Kuala Rompin

1.21.2026

Aku jatuh cinta kat Rompin ni, mungkin first jejak Rompin kami dah terus melekat kat hati view kat sini. Kalau ikut dah banyak tempat aku jatuh cinta, Perlis, Kedah, adoiilah payah betul cemni. Kedatangan kali kedua ni lagi lah, dulu boleh tengok cari maklumat aje kat google, tengok Instagram dan gambar orang share. Malaysia ni tak tahulah aku rasa seluruh pelusuknya ada kecantikan dan keunikan tersendiri. Semua tempat memang boleh bikin jatuh hati dengan caranya. Actually yang aku perasan view kat Rompin ni persis kat Terengganu. 





Cuma kat Terengganu pantainya tak digalakkan mandi, tapi kat Rompin mandilah sepuas hati sebab pantai kat sini landai, bersih dan sangatlah cantik. Antara sebab laki aku tak nak pergi keluar negara, dia cakap tak puas lagi ronda keliling nikmati Malaysia, ni pun antara asbab tak sampai-sampai lagi ke Bosnia, aku cakap tak sama, dia cakap kurang-kurang tak renyah naik turun flight, tunggu anak besar sikit, huarghhh.. payah betullah, takpe yang penting aku ada niat nak fly suatu hari nanti tengok keliling dunia plak. Dan jangan tanya kenapa pergi tempat sama, macam aku kerap pi Cherating tak tahu kenapa, tempat ni yang paling masuk dengan jiwa aku. Yang faham feeling aku je faham kenapa ulang pergi tempat sama. Sama juga ulang naik Cameron Highlands, kalau sponsor aku naik Cameron Highlands tiap-tiap minggu pun sanggup, wakaka. 


Back to story actually bukan kali kedua sebenarnya kami datang, ni kali ketiga dah, kali kedua masa dulukala, nak pergi Rompin tapi tak boleh masuk kami corner masuk Pekan Pahang. Tu yang jadi tahu wujudnya Pekan, tak pernah tahu, tak pernah terfikir, tapi sampai dan kenangan kat Pekan Pahang memang the best ever. Baca balik cerita pergi Pekan tu, bestnya cerita aku tu, tapi sebalik nak sampai ke Pekan tu, aku je lah tahu, sedih tak boleh nak cerita, telan sendiri sudahlah ekk. Tapi itulah first time dalam hidup aku dengar mak menangis sebab rindu nak tengok aku, sedihlah. Dalam keadaan aku mengandung, nak balik sangat, tapi terhalang. 






Moga Allah angkat doa-doa aku masa tu, sedih tak boleh nak cakap. Sekarang baru nampak hikmahnya. Masyaallah, alhamdulillah, tanpa ujian takde kemanisan kan? Allah ni memang nak uji takat mana kebergantungan kita kat DIA. Allah. Tak terepeat lagi ke Pekan. Jadi cuti kali ni dikala semua area utara dan pantai timur penuh segala hotel dan homestay kami pilih pergi Rompin. Actually sehari sebelum decide nak pi Rompin hingga hari nak bertolak kami laki bini berbolak balik, masa tayar bergolek pun macam mana ni nak teruskan pi Kuantan Terengganu ka macam mana?nak pergi terjah walk in? Fikir punya fikir macam tak berbaloi, sahih dah tempat celup tepung pun beratur, nak makan pagi tengahari kedai gerai penuh. Memang tidak-tidaklah bercuti dalam keadaan stress dan memori tak best. 


Lalu simpang nak ke Kubu Bharu lakiku drive straight ja? Aku tanya, kita ke KL ke macam mana ni? Main kolam kat KL ke? Entahlah, pergi je dulu, sekali masuk KL laki ku terus amik highway ke Semenyih, "kita trylah area belah sini dulu" sekali sampai area Sungai Tekala apa semua, straight ja bawa kereta, alih-alih dah decide kita pi Rompin ja lah, senang. Ahh macam tu aje, hahahah. Kami lalu ikut jalan orang tak lalu mana panjat bukit ikut laluan Kuala Klawang, sunyi dan seram ye jalannya, sebab jumpa kereta hala sebelah tu jarang sekali. Baru aku ingat kat sini dulu ada tanah runtuh, tak ingat tahun bila, tapi teruk sampai putus terus jalan perhubungan. 


Dari Kuala Klawang turun ikut Simpang Pertang, alhamdulillah sepanjang jalan, smooth je. Imagine dah decide keluar tetiba begini, nak pula tempah last minit dalam apps, satu bilik pun non-hado, tapi jenis terjah juga dengan yakinnya pasti ada bilik untuk kami, ni dah banyak kali juga buat, tak recommend ye untuk yang jenis bawa family besar, atau group, ni style kira-kira, family kecil bolehlah buat version macam aku ni. Dahlah masa cuti, lantak situ. Yang penting niat keluar rumah tu penting, niat musafir kerana Allah Taala, solat musafir siap-siap. Banyakkan istighfar masa tayar bergolek tu, aku memang takut naik kereta, ghisau, kita hati-hati orang lain pula tak hati-hati, vice versa. 





Alhamdulillah sampai kat Kuala Rompin dah lepas asar dah pun, dalam mencari tu kami pusing sekitar pergi tanya direct kaunter ada lagi tak bilik kosong, antara hotel kami tanya Villea Hotel Resort dan Kuala Rompin Resort takde yang kosong sebab kebanyakannya ambil 3hari dua malam untuk stay, dan nampak ramai juga group buat family day. Punya risau baru mai teringat hotel kami stay masa pertama kali datang Kuala Rompin, cari dalam Google kot-kotlah ada keluar gambar hotel, kami agak-agak je, alhamdulillah sampai juga kat Pantai Lanjut. Situlah Resort kami stay dulu.


Alhamdulillah, even matahari dah nak turun waktu tu, ku doa jelah harap-harap ada bilik untuk kami, doa lepas asar pula, kami perati je lakiku pergi bercakap dengan owner, bertanyakan bilik yang available, dan ketika tu ada satu family juga yang datang dalam 5orang cemtu, tak tahu la macam mana Allah atur, kami redha je lah, ada alhamdulillah, takde bilik, kami plan pergi tidur kat hotel tengah bandar. Dalam 10minit cemtu laki ku datang dengan muka serius.


Anak-anak dah kecoh "ada ke ayah bilik untuk kita?", lakiku senyum alhamdulillah rezeki kitalah sedang elok ada bilik untuk family bilangan kita semua ni, lapan orang, kira selesa jugalah. Alhamdulillah. Last bilik yang available pula tu, sedang elok yang satu family lagi ambil bilik lain yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga mereka. Syukur alhamdulillah. Terus check in, masuk bilik, masa yang ada sebelum matahari terbenam kami ambil peluang berjalan tepi Pantai Lanjut. Bestnya Ya Allah sebab pantai pasirnya halus putih, paling best tak ramai orang sangat. 


Siap Ronda petang kat pantai kami balik ke bilik bersiap untuk keluar makan malam, ingat nak cari area berdekatan aje. Kalau ikutkan niat hati nak makan kat Kedai, tapi punya ramai orang semua menu dah sold out, memandangkan masih awal malam kami straight je pergi ke area bandar Kuala Rompin dan decide makan kat Restoren Paip Biru, alhamdulillah tak salah pilihan kami, masakan sedap dan cukup rasa, makan masakan panas aje. Siap makan kami balik bilik untuk berehat sebab esok pagi kononnya nak mandi pantai awal-awal pagi.











Pagi tu anakanda bongsu mengamuk sebab dikejutkan awal, member tak puas tidur, udahnya niat nak tengok sunrise, sunrise dan atas kepala masa kami keluar bilik. Aaplagi terus pergi breakfast ajelah kat Restoren hotel. Masakan kat sini memang persis masakan orang Kelantan ye, sedap. Sambal ikan bilis nasi lemak pun sekali makan terus tahu ni sambal ikan bilis style Kelantan ni, kuah lontong pun sedap sangat. Berbaloi nahh dapat makan breakfast puashati dan sedap, takpayah keluar mencari pagi-pagi. Siap makan apalagi terus semua terjah pantai, dari pukul 9 sampai 11.30pagi dok berjemur tepi pantai,mandi air laut. 



Cantik sangat pantai, tenang, tak ramai orang sampai padat, yang penting memang teringat kat Cherating, ada vibes yang lebih kurang sama. Yang lagi penting pantai ni boleh mandi, anak aku memang suka mandi pantai, kolam pun iyye juga. Pantang jumpa air, jeram jarang sekali kami pergi, asbabnya timing musim tak sync dengan free time yang ada, jadi jarang sekalilah terjah jeram, air terjun. So kali ni sampai pun dah petang, kira santai tepi pantai sambil anak layan main pasir sekejap, takdan nak mandi air pantai, jadinya kami janji esok pagi lepas breakfast terus boleh mandi air pantai.


Dah siap mandi pantai, kami checkout sebab esoknya bilik kat situ dah confirm penuh,yelah hujung minggu. Kami pergi settlekan dobi kain dan cari makan tengahari. Bab sambung tidur nanti dululah fikir macam mana. Kami sengaja pergi belah atas lagi ke arah Mersing, cari makan tengahari kat sana, tengok dalam Google kedai terdekat, siap kena masuk area Kebun kelapa sawit dulu sampailah kat hujung jalan kami nampak pantai. Lain macam, tapi worth betullah kami datang lunch kat sini, tak ramai orang sebab kedai pun baru buka, jadi kami tak perlu tunggu lama order makan. Tak sangka vibes kat sini semacam belah Pantai Timur Terengganu, feeling dok tepi pantai Penarik. Celup tepung kat sini pun fresh. 








Siap makan, kami singgah dobi ambil kain terus ronda area Pantai Hiburan, kat sini vibesnya seakan di Tanjung Aru di Kota Kinabalu, cantik betul kawasan Pantai Hiburan ni. Masa masuk kat simpang ke Pantai Hiburan ni aku baru tahu Kuala Rompin ni popular di kalangan kaki pancing sebab kat sini ikonnya Ikan layar, tu sebab Perairan Rompin antara tempat terbaik untuk kaki pancing. Kalaulah cuti masih panjang I wish nak explore Mersing sekali, tapi itulah Kuala Rompin ni pun datang tiga hari dua malam rasa tak cukup. 

So nak dijadikan cerita kami pergi ke Resort Kuala Rompin sebab nak kan hotel yang berdekatan pantai, berharap ada lagi bilik kosong walaupun macam tipis harapannya sebab kebanyakannya nampak pengunjung dalam group besar macam buat family day dan semalam pun kami dah tanya, tapi itulah kot-kotlah ada orang cancel mai. Tapi dah alang-alang nak bertanya, pergi jelah, alhamdulillah memang ada dua bilik kosong, satu belah bawah, satu lagi belah atas jadi kami ambil bilik belah bawah connecting room untuk bilik family. Memandangkan masa dapat bilik pun dah pukul 4 petang dah, jadi check in terus kami bersiap untuk direct ke Pantai. Datang pantai tak kasi anak-anak main pasir satu kerugian besar, sebab aku pun masih kategori kanak-kanak yang masih main pasir,wakakka. Pantang juga kalau jumpa pasir.


Sepetang kasi depa main pasir, berendam air laut satu kepuasan yang tak mampu di ceritakan. Memang betul-betul healing, siap layan pantai kami balik bilik untuk keluar makan malam awal waktu sebabnya anak-anak aku kalau dah main air pantai cenggitu rupa depa akan tidur awal. Neutral habis satu body, jadi kena keluar makan awal, balik bilik dah boleh rest. Cari makan pun area bandar, cari kedai yang takde orang sangat kes malas nak tunggu oder lama.


Alhamdulillah puashati betullah kat sini semua masakan sedap, kalau ikutkan niat asal kami nak makan udang galah, tapi memang kebanyakan kedai makan udang galah sold out, sama juga tempat celup-celup tepung. Udahnya takde scene makan seafood even datang tepi pantai. Esok pagi kami checkout Salam pukul 10pagi sebab tak nak sampai ke Perak lewat, risau highway jem teruk, sebab tak nak balik ikut Kuala Kelawang dah tapi tengok pagi-pagi pun dah merah highway kat Google maps, kami decide balik ikut jalan kami datang jugaklah. Kami sampai area Sungai Tekala pun dah petang dah, turun ikut Hulu langat terus masuk Ampang cari nasi Arab. Apapun moga dapat repeat lagi ke Kuala Rompin lajak ke Mersing lain kali pula. Banyaknya tempat kat Malaysia ni aku tak sampai lagi.  Moga ada rezeki,Amin.







Owhh lupa the best thing happened last day pagi tu lepas solat subuh, aku dan suami keluar tepi pantai betul-betul timing sunrise, Subhanallah, beautiful ever scene tengok dengan mata kepala, memang forever ingat this moment, macam tengok egg yolk naik 'toink', macam tak percaya sempat tengok matahari naik dalam beberapa saat je, Ya Allah. Cantik tak terperi. Orang kata berjalan makan angin kat Malaysia mahal, baik pergi luar negara, aku dok buat kira-kira sekali pergi Rompin dengan 8 kepala ni, kos tiket kapal terbang baru lepas untuk satu kepala, ka aku fail matematik? how I wish to say that too sooner or later, Amin,kihkih.



Xoxo
Universe of Rompin