Normal ke?

12.12.2025

Terbaca di hari Jumaat yang mulia ni soalan, "Normal ke weh. Tiap kali lalu je gambar Makkah ni, video Makkah ni. Mesti airmata berjujuran jatuh. Padahal aku tak pernah jejak kaki pun lagi dekat Tanah Suci Allah ni."


Tak tahu nak kata normal ke tak? Tapi yang aku alami sejak 2018 sampai dijemput ke Baitullah, memang akan menangis kalau naik video FYP kat Instagram orang keliling Kaabah dengan lafaz Talbiah, air mata tu auto keluar, aku pun tak tahu kenapa, the best thing sepanjang kejadian macam ada je post lalu "anda akan jadi tetamu VIP umrah" macam tulah lebih kurang quotes nya. Kerap kali sangat. Memang tiap kali buka Instagram, itu yang lintas depan mata aku dulu.


Betullah, dan tepat sungguh aku jadi jemputan VIP kat sana, dari turun rumah, naik Vellfire dijemput dua 'bodyguard' sampai ke airport. Balik dari umrah, empat sekali 'bodyguard' datang jemput di airport, naik Vellfire version lain plak, hantar plak sampai depan rumah, dah pergi satu sen pun tak keluar duit, duit belanja apa semua dah tersedia, ibarat bawa body dan roh aje. Rasa macam tak lojik dek akal. Tu yang aku sekarang pun macam percaya tak percaya lagi lalui pengalaman macam tu. Naik Vellfire je pun!wei aku tak pernah seumur hidup naik kereta mewah,mungkin kecil kat orang lain, besar untuk aku. Dahlah pergi menikmati aje semuanya. 


Tak lagi cerita semua perjalanan dari awal sampai akhir sampai aku jejak kaki kat tanahair balik, pun semua smooth, sikit pun takde masalah. Allah. Tu yang sedih sangat kalau mengingatkan detik atas kapal terbang masa penerbangan balik dari umrah. Ingat lagi orang sebelah offer tisu sebab aku menangis teruk, yang pasti basah tudung depan aku buat lap air mata, kesnya tiap kali tengok skrin yang update jarak Baitullah yang makin menjauh. Sedih tak tahu nak cakap. Aku menangis teresak-esak, sambil doa moga Allah jemput aku lagi.


Tak lagi cerita semua yang terlintas kat hati aku, bisikan hati aku, semua Allah makbulkan. Aku ni dahlah banyak dosa, Allah ni Maha baik, Maha Penyayang sungguhlah kat HambaNYA, aku sedih, sebegitu je Allah nak bagi kalau aku minta dengan penuh harap, sebegitu aje Allah nak penuhi, dia macam "haa, mintalah, aku nak bagi je ni semuanya" cemtu ibaratnya. Semua apa yang aku terlintas kat fikiran sekalipun, Allah bagi kat Madinah, kat Makkah. Sobs. 


Kenapa 2018? Sebab masa tu suami aku dijemput kali pertama untuk menunaikan umrah. Imaginelah aku baru nak habis berpantang lahirkan anak kelima, time ni memang aku sedih sangat, yelah mak-mak pantang ni fragile sikit emosinya, even anak-anak aku yang lain dah besar sikit(7tahun kebawah) aku risau macam mana aku dengan anak-anak nanti, sedih pun ye sebab suami nak tinggalkan aku handle anak-anak sorang-sorang, alhamdulillah parents aku support system masa tu. 


Tapi tetap jugalah sedih datang dalam fikiran aku dan hati aku berbisik " Ya Allah, sedihnya, kau jemput suami aku je, aku pun nak pergi juga". Memang hati dan perasaan aku sedih sangatlah masa tu, rasa tak adil sebab suami dapat the best me time, buat ibadah takde siapa kacau. Aku ni dah lah anak berjujuk, tengah melasak lagi semua. Nak solat pun berlumba-lumba dengan peel anak-anak. Bisikan hati aku macam tulah masa tu, rasa cemburu, rasa tak adil, rasa macam entahlah. 


Tapi aku ingat betul moment dan feeling masa tu, dalam kesedihan dan kecemburuan aku, aku tenung anak dipangkuan aku "tapi kalau Kau jemput aku Ya Allah di waktu ni, tentu aku berat hati nak tinggalkan anak sekecil ni, sebab anak aku lebih perlukan aku untuk menyusu" terus merembes airmata antara sedih ditinggalkan dan meninggalkan sambil tenung anak kecik aku.


2022 datang lagi, lepas aku beranakkan si bongsu, aku habis pantang 60hari, sekali lagi suami aku dijemput menunaikan umrah, kali ni bisikan hati aku dah tak tertahan dengan rasa cemburu dan iri hati. Aku ni, selama dok tengok orang lain dijemput umrah sikit pun tak terusik perasaan aku, aku happy, untuk suami pun tentulah aku happy juga, tapi tak tahu, entah kenapa perasaan cemburu tu terselit mai sekali lagi dan aku boleh rasa, wehh takkan nak tipu diri sendiri pulak ye. 


Memang aku cemburu sampaikan dalam hati aku menjerit "Ya Allah dua kali kau jemput suami aku! Aku ni banyak dosa sangat ke Ya Allah sampai kau tak mahu jemput aku jadi tetamu Mu". Masa tu aku menangis sorang-sorang melayan kesedihan hati sampailah anak aku merengek, aku menangis lagi teruk sambil tenung si bongsu, dalam hati aku berbisik "Ya Allah jika kau jemput aku masa ni tentulah aku berat hati meninggalkan anak kecil ni, aku perlu susukan anak aku, aku redha ya Allah, takpelah kau terimalah umrah suami aku, tapi jemputlah aku jadi tetamu-Mu yang terpaling istimewa nanti" terus aku berhenti nangis sambung layan anak, susukan si kecik. Then gone macam tu kesedihan tu. 


Cuma itulah, jadi macam yang orang tanya tu, episod menangis tu, air mata tu laju sangat bila nampak video dan dengar orang bertalbiah depan Kaabah. Bersambung dari 2018 ke tahun 2022, sambung lagi ke tahun-tahun seterusnya, menangis lagi jawabnya. Hinggalah akhirnya dijemput betul-betul dok depan Kaabah. Allahuakbar, nikmat apa lagi didustakan.


Suami aku tak pernah tahu pun bisikan hati aku tu until balik umrah baru ni, aku ceritakan semua kat mak ayah, adik beradik. Semua orang kat meja makan, menjejes air mata sebab depa kata mudahnya aku dapat pergi umrah. Sedangkan tujuh tahun aku merindukan tanah yang tak pernah sekalipun aku jejak. Dan sungguh, Allah jemput aku jadi tetamu paling istimewa, suami aku pun cakap, dua kali pergi sebelum ni, tak pernah rasa seistimewa ni, aku senyum. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu. Rasa macam "Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku bisikan dihati".


Tak mudah ye rindukan benda tak pernah rasa lagi, tapi bila dah rasa, lagilah rindu Ya Allah. Tapi sungguh tak terkata jemputan Allah ni kita tak sangka datangnya bagaimana kat kita ni. Pesan aku, tetaplah merindu sampai Allah menjadikan kamu tamuNYA". Aku doakan semua yang baca coretan ni, Allah jemput kamu semua dalam sebaik-baik keadaan dan menjadi tetamu istimewanya juga. Amin yra.


Xoxo.
Terus merindu.