirm takde! Konpidennya depa! sekali nak sampai rumah belakang seat, depa tinggal syiling nak guna telefon awam, aduiimakkkk, berasap lagi. 



Tak campur lagi peel anak mak mertua, orang dah settle dobi, dia kerja fikir mana lagi nak pergi, nak tambah kerja dobi aku nih, sabarrr okay, hnss hnsss, baru nak bertenang duduk baring layan buku, kena kemas bagasi, lepas tu bebel aku beli buku tak baca, masa mana nak baca uiii, ya Allah tolongggg Nabilaaa!!. Begitulah kesabaran mak-mak diuji ye. Aku agak mak-mak lain pun sama aje. So bila orang sebut PBAKL dah habis, kecewa betul aku lah kenapa depa buat masa cuti sekolah semata, kenapa tak sambung lagi seminggu. Betul ekk depa pun sama naik tak kasi can kat mak-mak macam aku ni take a little time pi cuci mata kat buku, benci benor ekk depa kat mak-mak nak me time, wakaka. Nampak gaya aku kena cari port baru nak borong buku murah. Selagi takde orang kasi peluang aku habiskan baca buku yang dah aku beli, jadi kerja aku tambah buku, wakaka. Gitulah akibatnya. 


Apapun alhamdulillah karenah dalam keluarga cemtulah. Harap anak-anak aku aku tak serik dapat mak pak cemni, and I love my child indeed walaupun selalu buat aku berasap, rumah in chaos. Ni abang-abang dah masuk asrama, satu bilik dah sunyi, bila semua pergi sekolah satu rumah sunyi, nasib tinggal yang bongsu boleh aku buat teman bergaduh ketawa, kihkih. Jadi mak-mak ni memang pelikkan, kadang kita complain, bukan tak suka, tapi sekadar meluah emosi, kadang kita mengeluh bukan tak bersyukur,tapi rasa lega dapat luah yang terpendam. Orang perempuan sometime complicated, sometime complicated complicated. Bagitahu salah, tak bagitahu salah. Luah salah, tak luah salah. Straightforward salah, kias pun salah. Entahlah. Nak orang faham, alangkan orang perempuan sendiri pun tak faham kaum sendiri, macam aku, aku pun tak faham diri sendiri, wakakka. Kadang boleh dibaca, kadang loading. Kadang boleh agak, kadang random tetiba.  Letih mak. Apapun mood aku dah okay hari ni, sebab dapat dating dengan diri sendiri, mengopi, belek helaian tertangguh. Kadang kita tak minta banyak pun, hanya ruang untuk bersendiri. Mak dating diri sendiri, dalam rumah sendiri. Alhamdulillah masih happy dan kekal waras. Alhamdulillah 'ala kulli hal.


Note
Mak-mak dating takde teman, pun bahagia

Sunlight Suite Cameron Highland

Ingat nak gatekeep, tapi itulah tak syok pula kalau kita sorang-sorang rasa, aku kalau tiap kali naik Cameron Highland, tempat ni memang antara masuk dalam list kalau nak pergi Brinchang, satu lagi tempat tak tahu berapa kali repeat duduk dah tetap tak puas sebab best. Aku share yang ni dulu, biasa kalau pergi Cameron Highland ni korang kena jelas mana arah tuju nak pergi berjalan ke mana dan ke mana? Sebab apa? Sebab nak elak terjebak, terperangkap dalam kesesakan yang luarbiasa, makan jam, buang masa, dan akhirnya dapat letih, stress tapi tak sampai tempat nak pergi tu. Boleh tunggang terbalik mood kalau cemtu kan? 


Jadi kena tahu hala tuju kita hari sekian-sekian nak kemana. Aku kalau stay Brichang nak pergi Kea Farm, pun dekat dah tapi kalau salah timing sudah. Sama aje dekat tak dekat beratur tak bergerak. Jadi timing bergerak tu kena tepat. So korang nak duduk Brinchang tapi view gunung ganang, tak nak sarounding sibuk, bising, Sunlight Suite pilihan terbaik. Masa first time mai bermalam kat sini rasa seram juga sebab tak ramai orang, dia macam terasing cemtu kat puncak bukit. Nak naik ke tempat ni agak sempit juga jalannya dan sedikit curam, tapi still okay for us, cuma kalau musim hujan kena berhati-hati sikit. View jalan kat sini cantik sangat bagi aku, sebab banyak moss sekeliling jalan. Masa first time sampai dah nak gelap pun, jadi aku rasa tak menarik pun, nak cari makan pun payah sebab isolated. Kenapalah laki aku booking tempat cenggini. Masa tu kami dapat bilik belakang ada katil king dua, anak-anak kecil still okay. Bila hari bertukar siang, Subhanallah tempat ni cantik sangat bagi aku. The scenery breathtaking, atas gunung. 



Second time kami ambil dua bilik yang connecting, dapat pula bilik hujung dan bawah, datang kali kedua kami dah cerdik sikit bawa lauk sendiri nak bakar-bakar, sebab lebih puas hati makan, kami tak kalut nak keluar dah cari kedai makan, kami order nasi goreng by grab aje, lauk dah siap bakar, sedang elok nasi goreng sampai, makan kenyang, puashati, tak payah beratur menunggu kalau terkena time cuti panjang atau bersambung. Naik Cameron Highland ni azab kalau naik masa cuti sekolah panjang. 



So kat sini bilik family pun ada, kami datang kali ketiga ambil family room memang sangat selesalah untuk kami berlapan. Kat sini memang focus tenang-tenang, rest, viewing attractive. Kalau takat nak keluar jalan morning walk, sini memang the best. Pun kami bawak siap-siap lauk nak bakar, sini best,kau bagitahu je nak set BBQ sekali, depa siapkan set BBQ complete, staff hidupkan api, pinggan mangkuk, segala peralatan utensil nak diguna untuk bbq pun depa complete pakej ye sediakan, kami bayar RM100/RM150(lupa dah) je, dapat semua pakej arang yang dihidupkan api, kami letak lauk untuk bakar-bakar aje. Mana tak suka kalau datang sini. Aku dah bawa mak ayah dan ma dah kat sini, bawak complete satu family besar je belum lagi, memang recommend sangat sebab sini pun ada rumah 9 bilik, sesuai sangat untuk big family berfamily day. Ada padang, laman luas untuk anak-anak berlari,bermain buat family outdoor activity. Harga pun affordable sangat. Aku ambil bilik family 3 katil king, dalam RM400+ aje kebetulan promo masa tu. Yang untuk rumah 9 bilik atau 5 bilik kena call tanya depa. 












Entah bila lagi nak repeat datang sini, tak tercapai lagi hasrat nak morning walk sekitar tempat penginapan ni sampai ke bawah, sebab jalan ke tempat ni cantik sangat dipenuhi dengan moss, cantik tak terkata tengok melalui tingkap kereta pun, tu yang rasa tak sampai lagi maksud stay sini selagi aku tak dapat pergi berjalan sambil sentuh moss kat sepanjang tepi bukit nak naik ke tempat penginapan ni. Pokok-pokok bunga kat sini pun rare, tak pernah tengok dan cantik sangat. Nak naik Cameron Highland version aku, memang kena naik tengah bulan, hujung minggu, hujung minggu tak boleh bersangkut paut dengan cuti bersambung atau cuti sekolah, kalau tak sangkut dalam jem. Orang kata hujung minggu pun jem, taklerr, tak selalu hujung minggu jem.


Xoxo
Sejuk yang digemari