Mesti korang pernah tengok one of our actor yang langsungkan majlis perkahwinan mereka kat sini kan? Aku nak kata first time datang sini tak juga, ini kali ketiga kami sampai sini, first time sampai masa depa first launch buat Ramadhan buffet kat sini, lepas tu ada satu event perpisahan buat acara makan kat sini. Sampai kat tempat ni masa first time pun aku dah feel in love, aku cakap kat laki aku, nanti kita try stay tidur sini, alhamdulillah sampai masa, ada rezeki Allah izinkan kami menginap kat sini satu malam.
Masyaallah Tabarakallah, alhamdulillah dapat merasa, kalau ikutkan suami aku booking rumah Lawan Kuda (Rumah Merah) kat website, sekali booking bertindan, owner kasi kami stay kat Rumah Lenggong. Perghh, inilah rumah yang aku dok perhati, pusing keliling masa first time datang. Masa tu lepas buka puasa, aku ambil peluang pusing tengok keadaan sekitar. Tak sangka dapat merasa tidur kat rumah ni. Kami bertolak dari Merbok Kedah dah lewat jadi memang dah agak sampai kat Gopeng pun lewat petang dah, jadi lepas ambil kunci rumah, kami cari makan malam terus dekat Pekan Gopeng, cari makanan goreng-goreng, masa tu dah hujan gerimis. Alhamdulillah settle makan, kami directly ke Bagas Zakariah. Masa tu semua rumah penuh ye. Jadi agak meriah sebab ada juga yang buat family day sama kat situ. Yelah vibes raya tak habis, memang 'in' habis potretkan gambar raya dengan satu family besar kat sini. Klasik dan rasa hidup sangat rumah traditional cemni. Aku suka, kena dengan jiwa aku.
Sampai kat rumah Lenggong, depa angkut semua barang-barang. Aku sambil buat video, dalam hati mai terlintas " tak payah rekodlah, malam dah ni", tapi entah kenapa aku against the instinct tetap rekod until anak-anak aku berkumpul kat tangga bawah naik ke loteng, Hana cakap "mama ada hantu", ishh apa cakap cemtu, mama dah pesan jangan sebut mengarut. Perghh gitu je aku marah anak aku sambil kaki menapak naik ke atas loteng, lampu loteng dah buka, tapi tetap gelap ye. Tak nampak apa, wakaka. Masa tu aku rekod walaupun bulu aku dah berdiri seram tetiba, terus aku turun, buat macam takde apa, sambil suruh anak-anak mandi, bersiap untuk solat dan tidur aje. Aku sempat lagi turun bawah menuju ke kolam malam-malam buta, rumah merah masih meriah, depa dok berbbq kat tepi rumah, ada yang dok berendam dalam anak sungai. Perghh, berani nohh. Hahaha. Aku tak sempat sampai kolam betul-betul terus pusing balik, sebab tak tahu, terus je pergi laman rumah, pusing sekitar dan naik atas rumah.
Masa nak baring tidur mai terlintas dalam hati suruh tengok video aku rekod tadi. Aku nak belek album, terus aku stop letak telefon tepi, cancel keinginan hati untuk teruskan tengok, aku decide tidur aje. Pukul 5 pagi aku tersedar sebab sejukk padahal aku buka kipas pun nombor 2 aje, rumah kayu memang sejuk ye. Jenguk keluar tengok anak-anak tidur, depa tidur berselerak kat ruang tamu sambil tengok TV semalam. Dah alang-alang tersedar aku tunggu azan subuh aje. Bahagianya boleh tidur kat rumah kayu macam ni, banyak kenangan kat rumah kayu macam ni kat rumah atuk nenek aku, sekarang mereka semua dah takde, aku membesar dengan atuk nenek, kenangan dengan tokwan dan tok che aku hanya wujud hingga aku sekolah rendah aje, then mereka pergi, nenek dua-dua belah banyak kenangan hingga cicit mereka, sempat anak-anak aku dilayan moyang mereka,sob. Al-fatihah semua untuk kesayanganku, moga Allah tempatkan atok nenek kesayanganku dikalangan orang-orang soleh, Amin yra. Alhamdulillah rumah mak ayah aku pun asal kayu, aku membesar dalam rumah kayu, jadi bila dapat tidur kat rumah kayu ni memang lain energy ye.
Ahh panjang pula, tapi betullah bangun awal pagi tu aku duduk merenung panjang sambil tengok anak-anak aku berselerak tidur kat ruang tamu,menggamit memori sendiri. Cepat aku rasakan masa berlalu, sobs. Selesai subuh ingat nak kejut anak yang dah sambung berselubung selimut balik, hujan pula turun. Aku biarkan ajelah depa tidur. Lagipun semalam pun dah penat dengan perjalanan. Aku, masa umur depa memang suka tidur, pantang dapat peluang. Me time tidur paling bermakna bila dapat balik dari asrama, aku tidur macam takde hari esok, duduk universiti pun antara favorite thing to do, tidur. Wakakka. Masa kerja part time pun, hujung minggu, tidur. Tidur ni terapi diri rupanya untuk orang perempuanlah. Orang laki kalau asyik tidur, bangun makan, tok che aku panggil biawak hidup. Memang kerja orang laki pencari nafkah, jadi usah di gaduh-gaduhkan.
Sementara tunggu hujan reda, aku siapkan sarapan pagi, kat sini memang dapur pun lengkap dengan basic utilities, setakat nak masak telur masak separuh, goreng nasi bodo macam kat rumah sendiri pun boleh, pun boleh,lauk, makanan bawa sendirilah. Hujan hampir reda aku kejut depa makan-makan sebab nak mandi kolam pula. Aku mula-mula jual mahal, sebab macam ramai kat kolam, tapi teringat anak sungai depan tu boleh mandi, apalagi aku turun sama. Tak expect plak kat anak sungai ni ada etok, apalagi memggagau aku cari dari seketul, tahu-tahu penuh satu daun keladi. Patut la ek aku ada ternampak penginap lain dok dalam anak sungai memalam buta macam dok mengutip something, mengutip etok ni rupanya. Anak-anak pun join sama menggagau cari etok ni. Sambil kutip etok ni aku cerita kat anak-anak dulu mama pergi cari etok kat sungai kelantan tepi rumah mak minah tu macam ni la kutipnya, tapi kat tengah sungai tu ada dataran pasir yang besar, nak tahu ada etok, tengok pasir tu ada lubang tak, kat situ lah etok menyorok. Best betul nostalgia zaman kanak-kanak dulu.
Kat anak sungai ni penuh dengan serangga purbakala ye, memang trigger childhood memories aku, alhamdulillah aku suka. Rasa puashati sangat datang tempat cemni, I feel soooo content. Siap mandi kami kemas apa yang patut dan check out, balik rumah bersiap-siap pula nak hantar anak balik asrama. Sebelum balik kami sempat singgah makan Ikan patin masak Tempoyak dekat Teratak Tempoyak NDA, ni kali kedua kami mai makan kat sini, pertama kali masa teratak ni beroperasi kat rumah lama depan jalan tu, kami bawa arwah abah datang makan sini, since abah takde kami tak repeat mai, jadi tak terpergi plak, tak tahu kenapa, padahal masakan kat sini sedap sangat. Jadi kali kedua kami mai makan sini, alhamdulillah rasa tetap sama macam yang dulu. Sedap. Dekat je dengan Bagas Zakariah, dalam 2, 3 minit aje sampai.
Balik dah sampai rumah owner wasap laki aku tertinggal magnesium spray, nak pergi arah Gopeng tak tahu bila, so aku minta tolong poskan aje. Alhamdulillah dapat balik. Imagine dua minggu lebih lepas tu baru aku teringat nak belek, tengok gambar video kat sana. Sekali tengok video atas loteng, omg, entahlah. Terus wasap owner suruh cek kan, alhamdulillah plastik wrap aje rupanya, wakakka. Kalau betul pun ada, apa nak peliknya, bukan kita aje ada atas dunia ni, wujud makhluk alam ghaib yang tak semua orang percaya, lantaklah yang penting tak usik dan ganggu kita udah ye. Apapun short trip and staycation kat Bagas Zakariah ni aku dah niat nak repeat lagi, berkenan nak tidur kat rumah kuning, senang cerita semua rumahlah, rumah merah, rumah hijau, pasti semua rumah berbeza experience kan?moga ada rezeki, amin.yra. Of course recommend sangat korang in big group pergi sini, seronok wehh, keluar sikit dari Bagas Zakariah, berjujuk orang jual durian, sekarang musim durian ni sohehla dalam Bagas Zakariah tu banyak pokok durian, menginap sambil makan durianla jawabnya dalam tu, best aihhh.










Top Social