Rindu tiada noktah

11.12.2025

Aku baru balik Cherating, alhamdulillah kedatangan aku ke Cherating kali ni mengubat rindu aku kat Tanah Suci even takkan sama sekalipun kerana ubatnya kena pergi lagi, insyaallah. Tapi ada some part aku buat kat Cherating sangat membahagiakan aku, teringat some feeling kat Madinah dan Makkah. Kat pantai Cherating aku apungkan diri atas air laut sambil tenung langit, awan. Dua jam dok terapung tanpa fikir apa, hanya ingat kat Allah ja di mulut sebab air laut tenang sangat, langit biru cantik sangat, awan putih bergerak ikut angin damai sangat hati melihatnya. Badan aku rasa ringan sangat sambil ikut arus ombak yang agak perlahan, aku cakap dalam hati, mesti langit dan awan kat Madinah dan Makkah secantik ni juga, Allah sebaklah pula.


Tapi momen sebegitu mahal, sebab aku ingat bagaimana bentuk awan, bagaimana rasa angin, tambah lagi petang tu cuaca elok sangat, dapat tengok sunset selepas berbaring atas air laut hampir dua jam. Sambil baring atas laut pun berjela doa aku, tak sangka sesantai itu aku berdoa dalam hati, huhuu. Cakap bab doa ni entahlah, korang kalau korang rasa sedih, gembira, teringin apa-apa korang doa jelah. Macam yang aku pesan sebelum ni. Doa ni memang power bila ada 'rasa' yakin. Takde doa lain selain Allah ampuni aku, teringat pula masa kat Kaabah, aku rasa aku banyaknya doa kat diri sendiri, alih-alih tu ja yang aku ulang, ampunkan aku dan matikan aku dalam husnul khatimah. Sungguh, balik dari Tanah Suci baru aku faham bagaimana rasa rindunya bila dah jejak kaki kat sana. Aku doakan yang baca catatan aku ni dijemput sama kesana, merasai rindu yang tak bernoktah.


Ada sekali tu aku solat kat Mataf, masuk pun dah last-last minit askar nak tutup dah tak bagi masuk, sempat aku lalu kawasan jenazah yang tunggu disolatkan jenazah nanti. Mata aku tak berkelip pandang 'mereka', bertuahnya masyaallah terpilih menjadi salah satu penduduk di Ma'ala. Teringat cerita arwah abah, bilanya mek nya nak pergi sangat kat Mekah, sampaikan kereta satu-satunya yang ada, dia pergi jual tanpa pengetahuan ma, semata nak memenuhi permintaan ibunda. Alhamdulillah memang sampai mek kesana, di dikebumi di kubur Ma'ala. Sebab tu tak pelik dan jangan kata apa-apa untuk orang yang berhabis harta, buat apa sahaja untuk ke Tanah Suci. Kadang bukan kehendak kita, tapi Allah jadikan setiap asbab untuk kita sampai juga kesana. How magical bila kita termasuk dalam senarai jemputanNYA.


Boleh dikatakan tahun ni banyaknya kematian yang menghidupkan hati dan jiwa yang mati. Jadi fikir bab mati ni jadi bersemangat pula melibatkan cara kematian husnul khatimah. Kita semua patut ada aim yang satu ni, moga Allah matikan kita dalam husnul khatimah, aku kan pernah terfikir dulu macam manalah kalau aku mati masa bersalin (masa fasa asyik bersalin, sampai complete bersalin 6 orang), of course tiap kali nak bersalin, memang akan datang fikiran sebegitu, kesiannya anak aku nanti kalau aku takde terus lepas bersalin. Takpun pernah terfikir masa aku penat uruskan rumah, penat tu sampai aku mati,macam manalah anak aku yang tengah menyusu. Terbaca kat threads someone the husband share isterinya meninggal dan anaknya menyusu kat maknya dah meninggal. I'm crying so hard sebab pernah membayangkan perkara menyedihkan sebegitu terjadi kat diri sendiri. 


Jadi bila berlaku, lalu lalang kisah sebegini tak lain tak bukan untuk memperingatkan kita, yang bayang-bayang kematian sentiasa menjadi kembar kita. Tak payah takut tapi kena tanam satu motivasi untuk kita capai dan dapat cara kematian yang kita inginkan. I wish I could die in Madinah, tu antara cita-citaku, orang kata tempat kita dikebumikan tu sebenarnya itulah asal tanah kita, kita kan dicipta dari tanah, so we'll back to original place. Tanah aku tak tahulah mana asalnya nanti, asalkan dikebumikan secepat yang boleh. Haahh scary pula kan bercerita tentang mati ni.  


Aku doa Allah bagi instinct kat aku supaya aku boleh off semua media sosial sebelum aku pergi. Cukuplah amalan sebagai bukti, tak nak lah tulisan aku yang takde manfaat mana ni dok bergentayangan sampai bila-bila. Tak pun sempat keep in private and kasi kat anak-anak supaya depa rindu boleh belek blog mamanya. Sebab kat blog ni banyak cerita juga tentang depa masa kecil. Dan paling penting sempat minta maaf kat semua orang. 


Rindunya kat Rasulullah Saw. Aku selalu tanya diri sendiri kalau diberi peluang jumpa Rasulullah Saw nanti, nak cakap apa? Baru membayangkan dah menangis teruk, tak lagi keluar apa yang nak dicakapkan. Mengingatkan dunia yang sementara ni, memang aku dah takde apa yang nak dikejar sebenarnya. Rasa rindu aje, rindu tak tahu nak kata rindu kat apa sebenarnya, tapi Allah tahu, cuma tak tahu nak letak ayat macam mana. Kadang datang hawa nafsu tu, keinginan dunia melebihi yang kat depan-depan nanti, astaghfirullah.


Scroll threads bulan ni lagilah buat aku sebak, ramainya pergi kesana, sungguh membuat aku rindu tatkala mengingatkan segala perasaan dan emosi yang pernah dirasakan ketika di Kota Madinah dan Makkah. Macam balik kampung sebetul-betulnya feeling tu, itulah yang aku rasa masa turun dari bas masa sampai kat hotel Madinah. Fikir bab mampu tak mampu ni,memang tak masuk akal dengan kemampuan diri, tapi Allah sampaikan juga dengan caraNYA. Subhanallah nikmat apa lagi yang didustakan.  Tu baru jejak diri kat Madinah dan Makkah, dah rasa macam balik kampung sebenar? Entah macam mana rasanya bila betul-betul balik ke sisi Allah tempat asal kita. Sobs. Moga Allah jemput kita semua balik dalam sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik iman dan taqwa, Amin yra.


Xoxo
Kematian = bermula perjalanan kehidupan abadi