Babi

12.30.2025

"Mama Babi!” Naik darah tetiba bila tengok cermin belakang kereta tertulis kalimah sebegitu. 


Mengingatkan hari yang sangat meletihkan, Haniy mengamuk tak sudah, makanan di minta masak, tapi tak makan, dua biji gelas pecah, I just cannot #+$+#&#-;".  Overwhelmed. Ku terdiam tengok tulisan kat cermin kereta yang berdebu, tak tahu bila tulisan ada, tapi kereta tu pusing banyak tempat, tak tahu dah berapa ramai baca sumpahan dari anak. Nak di ikutkan baran di hati, penat fizikal, mahu ku tempik tanya siapa yang tulis, yang ku tahu dua orang ja yang pandai menulis masa tu. Ku tahan perasaan. 


Menahan perasaan marah sendiri. Sebelum masuk rumah Ku panggil semua  mengadap  tulisan tu dan baca, "mama babi”. Siapa tulis? Nada suara ku kawal sehabis tenang. Semua angkat bahu,menjawab tak mengaku. Tapi air muka yang berubah right after the question bergema, jadi Ku dah boleh agak siapa, dan tulisan cantik tu ku cam siapa. Then ku jawab sambil senyum " Ok then, tak nak mengaku takpe, jom semua masuk rumah".


After some time semua dah makan, mandi, solat maghrib, ku cakap semua tunggu, bersila buat bulatan, mama nak cakap sesuatu. Actually sebelum deep talk tu berlaku, ku dah WhatsApp semua kejadian kat semua kat suami, how i feel, how i want respond, tapi biasalah lakiku, sentiasa kasi ku banyak berfikir rational sebelum merentan, so lepas semua dah tenangkan diri ku mulakan kata, "sebenarnya, mama dah tahu siapa yang tulis kat cermin kereta tu cemtu, dari semua yang respond terkejut dan tanya, siapa? Siapa mama? Ku jawab, " Mama tak nak bagitahu siapa, tapi yang pasti yang tulis tu dia tahu dia yang buat tu! Dia nak mengaku atau tak biarlah, tapi mama nak yang buat tu tahu mama tahu. Mama tak marah, kalau mengaku pun, cuma mama nak tahu mama ni mama yang tak baik ke untuk anak-anak mama? 



Semua terdiam, mesti semua tak sukakan waktu mama marah-marah, tinggi-tinggi suara. Mama minta maaf, mama tahu mama bukan mama yang baik, mama banyak kelemahan, tapi mama pun kadang letih bagitahu benda sama. Mama minta maaf, mama cuba buat terbaik, tapi itulah ada masa mama terlepas sisi buruk mama. Yang buruk-buruk tak payahlah tiru mama, ambil yang sisi mama baik-baik je buat ikutan. Aku dah tak ingat apa dialog seterusnya tapi semua nangis dan datang peluk aku terutama yang tulis benda yang aku tak sangka. Our response pun penting, kadang baran tu memang takleh tahan, tapi belajar menahan amarah satu kejayaan besar buat mak-mak tambah kalau ajar anak matematik. Aku lagilah bukan takat ajar depa matematik boleh bertukar jadi gorgon, time depa bergaduh, main sampai happy terlajak sampai menangis bergaduh, berebut nak attention, memang aku hilang rational, biasa tertinggi tu wajiblah. Itu cerita 8tahun dulu pasal babi,kihkih. 


Tertengok satu video seorang anak perempuan bertanya maknya, apa keiginan yang paling dia nak sekarang?Mak dia adalah dalam umur 50an macam tu, then mak dia jawab dengan hidup yang stabil sekarang, emosi yang waras, rutin yang dah teratur, dia harap dan teringin sekali memangku anaknya sekarang tu yang bertanya tu dalam keadaan masih kecil, she just missed the moment, dia nak layan anak kecil dia tapi waktu tu dia mengejar banyak komitmen untuk besarkan anak, jadi dia tak berapa menikmati waktu dan saat tu, banyak marah anak, banyak stress, banyak emosi terluka masa layan anak-anak, she want that moment back. 


Aduiii, merembes, jiwa mak-mak ni, tersentuh. Thats why banyak atuk nenek sayang cucu mereka, kebanyakan kalau boleh rewind balik semua nak moment tu, tapi apakan daya masa ni takde reversed back, dia berlalu pergi macam tu je,sobs! Bukan mak kerjaya je, mak surirumah pun rasa cemtu, we can't get enough with that moment yang sekejap, tak boleh reverse dah. Kalau buat timelapse timing depa membesar, berubah sehari-hari memang sekejap je benarnya. 



Sekarang trending childhood trauma, then it's valid. Ramai mak-mak millennium and etc nak break the cycles, sedih juga baca sebab semua pengalaman membesar kita tak sama. Ada yang jadi trauma, ada yang jadi kenangan manis walaupun childhood moment tak berapa best. Aku rasa anak aku pun mungkin ada childhood trauma dengan aku sebagai mama diorang, ada masa aku hilang akal waras sesaat dua, hingga meninggalkan ingatan buruk dalam feeling mereka. Harap anak-anak aku maafkan kekurangan aku bila depa dah faham apa yang depa dah lalui sepanjang membesar. 


Aku, bersyukur sebab walaupun ada juga tak best,aku memilih untuk mengingat yang baik-baik sahaja, yang menggembirakan hati aku, then aku apply untuk anak-anak. Aku selalu cakap kat anak kena banyak bersyukur, mereka masih punya aku dan suami sebagai mak ayah mereka, semua kekurangan kami masa besarkan mereka kami minta maaf, tapi aku bagitahu siap-siap sama pesanan mak ayah aku untuk anak-anak,aku dan suami takde harta nak di turunkan, di wariskan, hanya usaha untuk mereka punya ilmu sebaik mungkin, it's okay untuk mama ayah bersusah payah untuk mereka menuntut ilmu, kerana dengan ilmu itulah mereka membesarkan jiwa mereka menelusuri kehidupan kedepan depan nanti.



Aku ingatkan mereka, kita semua dah di akhir zaman, tak tahu sampai bila keturunan kita akan terhenti, bila anak aku bercucu ke, bila anak depa bercicit ke, tak tahu,tapi cabaran akhir zaman ni tak mudah, zaman aku, zaman anak-anak aku dan seterusnya nanti. Dah kearah tu, Palestin penanda aras semua yang Allah tetapkan yang akan berlaku tetap akan berlaku, cuma aku suruh depa fokuskan ilmu Al-Quran, jaga solat, kuatkan tauhid diri. Hidup dizaman ni tak mudah kalau nak menongkah arus, namun boleh jika tahu strategi. Banyak lagilah pesanan aku untuk anak-anak. Namun begitulah. Menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW sangat meruntun jiwa aku, rasa pedih, perit, terluka dan sangat sedih. 


Dalam hidup tiada reverse, namun di depan pasti lebih baik kerana itu janji Allah. Dunia yang fana penuh tipudaya ni hanyalah sementara, derita yang ada hanya sementara, susah tanpa noktah ni hanya pendek sahaja jalannya. Jadi besarkan rasa syukur kerana sesungguhnya nikmat Allah itu banyak dan tak dapat diukur. Sebakla pula taip perkara sebegini, nak pujuk hati kita yang selalu berbolak balik ni tak mudah, tapi Allah dah janji dua kali kemudahan untuk satu kesusahan. Baca ayat-ayat Al-Quran sungguhlah banyak menyejukkan hati dan jiwa. Allah, 


Teringat pertanyaan bertahun-tahun lalu, 

Pertanyaan naif lagi suci dari anakanda Haddad lepas balik sekolah.

H:Mama, barbie tu anjing ke?

M:(pause sekejap, i think he want to ask babi, but jadi barbie). Anjing tu anjingla, barbie tu barbiela.

H:oo, barbie makan tahi ke mama?

M: (mama tahan gelak) ye, kenapa?

H:barbi kotor kan mama? Haram kan? Kenapa panggil barbie mama?

Harraz menyampuk,

"barbie tu khinzirlah, tapi panggil khinzir, sopan sikit bunyinya kan mama?",

M:iyyee, bukan barbie, tapi babi namanya, bila sebut macam tu sedap ke bunyinya?

H:burukla mama, panggil khinzir lah. Tapi cikgu sebut babi mama.

M: cikgu nak suruh Haddad tahulah tu, nama khinzir yang lain.

Punya ooo panjang dedua. Kesian patung barbie disamakan dengan babi oleh anakku. Lagi sadis masuk umur 6 tahun baru tahu perkataan babi, sebab kenalkan diorang dengan nama khinzir, wakaka. Bila masuk darjah satu Harraz dengar perkataan babi dari kawan-kawan yang bercakap macam zikir, aku tahan sabar jelah.  Dari elok anak tak pernah guna ayat tu, jadi menggunakan perkataan bila tak puashati.

 

Silap daku tak straightforward cakap babi tu babi, memang nama dia babi. Kenapa babi, dah itu namanya Allah kasi, kena terima sama juga haramnya, Allah kata Haram, haramlah. Itulah taat. When Allah say it's Haram, your opinion doesn't matter dah. Lani kena perkenalkan babi another version pulak. 

 

Carutan babi atau carutan selainnya memang macam zikir dah terutama budak sekolah, suka agaknya eh dengan benda haram. Entahlah labuu. Begitulah dunia, nak protect anak dari benda tak sopan payah, rumit, tapi as long kita tak pernah tunjuk contoh teladan dan sentiasa ingatkan depa, tegur depa directly, it's  not okay untuk masukkan dalam percakapan macam tu harian, apatah lagi bahasakan untuk orang, then moga jadi reminderlah sampai depa betul-betul matang. Biarlah kawan-kawan nak bercakap macam tu, nasihat, kalau tak boleh nasihat, biar jelah. Yang penting kita jangan terikut-ikut. Baru topik babi. Haishh.


So bila orang tegur, bestnya akak tenang je anak ramai pun, aku senyum, pahit kelat masam Allah ja tahu, the surface tenang rupanya nampak ekk, the chaos Allah je nampak. Betullah perjalanan membesarkan anak-anak ni satu pelajaran, ibarat buat satu buku, tak tahu endingnya macam mana, juga cerminan untuk diri kita juga bagaimana kita ni didik anak, hasil serah kat Allah ja la, yang penting usaha untuk didik anak tu berterusan. Terbaru first time aku lepak kat pantai, budak-budak lalu depan anak-anak aku termasuk aku sendiri yang tengah main pasir, depa boleh mencarut dalam memuji, "cantiknya view sial", "sial lah, cantik gila" "Babilaa, asal cantik sangat pantai ni". Terkedu aku dengar, confuse pun ye, nak puji ka nak carut. Allah. Laki perempuan sama-sama mencarut. Nasib baik Jaja takde kat laluan depa, tak dengar perkataan carut tu, kalau dak panjang dik oii aku nak menjawab persoalan mind-blowing yang sorang ni. Pening mak. Lani peel babi lagi herlok dari makhluk berakal dan bernafsu, main sodok je tanpa fikir halal haram. Apapun yang bermula dari haram takkan pernah tenang tambah lagi part yang masuk dalam tubuh badan, jadi darah daging.


Xoxo,
No uturn

Akal Budi

12.17.2025

Kesian baca anak menantu mengadu jenis mak mertua ulang alik datang rumah every week, rimas, habis kacau plan. Kesian semua anak menantu yang tersepit ni ye. Sebenarnya luahan, makian, kutukan, umpatan untuk mak mak mertua kat medsos antara batu tara, sempadan, panduan juga untuk kita kita yang jadi bakal mak mertua orang nanti. Jangan hari ni ko kutuk mak mertua cemtu, suatu hari ko jugalah mak mertua sebegitu macam yang dikutuk dimakikan tu ekk. What goes around comes around  comes around, aku dah banyak tengok contoh depan mata. So bila dah kita experience gitu, do better soon, amin. 


Teringat kata-kata Madnor, "yang suka komen kalau tengok orang share resepi, eh ni salah masukkan bahan tu dulu, patutnya gitu, patutnya gini", "haaa! kau lah tu mak mertua orang yang asyik nak komplen menantu masak tak ikut piawaian tekak sendiri nanti-nanti". Tak boleh ke biar je dia masak macam mana asalkan akhir nanti penuh meja, siap juga makanan tu, sedap juga masakan jadinya. Hallah, hallah, semua benda nak komplen, orang hias rumah, masak, kemas, berjalan merata, semua tak betul, ada je nak dikata, semua benda nak atur ikut tekak cara sendiri. 


Ko tengoklah kat post mana-mana, komen-komen depa, kita dah boleh agak macam mana depa ni kalau jadi mak mertua, dia punya komen tak beragak, kaulah mak mertua hawau suatu hari nanti tu. Wkaka, padu terus madnor bagi, kita kalau hari ni asyik banyak komplen, asyik komen orang tak kena itu ini, memang sampai ke tua peel asyik komplen tu melekat. So train diri tahan komen kutuk orang, mengata orang, cukup tenung dan perbaiki diri sendiri, jwanjiihh. Tu sebab aku tak banyak komen, bukanlah semua setuju, semua tak setuju, tapi itulah hanya belajar menahan diri aje, takut-takut bodoh aku keluar, cukuplah bodoh kat blog aku sendiri aje nahh, wakakka.


Mak ayah, mak mertua aku sendiri dah contohkan sesuatu' yang baik untuk aku teladani. Tak payah tengok orang lain, cukup orang tua aku tunjukkan depan mata aje. Yang baik of course  aku amik apply, insyallah. Aku dah siap-siap pesan kat anak lelaki dan perempuan, dah kahwin jangan ada niat nak duduk sekali dengan kami, pandai-pandai urus keluarga sendiri, cari rumah sendiri, balik sekali sekala okay. 


Mak ayah aku jenis straightforward tegur anak-anak kalau tak kena, sama juga kami anak-anak bila ada mak ayah rasa tak kena kami kasi je pendapat kami sebagai anak-anak kat depa. Alhamdulillah kami memang boleh terima pendapat, kritikan membina tanpa ambil hati, tegur sebab sayang antara satu sama lain. Yang penting komunikasi kena padu, jangan dok main berlapik, kias-kias, teka-teka,  communication breakdown ni memang worst effect ye. Macam aku laki bini, kalau aku dengar ayat "abang nak tegur sikit ni" ahhh, sudah..terus berderau putih muka, ghisau, ghisau aku merentan kes sentap kena tegur benda betul, wakakka. Sama juga "maaf ye abg, baby nak cakap ni"...ahh sudah, elok berderau sesama dari orang lain yang menegurnya. 


Nak buat rumah sendiri pun jangan dekat dengan rumah kami, aku cukuplah pengalaman membesar dengan anak beranak sekeliling rumah, cukuplah pengalaman tu untuk aku tak apply dalam kehidupan aku dan keturunan aku nanti, pergilah korang nak duduk merantau mana-mana even if satu negeri pun jangan dok depan mata aje, dok jauh sikit kasi luas pemandangan tu, as long as kehidupan baik-baik saja, ups and down dalam rumahtangga tu biasalah, if dah susah sangat jangan malu minta tolong, dan rumah kami akan sentiasa terbuka terima anak menantu balik mengadu. Rumah anak beranak sekeliling ni, ada pro's and cons. Di masa muda ni merantaulah, bawa anak bini keluar pergi tempat berbeza, buang jumud dalam fikiran tu, biar terbuka sikit minda, world doesn't revolve around you. 


Kami ni ada fasa balik rumah mak ayah, ma kena tanya dulu depa ada program apa-apa tak?kalau tak ,balik gigit kuku jari aje, sibuk program rutin mengaji, ziarah kawan-kawan, bercuti situ sini, aku happy sekurang-kurangnya mak ayah, mertua aku padatkan jadual dan Allah atur kehidupan mak ayah terselit juga menguruskan kehidupan orang lain yang perlukan bantuan, dan urusan sebegitu bantu depa lebih sihat, lebih aktif dan tak duduk diam. 


Orang tua, even orang muda sekalipun kalau tak disibukkan rutin memang akan menyibuk dengan urusan kehidupan orang lain, tu yang banyak kisah masuk campur tu, cerr tengok aktiviti depa sehari-hari buat apa? Orang tua ni kalau kehidupan mereka baik-baik saja, takde masalah kewangan, takde masalah anak-anak cucu menantu, even benda kecik pun depa nak besar-besarkan, sebab apa? Sebab takde kerja rutin nak buat, terlebih masa nak memikir hal orang. Tak caya perhatilah. Depa kalau sibuk benar memang depa tak sempat nak masuk campur kehidupan orang lain. 


Aktiviti mereka macam tu buat depa bergerak sentiasa dan itulah kunci sebenar sihat dimasa tua iaitu kena bergerak aktif. Orang tak setuju kalau kata macam tu, tapi sebenarnya memang itulah jawapan nak sihat bila masuk warga emas, otot-otot yang melemah kena bergerak untuk terus sihat. Bila ada rutin, jadual penuh, depa tak sempat overthinking, comparing to others life. Kalau follow orang Jepun punya konsep depa apply kat orang tua sana, itu yang terbongkok-bongkok masih bekerja, sebab nak depa bergerak, valid jugalah kat sini, memang orang tua kena bergerak lebih, untuk make sure their brain function optima sesuai pertambahan umur. Lani aku terinspirasi tengok orang tua buat weight lifting workout, mak aku siap beli dumbbell dan kettlebell, bab bergerak aku tak risau sebab tiap-tiap hari mak ayah aku naik turun tangga 15-20anak tangga, rumah kat kampung tinggi benau, tapi ada kebaikan juga rupanya. Depa memang bergerak buat senaman lutut tiap-tiap hari.


Tapi janganlah konsep bergerak 'pergi mari' tu kau pi ulang alik jenguk anak menantu cucu. Orang tua pun kena ada common sense. Ye, depa pun ada kehidupan sendiri, ada rutin sendiri, depa nak balik depa akan balik, jangan dok mengatur sangat kehidupan anak-anak ni, ibu bapa once dah menjalankan amanah dengan baik, tak payah suruh paksa anak-anak bagi duit tetiap bulan, tak payah paksa depa balik kampung, they willingly doing it dengan hati terbuka. Jangan ada niat dalam hati tu sekelumit untuk anak balas jasa, sebab tu amanah, jangan salahguna title mak ayah tu ye. 


Jangan nak mengungkit-ngungkit jasa, pengorbanan masa besarkan anak tu, rugi, habis kosong macam tu aje pahala, takde ikhlas dah kalau mengungkit. Sia-sia habis berpuluh tahun besarkan anak, last-last mengungkit aje kerjanya. Benci aku baca kes-kes macam ni,yang mengadap real situation tak tahulah macam mana.


Aku, cukuplah anak membesar elok, bagi bimbingan, apa keputusan ikut kaulah, ilmu, jalan, semua dah bagi, then pandai-pandai pandu, urus hidup sendiri nanti. We support dan doa. Anak-anak, ada mak bapak baik, tak banyak cekadak jangan pula kau ambil kesempatan, nampak orang tua suka layan cucu, setiap masa kau tinggal anak-anak kat mak, benda cemni jangan buat ringan, jangan buat andaian sendiri, tanya directly, orang tua ni dengan anak-anak banyak yang tak tergamak nak tolak, anak-anak ni lah kena tinggi common sense as do parents. Sebagaimana mak ayah membesarkan anak-anak tanpa susahkan orang lain, kita pun applylah cemtu, sekali sekali ada urusan tak dapat elak tu lain cerita. 


Ada ye jenis anak menantu zero common sense and empathy ni, tak membantu malah menyusahkan. Biasa orang tua ni kalau boleh nak fasa bertenang-tenang dah. Takde dah nak kena sampai mengasuh cucu, depa sekali sekala anak cucu balik, layan masa tu okaylah. Tapi anak yang takde common sense dan zero empathy tak reti nak baca dan tafsir, perhati juga ye. Kalau rasa malas nak jaga besarkan anak ni, then konsep 'childfree' suit for you.


Orang tua ni memang tak gamak nak bagitahu anak-anak directly biasa takut anak terasa hati, ni yang jenis lembut,tak sampai hati nak tolak kalau anak-anak minta tolong tambah bab melibatkan cucu. Kalau dah mengasuh sampai title atuk nenek tu bertukar jadi macam mak ayah cucu, kesian ye. Jadi mak ayah ni kan sebenarnya takde rehat dah sampai mati, tapi janganlah anak-anak nak menambah beban orang tua, kasilah depa nikmati golden age tu, dan mak ayah pun janganlah ambil kesempatan sama guna ticket syurga bawah tapak kaki, betul tu ye, tapi suka ke kau eh anak-anak dok rasa bersalah kat mak ayah asbab nak penuhi nafsu kau yang tak habis-habis,rumah kata pergi, kubur kata mai. 


Sudah-sudahlah ek, sebagaimana kau nak anak-anak respect, respect juga kehidupan diorang. Kita ni tinggal sisa-sisa hidup aje, depa panjang lagi kehidupan nak lalui, cycle of life. Kita menua, anak-anak mendewasa, cucu nak membesar, kita mati, anak-anak menua, cucu cicit bina kehidupan and the cycle goes on. Manusia bila dia common sense tinggi setiap situasi dia akan pandai seimbangkan. Macam kehidupan rumahtangga ni kena waras, rational. Letak kita and partner sama tara, share pendapat dan feeling tu, adil tu bukan semua kena sama tapi adil untuk semua situasi yang berbeza.


Dah kata banyak merasa garamkan? do like you said. Ini tak, lagi buruk perangai ditunjuk. Tak pelik kena buang kat anak-anak. Biar semenggah sikit perangai tu, sebab tu ada doa khas untuk orang tua amalkan takut-takut perangai buruk tu lah menyusahkan anak-anak nanti. Sebenarnya kalau hidup berpandukan apa yang Allah suruh buat,patuh, insyallah jalan cerita kehidupan insyallah baik-baik saja, patuh apa yang Allah dah bagi panduan, ikut apa yang Nabi kita buat, insyallah kehidupan smooth walaupun banyak halangan ujian. Tapi itulah ramai pilih ikut hawa nafsu. Just reminding myself yang makin menua ni. Tak kiralah kita di title apa. 


Boleh kata common sense a.k.a akal budi ni, (adab+akhlak+ihsan+empathy+iq+esq+emotional intelligence+experience+logik akal/rational), ka banyak lagi gabungan, haishh. So jangan ingat orang ada sijil ada commen sense, ada PhD sekalipun yang zero commonsense, out terus and vice versa. Tapi jangan dok ingat pulak yang takde pelajaran tinggi akal budi, orang yang berakal budi tentunya orang berilmu. Hari ni memang ramai manusia takdak common sense termasuk yang dah tua-tua, tak sedaq diri, asyik nampak yang muda salah, dok berasa diri betul sampai sudah. Sama jugalah yang muda, biadap, tak boleh orang tegur,  akhlak entah ke mana. Yang masih tinggi common sense ni, alhamdulillah moga menjadi ikutan dan contoh buat yang lain. 


Apapun common sense today memang teruk benau dah, tak tahu mana yang lompang dalam didik anak-anak, this is big reminder jugak untuk aku yang sedang didik anak-anak sendiri. Apapun semua bermula dari rumah, dari sekecil-kecil rutin, bangkit dari tidur, katil takdenya dia terkemas sendiri, tandas guna setiap hari, tahu nak tinggal tahi dan flush,takde jadi bersih dengan sendiri kalau tiap-tiap hari guna semata aje, sebab tu cuti sekolah ni, kasilah anak-anak 'power' untuk depa involved dalam semua aktiviti dalam rumah, mak-mak anak-anak cuti sekolah ni, jadilah 'pemalas', kadang kita ni mak-mak always ada trust issues dengan kebolehdayaan depa untuk serah rutin kerja rumah, sapu tak macam kita sapu, basuh tak sama macam kita basuh, lipat kain tak macam kita lipat, give them a chance, kasi depa sedia makanan dan buat. Simple thing tapi dari benda cemnilah improve their common sense.


Contoh kita rasa simple tapi tak! untuk yang tak pernah involved beli barang basah, ikan selayang vs ikan selar tak boleh beza, halia vs lengkuas tak tahu mana satu, so dari situ kita give them a chance lah pergi pasar cari bahan masak, give them total power, lani settle dah masalah nak masak apa, nak beli apa, tahap professional dah, sebab apa?sebab bagi total power untuk depa belajar dan buat. Tak kasi buat, sampai sudah, tahu-tahu nak makanan masakan penuh meja, tapi satu benda pun tak tahu apa yang perlu ada untuk siapkan makanan atas meja tu. Dan lagi teruk, depa tak tahu pun perlukan duit untuk beli semua tu. Sebab tu ada certain manusia, dia komplen bila atas meja asyik lauk telur aje, tapi duit nak beli lauk tak pernah hulur, ajeee yang tahap benak benorr dah tu, alangkan common sense nak ada ye kalau dah cemtu gaya! Contoh! Bagi trust untuk suami/anak buat keputusan sendiri, jangan esok-esok anak nak beli tilam tidur pun kena tanya mak dulu. Erghhhh!!!! 


So mohlerr kita asah akal budi diri, anak beranak kita, bermula dari kita aje. Kalau tak sikit-sikit nak salahkan orang aje, yang ajar kat sekolah, yang ajar kat tuiyen, yang ajar kat kursus, yang ajar kat rumah buat buta tuli, idoknya berbekas kalau hari-hari tak asah. Akal budi ni memang penting sehari-hari, tak kisah dalam situasi apa-apa pun, tambah lagi dalam hubungan kekeluargaan, rumahtangga. It's whole aspect in your life, takde yang ni boleh disamakan dengan ..................... Ingat!Manusia satu-satunya yang dikurniakan akal, guna baik-baik. 


Soalan kritikal untuk perlakuan anak-anak aku yang biasa aku suka soal bila depa gaduh mulut/kelaku. 

1. Suka ke kalau orang kata macam tu kat kita balik?

2.Suka ke kalau orang buat kat kita balik macam yang kita buat?

(Sebab commonsense ni banyak libatkan perbuatan/perlakuan dan kata-kata je biasanya). So keep repeat that question,make sure depa jawab, apa patut buat/reflect, suruh depa kasitahu impact kalau buat juga, suruh depa fikir nak buat solusi macam mana. Ni melibatkan banyak benda, critical thinking, problem solving, etc. Dalam bab akal budi ni memang akan ada berlaku kesilapan, sebab dari kesilapan, kesalahan, kegagalan, depa tahu ada yang betul dan tak betul, patut tak patut, yang tak betul kena tegur, yang tak patut buat jangan buat. Jangan buat tak nampak, tak tahu, lagi lagi sebagai mak bapak ni, jangan jadi enablers ye.


Selalulah doa nahh, moga Allah tuntun kita setiap saat, jangan dihilangkan rasa 'manusiawi dan kehambaan' dalam diri. Peganglah moto diri sampai mati, jangan pernah merasa diri lebih baik dari yang lain. Bila rasa baik sangat ni, orang tegur pun boleh menggelupur perginya. Ghisau akhir zaman ni banyak nauu ujian kiri kanan belakang depan, atas bawah, setiap penjuru datang attack nak suruh setan dalam diri keluar. Allah. Bab akal budi ni, kalau buat research paper pun boleh beribu page ni. K daa. Actually nak taip cerita Kuala Rompin, tapi susur galur cerita hilang di tengah jalan, next year punya azam, setiap road trip tulis on the spot. Aku nak buat recap sekali dengan list azam(even sama je every year, pedulik ahh) moga rajin, kihkih insyallah.


Xoxo, 
Mak baran + gentle ikut situasi

Normal ke?

12.12.2025

Terbaca di hari Jumaat yang mulia ni soalan, "Normal ke weh. Tiap kali lalu je gambar Makkah ni, video Makkah ni. Mesti airmata berjujuran jatuh. Padahal aku tak pernah jejak kaki pun lagi dekat Tanah Suci Allah ni."


Tak tahu nak kata normal ke tak? Tapi yang aku alami sejak 2018 sampai dijemput ke Baitullah, memang akan menangis kalau naik video FYP kat Instagram orang keliling Kaabah dengan lafaz Talbiah, air mata tu auto keluar, aku pun tak tahu kenapa, the best thing sepanjang kejadian macam ada je post lalu "anda akan jadi tetamu VIP umrah" macam tulah lebih kurang quotes nya. Kerap kali sangat. Memang tiap kali buka Instagram, itu yang lintas depan mata aku dulu.


Betullah, dan tepat sungguh aku jadi jemputan VIP kat sana, dari turun rumah, naik Vellfire dijemput dua 'bodyguard' sampai ke airport. Balik dari umrah, empat sekali 'bodyguard' datang jemput di airport, naik Vellfire version lain plak, hantar plak sampai depan rumah, dah pergi satu sen pun tak keluar duit, duit belanja apa semua dah tersedia, ibarat bawa body dan roh aje. Rasa macam tak lojik dek akal. Tu yang aku sekarang pun macam percaya tak percaya lagi lalui pengalaman macam tu. Naik Vellfire je pun!wei aku tak pernah seumur hidup naik kereta mewah,mungkin kecil kat orang lain, besar untuk aku. Dahlah pergi menikmati aje semuanya. 


Tak lagi cerita semua perjalanan dari awal sampai akhir sampai aku jejak kaki kat tanahair balik, pun semua smooth, sikit pun takde masalah. Allah. Tu yang sedih sangat kalau mengingatkan detik atas kapal terbang masa penerbangan balik dari umrah. Ingat lagi orang sebelah offer tisu sebab aku menangis teruk, yang pasti basah tudung depan aku buat lap air mata, kesnya tiap kali tengok skrin yang update jarak Baitullah yang makin menjauh. Sedih tak tahu nak cakap. Aku menangis teresak-esak, sambil doa moga Allah jemput aku lagi.


Tak lagi cerita semua yang terlintas kat hati aku, bisikan hati aku, semua Allah makbulkan. Aku ni dahlah banyak dosa, Allah ni Maha baik, Maha Penyayang sungguhlah kat HambaNYA, aku sedih, sebegitu je Allah nak bagi kalau aku minta dengan penuh harap, sebegitu aje Allah nak penuhi, dia macam "haa, mintalah, aku nak bagi je ni semuanya" cemtu ibaratnya. Semua apa yang aku terlintas kat fikiran sekalipun, Allah bagi kat Madinah, kat Makkah. Sobs. 


Kenapa 2018? Sebab masa tu suami aku dijemput kali pertama untuk menunaikan umrah. Imaginelah aku baru nak habis berpantang lahirkan anak kelima, time ni memang aku sedih sangat, yelah mak-mak pantang ni fragile sikit emosinya, even anak-anak aku yang lain dah besar sikit(7tahun kebawah) aku risau macam mana aku dengan anak-anak nanti, sedih pun ye sebab suami nak tinggalkan aku handle anak-anak sorang-sorang, alhamdulillah parents aku support system masa tu. 


Tapi tetap jugalah sedih datang dalam fikiran aku dan hati aku berbisik " Ya Allah, sedihnya, kau jemput suami aku je, aku pun nak pergi juga". Memang hati dan perasaan aku sedih sangatlah masa tu, rasa tak adil sebab suami dapat the best me time, buat ibadah takde siapa kacau. Aku ni dah lah anak berjujuk, tengah melasak lagi semua. Nak solat pun berlumba-lumba dengan peel anak-anak. Bisikan hati aku macam tulah masa tu, rasa cemburu, rasa tak adil, rasa macam entahlah. 


Tapi aku ingat betul moment dan feeling masa tu, dalam kesedihan dan kecemburuan aku, aku tenung anak dipangkuan aku "tapi kalau Kau jemput aku Ya Allah di waktu ni, tentu aku berat hati nak tinggalkan anak sekecil ni, sebab anak aku lebih perlukan aku untuk menyusu" terus merembes airmata antara sedih ditinggalkan dan meninggalkan sambil tenung anak kecik aku.


2022 datang lagi, lepas aku beranakkan si bongsu, aku habis pantang 60hari, sekali lagi suami aku dijemput menunaikan umrah, kali ni bisikan hati aku dah tak tertahan dengan rasa cemburu dan iri hati. Aku ni, selama dok tengok orang lain dijemput umrah sikit pun tak terusik perasaan aku, aku happy, untuk suami pun tentulah aku happy juga, tapi tak tahu, entah kenapa perasaan cemburu tu terselit mai sekali lagi dan aku boleh rasa, wehh takkan nak tipu diri sendiri pulak ye. 


Memang aku cemburu sampaikan dalam hati aku menjerit "Ya Allah dua kali kau jemput suami aku! Aku ni banyak dosa sangat ke Ya Allah sampai kau tak mahu jemput aku jadi tetamu Mu". Masa tu aku menangis sorang-sorang melayan kesedihan hati sampailah anak aku merengek, aku menangis lagi teruk sambil tenung si bongsu, dalam hati aku berbisik "Ya Allah jika kau jemput aku masa ni tentulah aku berat hati meninggalkan anak kecil ni, aku perlu susukan anak aku, aku redha ya Allah, takpelah kau terimalah umrah suami aku, tapi jemputlah aku jadi tetamu-Mu yang terpaling istimewa nanti" terus aku berhenti nangis sambung layan anak, susukan si kecik. Then gone macam tu kesedihan tu. 


Cuma itulah, jadi macam yang orang tanya tu, episod menangis tu, air mata tu laju sangat bila nampak video dan dengar orang bertalbiah depan Kaabah. Bersambung dari 2018 ke tahun 2022, sambung lagi ke tahun-tahun seterusnya, menangis lagi jawabnya. Hinggalah akhirnya dijemput betul-betul dok depan Kaabah. Allahuakbar, nikmat apa lagi didustakan.


Suami aku tak pernah tahu pun bisikan hati aku tu until balik umrah baru ni, aku ceritakan semua kat mak ayah, adik beradik. Semua orang kat meja makan, menjejes air mata sebab depa kata mudahnya aku dapat pergi umrah. Sedangkan tujuh tahun aku merindukan tanah yang tak pernah sekalipun aku jejak. Dan sungguh, Allah jemput aku jadi tetamu paling istimewa, suami aku pun cakap, dua kali pergi sebelum ni, tak pernah rasa seistimewa ni, aku senyum. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu. Rasa macam "Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku bisikan dihati".


Tak mudah ye rindukan benda tak pernah rasa lagi, tapi bila dah rasa, lagilah rindu Ya Allah. Tapi sungguh tak terkata jemputan Allah ni kita tak sangka datangnya bagaimana kat kita ni. Pesan aku, tetaplah merindu sampai Allah menjadikan kamu tamuNYA". Aku doakan semua yang baca coretan ni, Allah jemput kamu semua dalam sebaik-baik keadaan dan menjadi tetamu istimewanya juga. Amin yra.


Xoxo.
Terus merindu.

Overconsumerism

12.04.2025

Nak kata kita makhluk yang penuh hawa nafsu,aku la tu antaranya. Bila buat declutter untuk tahun ni, menangis tengok barang-barang,padahal jenis beringat-ingat dah bab shopping ni. Aku follow jugok yang share minimalist tu, untuk yang takde anak memang praktikal untuk kita anak berjujuk ni, ada part aku terlebih beli benda takde keperluan. 



Aku dah lama block dan unfollow influencer yang merisikokan aku buat annoying buying, aku menyesal. Aku ni mudah terpengaruh sikit tengok orang promote, sekali dua lalu takpe lagi, dah banyak kali lalu, aku check out cart tanpa fikir panjang, huahuaa. Tu sebaiknya aku block, aku pun pelik jugak demey-demey yang suka penuhkan barang dalam rumah ni, tapi mungkin dah terbiasa mungkin no hal dan segala mala barang tu mudahkan urusan mereka. Korang kalau nak beli barang ni kena matchkan dengan practically barang tu untuk kita.



Macam aku ni memang tak suka benda yang rumit, menyusahkan, simple like batang penyapu vs cordless vacuum tu, aku pilih penyapu, antara cordless vacuum vs vacuum wired tu, aku pilih wired vacuum sebab part sedut lagi power even wayar berselirat tapi function sangat-sangat banding cordless vacuum tu. Flexible ye, tapi tak function sangat. Contoh. So nak beli barang-barang terutama electric ni kena fikir panjang, betul-betul dan kerap guna baru berbaloi.


Sama juga bab baju, aku since lahir anak kedua, aku dah fikir bab baju ni memang nak beli yang mahal sekali sekala takpe, tapi untuk baju basahan, better cari yang sedang-sedang. Sebab anak-anak kalau tengok macam takde perubahan pun, tapi sebenarnya dalam 4 bulan sekali depa dah berubah ketinggian dan saiz dah, jadi nak selamat dan jimat belilah yang berpatutan tapi selesa nak pakai. Murah sangat sampai tak selesa nak pakai pun tak okay juga ye. Macam aku guna rules box size, if baju dah lebih sampai penutup box tak tutup rapat then baju dah overconsume, wajib buat declutter.  Biasa aku bab baju jalan-jalan anak-anak setahun sekali renew bukan sebab baju tak elok, tapi saiz dah berubah, senteng, tak muat etc. Yang ni pernah ku cerita dalam entry.


So bulan Disember  setiap tahun aku buat overhaul semua barang dalam rumah ataupun aku rasa tak best, vibes serabut rasa macam tepu je memang aku pergi belek apa yang dalam rumah ni tak selesai, barang yang lebih dari tiga bulan aku tak guna, tak pakai, memang masuk port untuk dikeluarkan dari rumah. Tak kira perabot, pinggan mangkuk, Tupperware, stok makanan yang expired, barang elektrik, pakaian tu wajib, buku-buku, toiletries, barang-barang atas meja/rak solek semua aku cek clear, wehh kalaulah berat badan boleh clearkan sesenang macam tu kan? Sobs. Aku ni kalau sentuh part berat badan mulalah, nafas tak teratur, sebak, nak menangis. 


Tukar topik sebelum aku menangis. So memandangkan dah masuk awal bulan dua belas ni antara aktiviti yang memacu hormon bahagia aku, boleh clearkan barang  dalam rumah tanpa fikir panjang, wakakaa. Asal boleh clear, boleh start dengan rasa 'ringan' biji mata memandang isi dalam rumah, lapang, tak banyak barang. The best thing ever we did masa beli peti sejuk baru dulu, dari size besar gedabak peti, tukar size kecil, the best investment for us sebab sebanyak 60% pencent penjimatan barang dalam peti dibeli semuanya takde buang-buang dah, peti clean and clear setiap kali hujung minggu, dan kami topup ikut kegunaan yang optimum. Duit lebih tu lah banyak tukar ke option travel dan saving. Barang dapur dan keperluan mahal ye sekarang, jadi memang kena beringat-beringat. Yang konsisten berkebun, ku salute, banyak dah saved kat situ kan? Aku tahap berkebun tu tak sampai jadi satu cycle lagi, insyallah one day. 



Kat sini aku tak boleh nak bela ayam itik macam kat kampung, macam mak aku kutip telur itik ayam je buat makan hari-hari, ada someone yang ku kenal dah tahap suppliers ayam tu dari kejiranan aje, best komuniti sekepala, tak semua tapi ada, kadang depa tukar guna sistem barter, barang tukar ke barang, tak makan ayam bandar dah, pergghhh. Ikan tangkap depan rumah, sebab depan rumah tu sungai. Tahap Bamroy dan madam tapi yang ni lagi advanced sampai tak keluar pergi pasar dah, minyak pun guna minyak kelapa dari kebun. Sayur?Buah? Keliling rumah macam dalam pasar dah. Nampak susah sebab nak ambil from the scratchs tapi berbaloi nah dia punya tiap kali tuaian tu, ala-ala westerner punya version dah, salute sangatlah. Kalau tahap-tahap aku ni masih mindset, benda dah ada yang senang, kenapa nak menyusahkan diri, huahua..jauh lagilah nampak gaya, hahaha. Berangan nak merasa juga tak salah kan? Slowly but surely jelah ye... insyallah,Amin.



So kamu dah buat declutter tak tahun ni? Moh kita, 2026 kita fikir-fikir lagi dan tambah berfikir lagi kompleks kalau ada barang teringin nak beli, jangan lupa snap barang nak declutter supaya kau tak ulang beli barang yang kau dah buang okehh, kalau dak sia-sia dan buang masa aje buat declutter. Seriously lapang kepala otak, dada bila dah buat clearing, rasa lapang, luas je rumah sebab banyak space dah dikosongkan. Kurang-kurang kalau terjadi bencana all those barang tak teruk sangat dah nak kemas,huhuu. Moga semua baik-baik saja ye, prepare execution plan and bag also, musim ups and downs tak habis lagi. 


Xoxo,
Recap on the mood.



Rindu tiada noktah

11.12.2025

Aku baru balik Cherating, alhamdulillah kedatangan aku ke Cherating kali ni mengubat rindu aku kat Tanah Suci even takkan sama sekalipun kerana ubatnya kena pergi lagi, insyaallah. Tapi ada some part aku buat kat Cherating sangat membahagiakan aku, teringat some feeling kat Madinah dan Makkah. Kat pantai Cherating aku apungkan diri atas air laut sambil tenung langit, awan. Dua jam dok terapung tanpa fikir apa, hanya ingat kat Allah ja di mulut sebab air laut tenang sangat, langit biru cantik sangat, awan putih bergerak ikut angin damai sangat hati melihatnya. Badan aku rasa ringan sangat sambil ikut arus ombak yang agak perlahan, aku cakap dalam hati, mesti langit dan awan kat Madinah dan Makkah secantik ni juga, Allah sebaklah pula.


Tapi momen sebegitu mahal, sebab aku ingat bagaimana bentuk awan, bagaimana rasa angin, tambah lagi petang tu cuaca elok sangat, dapat tengok sunset selepas berbaring atas air laut hampir dua jam. Sambil baring atas laut pun berjela doa aku, tak sangka sesantai itu aku berdoa dalam hati, huhuu. Cakap bab doa ni entahlah, korang kalau korang rasa sedih, gembira, teringin apa-apa korang doa jelah. Macam yang aku pesan sebelum ni. Doa ni memang power bila ada 'rasa' yakin. Takde doa lain selain Allah ampuni aku, teringat pula masa kat Kaabah, aku rasa aku banyaknya doa kat diri sendiri, alih-alih tu ja yang aku ulang, ampunkan aku dan matikan aku dalam husnul khatimah. Sungguh, balik dari Tanah Suci baru aku faham bagaimana rasa rindunya bila dah jejak kaki kat sana. Aku doakan yang baca catatan aku ni dijemput sama kesana, merasai rindu yang tak bernoktah.


Ada sekali tu aku solat kat Mataf, masuk pun dah last-last minit askar nak tutup dah tak bagi masuk, sempat aku lalu kawasan jenazah yang tunggu disolatkan jenazah nanti. Mata aku tak berkelip pandang 'mereka', bertuahnya masyaallah terpilih menjadi salah satu penduduk di Ma'ala. Teringat cerita arwah abah, bilanya mek nya nak pergi sangat kat Mekah, sampaikan kereta satu-satunya yang ada, dia pergi jual tanpa pengetahuan ma, semata nak memenuhi permintaan ibunda. Alhamdulillah memang sampai mek kesana, di dikebumi di kubur Ma'ala. Sebab tu tak pelik dan jangan kata apa-apa untuk orang yang berhabis harta, buat apa sahaja untuk ke Tanah Suci. Kadang bukan kehendak kita, tapi Allah jadikan setiap asbab untuk kita sampai juga kesana. How magical bila kita termasuk dalam senarai jemputanNYA.


Boleh dikatakan tahun ni banyaknya kematian yang menghidupkan hati dan jiwa yang mati. Jadi fikir bab mati ni jadi bersemangat pula melibatkan cara kematian husnul khatimah. Kita semua patut ada aim yang satu ni, moga Allah matikan kita dalam husnul khatimah, aku kan pernah terfikir dulu macam manalah kalau aku mati masa bersalin (masa fasa asyik bersalin, sampai complete bersalin 6 orang), of course tiap kali nak bersalin, memang akan datang fikiran sebegitu, kesiannya anak aku nanti kalau aku takde terus lepas bersalin. Takpun pernah terfikir masa aku penat uruskan rumah, penat tu sampai aku mati,macam manalah anak aku yang tengah menyusu. Terbaca kat threads someone the husband share isterinya meninggal dan anaknya menyusu kat maknya dah meninggal. I'm crying so hard sebab pernah membayangkan perkara menyedihkan sebegitu terjadi kat diri sendiri. 


Jadi bila berlaku, lalu lalang kisah sebegini tak lain tak bukan untuk memperingatkan kita, yang bayang-bayang kematian sentiasa menjadi kembar kita. Tak payah takut tapi kena tanam satu motivasi untuk kita capai dan dapat cara kematian yang kita inginkan. I wish I could die in Madinah, tu antara cita-citaku, orang kata tempat kita dikebumikan tu sebenarnya itulah asal tanah kita, kita kan dicipta dari tanah, so we'll back to original place. Tanah aku tak tahulah mana asalnya nanti, asalkan dikebumikan secepat yang boleh. Haahh scary pula kan bercerita tentang mati ni.  


Aku doa Allah bagi instinct kat aku supaya aku boleh off semua media sosial sebelum aku pergi. Cukuplah amalan sebagai bukti, tak nak lah tulisan aku yang takde manfaat mana ni dok bergentayangan sampai bila-bila. Tak pun sempat keep in private and kasi kat anak-anak supaya depa rindu boleh belek blog mamanya. Sebab kat blog ni banyak cerita juga tentang depa masa kecil. Dan paling penting sempat minta maaf kat semua orang. 


Rindunya kat Rasulullah Saw. Aku selalu tanya diri sendiri kalau diberi peluang jumpa Rasulullah Saw nanti, nak cakap apa? Baru membayangkan dah menangis teruk, tak lagi keluar apa yang nak dicakapkan. Mengingatkan dunia yang sementara ni, memang aku dah takde apa yang nak dikejar sebenarnya. Rasa rindu aje, rindu tak tahu nak kata rindu kat apa sebenarnya, tapi Allah tahu, cuma tak tahu nak letak ayat macam mana. Kadang datang hawa nafsu tu, keinginan dunia melebihi yang kat depan-depan nanti, astaghfirullah.


Scroll threads bulan ni lagilah buat aku sebak, ramainya pergi kesana, sungguh membuat aku rindu tatkala mengingatkan segala perasaan dan emosi yang pernah dirasakan ketika di Kota Madinah dan Makkah. Macam balik kampung sebetul-betulnya feeling tu, itulah yang aku rasa masa turun dari bas masa sampai kat hotel Madinah. Fikir bab mampu tak mampu ni,memang tak masuk akal dengan kemampuan diri, tapi Allah sampaikan juga dengan caraNYA. Subhanallah nikmat apa lagi yang didustakan.  Tu baru jejak diri kat Madinah dan Makkah, dah rasa macam balik kampung sebenar? Entah macam mana rasanya bila betul-betul balik ke sisi Allah tempat asal kita. Sobs. Moga Allah jemput kita semua balik dalam sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik iman dan taqwa, Amin yra.


Nak tengok gambar-gambar dan video aku pergi umrah, aku letak kat Instagram khas supaya senang orang nak pi umrah, nak tengok Mekah Madinah, boleh jenguk sana. Aku sangat berterima kasih buat orang yang dah pergi umrah sebelum ni pesan suruh amik video dan gambar banyak-banyak, sesungguhnya tu jelah pengubat rindu. Ramai yang fikir eh, dia ni banyaknya video dan gambar, pergi buat ibadah ke tak ni? Dan aku berterima kasih sangat yang pesan suruh bersihkan hati betul-betul jangan judge orang yang upload gambar pergi buat umrah tu, dan jangan judge orang yang dok amik gambar kat Madinah Mekah tu, jaga hati, jaga lintasan, sesungguhnya tu paling sukar dan rumit bila dok sana, tapi once kau boleh buat, kau boleh tengok banyak magical yang Allah kurnia, moga pahala terus mengalir buat yang berpesan-pesan sebegitu, sebab apa tau? Sebab once hati dah lurus bersih, Allah mudah makbulkan segala doa,huhuu. Niat tu takde sebarang makhluk pun boleh tahu, jadi jangan mudah nak baca niat orang. Aku dah lama tak update situ sebab kekangan masa dan selebihnya malas, hahaha, doakan aku rajin nahh. Mana tahu asbab korang asyik dok follow post orang pergi Umrah, dijemput tiba-tiba ke sana. Kita tak tahu kan cara Allah menjemput kita kesana macam mana? Jadi fikir baik-baik insyallah dapat yang baik-baik saja. Moga Allah jemput korang semua dalam sebaik-baik keadaan ke Baitullah, Amin Yra. Moga ramai beroleh manfaat dari Instagram tu. Tapi yang sedih setiap kali buat post tu, aku nangis, sebab tu tak boleh dok lama-lama kat akaun tu. Dua kali balik kampung, asal terkeluar topik Nabi kita mulalah menggagau cari tisu, anak-anak pun blurr, apahallah mama ni sedih aje, hihiii.



Xoxo
Kematian = bermula perjalanan kehidupan abadi

Slow Down

11.11.2025

"Astaghfirullahala'zim, kalau zaman Nabi ni, Nabi suruh gi semaye semula", tegur ayah bila aku sudah solat.


"Ada sekali tu Nabi tengok sorang sahabatnya semaye,Nabi s.a.w suruh semaye sekali lagi. Dia pun semaye, 3kali ulang sebab semaye srupo patuk ayam(laju gila solat)", tersentap!.


"Rukuk betul-betul,sebut betul-betul. Kalau sebutan tu betul, tokmakninah betul, tak jaddi selaju tu solat".


Terdiam lagi, tunggu kata-kata ayah.


Sambil perhati ayah buat gerakan. Bukan teguran masa aku umur kanak-kanak, tapi waktu umur 30-an😥.


Allahuakbar.


"Lorat ko gapo?ayah tanya lagi lembut, time solat urusan dunia letak belakang, anak menangis ko, sabar dulu".


Sungguh dalam terperosok kedalam hati pertanyaan ayah.


Astaghfirullahalazim

Subhanallah(33x)

Allhamdulillah(33x)

Allahuakbar(33x)


Tiga Qul, ayatul Qursi, Alfatihah. Cuba paksa diri duduk selepas bagi salam, sebab biasa lepas bagi salam terus angkat tangan berdoa dengan kelajuan paling laju.


Perasaan sehari dua buat,rasa nak bingkas bangun cepat-cepat. Rasa nak bangun dari duduk, rasa macam kena paku. Tapi paksa diri.


Kalah, sehari dua je mampu ada hari mampu,ada hari tak mampu buat. 


Terbaca pulak ayat kat medsos "jangan cepat bingkas bangun selepas bagi salam , berlama sikit duduk antara salam dan doa, sebab takut-takut kita terkena penyakit cintakan dunia al-wahn". Lebih kurang begitulah, cuma tak ingat yang sepenuhnya ayat tepat.


Allah.."betullah, apa yang aku kejar sangat ni?Allahuakbar". 


Aku tak tahu orang lain, tapi kata-kata tu terkesan sangat ditambah lagi dengan nasihat ayah aku. Sehari ada 24jam, 5kali waktu solat, solat tak sampai 5minit, terkejar-kejar pulak tu buat.


Sedangkan Allah nak bagi kita rehat sepenuhnya dalam waktu tu, buat pergerakan alami, rest segala otot sendiri, rehatkan minda dengan ayat-ayat penenang. Allahu, jauh sungguh hati ini dariNYA.


Termalu sendiri. Terima kasih ayah yang selalu tegur walaupun anakmu semakin meniti usia kedewasaan. Moga beroleh ganjaran syurga atas segala peringatan, nasihat dan didikanmu.


Tak sangka aku masih ingat bait kata-kata nasihat ayah ibarat anak panah, bila diumur hampir 40 ni terus senyum, rasa syukur sangat ayah straightforward ja tegur aku. Aku tahu ayah pun struggle juga hari-hari dengan rutin harian awal pagi, dan tentulah bukan datang sebegitu sahaja rutin tu. Aku ingat masa aku sekolah rendah, ayah masa tu dah masuk Umur 40lebih, masa awal pagi bisingnya ya Allah arwah tokchek aku tepuk dinding rumahnya (rumah nenek sebelah aje) kes nak kejut ayah aku solat subuh kat masjid. See tak mudahnya nak didik anak ni,sampai ke tua kalau tak diingatkan dan memperingatkan, memang kelaut dia punya lalai. 


Tiap-tiap hari tanpa gagal atuk aku kejut bangun, until ayah aku dah terbiasa ketukan dinding diam, senyap, sunyi, gone, asbab atuk aku dah meninggal. Aku ingat lagi scene petang mak ayah aku sampai rumah balik dari kerja, huru hara nak selesaikan solat asar. Dan sekarang aku berbesar hati tengok rutin mak ayah, mereka sesungguhnya sedang menikmati fasa tenang dalam hidup, takde dah chaos dalam rutin akibat huru hara nak cara ke anak-anak vs ibadah. Ayah aku pernah tegur sebab aku komplen lama tak pergi masjid, rindu nak solat masjid, nak pergi solat terawih, terus ayah nasihat. Nasihat ayah menyejukkan hati aku yang penuh keinginan sendiri. Cemtu je rasa terpujuk hati.


Anak-anaklah pula lalui saat tu, tapi itulah kebanyakan orang tua dia tak ingat dah apa yang dia pernah lalui dulu,dan tak relatekan balik apa yang dia dah lalui dengan anak-anak lalui, aku alhamdulillah punya mak ayah yang tahu, faham, ingat apa yang anak lalui sekarang lebih payah dari apa yang mereka lalui dulu. Some parents faham, some parents mengejek. Ujian cemtulah. 


Lepas tu terbaca pasal slow down kita punya motion movement bila solat, kunyah makanan, and some activities. Yelah kita ni everyday rushing je, macam betul! aku kan, dah lupa macam mana slow motion version tu, aku kalau bab menunggu orang makan perlahan, lama sangat makannya, aku boleh baran tau. Aku punya pace memang laju benor, jalan laju, buat kerja laju, masak sejam settle dua tiga lauk sekaligus, tapi scene behind memang hauks, means takdelah masa masak tu kemas je barang bawang, cili apa semua kemas je dalam satu mangkuk. Aku punya stail masak, amik bawang potong campak, amik itu ini campak masuk, takde bersusun-susun dulu semua barang. Takde. Lepas siap baru settle kemas elok. Sebab tu tak boleh buat chanel masak memasak even aku rajin masak , huahuaa.


Sama juga bab bersiap nak keluar mana-mana, takpe aku last sekalipun bersiap, sebab aku punya siap tu sama laju dengan 7orang bersiap, depa nak tutup pintu depan aku pun follow sama dah, dah siap. Sama juga bab bawa kereta orang kata sejam baru sampai, 30minit aku dah sampai. Rupanya semua tu tak elok untuk nervous system. So alhamdulillah sebulan ni aku dalam fasa mengunyah breakfast pun sejam, adoii seksaa noh, tapi alhamdulillah aku boleh follow. Bab solat pun sama, tak mudah tapi boleh buat. Aku ni dah berapa lama train diri tanpa sedar buat semua benda terkejar-kejar. Masa belajar pun aku in rushing mode dah, bila ada anak-anak it's double rushing.


Aku anak-anak lahir rapat, jadi semua benda kena buat laju, kalau tak aku stress. Yang tu nak makan, yang tu nak layan main, yang ni nak tidur, yang tu nak menyusu. Aku tandem nursing dua kali, semua keadaan memaksa aku jadi orang yang pace nya laju tak kira aktiviti apa, termasuk berak. Tahik pun kena paksa keluar laju-laju punyalah huru hara hidup aku. So sekarang alhamdulillah aku dah aman damai dah sampai tahi pun lupa nak keluar. Ya Allah apa aku taip ni, ni kes teringat ayat slay, Tahik hangg, berdekah aku. Okaylah. Nanti next time aku sambung plak bab slow down ni. Jadi malas tu dah satu hal, some part sepatutnya laju jadi lembap gila. Otak aku ni pun tengah huru hara, kena tarik nafas panjang fikir nak letak dokumen dalam otak ni satu-satu tersusun dalam laci sepatutnya. 


Memang dalam hidup kena slow down untuk some activities, kalau tak kita takdan nikmati moment tu. Rasa macam buat, tapi ehh apasal macam sekilas je lalui atau buat, takdan nak rasa. Rasa tu penting nohh. Ni takdan taip bukan sibuk pun, bateri telefon nak habis, scroll benda lain, rutin tak terbuat lagi, itu yang jadi terkejar-kejar balik nak hadam sekaligus buat belaka,kihkih.


Xoxo
I'm trying

Titik Terendah

11.06.2025

Kenapalah hari-hari buka medsos aku menitik airmata, minggu lepas lagi lebat, hilang habis mood, Allah. Aku tak terkata, betullah sehebat ujian kita, tak tertanding lagi ujian orang lain, Allahuakbar. Kalau kita rasa sedih, ada yang lagi sedih, kalau kita rasa sukar, ada yang lebih sukar, kalau kita rasa hilang, ada yang lebih lagi merasa kehilangan. Speechless betul. Tapi itulah hakikat hidup kan?dari tak ada jadi ada, dari ada jadi tak ada, kitalah tu. Tapi itulah indahnya ciptaanNYA, kecintaanNYA terhadap makhluk lebih lebih lagi Nabi kita Muhammad SAW. Allah ni sekejap aje nak angkat darjat seseorang kan? Subhanallah dalam kesedihan aku lihat Rahmat Allah yang sebegitu besar, sayang dan cinta Allah tak terbatas buat HambaNYA, sobs. Aku try cari balik kot-kotlah aku ada bagitahu bab ni. 




Teruslah teringat kat Ya Rasulullah yang bersedih hati asbab kehilangan SITI Khadijah, kisah cinta kasihnya Rasulullah terhadap ibu Khadijah sangat menyedihkan hati aku. Apalagi mengingatkan kerinduan, cinta kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya yang belum pernah Baginda lihat, terus menitik airmata rindu. Allah. 


Sedihnya, teringat aku ketika aku dititik terendah, bukan dihina manusia, bukan terhina kerana takde duit, takde kerjaya, aku punya segala, rumah berteduh, makanan nak dimakan tak putus, mak ayah masih ada, adik beradik lengkap, suami di masa susah senang, anak-anak membesar tanpa masalah, namun titik terendah aku,bilamana aku solat lima waktu sehari semalam, tapi aku tak rasa apa-apa, buat sekadar rutin, astaghfirullah. Itulah titik paling rendah dalam hidup aku, sedih tak terkata ingat balik momen tu. Entah bila aku sedar, tapi once aku sedar aku jadi gelisah, risau, rasa macam aku tak buat pun perintah Allah suruh even aku solat, kosongnya hati jiwa aku ketika tu. Aku keep repeat question dalam hati aku sendiri, kenapa jadi macam ni Ya Allah, aku tak nak rasa macam ni tapi aku tak tahu nak buat macam mana, aku keep zikir, tapi takde rasa, kosong, hambar, tawar. Rasa tak sampai ke hati apa yang aku buat, nak buat macam mana ni Ya Allah? Aku takut, tapi aku buntu. Terbaca balik some of post aku, yang ni entahlah apa yang menyebabkan aku tulis camni, sedihlah pulak bila baca, apalah dalam difikiran aku masa tu, rasa macam tak percaya jugak,ya ka aku yang tulis,wakakka. See,pentingnya catatankan? 


Post aku tentang stressnya nak bercerai susu dengan anak kedua bongsu, tapi dalam stress aku masa tu takde cita-cita lain aku nak me time dengan suami aku ja (pergi suatu tempat without them) sebab aku rasa aku dah tenggelam dalam peranan seorang mama, aku lupa untuk jadi seorang isteri, sebagaimana laki aku sendiri, aku agak sebagaimana lelahnya aku, suami aku pun sama tenggelam dalam peranan seorang ayah, instinct aku, we just need our time sebelum gap makin jauh. 


Tapi tak tahu nak buat macam mana, kami laki bini bukan jenis sukahati tinggalkan anak-anak even balik kampung, setiap saat tak terlepas depa mengekor, until mak ayah aku nak buat umrah terluncur ringan ayat minta mak ayah doakan aku dan suami supaya boleh buat umrah berdua nanti lepas Hana cerai susu. Sebenarnya waktu aku minta mak ayah doakan aku tu, hati aku dah pasrah dan redha dah, sebab macam mustahil pun nak pergi even lepas anakanda aku cerai susu, asbab utama tentulah kewangan, memang takde duit. 


Namun rasa kosong dalam hati dan jiwa aku lagi menambah keresahan, satu ja buat aku keep menangis, yang tu memang since 2018 membawak ke tahun-tahun terdekat, asal dengar lafaz Talbiah melalui fyp kat Instagram,asal tengok Kaabah airmata aku jatuh tak pasal, just don't know why. Memang pantang tertengok video orang duduk depan Kaabah, airmata aku jatuh tanpa dipaksa. Baru aku tahu 'itu' rupanya sebuah kerinduan. Dan bila throwback balik kenapa rindu tu wujud, aku tahu kenapa? Next time aku karang lagi.


Even aku rasa 'kosong', ku tetapkan juga rutin yang wajib aku buat, supaya aku tak makin tenggelam dengan kekosongan. Adakala aku okay, adakala aku struggle nak buat rutin sampaikan tak buat apa-apa. Until Allah 'jemput aku' menjawab segala persoalan aku semasa titik terendah aku, Allah, memang diulang seribu kali pun segala perjalanan yang menjawab aku punya kesedihan,I would make it without doubt again and again. Allahuakbar, Subhanallah, bagaimana entah nak letak susun perkataan yang sepatutnya apa yang dah aku lalui, Alhamdulillah thank you ya Allah atas nikmat dan ujian, sesungguhnya aku menyerahkan segala urusan kehidupanku kepada-Mu. 


Kita ni kan even sekeliling dunia berperang situ sana sini, kita juga berperang hari-hari dengan diri sendiri, dengan fikiran dan emosi sendiri, tough enough. Tak semua mampu hadap kan? May Allah give us strength. Tak mudah, but just keep going okay, 


Surat Ali Imran ayat 31

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Artinya: Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Tu baru salah satu ayat, banyak lagi ayat dari Allah yang menyentuh hatiku, betapa sayangnya Allah kat kita, even kita rasa semua makhluk membenci kita, even semua kita rasa makhluk tak kasihkan kita, tapi Allah setiap masa, setiap saat mendengar bisikan hati, keluhan hati kita dan kasihkan kita. Jangan putus asa. Allah Maha Mendengar. Untuk didengari pun satu Rahmat yang besar kan? Sebab tak semua makhluk mampu mendengar, dan menjadi pendengar yang baik. Semua dari kita ada titik terendah masing-masing, our sinful moment, tapi ingatlah saat kita sanggup balik ke pangkuanNYA, itu adalah saat paling indah, kerana itulah sifat kehambaan.


Xoxo
Hug.

Potray

11.05.2025

Hahaha, baru je aku mengingatkan medsos ni memang fake betul kalau yang beria-ria tunjuk relationship, bukan tak bagus, pandangan ain tu dah satu hal, it's about your potray version yang banyak delulu. Kesian pula kena bersusah setiap masa dan saat fikir apa nak buat kes nak validation orang. Aku kalau scroll jumpa jantan mulut manis ni, memang fake betul nengoknya, rasa cringe tu takleh nak describe. Tambah lagi yang kenmain buat content kalau laki patut jadi provider, tapi tuan content single sampai sudah, ni orang kata sembang kencang, buat dulu, baru sembang, baru boleh match realiti dan delulu. Perempuan pulak tak semenggah komen, ni laki idaman aku, wehh ya Allah sabor jelah aku. Lani timbul pulak spesis jantan tak boleh kalau partner tanya, dah solat? Terus setan iblis keluar dari tubuh badan, mengamuk tak boleh terima soalan sesimple cemtu?. Gila betullah dunia sekarang, nak cari yang faham agama dah satu hal, dia pandu agama ikut selera tekak dia sendiri, asal menyebelahi dia, dia zikir tak habis, tapi tang tanggungjawab buat-buat tak reti,yihhh. 

Tak payah jaga tepi kain orang la kak eh! Ahh ye, jangan esok-esok nak masuk kubur ko menyusahkan orang pulak, hidup ni memang berkisar tentang masyarakat sekeliling, sebab kita sentiasa bergerak,kita akan jumpa orang, karang duduk dalam dalam gua, orang tuduh baru keluar gua ke? Aahhh gitu. Nak jumpa lelaki bersikap pemimpin dan qawwam zaman lani memang payah, lelaki ramai tapi haukk, yang perempuan kalau dah pemimpinnya hauk, of course sedikit sebanyak terpimpin cara lakinya yang haukk. Dua kali lima, biasa akan jumpa sekufu, kalau tak sekufu Allah uji pulak jumpa yang bertentangan 360 darjah dari baik gila vs jahat gila. Dunia dunia!Penuh ujian ek. Kadang too much question kenapa begitu, begini. Itulah fikir ujian sendiri tak habis-habis, lagikan pula nak fikir ujian orang. Aishh. Mampu doa jelah moga semua baik-baik saja nah, tentu Allah nak angkat darjat, tentu Allah nak bagi yang lebih baik, hikmah tu pasti ada. Kita bab nasihat ni sedap je kan?kena batang hidung sendiri? dah terkenalah! tu yang boleh cakap cemtu ajenya. Sobs. Kita kena faham sampai mati kita 'orang luar' aje, jangan nak perasan sangat. Begitulah hidup ek.


Overwhelmed betul haku mengadap media sosial sehari dua ni, eloklah juga aku sentap kena tegur, apa yang kita tengok, itulah yang masuk dalam otak. Aah betullah tu,hari-hari mengadap benda buruk-buruk ni, tak pasal setting otak tune jadi negative thinking, vibes busuk. Terus mode off sekejap, mai mengadap blog sambil merentan sendiri,wakakka. Entah apalah makanan yang dok makan sampaikan buruk sampai ke dalam hati perut tak kira laki orang, bini orang, anak orang, mak orang, mak mertua orang, duit zaman sekarang memang payah nak dapat, tapi kalau yang payah dan senang tu dapat bersulamkan benda haram,memang teruk kesannya. Aku tak ingat aku dengar cerita ni kat mana, ke Mutawif aku yang cerita ek, ada sorang lelaki ni kaya raya, business perkapalan import export, memang kaya pun dari asal, bila pandai manage dia tubuhkan syarikat sendiri, bermula segala perjalanan perniagaan, orang Islam ye, tapi dia kata tak tahu since bila,anak bini dia jadi tak macam sebelum ni, semua jadi buruk perangai, dia pergi jumpa sorang orang agama, then tanya pendapat. Dan jawapannya kemungkinan perniagaanya dah bercampur dengan perkara syubhah dan haram. Apa dia buat mind-blowing, dia give up semua harta dia, jual dan segala yang dia dapat dia sedekahkan. Then dia mula balik dari zero. Valid ke tak cerita ni tak tahu, tapi pengajarannya ada. Jangan buat main benda haram yang boleh jadi darah daging anak keturunan kita, sikit takpe biar berkah.


So jangan mudah sangat nak percaya kat media sosial ni termasuk akulah, memang media sosial dibuat untuk potray yang baik-baik aje, yang cantik, yang blink-blink, gemerlapan cahaya tu buat korang masuk dunia lain. Korang baca boleh, percaya tu jangan, yang baik amik peringatan,yang buruk jadikan sempadan. Kat media sosial ni semua orang boleh sembang, boleh tulis,taip apa yang dia nak even kat realitinya bertentangan, macam akulah,kalau cakap bab agama nih, bukan main ekk, padahal Al-Quran pun bukan sokmo pegang baca, fahamkan, kelas tadarus pun kadang je aku join bila sempat, baca buku pun sempat buka belek time nak tidur aje, tapi itulah namanya dakwah. Dakwah kat kat diri sendiri terutamanya sebab manusia macam aku ni mudah lupa, mudah tak bersyukur,iman naik turun, tapi takyah tengok apa kurangnya aku, tapi bila aku ingat aku catatkan supaya aku tak pernah lupa,aku pun ada buruknya, aku pun ada part yang tak disukai, aku ada part yang dibenci dan annoying. Dan itulah kita untuk saling ingat memperingati. 


Nih baru kena tegur sikit, sentap nak mati rasanya. Bukan ayat tak elok pun, tapi rasa nak balas mulut tu macam peluru machine gun point yang selama simpan dalam dada, Allah. Tapi ku ingat, tajam lidah ni boleh mematikan hati, jadi aku doa Allah sabarkan, tutup mulut aku jangan balas. Buruknya peel aku. Okay dahlah makin lama mengadap,makin merapu pulak, nasib ada yang sudi tegur ekk, kalau tak dah tenggelam dalam lautan hitam yang ku tahu, pasti kita tak jumpa...semalam, itu semalam, hari ini aku hidup,dalam dunia yang aman. 

Okay, daaa...


Xoxo
Merapu meraban

Bako-Bako Resto Lumut

11.04.2025

Cerita aku pergi Sabah dulu, tak jumpa latok ataupun memang masa tu kitaorang dah kenyang amat sampai tak nak order tambah dah, dulu seingat aku masa mula-mula sampai Sabah, mak saudara aku buat kerabu guna rumpai laut sabah, sedapnya Masyaallah, masa aku tengah taip ni tiba-tiba rasa terliur amat, aah terus pi shopee order rumpai laut, even tak fresh, bolehlah ekk buat hilang rasa nak makan rumpai laut. Nak pergi Sabah harga ticket dah macam pergi Korea. Ya ampun, mahal gilos. Jadinya sambung balik ceritaku, nak dijadikan ceritakan suatu hari tu kami sampai kat Lumut. 





Nanti aku recall jap camne boleh sampai Lumut, atas asbab apa?hmmm..aku rasa memang nak pergi Lumut kot masa tu,kes nak makan ikan bakar, nak pergi Perlis tak padan pula, jadi kita cari yang dekat, memang tuju ke tempat makan namanya Bako-Bako Resto ni, asal tak pernah tahu kewujudannya eh, masa pergi Pangkor aritu takde pula ternampaknya kedai makan ni, ahhh layans. Kami sampai dah memang petang dah, anak-anak nak makan western, aku dah nampak latok, ikan bakar kemana, tak terfikir dah, ambil latok aje, ambil satu plate aje sebab tak tahu lagi okay ke tak? Bila makan, sedaplah pula, crunchy dan fresh, untuk western food ku tak recommend sangat, sedap tempat lain lagi sebab menu western kat sini takde rasa rempah dan plain taste, kuah black pepper pun tak capai piawaian. Tapi untuk makanan bakar-bakar ku sangat recommend, sedap. Aku order ikan siakap bakar, sotong celup tepung dan ketam masak buttermilk. Cuma kecewa bab nak makan ketam depa tak ketuk siap-siap part yang keras dah payah nak makan tapi banyak isi, kat sepit ketam tu. Aku punya panjang bebel, pasal si budak Hajjar ni, memang pantang kalau datang tempat bakar-bakar ni, dia punya order tak lain tak bukan ketam. Aku bukan tak nak order, tapi makan ketam ni, leceh benor. Kalau kat rumah berekor-ekor pun takpe, sabar lagi nak hadap. Banyak masa terbuang kes nak kopek kulit ketam dan cari isi. Malam pula tu. Kat kedai, takleh freestyle mengopek kulit ketam, kena ala-ala santun gitu,hallah.


Haisshhh, datang second time aku dah warning siap-siap kat anakanda nan sorang jangan nak order ketam, benda lain okay, so jadilah order udang pula, pun tolong depa kopek kulit juga, sabor jelah. Tapi untuk kali kedua punya hamak, laki aku order latok 3 pinggan terus. Terkejut aku, apekehal yang banyak sangat ni, rupanya satu pinggan tu aku sorang je makan kali ni,wakakka. Eh bukan satu pinggan, dua pinggan. Latok kat sini fresh, tak hanyir, tu ja aku boleh cakap, kalau tak camnolah daku boleh layan makan, macam rumpai laut sabah yang macam akar kayu tu, tak reti buat, hanyir tak boleh telan ye. Memang sedap kalau buat kerabu, yihhh, menjejes teringat kesedapannya. Ada satu lagi makanan sabah aku suka, tapi bau dia masyaallah, ada orang terus tak jadi makan bila bau, bau macam kumbang kecik warna hitam tu, tapi aku suka sangat sambal tu, sedap wehh, gaul dengan nasi takpun makan dengan ikan bakar,asikkk. Yang jeruk tu memang power betul rasa. Aa, baru mai teringat jeruk tuhau namanya, terus aku masukkan dalam cart, muahaha, cemtu nak gemukkan diri sendiri,Allah.



Kali ni try siakap masak stim pula, dan sotong buat dua version, celup tepung satu dan bakar sambal, ermm...memang sedap ye, puashati makan. Ohh baru mai ingatan bawa makan mula-mula kes raikan anakanda kedua dapat best result untuk UPKK, tak sehebat orang lain pun tetap kena raikan, kena appreciate effort anak-anak. So memandangkan masa tu abang sulungnya takde, tak balik, maka kami bawa lagi untuk abangnya merasa sama. Puashati tengok anak-anak makan, licins semua makanan. Alhamdulillah.


Memang masakan bakar-bakar kat sini sedap, dan timing kami datang awal biasanya kat sini, kedai buka, kami dah sampai. Even tak ramai orang, part menunggu makanan kena banyak improve lagi kot nah, sebab paling kurang setengah jam ke empat puluh minit kami tunggu, kalau ramai tak tahulah camno ek, tu kena datang awal, takdelah aku dan anak-anak sempat merentan kes menunggu lama, alhamdulillah setakat pergi dua kali tu dua-dua puashati asbab masakannya sedap, dan paling penting semua seafood kat situ segar bugar termasuk Latok, jadi takde reason tak repeat, eh? Kalau korang dah lapar benor, tak recommendlah datang sini, sebab part menunggu untuk orang yang sabar saja, tak pasal jadi harimau jadikan kes menunggu aje, perut dah lapar benor, datang pula dengan group besar, berasap telinga. Ye dak?



Memang ku kasi bintang penuh untuk view dan tempat makan, open air, tepi pantai, syahdu betul menikmati waktu petang. Makanan bakar-bakar semua masakan sedap except western food, moga ada penambahbaikan, sama juga dengan part waiting time lepas order tu, otherwise aku tak kisah nak merepeat lagi asbab makanan sedap terutamanya Latok ,kihkih. Even kat sini lauk seafoodnya dah segar, laki aku cakap, level fresh tu takleh lawan yang kat Perlis lagi, kihkih. So macam mana ni?ke Perlis ka kita?


Xoxo,
Seafood lover

Kaya

10.30.2025

Siapa suka jadi kaya, pantang offer semua nak kan? Tapi kalau offer kat aku, aku tak nak, aku nak rasa cukup ja, rasa  cukup kaya dengan apa yang ada. Alah, sembang, kalau dapat sejuta confirm amik jugak, eh mesti! Siapa tak nak orang kasi free kan? Tapi kaya yang dapat dari bukan usaha sediri biasa cepat habis, habis ke spending. Sebab bila takde usaha dari hasil yang kita dapat tu, kita tak hargai, aku takde pengalaman,cukup dengan perhati teliti je sekeliling aku, tak kira jauh dekat. Biasa yang kaya cemni memang dia tahu perabis aje, samalah yang jenis dapat harta warisan, tapi tak pernah manage harta yang bukan milik tu, sekali dapat jadi hak milik, terus dia perabis, sebab takde skill nak mengurus, taklah semua orang macam tu, kalau yang jenis berilmu,pandai mengurus 1juta tu jadi berjuta-juta. Alangkan yang sikit dia tak reti urus, lagikan yang banyak, sebab tu tak pelik orang kaya zaman dulu, wariskan tanah, habis tanah kena jual dek waris. Sebab depa tak rasa susah payah nak dapatkan hasil tu, betul tak? Moga aku tak termasuk dalam golongan tu lah,pasalnya memang tak dak harta warisan pun, yang ada usaha untuk cukupkan yang hari-hari aje, alhamdulillah, syukur nikmat, hehehe.


Dan ujian kaya ni memang tak mudah, memang kita orang Islam digalakkan untuk kaya, mencari kekayaan, tapi once kaya kebanyakannya lupa diri, ada rasa 'lebih' dah dari yang lain, sebenarnya tak nanti rasa 'lebih' dengan kekayaan harta, rasa 'lebih' yang lain pun, terus Allah uji. Kaya dengan ilmu, kaya dengan usaha, kaya dengan bakat, kaya dengan rupa, asal ada datang rasa 'lebih' kat dalam hati, Allah terus uji. Kaya Allah uji, miskin takde apa pun Allah uji, kalau rasa boleh hadap ujian kaya, kalau rasa tak mampu hadap jadi miskin, teruslah minta, jangan putus asa mintak jadi kaya. Takde salahnya. Cuma kalau minta kaya tu kena tahu tujuan untuk kaya tu? Betul ke dah kaya nanti akan buat apa yang nak dibuatkan tu? Masalahnya time yang takde kaya ni pun tak terbuat. Tak tunggu kaya, boleh solat jemaah kat masjid, tak tunggu kaya boleh sedekah hari-hari, tak tunggu kaya baru nak tolong orang, macam-macam lagilah. Ujian miskin ni biasanya mudah nak negatif thinking, mula compare hidup sifulan dengan diri sendiri, mula rasa nak salahkan takdir, tak mudah juga. Sebenarnya kita semua diuji dengan rasa 'syukur', seberapa banyak syukur kita hari-hari. Dapat celik mata, dapat bangun dari tempat tidur, dapat solat, dapat kerja, dapat makan dan sebagainya. Tapi itulah kita suka tengok in big picture, yang mikro ni terlupa nak disyukurkan, padahal dah kaya benau. Aku just doa di hari hujan lebat ni, antara waktu asar dan maghrib ni, Allah lunaskan segala hutang piutang aku, Allah cukupkan aku, Allah senang dan mudahkan urusan aku, Allah tenangkan jiwa dan hati aku dan merasa lazatnya dalam melakukan ibadah, Allah makbulkan cita-cita aku  setelah tercapainya cita-cita utama aku, Amin yra. Tak tahu bila, selagi umur ada ni. 


Sistem yang kita hadap, lalui, dan kita dah adapt pun nampaknya memang sedang membentuk satu fenomena entahlah...yang tahu dan nampak, akan tahulah kemana hujungnya nanti, yang pasti kita kebanyakannya dah terjerat dalam satu sistem, yang memaksa kita semua melalui kehidupan sehari-hari  bertentangan dengan fitrah sebenar dah. Kita sedar atau tidak, akui atau tidak, sistem terus berjalan, kita suka tak suka kena lalui juga. Hutanglah sebenarnya menjerat kita semua hari ni. Terbaca, one person bertanya kalaulah duit dan kekayaan bukan halangan, apa kita nak buat? Sedih Dan happy juga baca pendapat, keinginan dan kehendak masing-masing.


Sebenarnya kan, akhir zaman ni,itulah ujiannya, ujian kita bergantung kat 'sesuatu' lebih dari bergantung kat Allah. Kita rasa duitlah selesaikan segala masalah, by logik akal, memang duit boleh selesaikan banyak masalah, tapi bila dah macam tu, kita tak sedar dah siapa yang menguruskan kehidupan kita yang memerlukan duit hari-hari ni. Kita dah letak duit paling atas dari segala-galanya tanpa sedar. Nak kata bertuhankan duit pun ye dan tidak, indenial version gitu untuk menghalalkan apa yang kita buat, cuma dalam sehari-hari kalau dah lelah sangat fikir pasal duit,tak tahu nak cari mana ambil wudhuk solat, minta jalan, takpun istighfar sebanyaknya yang boleh, buatlah, tak buat tahu impaknya macam mana, yang buat pasti akan merasa. aku share yang aku buat aje, kihkih. Rasa tak nampak lagi kat mana perlu syukur tu,buatlah nota, tulis dalam buku supaya otak kita tak tertipu daya dengan apa yang hari-hari dihidangkan kat media sosial nah. Ingat pandangan mata memang menipuu.


Terbaca satu komen aku dah lupa kat post Instagram ka threads, tapi masa kecoh pasal umrah, ada one of person kata,  'kalau banyak duit' pun takde maknanya aku nak sponsor orang pergi umrah, baik aku sendiri aje pergi, lagi afdal, punya susah payah kumpul harta dan kekayaan eh tetiba suruh sponsor orang pergi umrah, ada betulnya juga, tapi tahu tak ramainya aku kenal orang yang suka sponsor orang pergi umrah, memang betullah mereka ni kaya yang sebenar-benarnya, berjiwa besar, sebab tu yang komen cemtu tak kaya, takdan kaya lagi dah boleh mengomen macam cemtu, nak kesian pun benda betul jugak. Sebab tu nak minta kekayaan ni hati-hati nah, mintalah kekayaan yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Kaya dan bijak lagi bagus. Kalau tak, beza maksiat dan ibadah pun tak tahu mana hala. Disamakan orang buat ibadah dengan acara maksiat.


Tengoklah yang berlaku sekarang negara punya kaya, hamak lagi nak kaya, bila kaya ni biasa akan diuji rasa tak cukup kaya, nak lagi kaya dan kaya. Sampaikan sanggup zalim berbunuhan semata nak kaut kekayaan negara orang lain, kekayaan negara sendiri pun tak terkata dah, dok nampak yang orang punya. Gila punya kejam. Alangkan kita yang kayap ni pun rasa tak cukup, kan? Kita kurang apa? Kurang rasa syukur dan rasa cukup. Percaya atau tak itulah hakikatnya,huehueee. So banyak-banyak muhasabah diri, media sosial one of medium yang banyak memacu insecure dalam diri, yang membuat rasa diri tak cukup atau buat kita lebih syukur, kita sendiri decide.


Xoxo
Bukan sembang kari, sebab dah merasa.
Pray for Palestin & Sudan. 

Ingat tak?

10.29.2025

Korang masih ingat kisah Hujan aku tu, ingat tak aku ada satu moment ingatan yang kuat saat emosi dan perasaan aku masa tu?Macam payah nak imagine,there someone ada akaun Instagram yang menterjemah perasaan aku dalam bentuk video macam mana situasi masa tu, masyaallah menangis aku tengok, it's a deep feeling yang tak mampu diterjemahkan dalam ayat yang proper,tapi perasaan aku masa cuaca macam tu,aku bahagia, suka, bebas jiwa raga, dah tua-tua macam tu agaknya jadi sama cycle macam orang-orang tua (mak ayah,nenek kita)suka ulang moment yang depa paling ingat, they keep recall that stories. 


Balik kampung baru ni,back to back dua minggu kami ulang balik kampung, whatever jela kan, ada yang lagi extreme tiap hari ulang alik balik kampung asbab orang tua, Masyaallah nikmat, moga Allah memberkatimu. Masa tenaga masih ada, pulun jelah. So aku ajak suami briskwalk tunjuk tempat childhood playground aku dulu, ingat nak ajak masuk ke tempat sembunyi paling power dengan arwah nenda aku (mok kecik) tempat aku memancing,main buaian diy, panjat pokok dan berkebun. Tapi balik hujung minggu pertama tak sempat buat semua yang aku nak, alhamdulillah second time balik rezeki dapat repeat pergi area childhood secret place, my safe place dulukala , adik bongsu aku sempat bawak anakanda pergi tempat memancing aku dulu, ajar depa korek tanah cari cacing dan memancing, aaa menangis tengok. Punya lama cita-cita nak anak-anak tengok dan merasa tempat aku meluah emosi aku sepanjang membesar. 



Inilah 'padang' yang aku maksudkan. Berjalan ke padang, main kat padang, kalau orang cakap,lerr tu sawah, asal ko panggil padang. Lantak dia, this is my padang, hahaha. Walaupun mak ayah aku sibuk kerja dulu, aku suka sebab nenek-nenek aku layan kehendak aku, aku sememangnya budak, kanak-kanak yang penuh imaginasi liar yang bebas jiwa bermain tanpa ada perasaan takut. That's me dulu, buat simple thing pun berhari-hari effect perasaan puashati, happy, bahagia tu membawak. Aku tak kisahkan orang, sebab aku tahu bawa diri sejak kecil. Just missing my wild character,hehee. Aku nak buat aku buat aje, buat pun pasti bukan benda buruk-buruk, hanya melayan keinginan bermain seorang kanak-kanak. Yang pasti aku pernah terbang kes naik jongkang jongket dengan cara berdiri, sekali member melompat belah sana, aku melompat terbang entah berapa meter,tapi bila mendarat, memang sesak nafas nak mati, ingat dah mati dah, nasib baik takde patah riuk pinggang, aku sambung main macam biasa, jatuh dari puncak pokok berkali-kali sampai orang keliling serik, depa marah tetap marah, tapi aku punya tak serik sampai depa tebang abis pokok keliling rumah takut aku panjat. Wkakaka, kelakar sekali ingat.


Parut kat bawah hidung sampai tua laaa berbekas lagi, asbab tersadung dahan pokok,kain tersangkut (panjat pokok pakai baju kurung), muka dulu cium tanah masa orang dok kalut sedih arwah che (atuk belah ayah meninggal) aku tambah kekalutan depa dengan tragedi jatuh pokok, pakej patah tangan sebelah,huahua. Tak habis cerita tu, tambah lagi cerita hampir kemalangan jalan raya asbab melintas macam ayam itik melintas jalan tak tengok kiri kanan, terkepit antara dua kereta tapi driver sempat brekk, memang sipi-sipi, bising satu kampung bercakap,hahaha. Bab terjun sungai Kelantan tak tahulah macam mana mak saudara aku hadap tiapkali bawa aku dan sepupu, terjun tiruk macam takde hari esok. Tapi wild character tulah membentuk aku hari ni,masih tersisa the best side aku yang suami je nampak, rebel yang tak semua orang boleh hadap, kihkih.


Bila dah lalui hampir sedekad lebih menjadi seorang mak, kau dah lupa terus siapa diri kau sebenarnya, kau suka minum apa, kau suka buat apa, sebab kita dalam fasa menyayangi apa yang kita miliki sehingga lupa untuk menyayangi diri sendiri. Aku tak pernah sesal melalui fasa seorang ibu, haru birunya perasaan dan emosi, kadang tunggang langgangnya rutin melayani kehendak orang-orang tersayang, betullah bila dah lepas fasa anak-anak kecil ni,aku tak tahu kenapa Allah titipkan rasa rindu ketika mereka masih kecil, semua in chaos mood termasuk aku sendiri sebagai mak, penat letih moody tak payah cakap, why we need to remember and miss those moment? Sebab Arrahman Ar Rahim, kasih sayang kita dah terikat sejak anak-anak didalam rahim. Itulah yang mengikat kita dan anak-anak, sempurnanya ciptaan Allah ketika hidup mereka perlukan doa kita, bila kita mati kita perlukan doa mereka, it's fair enough, sebab tu sebagai mak ayah jalankanlah amanah dan tanggungjawab kepada anak sebenar-benarnya, tiada istilah derhaka melainkan ibubapa dahulu yang derhaka kepada anak-anak dengan rosaknya amanah yang dikurniakan. Anak-anak itu ibarat kain putih,yang mencorakkannya ibu bapalah. Dulu support system kita semua function, atuk nenek,mak saudara pak saudara, guru, jiran, sekampung, semua take part, sekarang semua dah rosak, I mean kebanyakannya dah rosak. We take for granted the modernized world sehingga nak membangunkan keperimanusiaan hari ni satu dosa, being human today,being religion today, dituduh terpaling. How weird life we live today. 

Moga Allah lindungi anak keturunan kita dari kerosakan akhir zaman, bertaudhidlah.



Xoxo,
Random thought..