Balik

5.23.2025

 "Jom, kita balik kampung”, 


Ku pandang dia, "bila? Hari ni?" Yelah, jawabnya.. 


Tanpa sepatah kata, terus masuk bilik wardrobe, kemaskan baggage untuk dua hari satu malam. Eh, Harraz macam mana?janji kat dia nak jumpa esok? Sambil tu suruh anak-anak yang bermalasan selepas solat subuh mandi bersiap. 


" Kita pergi jumpa dia dulu, lepas tu bertolak balik”. 


Tengok saki baki roti sandwich gardenia tinggal separuh, terus ambil telur buat scramble egg campur sos cili. Simple breakfast pun jadilah. Asalkan teralas perut. 


Siap makan, terus angkut semua barang, dan keluar, singgah beli barang untuk anakanda sulung. 


Sambil kereta bergerak ku mengelamun "macam tahu-tahu aje", sehari dua ni ku ada terdetik nak balik jumpa mak ayah kat kampung, sebab Raya haji nanti mak ayah tak ada kat kampung. Jumpa mak ayah kat rumah dikampung lain ye, even baru je dua minggu sebelum ni dah jumpa, tapi lain. Kupernah sekali balik kampung, mak ayah tak ada kat rumah sebab pergi bercuti, feeling tu menitik air mata, masuk rumah kosong, ada si ciko dan oyen aje. Tu baru takde sekejap, kenmain dah ku kesat air mata. 


Rupanya suami pun ada feeling yang sama, dia pun pernah balik kampung masa ma takde kat rumah, tak tahu nak describe camne feelingnya. So sementara depa ada ni, pulun. Lagipun untuk bulan ni memang takde lagi scene balik kampung, skip sekali sebulan tak balik kampung, terus rasa macam ada tak kena.


Tahu-tahu dah sampai sekolah anak, terkulat-kulat anakanda baru bangun tidur tanya kenapa datang hari tu, tapi udah di faham jenis mak pak, okaykan sajalah. Alhamdulillah lega tengok anakanda dah terbiasa dengan kehidupan yang bermakna kat asrama. Sembang sekejap, terus je gerak masuk ke highway. 


"Eh, awak bagitahu ke kat ma nak balik ni? Karang terkejut macam hari tu, malam-malam buta pukul 1pagi kami sampai depan rumah ma, ketuk pintu, terkojut orang tua buat kejutan balik tiba-tiba, ingatkan apehal. Rupanya nak makan nasi kerabu air tangan ma aje punya pasal. Pagi esoknya suami cari bahan, kusiapkan apa yang boleh tinggal ma masukkan bahan dalam periuk aje. Still air tangan ma jugak kan, kihkih.


So balik kali ni even tak bagitahu awal-awal, still masih awallah, supaya orang tua tak terkejut. Daku macam biasa dah separuh jalan call mak "mak, orang on the way balik ni, nak panjat bukit dah ni. Hahh? Kenapa balik tu, ma tak sihat ke? Ehh, taklah sihat aje, saje nak balik jumpa mak ayah sekali,oooo...okay hati-hati dan moga selamat sampai”.


Tersenyum-senyum teringat peristiwa mak patah tangan sebelum mengakhiri siri kerjaya setelah hampir tiga puluh tahun berkidmat, risau, nak balik tapi tak tercakap kat suami, tapi spontaneous ajakan balik kampung dari suami lepas balik kerja, buat daku nak nangis, hampir sampai kat rumah mak baru call "mak, malam ni mak nak makan apa? Orang nak beli terus, tak payah masak. Mak dengan blurr "Eh, ko kat mana tu, kenapa nak beli makanan? " "Terus cakap, ni on the way nak sampai rumah mak dah ni" Terus mak ketawa, dan suara berubah tersekat-sekat, "mu ni, tak payah balik pun takpe, mak okay je", tapi sampai rumah, bila tengok mak senyum happy sangat, sambil mata mak berkaca dan peluk daku kemas, sambil ulang lagi " Tak payah balik pun takpe, ni okay dah sikit tangan mak ni" sambil kesat hujung mata. Mak-mak cemtulah ekk, tak mengharap, tapi tulah sebenarnya harapan yang dia nak. It's vice versa. Kita yang dah jadi mak ni faham faham sajalah. 


Ku suka trip terkejut balik kampung cemni, dengan duit cukup-cukup survive nak tunggu ke hujung bulannya, kalau ikut kira-kira memang negatif, tapi trip macam ni banyak menyedarkan kami, perjalanan jauh tujuh ke lapan jam ni bukan tentang penglibatan duit semata, tapi niat dan keberkatan asbab orang tua ni, lain. Korang yang tak pernah buat, tambah anak rantau yang jauh dari mak ayah, trylah buat, kami dah banyak kali buat, sebab tu rasa nak repeat buat tambah-tambah bila datang banyak kekangan, masa, duit, tenaga dan sebagainya. Bila datang ragu-ragu, macam tak okay, rasa takde keperluan nak balik, rasa macam ada alasan begitu begini, tapi balik juga bila datang instinct suruh balik kampung, tapi hati berbolak balik, it's just hits different. 


So back to story, rasa turun dari rumah dah pukul lapan lebih, pergi sekolah anak lagi pastu u-turn pulak nak balik kampung, different direction so memang curi masa banyak, tapi alhamdulillah perjalanan smooth je, sempat kami ambil angin jalan-jalan singgah warung Mak Tam Tasik Raban, lepas tu sempat lagi pusing masuk pergi mengopi, ikut hukum akal, benda-benda cemtu memang akan melambatkan perjalanan, tapi kami sempat makan bertenang-tenang, singgah mengopi. 


Then terus bertolak, elok sampai masjid masuk waktu zohor, kami solat awal waktu, oo ni pun satu hal juga, korang pergilah mana-mana, perjalanan jauh, sekejap, utamakan bab solat. Priority this even dalam musafir. Feel the impact. Apa yang kami rasa, waktu rasa panjang dan lama sangat, sempat singgah enam tempat, sekali singgah bukan  sekejap sekejap pula tu, tapi still masih sampai awal kat rumah di kampung. 


Masyaallah Tabarakallah, nampak durian singgah beli dua bekas sebab ma suka durian, sebelum sampai puncak titiwangsa, sempat singgah dua tiga tempat termasuk singgah kat kedai area Tasik Banding beli ikan tilapia saiz besar betis dewasa, ikan dari empangan Tasik Banding, ayahku suka ikan talapia, jadi alang-alang tak dapat makan ikan tengalan kat warung Mak Tam, kita tapau masak kat rumah nanti. Kat rumah ma ku buat Ikan Miang Pla untuk dinner, balik rumah ayah buat ikan talapia bakar untuk makan tengahari. Tengok orang tua makan berselera makan, bertambah-tambah, rasa happy, sayu juga. 



Even balik sekejap je, rasa panjang masa duduk borak sambil makan kat meja makan. Bila dapat berkumpul makan semeja, semua ada, berborak panjang, rasa puas, kadang topik yang keluar tak jangka, rupanya input untuk kita yang memerlukan those word. Sungguh aturan Allah ni cantik belaka. 


Daku bukanlah anak yang baik, penuh kekurangan dalam family, masa remaja asyik ulang antara lirik lagu Westlife 'I was the black sheep of the family', pastu menjejes, yelah paling pailang peel, urut dada orang tua', kategori menantu pun dalam list menantu hantu, at least i'm trying to do my best, sama juga suami, ada sisi kurang, tapi ada satu sisi lain pula kelebihan untuk menampung kekurangan yang lain, begitulah kita semua, tiada yang sempurna, tapi terima dan berlapang dengan kekurangan yang ada. 


Kita adik beradik tentunya mengisi kekurangan dan kelebihan masing-masing, yang tu baran,yang ni negotiater, yang tu fragile, yang ni supporter,yang ni soft spoken yang tu cakap macam nak gaduh, yang tu terlebih mampu, yang ni sekadar saja, yang tu sokmo call, yang ni jarang-jarang call, yang ni comel yang tu terlebih comel pula, eh? Gitulah adik beradik, deep bond and lifetime connection even semua ada haluan hidup masing-masing, insyaallah. 



Sampai hari ni ku terkesan tengok video dr Fatin Liyana, walaupun tahu hakikat semua nanti sebegitu, rasa tak sanggup nak hadapi bila tiba waktunya begitu, entah kita dulu yang pergi, entah orang tua dulu yang pergi. Vice versa version semuanya rasa macam tak tahu nak describe, tapi at the end yakin jua semua akan berkumpul dan bertemu kembali. Selagi ada ni, ada tenaga, ada masa, ada sihat, pulun jelah, duit boleh cari, yang lain tak terganti. Ni pun salah satu healing yang padu juga, alhamdulillah. 


Xoxo, 
Surprise after healing is real,