Usai menghantar 'mereka' di pintu rumah, aku masuk dan duduk di meja makan semula bersama mak ayah dan adik perempuan bongsu juga suami. Ayah tanya "macam mana kat sana?sihat sokmo ke?" Alhamdulillah ayah, Allah bagi sihat, Allah izin buat ibadah. Ayah tahu "sedih dan gembiralah ore(merujuk ke diri aku sendiri, tu bahasakan diri aku dengan orang tua) kat sana ayah, hari last nak balik tu naik bas nak bertolak ke airport, baru start sakit tekak". Alhamdulillah, sambut ayah, gembira dan seronok buat ibadah bila kita dalam keadaan sihat ni. Tu ayah bagitahu sebagai orang tua, yang takde tenaga,ada masa sihat sakit, memang sihat sakit ni kerja Allah belaka, tu kena minta sokmo, panjang ayah aku sambung.
"Ayah tahu, hari Jumaat last tu kedua paling sedih dalam hidup ore ayah",kata aku. Pagi sebelum pergi buat tawaf wida tu, lepas subuh ore sambung baca Al-Quran, ayah imaginelah orang dan baca Al-Quran sekejap-sekejap je masa sampai Madinah, masa padat terisi, memang 3,4 jam tu masa untuk tido malam je, yang lain masa penuh dengan jadual ziarah dan ibadah. Sama juga masa kat Makkah, padahal niat dah dah khatam Al-Quran ni, hari akhir sebelum buat tawaf wida tu paling lama boleh baca sampailah ada satu detik, tengah baca Al-Quran aku menangis, aku pun tak tahu pasal apa aku menangis, start pada menangis,esakan aku bertambah berat, aku cakap kat laki aku, "asal ni aku nangis ni?, apa maksud ayat ni, aku tak faham," sambil nangis.
Laki aku cakap, "takpe teruskan je baca" aku teruskan baca dalam tangisan dan esakan(aku tak nak nangis, tapi tak tahu kenapa air mata aku berjujuran, aku sedih sangat, nak kata aku faham Al-Quran aku baca tu takde terjemahan. Sampailah akhir surah tangisan aku reda, terus aku ambil phone snap ayat yang buat aku sedih sangat tu (niatnya balik nanti aku nak baca terjemahanannya) sambung baca surah lain sehelai dua, lakiku ajak turun sebab dah timing untuk berkumpul dengan Mutawif untuk tawaf wida.
Sedihlah ayah. Cerita aku, aku pun scroll sambil tunjuk surah, ayat berapa sampai berapa yang buat aku menangis teruk. Ayah cakap nanti kita tengok terjemahannya. Surah Muhammad Ayat 20 sampai ayat akhir.
Then sambung cerita lagi "ayah tahu masa duduk kat sana takde siapa pun kawan-kawan yang tahu ore pergi buat umrah ni, tapi masa kat Madinah dan Makkah memang aku tak lupa doakan semua kawan-kawan aku, doa general, jadinya hari last tu, lepas siap tawaf wida, naik sambung baca surah yang berhenti tadi, ada sampai ayat tu, orang start menangis lagi ayah, tak tahu apa makna ayat, tapi teruk menangis tu sama dengan sebelum turun tu, sedih tak terkata masa baca ayat tu, Allah!sobs, masa taip ni berjujuran air mata aku, sedih!dan dialog aku sama macam tadi dengan lakiku, jadi aku teruskan baca sampai tangisan aku reda. Surah Al-Fathi ayat 24 sampai akhir ayat 28.
Snap surah dan ayat untuk niat yang sama nanti. Nak turun makan tu, Allah datangkan detikan dalam hati dan terus keluar kat lisan aku "abang rasa perlu ke aku tanya dalam group wasap rakan-rakan untuk sesiapa yang nak kirim doa?" tanya aku, tapi aku dah doakan mereka semua, sambung aku.
Taknak sesiapa tahu aku datang buat umrah, sebab aku nak jaga hati sendiri, supaya tak ada 'rasa yang buat aku lari dari niat asal'(kononlah), aku tak nak rasa yang boleh uji hati aku ni, yelah hati tisu, huhuu. Suami aku jawab seperti kena panah "bagitahulah, doa kita tetap doa, tapi mungkin ada kawan-kawan aku yang betul-betul perlukan doa specific, yang perlu untuk kita bacakan depan kaabah, doa kita pasti tak sama dengan orang yang nak kirim doa tu". Lagipun esok dah nak balik dah, tinggal waktu yang ada ni je nak doakan mereka depan Kaabah.
Terus aku taip dalam group untuk sesiapa yang nak kirim doa khusus boleh pm aku secara personal. Aku ingatkan takde, tapi Allahuakbar, sedih pula mengingatkan kembali. Berjujuk wasap personal aku masuk dengan doa masing2 yang panjang lebar, ramai juga yang bagi point-point. So sambil tunggu semua hantar wasap,aku pastekan doa-doa yang dah lengkap dalam satu template senang aku nak baca sekali scroll je nanti. Untuk yang point-point aku biarkan dulu, sebab aku kena karang balik dalam satu ayat yang lengkap dan cantik supaya aku tak tersekat nak memikir dan baca nanti.
Time tu aku senang hatilah sebab memang Jumaat terakhir kat Mekah tu aku free and easy, rasa banyak masa(kononlah), hanya nak kemas beg sementara laki aku turun pergi solat jumaat lepas siap makan pagi, nak duduk kat mataf orang laki kena turun awallah. Plan aku nya, siap makan tengahari lepas laki aku balik solat jumaat nanti,aku nak turun awal duduk kat Mataf sambil bacakan doa kawan-kawan kirim, sambil tunggu solat asar. Kami laki bini memang ada plan masing-masing hari tu, laki aku lepas asar nak pergi ke Makam Ma'ala, ziarah neneknya 'di sana'.
Tapi itulah kita merancang, rancangan Allah tetap terbaik, dari semasa ke semasa doa bertambah, aku masa tu dah on the way turun ke Masjidil Haram untuk buat tawaf sunat sebelum masuk waktu asar, jadinya memang langkah kaki turun dari bilik hotel tu aku dah memang plan nak buat tawaf sunat, dan Allah izinkan buat, aku ingat nak sambung buat tawaf sunat lagi lepas solat asar. Jadi selesai solat asar dan solat jenazah, aku nak sambung buat tawaf tapi pundi kencing aku tak mampu nak menahan, nak tak nak kena naik bilik hotel dulu selesaikan urusan aku.
Sampai bilik hotel, selesai urusan, aku buka wasap, doa bertambah, doa yang masuk point-point, aku mula berdebar-debar, rasa cemas, nak tak nak aku kena karang ayat doa dari point-point jadi satu ayat yang smooth untuk aku baca nanti, jadi benda ni ambil masa, aku duduk hujung katil.
Sambil dalam hati aku "Ya Allah sempat ke aku nak baca semua doa ni ya Allah, Ya Allah aku kena karang doa kawan-kawan aku ni ya Allah, aku tak tahu nak taip apa ya Allah, Ya Allah tenangkan aku, ilhamkan aku, aku dah tak tahu nak buat macam mana? Nak baca doa macam mana nanti".
Tangan aku mula sejuk dan menggigil masa taip bait-bait doa, aku pun tak tahu dah apa aku taip, sebab hati aku memang berdebar, cemas! Dalam hati "Aircond sejuk sangat ka?!" Then aku berpaling ke belakang tempat suis aircond, terus aku offkan. Tapi gigil seram sejuk aku tak hilang, mai terdetik lagi dalam hati "ke aku nak demam?", terus tertengok ubat panadol atas meja solek, ambil telan dua biji, dan sambung taip dengan jari jemari yang menggigil, perasan bercampur aduk.
Aku naik ke bilik dalam pukul 4.40petang jadi aku set nak tak nak dalam 5.15petang aku kena turun dah kalau tak, memang tak sempat aku nak baca doa, sebab dah nak masuk waktu maghrib,aku ada lebih kurang sejam je untuk selesaikan tawaf dan doa. Masa tu aku memang dah niat nak buat tawaf sunat, jadi aku bingung," ya Allah macam mana ni,aku tak tahu, macam mana nak baca doa ni Ya Allah,tuntun aku ya Allah, tenangkan aku ya Allah tu je doa aku sepanjang langkah kaki nak ke mataf, sebab memang aku tak tahu. Bengong. Tambah bengong tengok orang penuh padat sebab dah nak hujung minggu dan kebetulan minggu tu hari kemerdekaan Arab Saudi jadi jemaah bertambah luarbiasa dari biasa. Huwa huwaa, tu yang lagi buat aku gigil, sebab tawaf asar ni paling afdal dan ramai akan buat. Cemtu je Allah kasi feeling, dari mula-mula rasa tenangnya perasaan dan hati aku sebab rasa macam panjangnya masa aku ada pada hari Jumaat tu, jadi rasa huru hara dalam hati akibat nak habis masa dah sebelum matahari terbenam. Allahuakbar.
Memang masa tu takde 'aku' dah,memang serah kat Allah belaka dah, aku follow aje apa yang Allah aturkan, masuk ke Mataf, niat dan aku lalu kat lampu hijau, terus start baca doa-doa kiriman, sebab masa yang ada memang pendek dah untuk ke Azan maghrib, aku tak tahu sempat ke tak baca semua doa, aku serah kat Allah dah. Start je baca doa hati aku tersentak, yelah semalam copy paste doa kawan-kawan aku tak go through satu-satu apa doanya, yang aku taip last minit gigil-gigil pun aku takdan tengok apa aku taip, sebab tak tahu mana dah otak masa tu, dok fikir sempat ke tak aje masa tu?
Jadi baca je bait-bait doa kawan-kawan aku, aku tak dapat lagi menahan kesedihan di lubuk hati yang paling dalam, tak pernah lagi aku rasa sebegini sedih baca doa, even doa aku pun tak sesedih ni. Dikala baca doa-doa kiriman, tahulah aku, akulah orang yang tak bersyukur tu, aku rasa aku dah susah dah, aku rasa hidup aku dah menyedihkan sangat dah, baca doa kawan-kawan aku ni ibarat dapat penampar sedas paling kuat dimuka bumi. Allah. Sedihlah aku.
Selesai baca doa pada 6 kali pusingan, Azan maghrib berkumandang, dalam keramaian tu memang aku diasak, berhimpit keluar dari kawasan kaabah dan jalan sehala menuju ke bahagian dalam mataf, ke area saie,baru nak bentang sejadah, yang berkawal area tu suruh pergi solat kat area depa solat, berdekatan dengan bukit safa. Dalam pada dok tunggu untuk solat maghrib, masuk dalam wasap doa kiriman terakhir, satu-satunya doa aku baca dekat Bukit Safa,doa yang lagi menyeedihkan aku. Allah. Betul orang kata ujian kemuncak bila umur nak masuk 40an ni,bukan kaleng-kaleng semua ujian sahabat-sahabat aku, aku doakan doa mereka Allah makbulkan, Amin yra.
Siap maghrib, solat jenazah, aku teruskan tawaf untuk pusingan terakhir dan solat sunat tawaf. Datang mai terdetik dalam hati, alang-alang nak tunggu masuk waktu isyak sempat ni aku buat tawaf sunat sekali lagi, alhamdulillah Allah mudahkan niat aku walaupun punya ramai umat manusia sebab antara waktu puncak juga orang nak buat tawaf sunat, jadi kali ni agak tough sikit sebab aku sempat rasa lemas akibat ramai dan padatnya manusia. Kali ni pun sama, siap pusingan kali ke enam orang Azan isyak, jadi aku solat isyak dulu dan sambung completekan satu pusingan akhir lepas solat isyak dan solat jenazah. Selesai pusingan akhir, solat sunat tawaf, aku bergerak keluar.
Keluar dari mataf aku jumpa suami kat tempat kami dah janji, nampak je suami, aku happy sambil bagitahu"abang tahu, aku rasa macam tengah berjalan atas angin ni, rasa badan ringan macam kapas". Seriously tu yang aku rasa, masyaallah beza sangat dengan rasa yang masa aku bawa doa kawan-kawan, langkah aku berat, hati aku runsing, tak keruannya perasaan dan hati aku masa tu, masyaallah beratnya sebuah amanah, tu baru bawa amanah doa. Allah.
Punya panjang cerita doa, baru bab doa je. Tapi kami kat meja makan menjejes belaka bila aku aku cerita ujian kawan-kawan aku, ya ujian hidup memang tak mudah untuk yang nak masuk 40tahun ni, bukan nak menakutkan tapi sebenarnya itulah tarbiah diri Allah nak kurnia supaya hati kita belajar redha, takdir, qada dan qadar, ujian berlapang dada dan sebagainya. Umur 40 tahun satu penanda aras, reset diri, perbaiki dan upgrade diri, muhasabah dan reflect diri. Jangan sedih, jangan kecewa, jangan kesal, insyallah Allah pasti atur yang terbaik untuk hambaNYA. Asbab doa sahabat-sahabat aku jua, aku sedar syukur aku rupanya masih tak cukup dengan nikmat Allah kurniakan selama ni buat aku. Sungguh ujian itu sikit, nikmat Allah itu banyak.
Note: Gambar sebelum dan selepas tawaf wida, untuk kali akhir ni memang aku tak ambil sebarang gambar dah start dari masuk ke Mataf dan keluar mataf, dan aku usahakan untuk keluar dari Mataf secepat mungkin, sedih amat masa ni, aku tenung Kaabah dengan air mata dan tanpa kerlipan mata yang agak lama. Saja ambil gambar dompet, datang dengan dompet kosong balik dengan dompet kosong juga. Thank you ya Allah atas pelajaran hati paling mahal untuk aku dan suami. Berserah dan bergantung sepenuhNYA kepadaMu. لا ØÙˆÙ„ ولا قوة إلا بالله.
......
Xoxo
Amanah itu berat



Top Social