::Wujudkah Hak untuk hadkan Privasi di ruang Blog??::

9.13.2011

Privasi atau kerahsiaan bukanlah sesuatu perkara remeh, namun didunia maya dan serba 'borderless' ne, semua maklumat dihujung jari sahaja. Namun dalam keghairahan kita berblog pernahkah kita menghadkan privasi kita sendiri??(okei, yang ne tanya diri sendiri-_-'). Dalam syok ber'blog' ne, kemungkinan kita terlupa untuk menjaga batasan privasi. Sehingga ada perkara-perkara yang mengaibkan pernah kita kongsikan. Untuk pengajaran atau sebaliknya, tak siapa yang tahu. 

Sering mengingatkan diri dikala jari menari-nari dikeyboard, segala yang terhasil mungkin boleh menghasilkan impak negatif dan positif. Dalam dunia maya segalanya berisiko. Terkadang dalam penulisan alam maya kemungkinan untuk kita menjadi musuh terjadi dengan tidak sengaja(nauzubillah) wujud. Puncanya berbeza pendapat. Kadang-kadang juga kerahsiaan yang sepatutnya kita rahsiakan boleh menjadi punca rosaknya hubungan. Semestinya hak untuk Privasi di ruang blog wujud bergantung setakat mana kita berkongsi kerahsiaan tersebut. Blog personal macam saya ne, sememangnya had privasi ditahap rendah ataupun moderate, melainkan kita tahu apa yang kita kongsikan. So much risk to face bila kita didunia maya, sama jugak dengan realitinya. Sebab itulah penting bagi kita (saya especially) mengingatkan diri untuk berkongsi cerita, ada benda yang kita boleh kongsikan, dan ada benda yang perlu elakkan untuk dikongsi. Kadang-kadang ruang sebegini bukanlah tempat terbaik untuk meluahkan perasaan. Cuba imagine apa perasaan readers bila baca entri kita yang marah-marah, memaki-hamun, mengadu domba, terlebih berkasih sayang, segala setiap inci dan saat dilakukan setiap hari dicoretkan tanpa sepatah perbuatan dan perkataan ditinggalkan dan semacam lagi (adeii, tak boleh imagine). Dulu masa mula-mula berblog ada jugak anggap blog ne macam diari, rupanya  silap. Bila baca balik entri sendiri dulu-dulu ada jugak rasa annoying kat diri sendiri...haha=p, apatah lagi yang  membacanya...hehe=). Kesimpulannya had privasi bergantung kepada tuan empunya, nak kongsi takde hal, tak nak kongsi pun tak jadi hal, privasi tu hak kita kan, so kita yang hadkan=).

Note: Blogging for fun